Aug 30, 2009

Protest & Lembu ~ Isu Seksyen 23 Shah Alam

Apala salah ko lembu

Negara dikejutkan oleh protes yg diadakan oleh sebilangan penduduk Seksyen 23 Shah Alam. Meskipun begitu bukan protes yg menjadi kejutan (kerana sejak akhir2 ini ia menjadi seperti lumrah) tetapi 'Kepala Lembu' yg dibawa oleh seorg yg tidak diketahui.

Adapun adalah amat tidak wajar kepala lembu tersebut dibawa oleh mereka & tindakan mereka memperlakukan kepala lembu tersebut adalah tidak elok baik dr segi adat susila org Islam ataupun org2 Melayu. Other Perspektif mengutuk tindakan tersebut.

Meskipun begitu kita perlu lihat secara dgn lebih dalam apa yg sebenarnya berlaku disebalik protest tersebut. Ia berikutan tindakan Kerajaan Selangor yg tidak mengendahkan luahan penduduk Seky 23 yg membantah pembinaan Kuil di kawasan mereka. Ditambah lagi dgn bagaimana YB-YB yg dilantik oleh mereka seolah-olah meminggirkan mereka malah tidak mahu mendengar rintihan & keluhan mereka.

Perlu diingat satu sahaja. Jgn dipolitikkan isu tersebut. Mereka yg terlibat & menyatakan bantahan adalah rata-rata penduduk Seksyen 23 tidak mengira fahaman politik membantah pembinaan kuil tersebut yg dirasakan tidak relevan di kawasan yg mempunyai majoriti 80% org Islam & hanya 40 keluarga India. Jadi kenyataan Ahli Parlimen Khalid Samad & ADUN YB Rodziah seolah2 mahu melepas tangan dgn menyalahkn UMNO. Kelakar bukan? Kenapa rintihan penduduk utk mengadakan perbincangan diendahkan? Kenapa takut kepada keputusan Kerajaan Negeri?

Jika dibandingkan Kes protest ini dgn Kes protest pembinaan Hypermarket di Kota Damansara maka kita boleh simpulkan YB yg terbaik. Nampaknya YB Dr Mohd Nasir Hashim lebih memahami isi hati penduduk setempat drpd kedua-dua YB ini. YB Dr Mohd Nasir berdiri disamping rakyat yg mengundi beliau drpd lari bersembunyi disebalik kerajaan negeri. Syabas YB Nasir.

Tindakan susulan oleh MB Selangor Dato' Khalid 'untuk' mengadakan perbincangan dgn penduduk Seky 23 semacam terlambat. Ini kerana sepatutnya perbincangan perlu diadakan sebelum keputusan dibuat (kata putus utk pindahkan Kuil ke Seky 23) @pun selewat-lewatnya pada waktu protest pertama iaitu bbrp minggu yg lalu. Kita lihat betapa lembapnya Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu tersebut & kita boleh faham kenapa sesetengah dr mereka bertindak melampaui tata susila sebagai seorang Islam.

Apa-apa pun jgnlah pihak masyarakat India terlalu terasa hati diatas isu ini kerana ini merupakan aksi segelintir pihak sahaja yg tidak boleh mewakili masyarakt Islam Seky 23 mahupun Malaysia. Seperti juga org Melayu yg tidak terasa hati dgn tindak tanduk Hindraf & bbrp ADUN dr DAP & PKR yg kadangkala melampaui tatasusila negara majmuk ini.

Other Perspektif mengutuk sekeras-kerasnya tindakan protest yg menggunakan binatang yg tidak bersalah ttp menyokong protes terhadap isu tersebut. Dan mengutuk sekeras-kerasnya sikap 2 YB yg tidak mahu turun padang utk selesaikan masalah tersebut sehingga berlaku peristiwa tersebut.. TAKBIR!

Related Story :

comments

4 comments:

  1. Just another wayang kulit dari umno utk menimbulkan provokasi dgn harapan dapat memastikan kesinambungan pemerintahan yg kononnya memperjuangkan bangsa meLAYU.

    Kalau tak, dah tentu awai lagi semut merah kasi mereka tu mandi. Depa buat derkkk dgn alasan menanti arahan. Arahan sapa? Arahan Najis oppsss silap, PM anak langkawi. Heheeheee...

    Wow! SUP KEFALA GAJAH is just awesome

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. SAlam org Tanjung..
    Tak baik tuduh2 bulan puasa ni.. awat pahala dah byk sgt ka? Ikut suka hati hangla Org Tanjung... tapi kalo rajin cubala cari sapa yg buat demo.. ada ahli PAS, PKR & juga UMNO..

    p/s: susah org yg dok asyik pikiaq politik jaa

    ReplyDelete
  3. Salam kembali anaklangkawi...

    Aku menjemput hang agar rajin-rajin berdunia luaq sama. Jangan dok Langkawi jadi katak di bawah tempurung kaca. Nampak luaq tapi tak leh kluaq.

    Apa komen hang dengan kedudukan Masjid RRI Sungai Buluh yang bukan kata 120 meter jauhnya tapi bersebelahan dengan kuil hindu?

    Dah lama dahhh... sejak bertahun lamanya di zaman pemerintahan KERAjaan umno kesayangan hang lagi.

    Awat tetiba nak jadi champion di Seksyen 23 Shah Alam pulak?

    Agaknya Masjid RRI Sungai Buluh tu byk org susah, Shah Alam byk org kaya kut nooo...

    Wow! PERISIK RAKYAT is just informative

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  4. OT.. kan dah kata jgn kita politikkan cerita.. cuba la pi tgk link2 yg dibagi..

    ini tidak.. asyik2 nak kena mengalah.. bila surau haram kena roboh nak pulak jadi champion.. tapi bila kes ni.. terbalik pulak..

    apa2pun cuba lihat kronologi knp bantahan awal dibuat.. jgn jadi katak bawah tempurung..

    ReplyDelete