Aug 12, 2009

Riuh Rendah Tetapi Senyap ~ Akhbar

Akhbar Berbahasa Cina

Riuh rendah semua paper berbahasa Cina bila Utusan Malaysia yg dianggap racist makin lama makin lantang bercakap soal Islam & Bangsa. Tetapi senyap & boleh pula mereka bercerita soal hak2 mereka.. Ini tak pula dianggap racist?

Riuh rendah jugak apabila ayahanda kita Tun Dr Mahathir pun sama2 dihentam dek kerana Artikel Kaki Dalam Kasut & bbrp lagi artikel sinis beliau dalam Blognya. Tetapi senyap bila pemimpin mereka seperti ADUN Kota Monahara menegur tindakan speaker Selangor memakai songkok yg secara tak langsung menghina adat org Melayu. tak pulak depa bising & ulas.

Riuh rendah jugak apabila 1Malaysia dipertikai ertinya & diolah seperti Malaysian Malaysia & dikatakan tiada makna kerana hak 'mereka' ditakuk yg sama. Tetapi senyap bila mengulas habis ASM & ASW disapu bersih oleh kaum tertentu.. Menunjukkan yg mereka kaya raya & tidak tertindas.. Jadi apa lagi depa nak.

Riuh rendah bila tiba2 seorg wakil politik DAP, Teoh dijumpai mati di perkarangan SPRM. Secara selamba & tak langsung menuduh seolah2 ia tanggungjawab SPRM yg rata2 org Melayu. Seperti nak kiamat bagi mereka. Tetapi senyap pula apabila kaum tertentu terbunuh jatuh dr tempat tinggi.

Riuh rendah apabila bbrp ADUN DAP disoal siasat oleh SPRM. Mereka kata ini tidak adil & kaum tertentu sahaja terkena. Tetapi senyap pula bila bbrp ADUN UMNO disoal siasat.. Siap cakap ini keadilan sebenar..

Riuh rendah juga komen2 dalam paper mereka bila mengulas isu komen2 Redtuan Tee Abdullah & bagaimana mungkin beliau telah dilabel murtad bangsa. Tetapi senyap bila mengulas bagaimana Jeff Oii melabel seorg ahli JIM sebagai ekstremist Islam.

Riuh rendah bila melihat bagaimana isu arak dipermainkan di Selangor & menunjukkan seolah2 DAP hero menegakkan isu tersebut. Tetapi senyap bila mengulas kisah Kampung Buah Pala siap menuduh org lain..

Riuh rendah juga dulu apabila seorg wakil UMNO di Penang menyatakan mereka kaum pendatang di Malaya satu ketika dahulu (mmg betul pun). Tetapi senyap bila ADUN DAP di Johor berkata BN mengamalkan aparteid & Pemuda DAP mengutuk Sultan & Islam.

Riuh rendah apabila wakil kesayangan mereka (teresa) & org2 Hindraf ditangkap & disumbat oleh ISA. Tetapi senyap dalam memperjuangkan pembebasan org Melayu/ Islam yg ditangkap. Buktinya adalah cukup kecil jumlah yg hadir dlm GMI.

Riuh rendah bila bercakap soal hak sama rata & bangsa Malaysia. Tetapi senyap bila Mukhriz menyatakan cadangan utk sistem satu sekolah utk menyatukan bangsa.

Riuh rendah dalam mempertikai krebiliti polis, rasuah, salahlaku dll. Tetapi senyap bila mempersoalkan kisah Ah-Long dll.

~~~~~~

Persoalan sekarang siapa yg racist? Sama2 pikiaq noo..

P/s: Akhbar Melayu tak boleh bersuara.. Tetapi depa? Seluas2nya terbentang luas.,. Yg Harakah tah apa yg diperjuang (islam pun tidak bangsa lagi laa).. Jadi apa yg tinggal pada akhbar kita? comments

2 comments:

  1. Mata dan minda dah diaktivatekan bila baca entri nih!

    ReplyDelete
  2. :) sama2 kita sedarkan org2 Melayu

    ReplyDelete