Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.
‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.
‘‘Pecahan itu merangkumi 50,900 isi rumah kaum Cina, India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800),” katanya semasa menjawab soalan Dr. Micheal Jeyakumar Devraj (PKR- Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
-----------
Other Perspektif :-
Daripada kajian ini terbukti org2 Melayu antara yg paling terkebelakang dlm soal ekonomi. Ternyata dasar kerajaan @ DEB utk mencapai mencapai target masih jauh dr kenyataan.
Jika difikirkan @ mengikut skala paras garis kemiskinan di Selangor bermakna terdapat 496,500 HIS (household income survey) dibawah paras kemiskinan & bermakna juga terdapat 301,000 org2 melayu dikategorikan sbg miskin (jumlahnya 5 kali ganda dgn kaum cina).
Jika dilihat secara keseluruhan Melayu pemenang kategori HIS RM 1,001 - RM 2,000 berjumlah 976,500. Dan juga pemenang kepada kategori dibawah paras RM 1,001.
Kaum india, kadazan & lain-lain majoritinya didlm lingkungan gaji RM 1,001 - RM 2,000.
Kaum cina pula pemenang kepada kategori (HIS) RM 5,001 - RM 10,000.
Kenapa jadi begini. Adakah DEB patut dipersalahkan? atau BN dan perlaksanaan DEB? atau salah kaum bumiputera sendiri.
Apa2 pun statistik ini menunjukkan DEB atau Bumiputera masih di perlukan bagi mengurangkan jarak ekonomi antara kaum.
Tidak terkezut saya dengan kenyataan tersebut berdasarkan pemerhatian saya selama ini.
ReplyDeleteJangan disalahkan DEB atau perlaksanaannya. Sepatutnya bangsa melayu itu sendiri yang dipersalahkan.
DEB hanya mengajar bangsa melayu cara memancing ikan di samping itu turut membekalkan ikan.
Malangnya bangsa melayu yg terkenal dengan sifat malasnya tidak mahu belajar untuk memancing sebaliknya lebih selesa untuk menerima bekalan ikan setiap hari.
Bagi bangsa lain yg belajar memancing tanpa bekala ikan, pastinya akan berusaha utk mendapat ikan yg besar & segar. Untungnya mereka dapat jugak.
Bangsa melayu sejak dulu terlalu manja dan sentiasa mengharapkan bantuan dari kerajaan sehingga tiada mempunyai otak yang kreatif utk menambahkan pendapatan.
Dlm suasana politik dunia sekarang, senjata penjajahan adalah eko-more-money yg tidak dimiliki oleh bangsa melayu.
Sekarang bila bangsa lain mula menggunakan senjata eko-more-money, barulah nak melatah isu ketuanan melayu la, bahasa kebangsaan la, itu la ini la, tapi dah terlambat.
Mark my word, satu hari nanti bangsa lain akan mentadbir Malaysia sekiranya kepimpinan melayu masih berfikiran seperti sekarang ini, lebih cakap dari tindakan. Lihat apa dah jadi di Penang...
apabila kita dah tahu ni.agak2 apa perlu kita buat?
ReplyDeleteJaga periuk nasi sendiri lor... Tok sah dok ambik pot hal org lain. Janji pendapatan sendiri melebihi RM2K
ReplyDeleteDear friends.
ReplyDeleteWhat can we do? senang ja.. dasar & kelebihan dah ada.. jadi sama2 kita majukan ekonomi org2 melayu.. tolong menolong & perkukuhkan ekonomi org melayu..
Buangkan sifat takbur, tamak, etc2..
Bila ekonomi kita kuat. sapa pun x boleh mainkn kita.. insyallah..