Mar 11, 2010

Kejatuhan PKR?

Salam sejahtera. Lama tak menulis, almaklumlah baru pindah rumah & kawasan rumah pulak line dia masyallah teruk ya amat. Internet pun takdak. Ni-lah jadinya memangla nak kena complain pada SKMM.

Sepanjang bulan ni & bulan lepas amat menarik. Sehinggakan kalau nak buat komen jenuh jugakla. Tapi apa2 pun kita dapat simpulkan yg PKR adalah parti yg amat bermasalah skrg. 5 Ahli Parlimen & 3 ADUN berenti. Itu tak dikira org2 kuat yg sudah lama dalam parti. Contohnya macam Ezam, Chandran Muzaffar, & bbrp lagi org kuat yg lama. Kenapa kita cakap org kuat? Sebab mereka inilah yg dulu menggerak Parti Keadilan bilamana ia ditubuhkan pada tahun 1997 (kalo tak silapla). Mereka-mereka inilah Jeneral yg setia dgn Anwar, kawan-kawan beliau & org2 rapat beliau.

Amat berbeza dgn PKR skrg yg berebut-rebut dimasuki oleh kumpulan oppurtunist baru dek disebabkn kekecewaan di parti masing-masing. Elokla, yg baguih2 keluaq x pun kena reject & yg direject oleh org masuk PKR. Cek berkesempatan jugak ke Kuala Selangor baru-baru ini mendengar pidato Saudara Ezam. Walaupun sebenarnya maleh nak pi tapi sampai jugakla utk mendengar apa cerita khabar beliau. (kot2 la nak bukak box yg dia dok ckp dulu). Apa yg disampaikan oleh Ezam adalah amat informative & cukup byk cerita rahsia. Memang elokla memandangkn beliau merupakan Jeneral nombor satu Anwar dulu. Syabas Ezam. Harapannya saudara betul2 telah sedar & insaf. Tetapi satu, utk dapatkan kembali kepercayaan UMNO & akar umbi bukan senang. Saudara kena lebih berusaha lagi & ikhlas memperjuangan UMNO, Melayu & Islam.

PKR @ lebih senonim dgn apa yg Nallakurapan cakap parti keluarga akan tersungkur rasanya. Kita tgkla apa dah jadi. Zulkifli sendiri yg merupakan satu-satunya 'fighter' Islam dlm PKR terhumban dek diterajang panel disiplin parti. Takpala bro Zul, teruskan perjuangan saudara tak kira platform. Itulah, cek dulu dah habaq dah saudara salah platform tapi takpala. Better late than never. Satu perkataan menarik YB Zul cakap. Mereka-mereka yg keluar perlu dilihat dr segi kualiti bukan kuantiti. Memang betul. Cuba lihat sapa yg keluar? Kebanyakannya org2 lama yg cukup kuat & rapat dgn Anwar. Bukan pak turut. Jadi pada yg tinggal skrg pikirkanlah.. Hangpa ni tergolong dlm golongan mana.

Jadi, tunggulah. PKR bakal tersungkur sebelum tibanya PRU-13. Bukan apa, bila matlamat parti telah meletakkan Islam dibawah kaki maka dgn izin Allah tersungkurlah organisasi tersebut. Insyallah kita doakan.. Kepada mereka2 yg masih mendokong PKR bukan terlambat utk keluar & berjuang pada platform yg lain seperti PAS, UMNO malah NGO sekalipun. Janganlah bersubahat dalam merosakkan agama, bangsa & Negara..

p/: Mari kita sedekahkan al-fatihah kepada Tokoh Islam Syeikh Mohamed Sayed Tantawi.. comments

No comments:

Post a Comment