Tajuk diatas sebenarnya amat berat sedikit utk diulas. Tetapi itulah hakikat & persoalan yg bermain di minda rakyat. Permata pintar merupakan ilham isteri kepada Dato Najib iaitu PM kita. Tetapi diminda masyarakat amnya tertanya-tanya adakah projek ini tertumpu kepada masyarakat @ golongan elitis bandar?
Permata Pintar adalah salah satu program dibawah PERMATA dalam mencari bakat @ kanak yg pintar IQnya. Malahan saringan dibuat oleh UKM utk mereka yg layak mengikuti program tersebut. Saringan ? :) Lihatlah disini & fikirlah.
Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet.
Mana idaknya dikatakan projek Permata Pintar adalah utk org elitis. Tgklah utk hadiri ujian saringan pun perlu ada excess internet. Maka pahamlah kita bahawa mereka-mereka yg dikatakan pintar perlu dr golongan bandar sahaja yg celik komputer. Jadi ada baiknya jgn dipanggil Permata Pintar. Panggil sahaja Permata IT & pintar. Atau boleh jugak la tulis sign board "utk budak2 celik IT sahaja" Jika betul-betul diterjemahkan apa yg dimaksudkan dgn Permata Pintar dalam portal Permata Pintar tidak disebut satupun yg mereka perlu tahu menggunakan komputer.
Jadi kalaulah pihak yg membuat saringan betul2 ikhlas utk mencari kanak-kanak pintar maka buatlah roadshow @ bergerak dari satu negeri ke negeri yg lain mencari kanak2 tersebut. Janganlah hanya mengharapkan laman internet & kanak2 pintar datang mengunjung ke bangi utk diuji. Carilah & gunakanlah sumber yg ada utk mencari kanak-kanak tersebut.
Cek akan tgk & lihat hasil akhir pemilihan kanak-kanak yg bakal terpilih ada tak org dari luar bandar. Kita tgk & lihat. Malah kalau program Permata Pintar betul-betul mencari kanak-kanak pintar siarkanlah siapa yg telah datang @ telah melalui saringan pertama. Saya minta mereka utk tampilkan siapa nama & asal mereka antara 1900 yg telah melalui saringan pertama.
p/s: Lepaih ni cek akan komen pulak program permata-permata yg lain..
More about Permata - Updates
More about Permata - Updates
No comments:
Post a Comment