Jul 5, 2014

JKM, OKU & Masyarakat Prihatin

Kita dikejutkan dgn kes adik Firdaus yg ditemui oleh pegawai imigresen dgn keadaan yg memilukan. Kemudian bermulalah episod salah menyalah daripada ibu ke JKM ke Kerajaan & berbagai. Berikut adalah pendapat saya dalam kes berikut.

1- Ibu - Macamana ibu beliau sanggup biarkan anak begitu. Keadaan adik firdaus menunjukkan dia terabai bukan sehari dua tapi sudah sekian lama. Maka ada tanggungjawab kepada Ibunya.

2- Keluarga terdekat - Dalam islam kita perlu mengutamakan keluarga terdekat dlm membantu & bersedekah. Maka dalam hal ini dimana keluarga adik ini? Sepupu kepada Puan Lola @ adik beradik.

3- Penduduk setempat & jiran - Pada penduduk setempat & jiran saya persalahkan mengapa tidak prihatin kepada penduduk sekitar. Adakah kita telah menjadi masyarakat yg sudah tidak ambil tahu tentang sekeliling. Semua pada

3- ADUN Kawasan PKR @ wakil parti2 dikawasan terlibat - Ada sebab mengapa ADUN dipilih. Ada jugak sebab mengapa ada Ketua Cabang. Adalah utk menjadi mata & telingan kepada ADUN yg dipilih. Kelakar bila org menuduh BN sedangkan kawasan itu dimenangi oleh PKR. Tapi cawangan-cawangan UMNO, DAP, MCA, PAS dll jugak terlibat sama. Takkan satu pun takdak wakil di kawasan tersebut. Sikap lepas tangan tak boleh diterima.

Pada saya JKM @ Kerajaan amat jauh utk dipersalahkan. Pada komen-komen yg berkata demikian tgk point saya diatas & pikirkan. Kelakar melihat komen-komen artis yg menghentam tanpa usul periksa. Patut mereka-mereka ni yg pandai komen turun padang cari org-org susah utk dibantu.

  
Photo credit antarapos
Berikut adalah bbrp bantuan yg berada di JKM. Sememangnya syarat yg ketat diperlukan utk menerima bantuan supaya yg benar-benar layak menerima.

Elaun OKU RM 300 sebulan sbg insentif utk menggalakkan OKU bekerja. Antara kelayakan khusus adalah :-
  • Perlu berdaftar dgn JKM
  • Berpendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM 1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga.
  • Berumur 16 tahun ke atas. 
  • Tidak tinggal di institusi yg telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum & pakaian percuma &
  • Pemohon mestilah menyertakan slip gaji/surat pengesahan pendapatan drpd pemohon sendiri bg yg berkerja sendiri.
Bantuan perjagaan OKU terlantar/pesakit kronik terlantar RM300 sebulan bertujuan membantu meringankn beban keluarga. Antara kelayakan khusus adalah :-
  • Pemohon adalah peniaga yg merupakan ahli keluarga OKU/ pesakit kronik terlantar
  • Warganegara Malaysia /bermastautin
  • Sedang memberi jagaan kpd ahli keluarga yg OKU/pesakit kronik terlantar
  • Pendapatan isi rumah tidak lebih RM 3,000/bulan
  • Keluarga yg berkeperluan & tidak berkemampuan
Bantuan OKU tidak berupaya bekerja RM 150/bulan.
  •  Warganegara Malaysia/ bermastautin
  • Sumber pendapatan tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan merujuk kpd semua sumber pendapatan termasuk ilat, pencen terbitan dll
  • OKU perlu berdaftar JKM
  • Disahkan pegawai perubatan dlm kes meragukan
  • Bukan penerima skim bantuan JKM sedia ada
  • Bukan peserta program pemulihan dlm komuniti kelolaan JKM & program penjagaan/ pemulihan kelolaan agensi kerajaan & NGO kebajikan
  • Bagi keluarga yg menerima bantuan bulanan termasuk bantuan penjagaan OKU terlantar yg berpendaptan di bawah OKU terlantar yg perpendapatan dibawah PGK semasa. bantuan boleh dipertimbangkan. 

 Utk lebih lanjut sila rujuk ke http://www.jkm.gov.my/ .
Marilah sama-sama jadi warga Malaysia yg prihatin kepada sekeliling.

comments