Jan 18, 2009

Pilihan Pengundi - PAS Rampas P036 Kuala Terengganu



Tanggal 17 Januari 2009, tercatat satu lagi lipatan sejarah apabila PAS telah merampas kerusi UMNO P036. PAS telah memenangi kerusi tersebut dgn Majoriti 2,631 undi. UMNO telah memperolehi undi sebanyak 32,883 undi manakala PAS 30,252 undi. Bebas pula 193 undi. Pilihan selera pengundi PAS & BN dikatakan masih sama.

Kesimpulan awal kemenangan PAS mungkin adalah disebabkan faktor calon. Ini dibuktikan kepada jika dikira majoriti undi ADUN2 di ketiga2 kawasan yg dimenangi oleh PAS yg telah menunjukkan sama dgn kawasan parlimen yg baru dimenangi. Ini bermakna Arwah Dato' Razali telah mendapat undi diwaktu dahulu ttp kali ini undi kepada Arwah tidak lagi berpihak kepada Dato' Wan Farid. (mungkinkah faktor Mat Sabu (org luar) sbg calon dahulu?)

BN & UMNO

Berbeza dgn PRU-12 & Permatang Pauh dahulu, BN tampak lebih matang dlm mengharungi kekalahan ini. Dato' Seri Najib secara gentlemen menghadapi jurumedia dgn tenang & dgn tekat utk meneruskan legasi BN dgn lebih keras. (Kenyataan yg bagus utk rakyat). BN tidak menyangka kekalahan ini & drpd menyalahkan kepada faktor2, mereka terus menerima dgn terbuka. 'Post mortem' tntg kekalahan ini amat penting dlm melihat knp BN semakin tidak popular dikalangan rakyat. Kini kerusi BN telah berkurangan 137 & PR telah menambah satu kerusi menjadikannya 82 kerusi.

Pengundi Cina yg dikatakan faktor penentu kemenangan calon tidak dilihat signifikan diwaktu ini. Pengundi2 cina dilihat masih mengekalkan momentun utk memilih calon BN dlm PRK ini. Bermakna pengundi2 luar dr ADUN Bandar telah memberikan kemenangan pada PAS.

PR & PAS

Suntikan kemenangan ini memberi semangat baru kepada PR utk 'target' yg lebih besar. Keputusan ini dilihat sbg pendorong utk PR utk bekerja lebih kuat kehadapan dlm menghadapi PRU-13. Dato' Seri Anwar mengatakan bahawa rakyat dahagakan perubahan? Adakah ini mesej pengundi2 P36 @ hanya petanda PAS semakin kuat dimata org Melayu. Bagaimana jika DAP @ PKR yg bertanding? Adakah kemengangan seperti ini bakal diperolehi.

'Credit' patut diberikan kepada jentera PAS dlm memenangi pilihanraya ini. Bagi PKR & DAP pula mereka perlu menilai & melihat kenapa pengundi bukan melayu tidak berpihak kepada PAS walaupun pujian diberikan drpd Haji Hadi Awang kepada DAP & PKR. Bagi pihak PR pula, 'post mortem' juga harus dibuat dlm menilai kemenangan ini utk bekal pada PRU-13 nnti.

---

Walaupun PAS telah memenangi kerusi P036. Diharap janji2 & iltizam dari kedua2 pihak utk berkhitmat kepada masyarakat berterusan. Janji telah dibuat maka haruslah dikotakan demi kesejahteraan rakyat. Baik YB Mohd Abdul Wahid Endut @ Wan Farid dr BN tidak melupakan komitmen yg dijanji kepada rakyat.

Syabas kepada PAS & MAWE dlm memenangi PRK P036 ini. Tidak mustahil satu hari nnti PAS akan menjadi kerusi dominan dlm PR & diharap PAS tidak melupakan prinsip parti.
comments

No comments:

Post a Comment