Jun 21, 2010

Demokrasi atau Diktatorship ~ Nasib X-ADUN & Ahli Parlimen PR

Disebalik laungan demokrasi PR rupa-rupa mereka ni terikat dgn permainan diktator kepimpinan mereka masing. Ketiga-tiga Parti murni tersebut rupanya lebih diktator dari demokrasi sebenar. Lebih-lebih lagi bila melihat syarat-syarat yg dikenakan pabila memegang jawatan baik ADUN, PARLIMEN mahupun apa-apa jawatan.

PKR

Parit yg kelam kabut & parah ni adalah merupakan pelaung demokrasi yg terkuat. Sembang kononnya demokrasi & hak rakyat mengikut perlembagaan Malaysia. Dalam pada yg sama menafikan hak ADUN mereka kerana dipaksa tandatangan surat perletakkan jawatan tanpa tarikh. Ini merupakan cerita benar. Dek kerana 2 org PKR & satu DAP jadi Bebas maka IPOH jatuh ke tangan BN.

Saat2 manis DSAI bila ADUN Bota melompat ke PKR.

PAS

Diparti Suci lagi murni ni pulak mengenakan syarat yg lagi ketat. Bukan saja ketat tetapi keluarga dipertaruhkan demi untuk mengelakkan ADUN @ Ahli Parlimen masing2 melompat parti. Aku janji taat setia kepada Parti disandarkan dengan ikatan suci/ masjid yg dibina atas sunnah nabi & tuhan. Sanggup depa letakkan benda-benda ni sbg pertaruhan. Maka malanglah isteri-isteri kepada mereka dlm Parti PAS kerana secara tidak sedar mereka mungkin telah dipertaruhkan bagaikan barang mainan bila suami mereka tak setia..

DAP

Ini cerita terbaru, rupanya DAP juga tak kurang hebatnya bilamana mereka sebenarnya menyuruh wakil2 depa utk 'sign' akujanji taat setia. Melanggar @ engkar pada aku janji tersebut bakal menyebabkan mereka disaman RM5juta. Tuuu dia.. Itulah 'value' mereka jika mereka lompat parti @ jadi bebas. Macam-macam. DAP lah parti yg paling sembang kuat pasai demokrasi & setia rakyat. Tapi rupa-rupa depa ni lagi teruk dr demokrasi. Cek kadang2 kesian pada mereka ni yg jadi ahli parti tapi apakan daya surat yg disign tak boleh tarik balik. Boleh jelah lawan kat Mahkamah. Tapi mungkin jadi bahan ketawa bukan prosiding mahkamah betul-betulla. Pada cek elok pi complain pada Biro MCA kata hangpa kena 'frame' @ ugut. Sbb itulah yg sebenarnya berlaku.

Kesimpulannya, ketiga-tiga parti yg melaungkan DEMOKRASI sebenarnya mengamalkan DIKTATORSHIP. CUba bayangkan ketiga-tiga parti ni memerintah negara maka apakan jadi pada semua yg berada dalam kerajaan. Ketiga-tiga parti ni lebih teruk pada Komunis. Syarat-syarat yg bodoh, menindas, kejam & juga bersifat ugutan. Mungkin kepada yg kena boleh saman mereka atas jenayah peras Ugut..

Apa-apapun, syabas UMNO & Parti Komponen kerana tiada pendekatan seperti ini diambil utk elakkan ADUN @ ahli Parlimen mereka lompat parti.

comments

No comments:

Post a Comment