Jun 24, 2010

PMR & UPSR Dimansuhkan?

Sejak akhir-akhir ni cek tak tau lah apa kena dgn Kementerian Pelajaran. Satu demi satu polisi nak dibuat & selalunya berakhir dgn banyak perdebatan & ketegangan masyarakat. Sekarang satu lagi polimik dibuat @ diusulkan iaitu PMR & UPSR dimansuhkan. Cek taknak bercakap samaada perlu disokong @ tidak usul ini tapi nak bercakap diluar konteks.

Kementerian perlu buat kajian & bentangkan kepada rakyat kenapa PMR @ UPSR hendak dimansuhkan. Dan yg paling penting jika nak dimansuhkan apa dia mekanisme utk menggantikannya. Itu yg paling penting. Bukan kita mansuh dulu pastu fikir kemudian. Inilah kata idea separuh masak @ separuh jalan & yg menjadi mangsa anak2 kita. Dan lepas tu Pembangkang akan adalah byk 'bullet' utk tembak kerajaan.

BUkan bercakap kosong, tapi realiti melihatkan kepada apa yg berlaku pada PPSMI (Bahasa Inggeris). Idea PPSMI adalah baik tetapi 'implimentation' kelam kabut, guru yg tidak bersedia & ketiadaan guru utk melaksanakan idea tersebut menyebabkan byk pelajar luar bandar keciciran dalam PPSMI.

Betul cakap org sistem pendidikan negara berubah-ubah setiap kali bertukarnya Menteri di Kementerian. Yg mungkin org tak sedar implikasi kepada pelajar & anak-anak kita setiap kali polisi berubah. Pada saya buatlah kajian mendalam tentang apa kelemahan PMR & UPSR & cadangkanlah perubahan yg 'perlu'. Jika ia perlu dimansuhkan utk menggantikan sistem yg lebih maka cek rasa rakyat akan menyokong. Tapi sebelum mendapat sokongan Kerajaan perlu membentangkan cadangan tersebut utk diteliti oleh semua lapisan rakyat.

Kalau tiada idea yg boleh diketengahkan utk dibincangkan maka rentikanlah dulu cadangan pemansuhan & buatlah kajian & cadangan utk menggantikan sistem yg sedia ada. Jgn dek kerana nak jimatkan wang utk menjalankan peperiksaan awam maka keputusan tergesa-gesa dibuat.

OP :
KPI utk TPM turun 1 mata. comments

2 comments:

  1. In what ever new policy being introduced by KERAjaan, meLAYU is in the lost side but due to their inability to think further despite having noted they are the majority, the said new policy is GOODDDD!!!...

    What a stupid Malay for unable to think strategically compare to other races who just making noise behind the curtain but upon being fed with some few ringgit, remain silence.




    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete
  2. :).. Stupid a hash words.. tapi kita boleh cakap tak pikir luar dr konteks politik..

    at least org tanjung bising .... kot2 la ada mereka2 yg mendengar

    ReplyDelete