BUkan apa. Sebab selalunya daftar mengundi dibuat di kawasan bandar. Tak semua org yg mendaftar mengundi ada masa @ wang ke bandar. Pendaftaran byk tertumpu ke dalam bandar. Di Shah Alam misalnya pendaftaran di Kompleks PKNS. Kadang-kadang perlu jugak bukak kaunter di Batu Arang @ Rawang. Utk mengharapkan Parti-parti adalah relevan memandangkan tak semua Parti yg komited utk membuat pendaftaran.
Parti yg paling aktif buat pendaftaran mengundi sekarang adalah DAP & yg kedua UMNO. Cuma skrg cek nak tanya sikit Parti Komponen BN hangpa ni mmg tak serius nak berubah. Dari segi pendaftaran mengundi pun dah nampak yg mereka tidak aktif. Jadi macamana nak dapatkan sokongan rakyat kalau benda yg mudah ni pun tak boleh buat.
Lihat statistik Pulau Pinang disini misalnya iaitu jawapan dr SPR menunjukkan parti komponen amat lemah utk buat pendaftaran mengundi.
Pada pihak BN. KPI perlu dibuat utk menaikkan pendaftaran pengundi. Setiap parti komponen perlu meletakkan KPI utk pendaftaran mengundi.
Kepada kerajaan pulak cek merasakan Undang-undang utk mendaftar pengundi secara automatik perlu dilakukan utk mengelakkan birokrasi utk pendaftaran mengundi.
Cth yg paling senang misalnya. Utk cek yg nak tukaq alamat mengundi proses dibawah perlu dibuat. (di Selangor)
1- Pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara - Plaza Masallam.
2- Tukaq alamat ke alamat dimana hendak mengundi
3- Pastu bawak surat pengesahan pertukaran alamat ke SPR @ kaunter SPR. (Kompleks PKNS) 4- Bawak surat & IC utk buat pertukaran tempat mengundi.
Bayangkan mereka yg nak mendaftar @ membuat pertukaran alamat adalah mereka duduk di kampung di Batu Arang. Maka rasa-rasa depa nak buat @ mendaftar ke idak..
p/s: Kerajaan patut menyokong penuh utk membuat pendaftaran mengundi secara automatik memandangkan yg byk tidak mendaftar adalah dr kaum majoriti (bumiputera) kerana kurangnya akses kepada SPR.
No comments:
Post a Comment