Feb 25, 2009

DUN Batang Ai - PRK Sarawak


Yang pasti, akan ada 3 PRK berlaku pada bulan April apabila negara dikejutkan sekali lagi apabila ADUN Batang Ai Sarawak Datuk Dublin Unting Ingkot meninggal dunia.
Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di Kuching pada jam 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.

Takziah diucapkan kepada keluarga beliau & seluruh rakyat Sarawak amnya atas pemergian seorg pemimpin yg dihormati. Beliau merupakan seorang wakil rakyat yang berdedikasi dan komited untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Sarawak, terutama dari kawasannya.

Apa-apapun PRK yg bakal berlaku di N29 merupakan titik pertama yg bakal menarik perhatian pemerhati politik. Ini merupakan medan pertama bagi PKR utk menunjukkan belang di Sarawak. Dengan meletakkan 'ahli baru' iaitu Nicholas Bawin Anggat yg baru menganggotai PKR sekaligus menjadi Naib Pengerusi parti tersebut bagi PKR Sarawak.

P/S: PRS & BN Sarawak perlu bekerja keras utk mempertahankan kerusi tersebut memandangkan majoriti hanya 806 pada Pilihanraya tahun 2006.
comments

No comments:

Post a Comment