Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Jun 27, 2013

Ketawa Akhir Ketawa Menang?

Hampeh! Itu yg boleh dikatakan bila tgk Anwar & konco-konco angkat sesumpah di Parlimen. Punyala berkobar-kobar berucap didepan SAMM & mereka2 yg syiok sendiri yg rata-rata org Melayu. Itupun bila di 'fatwa'kn wajib & syahid oleh Ulama baru PAS Husam.
Mereka pun 'repeat' balik sejarah baring sambil guling-guling atas jalan seperti yg berlaku di Perak dahulu. Kelakar! Sebab nun 100m drpd tempat mereka berguling , pemimpin mereka yg sama-sama menempuh jerebu yg berbahaya sebelum ini dgn asyik mengangkat sumpah taat setia pada Parlimen sekaligus membenarkan keputusan Pilihanraya..!

Haru! Hahahahaha.. Pada rakyat marhain yg cerdik patut dpt meneka apa maksudnya. Pada yg kurang cerdik baca lagi.. Maksudnya mereka telah menerima keputusan Pilihanraya. Menerima kekalahan secara terbuka & seperti menjilat ludah sendiri. Seperti bergulumang dgn tahi sendiri yg dicampak ke langit..
Pada masa yg sama.. Sebelah tghari mereka makan bersama pemimpin kerajaan BN sambil bergelak ketawa! Mungkin ketawa mengingatkn penyokong-penyokong yg kurang cerdik diluar. Mungkin ketawa mengenangkn & suka senang sungguh memperbodohkan manusia..

So apa jadi pada :-
- 40,0000 bangla
- blackout
- pengundi hantu dua kali? 

Dan bermacam tomahan pada SPR.
Pada SPR.. Lepas ni kasi letak plumbum dlm dakwat supaya tak boleh hilang setahun.. Senang cerita!! 

comments

Apr 23, 2013

Ahli PAS, DAP & PKR keluar Parti @ pro-BN.. Hangpa bila lagi?

Memang kemelut dalaman Parti Pr makin parah. Ahli demi ahli keluar parti @ bertindak pro-BN yg boleh dikatakan antara insiden & keadaan yg amat menakutkan bagi PR.

DAP dengan isu sisihkan ahli Keturunan India. PAS dengan isu kalimah & madag perjuangan Islam. Dan PKR tak habis dengan isu yang pelik-pelik.

Apa-apapun banyak yang dah insaf & berjuang bersama BN. Demi masa depan negara. Hangpa bila lagi??





















comments

Apr 16, 2013

Lagi tinggalkan PR, hangpa bila lagi?

Rentitan dari post terdahulu sini. Makin lama makin ramai yang insaf. Dalam yang insaf ada pulak yg katanya tersedar. Cek maleh nk komen tapi ini adalah hakikat. Mungkin depa kata tu sikit ja. Takpa, depa ni yang terang berubah hati. Yang diam-diam jangan perkecikkan depa noo.









comments

Mar 30, 2013

Lahad datu dipermain. Mat Indera dijulang

Cek memang tak paham pembangkang ni. Bila kes lahad datu dikatakan sandiwara. Tapi Mat Indera yang confirm komunis melaya dijulang. Ada yang tak kena rasanya sejarah depa ni. Berikut adalah keratan akhbar dari HARAKAH. Bukan paper lain ooo..





comments

Mar 24, 2013

Mereka yang Insaf.. Hangpa bila lagi?

Berikut adalah antara mereka-mereka yg dah bertobat dari ikut Pakatan Rosak. Allah bg hidayah utk tak terus bergelumang di jalan yg tak betui. Mungkin berkat doa PAS kot.

Hangpa bila lagi.? Wahai pengikut tegar PR..







comments

Mar 12, 2013

Anugerah ABIM kurang sensitif!

Berdetik hati bila tengok ABIM bagi anugerah yg menyama tarafkan Presiden PKR dengan Sahabat Nabi. Kurang sensitif & kurang cerdik. Sedangkan nama pun dah ABIM.

Teguran buat ABIM. You should know better. Takyah la nak buat anugerah SAyyidatina Aishah & Sayyidatina Khadijah. Panggil la anugerah lain. Anugerah Isteri Anwar ke, anugerah isteri mithali ke apa ka. Sebab sebagai marhain biasa berfikir, ia seolah-olah meletakkan taraf Isteri Nabi setaraf Wan Azizah. Sedangkan sahabat & isteri nabi batang tubuhnya dah dijamin syurga Allah.

P/s:- lepas ni jgn ada pulak anugerah abu bakar, anugerah omar, anugerah bilal, anugerah othman, anugerah ali dan lain-lain.

http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/36-entertaiment/415-hhk-raikan-ketokohan-prof-dr-khalijah-salleh-dan-datuk-seri-dr-wan-azizah-wan-ismail

http://taipingmali.blogspot.com/2013/02/saiyiditina-khadijah-award-to-wan.html?m=1

comments

Mar 11, 2013

Inikah Pemimpin yg Rakyat Nak?

Ini yang merupakan masalah besar bagi PKR. Pemimpin jenis lepas cakap & tak sensitif. Kalau org Kedah kata "cakap tak pakai otak".

Maka sekalian rakyat sekalian. Pikir-pikir kanlah.






comments

Mar 8, 2013

Isu Lynas Anwar U Turn

Anwar memang terkenal dgn 'flip flop'.

Takdak integrity. If dia take over penguatkuasa LPTA, MINT dan yg lain-lain kelulusan still the same government servant. Then how?? Flip flop betui laa..

http://www.smh.com.au/world/rare-earths-move-for-anwar-but-only-if-proved-safe-20130306-2fle1.html?skin=text-only

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/03/07/anwar-lynas-can-stay-if-proven-safe/ comments

Nov 12, 2012

PAS dan pandangan Kebebasan Agama Orang Melayu

Pencerahan ini diberikan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS dalam blognya www.eperjuangan.com. Tapi saya katakan disini.. Alhamdulillah masih ada dalam PAS yg tak jahil @ mengikut hawa nafsu politik walaupun tak secara terang2.

Pelik sbb mereka takut nak cakap terang-terang menentang kenyataan yg boleh rosakkan akidah tapi bila bab MCA & Hudud satu dunia dgr sedangkn Chua Soi Lek kata tentang penentangan Hudud PAS.

Well!! Itula yg dinamakan politik.. comments

Nov 11, 2012

Apabila terlepas cakap - Melayu bebas Beragama? Nurul Izzah Naib Presiden PKR

Lawok bila tengok Naib Presiden PKR terpaksa memutar belit kenyataan sendiri. Sedangkan beliau sendiri yg dgn secara spontan menjawab soalan dalam Wacana Ilmu di Gereja Selangor.

Lagi lawak bila beliau marah sangat pada Utusan & media-media lain sedangkan yg melaporkan pada awalnya adalah Malaysiakini. Patut dia saman ja MK sebab dek disebabkan laporan tu jenuh jugak nak menjawab pada lawan & kawan.

Terang-terang dalam kenyataan beliau, (sila tengok Youtube!) yang berkata "Malays should have the right to choose faith" atas menjawab soalan seorang peserta. Orang tua-tua selalu berkata jawapan yang spontan sebenarnya yang terbit di hati. Bukan jawapan tambahan setelah terlepas cakap.

Pada orang-orang PAS, PKR & ulama yg berkecenderungan politik untuk mempertahankan kenyataan Naib Presiden PKR ni maka boleh kita buat kesimpulan mungkin penguasaan bahasa Inggeris mereka kurang elok. Sama jugak kes yang berlaku bila Anwar jawab soalan BNBC kalau tak silap di India.

Well.. Bapak borek anak rintik.. Or lastly nak senang jawab je itu pandangan peribadi. Hehe..

Satu lagi. Janganla suka hati petik surah dalam al-quran bila tak tahu @tak faham kefahaman surah berdasarkan kefahaman yg sebenar. Rujuklah pada mereka yang ada ILMU.

Link utk isu ini :
Transcript Penuh Q&A - Sini
Malaysiakini report. - Sini

Tapi takpala ginilah. Disebabkan beliau tarik balik & buat balik kenyataan balas kata tak terima murtad. Kita bersangka baik yg dia dah terlepas cakap @ 'thats what i meant'.. :).. Case close.. Soo pada yg berckp maka berhati-hati ya..
comments

Mar 28, 2012

Antara Yahudi, Israil dan Zionis

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO iLMU

“Pelanduk mudah melupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk.

Begitulah sikap sebahagian orang Islam yang sering lupa akan makar dan angkara Yahudi yang dilaknat Allah.
Pada beberapa siri yang lepas kita telah menyinggung beberapa taktik dan helah Barat dan media Yahudinya untuk memburuk-burukkan Islam. Satu dari strategi mereka ialah merubah gelaran Islam yang asal kepada gelaran atau label yang membawa konotasi buruk dan negatif.

Hal ini tidak berhenti di situ sahaja. Barat dan media Yahudi mereka juga berusaha untuk memutar ‘spin’ perangai buruk mereka yang digambarkan oleh Allah dal Al-Qur’an dengan menyandarkan kelompok mereka kepada istilah dan gelar yang baik-baik. Satu contoh yang sangat ketara ialah apabila kelompok Yahudi yang merampas tanah umat Islam di Palestin.
Pencabul hak asasi dan perampah tanah negara ini dengan megahnya menyandarkan diri mereka dengan nama Israil. Walhal Al-Qur’an menyebutkan begitu banyak keistimewaan dan keutamaan Bani Israil. Mereka, yakni orang-orang Yahudi sedar bahawa Al-Qur’an tidak menceritakan kecuali yang baik-baik sahaja mengenai Bani Israil.

Kata “Israil” merupakan susunan dua kata israa dan iil. Israa dalam bahasa arab artinya ‘abdun (hamba), sedangkan iil artinya Allah, sehingga Israil dalam bahasa arab artinya ‘Abdullah (hamba Allah). (lihat Tafsir At Thabari danAl Kasyaf ketika menjelaskan tafsirsurat Al Baqarah ayat 40)

Satu hal yang perlu disedari, penamaan negeri Yahudi dengan Israil termasuk salah satu di antara sekian banyak konspirasi Yahudi terhadap dunia. Mereka tutupi kehinaan nama asal mereka Yahudi dengan nama bapa mereka yang mulia Nabi Israil ‘alaihis salam. Berkait hal ini Syaikh Bakar bin Abdillah Abu Zaid menjelaskan:

Syaikh Abdullah bin Zaid Alu Mahmud memiliki sebuah risalah yang berjudul Al-Ishlahu wat-Ta’dilu Fiima Thara-a Ala Ismil Yahudi wan Nashara Minat Tabdil. Di dalam kitab tersebut terdapat penjelasan, bahwa Yahudi telah terlepas dari Bani Israil. Yakni sebagaimana terpisahnya Nabi Ibrahim dari bapanya, Azar. Kekufuran itu telah memutuskan pertalian antara kaum Muslimin dengan orang-orang kafir, sebagaimana diceritakan dalam kisah antara Nabi Nuh dengan anaknya. (lihat : Mu’jam Manahil Lafzhiyah, Darul Ashimah, Cet 3, 1413H ms 93-94)

Oleh karena itu, keutamaan yang pernah dimiliki Bani Israil pada zaman dahulu, sedikitpun tidak ada yang dimiliki kaum Yahudi. Oleh itu, penyematan nama Bani Israil untuk menyebut kaum Yahudi, akan menjadikan mereka meraih keistimewaan, dan keburukan mereka pun tertutup. Ini mengakibatkan hilangnya perbezaan antara Bani Israil dengan Yahudi sebagai kaum yang dimurkai dan dihina oleh Allah.

Jadi sesungguhnya, Yahudi adalah nama bagi orang-orang yang tidak beriman kepada Nabi Musa. Adapun yang beriman, mereka itulah yang disebut Bani Israil. Karena itu, orang-orang Yahudi merasa tidak selesa disebut dengan nama Yahudi!

Hukum Bersekongkol dan Menyokong Yahudi
Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Lantaran itulah kita lihat sikap dan usaha pihak Yahudi dan Nasrani yang dilihat sangat degil, keras kepala dan berhati batu terhadap umat Islam. Walhal Allah awal-awal lagi sudah merincikan sikap dan tabiat mereka. Justeru dalam sebuah hadis yang sahih Nabi menjelaskan bahawa umat Islam akan tunduk dan patuh mengikut telunjuk Yahudi dan Nasrani. Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a Nabi bersabda,
Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”
Parasahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab,Siapa lagi kalau bukan mereka?”(riwayat Muslim)
Hadis ini mengesahkan realiti yang berlaku hari ini. Umat Islam dan sebilangan pemimpin politik dari kalangan orang Islam begitu mudah mengikut rentak orang Yahudi dan Nasrani. Ketua Pembangkang seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” Manakala dalam respon kemudiannya beliau menyatakan sokongan kepada ‘two-state solution’.

Seperti slogan seks bebas yang diganti dengan Seksualiti Merdeka, terma ‘two-state solution’ sebenarnya membawa maksud mengiktiraf negara haram Yahudi yang dinamakan sebagaiIsrael. Pihak yang terbabit sebenarnya sudah larut terjebak dalam permainan Yahudi memutar-mutar istilah, gelaran dan label.

Sikap yang benar bagi seorang Muslim ialah tetap berhati-hati dengan kaum yang dimurkai oleh Allah ini. Sikap hati-hati ini jelas, walaupun secara zahirnya seperti orang Yahudi ini mahu mengembalikan hak kepada penduduk Palestin dan tidak mahu menyerang lagi. Ini tidak bermakna kita boleh sokong. Bahkan ia bertentangan dengan apa yang diwasiatkan Nabi untuk sentiasa menyelisihi mereka.

Bukan sahaja orang Yahudi perlu menghentikan serangan dan memberikan semula hak penduduk Palestin. Sedangkan mereka masih menduduki tanah yang mereka rampas dan jarah sebelum ini. Waima Yahudi menghentikan serangan, sebenarnya mereka masih melakukan kezaliman kerana merampas tanah milik penduduk Palestin. Dan kalaupun mereka bertindak memulangkan tanah dan negara Palestin yang dirampas, itu tidak menunjukkan kita umat Islam boleh duduk bersama dan bersekongkol dengan Yahudi.
Sebagai mau’izah atau peringatan buat mereka yang sering lupa, elok kita renungkan firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimukrai Allah, sesungguhnya mereka telah berputus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telrah berada dalam kubur berputus asa.” (Al-Mumtahanah, ayat 13)
Ayat ini mengisyaratkan bahawa Allah melarang kaum Muslimin untuk patuh dan taat kepada Yahudi dan Nasrani. Sebab, mereka adalah kaum yang dimurkai oleh Allah seperti yang dijelaskan oleh para ulama tafsir dalam tafsir Surah al-Fatihah .

Dan kemurkaan Allah kepada mereka adalah disebabkan mereka mengetahui kebenaran, tetapi kemudian mereka mengingkarinya. Mereka juga memahami larangan-larangan Allah, tetapi terus melanggarnya. Mereka mengenali petunjuk Allah, tetapi lantas meninggalkannya. Ironinya lagi, mereka ini justeru cenderung kepada kesesatan. Itulah hal-hal yang menyebabkan Allah amat membenci mereka.

Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi ketika mengingatkan maker dan kejahatan Yahudi menuliskan,

“Waspadalah terhadap mereka! Sebab mereka sentiasa berupaya menjadikan perbuatan batil dan kekufuran itu terlihat samar dan indah di pandangan kalian. Mereka juga tidak pernah berhenti berusaha menggiring kita agar memandang hukum, ibadah dan akhlak Islam itu sebagai kuno, ketinggalan zaman, dan bertentangan dengan demokrasi dan hak asasi manusia.

Bahkan, mereka tidak akan pernah berhenti memperdaya umat Islam agar berfikiran bahawa ajaran Islam itu menghambat kemajuan peradaban, tidak lagi relevan dengan realiti semasa, dan bahawa Islam hanya akan membawa para pemeluknya terpuruk dalam kemunduran.” (lihat : Nida’atu ar-Rahman li Ahli al-Iman, Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi, Darus Salam, Kaherah, cet-2, 2004)

Dr ILMU 

AL :-
Mari kita berlapang dada & selalu beringat kepada musuh Islam ini.. Jgn leka & lalai wallahwaqlam..  comments

Jan 8, 2012

Hassan Ali & 901 .. Sah PAS kuda tunggangan PKR..


Assalamualaikum..
Semua terkejut beruk harini sbb Hassan Ali dipecat. Ini selepas Azmin Ali sound PAS utk ambik tindakan pada Hassan Ali sbb terang-terang beliau tak menyatakan sokongan penuh pada acara 901.

Punya la dasyat.. PKR ni dah tahap power gila..

Jadi pada mereka2 yg selama ni dok kata PAS ni independent PAS ni kuat PAS ni bukan kuda tunggangan maka jawablah kenapa PKR 'power' sgt sehinggakan desakan depa ni boleh buatkan Hassan Ali tersungkur.

DAP mahupun PKR walaupun ada ahli-ahli depa byk betul masalah, tapi tak la sampai pecat ahli. Cuba tgk masalah2 contoh kenyataan racist, hina sultan, pertikai sultan, pertikai perlembagaan, penipu.. Semua takpa tapi PAS pulak.. Baru kena gertak sikit oleh rakan PKR terus tersungkur Hassan Ali. 

Apa-apa pun tuan Hassan. Sabar. Perjungan perlu diteruskan walaupun tidak dibawah bendera Hijau. Masuklah satu geng dengan Zulkifli Nordin & mereka2 yg insaf.. :).. Tak masuk UMNO pun takpa.

Mengenai 901 pulak. Tak tahu la esok macamana. Yang confirm esok mmg jemla KL. Maka pada mereka2 yg terpaksa kerja di belah sana.. Cek ucapkan good luck tempah jem & road block.

Daripada dok layan 901 baik pi makan hot dog 1901..

Heheheh.. comments

Jun 21, 2010

Demokrasi atau Diktatorship ~ Nasib X-ADUN & Ahli Parlimen PR

Disebalik laungan demokrasi PR rupa-rupa mereka ni terikat dgn permainan diktator kepimpinan mereka masing. Ketiga-tiga Parti murni tersebut rupanya lebih diktator dari demokrasi sebenar. Lebih-lebih lagi bila melihat syarat-syarat yg dikenakan pabila memegang jawatan baik ADUN, PARLIMEN mahupun apa-apa jawatan.

PKR

Parit yg kelam kabut & parah ni adalah merupakan pelaung demokrasi yg terkuat. Sembang kononnya demokrasi & hak rakyat mengikut perlembagaan Malaysia. Dalam pada yg sama menafikan hak ADUN mereka kerana dipaksa tandatangan surat perletakkan jawatan tanpa tarikh. Ini merupakan cerita benar. Dek kerana 2 org PKR & satu DAP jadi Bebas maka IPOH jatuh ke tangan BN.

Saat2 manis DSAI bila ADUN Bota melompat ke PKR.

PAS

Diparti Suci lagi murni ni pulak mengenakan syarat yg lagi ketat. Bukan saja ketat tetapi keluarga dipertaruhkan demi untuk mengelakkan ADUN @ Ahli Parlimen masing2 melompat parti. Aku janji taat setia kepada Parti disandarkan dengan ikatan suci/ masjid yg dibina atas sunnah nabi & tuhan. Sanggup depa letakkan benda-benda ni sbg pertaruhan. Maka malanglah isteri-isteri kepada mereka dlm Parti PAS kerana secara tidak sedar mereka mungkin telah dipertaruhkan bagaikan barang mainan bila suami mereka tak setia..

DAP

Ini cerita terbaru, rupanya DAP juga tak kurang hebatnya bilamana mereka sebenarnya menyuruh wakil2 depa utk 'sign' akujanji taat setia. Melanggar @ engkar pada aku janji tersebut bakal menyebabkan mereka disaman RM5juta. Tuuu dia.. Itulah 'value' mereka jika mereka lompat parti @ jadi bebas. Macam-macam. DAP lah parti yg paling sembang kuat pasai demokrasi & setia rakyat. Tapi rupa-rupa depa ni lagi teruk dr demokrasi. Cek kadang2 kesian pada mereka ni yg jadi ahli parti tapi apakan daya surat yg disign tak boleh tarik balik. Boleh jelah lawan kat Mahkamah. Tapi mungkin jadi bahan ketawa bukan prosiding mahkamah betul-betulla. Pada cek elok pi complain pada Biro MCA kata hangpa kena 'frame' @ ugut. Sbb itulah yg sebenarnya berlaku.

Kesimpulannya, ketiga-tiga parti yg melaungkan DEMOKRASI sebenarnya mengamalkan DIKTATORSHIP. CUba bayangkan ketiga-tiga parti ni memerintah negara maka apakan jadi pada semua yg berada dalam kerajaan. Ketiga-tiga parti ni lebih teruk pada Komunis. Syarat-syarat yg bodoh, menindas, kejam & juga bersifat ugutan. Mungkin kepada yg kena boleh saman mereka atas jenayah peras Ugut..

Apa-apapun, syabas UMNO & Parti Komponen kerana tiada pendekatan seperti ini diambil utk elakkan ADUN @ ahli Parlimen mereka lompat parti.

comments

Mar 11, 2010

Kejatuhan PKR?

Salam sejahtera. Lama tak menulis, almaklumlah baru pindah rumah & kawasan rumah pulak line dia masyallah teruk ya amat. Internet pun takdak. Ni-lah jadinya memangla nak kena complain pada SKMM.

Sepanjang bulan ni & bulan lepas amat menarik. Sehinggakan kalau nak buat komen jenuh jugakla. Tapi apa2 pun kita dapat simpulkan yg PKR adalah parti yg amat bermasalah skrg. 5 Ahli Parlimen & 3 ADUN berenti. Itu tak dikira org2 kuat yg sudah lama dalam parti. Contohnya macam Ezam, Chandran Muzaffar, & bbrp lagi org kuat yg lama. Kenapa kita cakap org kuat? Sebab mereka inilah yg dulu menggerak Parti Keadilan bilamana ia ditubuhkan pada tahun 1997 (kalo tak silapla). Mereka-mereka inilah Jeneral yg setia dgn Anwar, kawan-kawan beliau & org2 rapat beliau.

Amat berbeza dgn PKR skrg yg berebut-rebut dimasuki oleh kumpulan oppurtunist baru dek disebabkn kekecewaan di parti masing-masing. Elokla, yg baguih2 keluaq x pun kena reject & yg direject oleh org masuk PKR. Cek berkesempatan jugak ke Kuala Selangor baru-baru ini mendengar pidato Saudara Ezam. Walaupun sebenarnya maleh nak pi tapi sampai jugakla utk mendengar apa cerita khabar beliau. (kot2 la nak bukak box yg dia dok ckp dulu). Apa yg disampaikan oleh Ezam adalah amat informative & cukup byk cerita rahsia. Memang elokla memandangkn beliau merupakan Jeneral nombor satu Anwar dulu. Syabas Ezam. Harapannya saudara betul2 telah sedar & insaf. Tetapi satu, utk dapatkan kembali kepercayaan UMNO & akar umbi bukan senang. Saudara kena lebih berusaha lagi & ikhlas memperjuangan UMNO, Melayu & Islam.

PKR @ lebih senonim dgn apa yg Nallakurapan cakap parti keluarga akan tersungkur rasanya. Kita tgkla apa dah jadi. Zulkifli sendiri yg merupakan satu-satunya 'fighter' Islam dlm PKR terhumban dek diterajang panel disiplin parti. Takpala bro Zul, teruskan perjuangan saudara tak kira platform. Itulah, cek dulu dah habaq dah saudara salah platform tapi takpala. Better late than never. Satu perkataan menarik YB Zul cakap. Mereka-mereka yg keluar perlu dilihat dr segi kualiti bukan kuantiti. Memang betul. Cuba lihat sapa yg keluar? Kebanyakannya org2 lama yg cukup kuat & rapat dgn Anwar. Bukan pak turut. Jadi pada yg tinggal skrg pikirkanlah.. Hangpa ni tergolong dlm golongan mana.

Jadi, tunggulah. PKR bakal tersungkur sebelum tibanya PRU-13. Bukan apa, bila matlamat parti telah meletakkan Islam dibawah kaki maka dgn izin Allah tersungkurlah organisasi tersebut. Insyallah kita doakan.. Kepada mereka2 yg masih mendokong PKR bukan terlambat utk keluar & berjuang pada platform yg lain seperti PAS, UMNO malah NGO sekalipun. Janganlah bersubahat dalam merosakkan agama, bangsa & Negara..

p/: Mari kita sedekahkan al-fatihah kepada Tokoh Islam Syeikh Mohamed Sayed Tantawi.. comments

Aug 30, 2009

Protest & Lembu ~ Isu Seksyen 23 Shah Alam

Apala salah ko lembu

Negara dikejutkan oleh protes yg diadakan oleh sebilangan penduduk Seksyen 23 Shah Alam. Meskipun begitu bukan protes yg menjadi kejutan (kerana sejak akhir2 ini ia menjadi seperti lumrah) tetapi 'Kepala Lembu' yg dibawa oleh seorg yg tidak diketahui.

Adapun adalah amat tidak wajar kepala lembu tersebut dibawa oleh mereka & tindakan mereka memperlakukan kepala lembu tersebut adalah tidak elok baik dr segi adat susila org Islam ataupun org2 Melayu. Other Perspektif mengutuk tindakan tersebut.

Meskipun begitu kita perlu lihat secara dgn lebih dalam apa yg sebenarnya berlaku disebalik protest tersebut. Ia berikutan tindakan Kerajaan Selangor yg tidak mengendahkan luahan penduduk Seky 23 yg membantah pembinaan Kuil di kawasan mereka. Ditambah lagi dgn bagaimana YB-YB yg dilantik oleh mereka seolah-olah meminggirkan mereka malah tidak mahu mendengar rintihan & keluhan mereka.

Perlu diingat satu sahaja. Jgn dipolitikkan isu tersebut. Mereka yg terlibat & menyatakan bantahan adalah rata-rata penduduk Seksyen 23 tidak mengira fahaman politik membantah pembinaan kuil tersebut yg dirasakan tidak relevan di kawasan yg mempunyai majoriti 80% org Islam & hanya 40 keluarga India. Jadi kenyataan Ahli Parlimen Khalid Samad & ADUN YB Rodziah seolah2 mahu melepas tangan dgn menyalahkn UMNO. Kelakar bukan? Kenapa rintihan penduduk utk mengadakan perbincangan diendahkan? Kenapa takut kepada keputusan Kerajaan Negeri?

Jika dibandingkan Kes protest ini dgn Kes protest pembinaan Hypermarket di Kota Damansara maka kita boleh simpulkan YB yg terbaik. Nampaknya YB Dr Mohd Nasir Hashim lebih memahami isi hati penduduk setempat drpd kedua-dua YB ini. YB Dr Mohd Nasir berdiri disamping rakyat yg mengundi beliau drpd lari bersembunyi disebalik kerajaan negeri. Syabas YB Nasir.

Tindakan susulan oleh MB Selangor Dato' Khalid 'untuk' mengadakan perbincangan dgn penduduk Seky 23 semacam terlambat. Ini kerana sepatutnya perbincangan perlu diadakan sebelum keputusan dibuat (kata putus utk pindahkan Kuil ke Seky 23) @pun selewat-lewatnya pada waktu protest pertama iaitu bbrp minggu yg lalu. Kita lihat betapa lembapnya Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu tersebut & kita boleh faham kenapa sesetengah dr mereka bertindak melampaui tata susila sebagai seorang Islam.

Apa-apa pun jgnlah pihak masyarakat India terlalu terasa hati diatas isu ini kerana ini merupakan aksi segelintir pihak sahaja yg tidak boleh mewakili masyarakt Islam Seky 23 mahupun Malaysia. Seperti juga org Melayu yg tidak terasa hati dgn tindak tanduk Hindraf & bbrp ADUN dr DAP & PKR yg kadangkala melampaui tatasusila negara majmuk ini.

Other Perspektif mengutuk sekeras-kerasnya tindakan protest yg menggunakan binatang yg tidak bersalah ttp menyokong protes terhadap isu tersebut. Dan mengutuk sekeras-kerasnya sikap 2 YB yg tidak mahu turun padang utk selesaikan masalah tersebut sehingga berlaku peristiwa tersebut.. TAKBIR!

Related Story :

comments

Aug 5, 2009

'Terasa Hati' ~ Anwar

Bukak ja paper pagi ni terpampang yg DSAI nak saman TPM Muhyiddin Yassin pasal dia kata DSAI pengkhianat. Mungkin DSAI "terasa hati" dgn kenyataan TPM & al-maklumlah tertera pulak pada muka depan Utusan Malaysia hari rabu baru ni.

Belawok bila memikir, sbb DSAI jenis yg sensitifla pulak. Setakat ni ingatkan DSAI orgnya 'tough' memandangkan beliau sendiri jenis lepas cakap. Tapi rupanya bila kena batang hidung terasa jugak nampaknya.

Mungkin DSAI perlu kaji balik kenyataan beliau bila dituduh sedemikian. Berapa banyak rakyat Malaysia & terutamanya org Melayu yg terasa hati bila beliau sama2 meminta Chin Peng dibenarkan pulang. Betapa org Melayu terutamanya Perak yg terasa hati bila dia terang2 mempertikaikan kuasa Sultan Perak.

Betapa byk org Melayu & Islam yg terasa hati bila DSAI terang2 menyokong penghapusan Hak Keistimewaan Org Melayu (DEB dll) & menentang penyatuan Ummah seperti yg ditegaskan dalam Al-Quran & Hadis. Bagaimana pemimpin2 seperti Dato' Seri Najib terasa hati bila beliau dikaitkn dgn berbagaikn tomah & fitnah.

Dan kalau nak listkan terasa hati org2 lain cukupla panjang. Tapi biasala DSAI tak boleh terasa hati org lain takpa..

p/s: Cek pun terasa hati jugak.. Jgn termakan hati dah la.. comments

Jul 20, 2009

Chua Jui Meng ~ Bye2 BN & MCA

Its not a surprise when i heard the news Chua Jui Meng left MCA to join PKR. The ex-Minister of Health was a great leader indeed & full of principle. But that was before, it's already History. Now what i can say this person is are just aiming for 'Power'.

CJM claim that he join PKR due to same idealism & vision. Well, WEll, after all these while just suddenly he realise that MCA was not meant for him. Well, that is also right after losing the fight for MCA Presidency early year.

Well, most of the BN leaders don't feel anything on what had happen due to its already predicted. At least it is confirmed that PKR is a party which accepts rejected people within BN. And they join due to frustration because of power & maybe lucrative offer being a 'candidate' in PRU-13.

Same like Zaid Ibrahim. Bravo PKR for being a dumping place for rejected politician.. Oh i forget that was the basic foundation of PKR anyway.. It is registered by frustated people DSAI.. Heheh.. Anyone ELse Want to Join?

p/s: I can bet what i said is true.. I rather join PAS or DAP rather then PKR.. comments

Jun 2, 2009

Penanti 'Aftermatch' - Biggest Casualty

THE RESULTS - PRK Penanti

PKR (Dr Mansor) - 6,052
Independent (Aminah) - 392
Independent (Nai) - 494
Independent (Kamarul) - 56
Majoriti - 5,558

2008 Election

PKR (Fairus) - 7,346
BN (Dato' Abdul Jalil) - 5,127
Majority - 2,219

As i said earlier i'm not a surprise that PKR wins big in this Bi-election. Its a just a bi-election created by PKR to lure BN. But it's a surprise when the turnout was very bad. Less than half the voters turn-up on Sunday. Whatever PKR said does not make any sense anymore. The fact is PKR need to swallow that the voters in PENANTI trying to show something. Probably only the 'hardcore' PR people cast their vote that day. The rest of the voters either going out vacation or just relaxing like any other weekend.

Anyway, let me conclude something for both side :-

PKR & PR

- This bi-election actually a shameful winning for PKR. And i think deep in the hearth the PKR candidate feels something. (i will if i was him)
- Losing 1200++ vote from previous bi-election shows that DSAI tactics was terrible. Whatever the reason is they still cannot convince the voters to turn up.
- PKR tactics actually effects their friends in PR which is PAS & DAP

BN

- For the 1st time seems that BN make a right decision. They actually lost the battle but gain moral battle looking at the result of the battle. Retreat is an exceptional strategy.
- Morals are high & this will boost the spirit for next bi-election in Kelantan.

- Eventhough BN did not contest in this bi-election its crucial for BN to make a post mortem on what had happen & learn the trend of the voters.
- I wonder where is the post mortem that Vice President of UMNO talking about when he announce after winning the post.

Anyway, its the 1st time in this 2 years that bi-election runs smoothly without much attention by press or media. One might hardly know that there's a bi-election going on. :)

Actually nobody wins this election. We can call it as the Loser that Wins. Kudos PKR ! Kudos BN !

comments

May 4, 2009

Penanti 'Art of War' - BN tak Usah Layan!

Gambar.
Terpanggil utk memberi komen. Dgr cerita pada hari ini BN akan memutuskan utk bertanding @ tidak di Penanti. BN sekarang didlm dilema kerana :-

Mahu @ tidak menari bersama2 PKR?
-Jawapan : Jgn jadi Bodoh BN

Mungkinkah BN akan menang jika PAS turut sama bertanding?
- Jawapan : PAS tidak akan bertanding. Jika betul PAS bertanding maka undilah PAS.

Atau ia hanya umpan utk menyuruh BN bertanding?
-Jawapan : Sah @ tidak. Mmg ia umpan. Jgn termakan umpan kerana ia tidak berkesudahan. Jika BN bertanding skrg maka BN perlu bertanding lagi pada masa hadapan kerana alasan utk tidak bertanding tidak boleh diterima pakai lagi kerana bertanding skrg. Rakyat tidak akan menerima alasan yg ada lagi pada masa hadapan jika sekarang bertanding.. Maka bertambah parahnya BN.

DSAI adalah seorg manusia yg amat licik. Dan kelicikan ini tidak boleh dinafikan bermula sejak dulu lagi. Semenjak beliau berada di dalam UMNO. Bagaimana dia menggunakan aset kerajaan utk melebarkan pengaruhnya seperti penubuhan Institusi Kajian Dasar (nama sebenar disusup).

Samalah juga dgn apa yg berlaku sekarang. Apa yg dimahukan oleh DSAI adalah gelombang yg diciptakan bertali arus sehingga PRU-13. Inilah liciknya DSAI utk mencipta gelombang rakyat hasil dr iktibar gelombang Reformasi yg mati sekerat jalan pada tahun 1999 (itupun kerana kehebatan Tun). Umpan demi umpan dilakukan supaya BN meletakkan calon.

Bermula dgn pengumuman Bekas Ketua Wanita PKR yg menawarkan diri sbg bebas & juga kononnya PAS Penanti yg berhasrat utk menduduki kerusi tersebut. Pada hemat saya ini merupakan umpan yg paling licik. Moga2 BN tidak terlalu bodoh utk jatuh ke perangkap PKR.

Mahu dinyatakan disini, permainan politik DSAI tidak akan berakhir. Jika BN terperangkap dgn rentak yg dimainkan nescaya buruk padahnya. Saya menjangkakan terdapat beberapa kerusi lagi yg sengaja disimpan utk meneruskan agenda gelombang licik Anwar ini. (dijangka ADUN Bukit Lanjan, Kota Alam & beberapa lagi kerusi panas yg disimpan menjelang PRU-13)

BUkan Soal Maruah lagi.. Tetapi Soal 'Art of War' dalam politik. Jika BN meneruskan hasrat utk bertanding bermakna BN berada dalam 'losing Battle'. Maka Anwar akan menang the whole war menjelang PRU-13 nanti jika BN menari bersama rentak gelombang berterusan.

Mahu saya nyatakan disini, samada PAS bertanding @ tidak, adalah tidak bermakna. Kerana yg kalah tetap BN. Jadi jgnlah membuang masa utk bertanding. Kita biarkan rakyat fed-up dgn taktik kotor ini & berharap rakyat sedar betapa liciknya sesetengah pihak demi mendapat kuasa.

Satu yg pasti DSAI mempunyai think tank Art of War lebih hebat dr UmNO.. Nampaknya UMNO must start recruiting org2 yg berkaliber utk menjadi think Tank UMNO. (yg lama dok nasihat tu patut buang ja).
comments

Apr 1, 2009

N25, N29 & P59 - Pertarungan Bermula PRK - Bukit Gantang Paling Sengit

Pertarungan telah bermula di 2 Bukit 1 Batang. Isu-isu panas telah mula keluar mewarnai sekitar kawasan DUN & Parlimen yg telibat. Malah poster, risalah2 & juga banner telah dinaikkan bagi memikat hati pengundi2 di ketiga2 tempat tersebut.

Bukit Selambau N25

15 Calon yg bertanding mula melakukan kempen. Yg menjadi permasalahan adalah kempen2 calon Bebas kerana :
1- Tidak mempunyai jentera
2- Perlu menjumpai rakyat seramai mungkin utk menyatakan hasrat kenapa bertanding.

Apa2 pun semalam PKR telah terkena tamparan yg hebat kerana salah satu daripada cawangannya dibubarkan kerana tidak puasan hati perihal calon. Disamping itu 'press statement' terbuka dilakukan bagi menyatakan hasrat kenapa mereka meletakkan jawatan & keluar Parti. Apa2 pun PKR mungkin akan kehilangan lebih kurang 100-500 undi akibat dr pembubaran cawangan Jerai tersebut.




PKR terlihat lebih terdesak apabila 'isu lapuk' iaitu pengundi hantu dimainkan semula di sini. Malah penyokong2 Hindraf juga dikatakan tidak lagi akan mengundi utk PKR ttp salah satu calon bebas yg mereka ketengahkan.

Bukit Gantang N29

Perjalanan N29 berjalan agak lancar dr sebarang kekecohan. Cuma hanya ada satu insiden tuduh2 menuduh berlaku dimana dikatakan Masjid dijadikan tempat untuk berkempen. Insiden di Masjid Simpang menunjukkan dgn jelas bahawa org Islam & Melayu berpecah dek kerana perbezaan politik. Adakah ini harapan kita?

Yg menjadi lebih menarik di Bukit Gantang adalah pendekatan pemimpin bukan Islam dari DAP & PKR berkempen. Pening & Celaru. Mereka yg berkempen mengucapkan salam, memetik surah2 Al-Quran & melafazkan takbir! Nauzubillah huminzalik. Perkara seperti ini telah sedia maklum perlulah ditegah oleh pemimpin PAS ttp dibiarkan. Pengunjung & penyokong2 Islam tanpa segan isu @ mengetahui hukum menjawab salam & malah bersorak takbir bila dilafaz oleh pemimpin bukan Islam tersebut. Sama2 renungkan adakah betul tindakan mereka?

Kritikan terbuka juga dibuat oleh media2 arus perdana mengapa Ir Nizar tidak ditegah ditemubual sepanjang perjalanan PRK ini. Hanya PAS sahaja yg tahu mengapa perkara sebenar berlaku?

PAS meletakkan harapan perpecahan pemimpin Barisan Nasional (BN) mempunyai masalah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Trong. Setakat mana perpecahan tersebut bakal menggugat pola pengundi adalah tidak diketahui. 'Turn out' pada setiap ceramah Ir Nizar juga menampakkan betapa PAS terdaya utk menarik begitu ramai pengundi2.

Batang Ai - N29

Dalam kesemua PRK, N29 merupakan kawasan yg amat tenang sekali dr segi perjalanan PRK. Ini mungkin kerana lokasi N29 terlalu jauh dr kawasan bandar. Rata2 penduduk disini bercakap dalam bahasa Iban & malahan liputan oleh akhbar2 terutama sekali akhbar aliran Cina terlalu sukar membuat liputan. Ceramah2 juga dinyatakan dalam bahasa Iban. Nampak sekali penyokong2 @ peraih undi yg di'import' dr Semenanjung tidak relaven berkempen disini.


--
Jelas pertarungan pusingan pertama telah bermula. Isu2 yg dimainkan telah meningkat hari demi hari. Kupasan ttg isu2 yg dimainkan baik oleh BN mahupun PKR, PAS & DAP bakal diulas nanti. comments