May 4, 2009

Penanti 'Art of War' - BN tak Usah Layan!

Gambar.
Terpanggil utk memberi komen. Dgr cerita pada hari ini BN akan memutuskan utk bertanding @ tidak di Penanti. BN sekarang didlm dilema kerana :-

Mahu @ tidak menari bersama2 PKR?
-Jawapan : Jgn jadi Bodoh BN

Mungkinkah BN akan menang jika PAS turut sama bertanding?
- Jawapan : PAS tidak akan bertanding. Jika betul PAS bertanding maka undilah PAS.

Atau ia hanya umpan utk menyuruh BN bertanding?
-Jawapan : Sah @ tidak. Mmg ia umpan. Jgn termakan umpan kerana ia tidak berkesudahan. Jika BN bertanding skrg maka BN perlu bertanding lagi pada masa hadapan kerana alasan utk tidak bertanding tidak boleh diterima pakai lagi kerana bertanding skrg. Rakyat tidak akan menerima alasan yg ada lagi pada masa hadapan jika sekarang bertanding.. Maka bertambah parahnya BN.

DSAI adalah seorg manusia yg amat licik. Dan kelicikan ini tidak boleh dinafikan bermula sejak dulu lagi. Semenjak beliau berada di dalam UMNO. Bagaimana dia menggunakan aset kerajaan utk melebarkan pengaruhnya seperti penubuhan Institusi Kajian Dasar (nama sebenar disusup).

Samalah juga dgn apa yg berlaku sekarang. Apa yg dimahukan oleh DSAI adalah gelombang yg diciptakan bertali arus sehingga PRU-13. Inilah liciknya DSAI utk mencipta gelombang rakyat hasil dr iktibar gelombang Reformasi yg mati sekerat jalan pada tahun 1999 (itupun kerana kehebatan Tun). Umpan demi umpan dilakukan supaya BN meletakkan calon.

Bermula dgn pengumuman Bekas Ketua Wanita PKR yg menawarkan diri sbg bebas & juga kononnya PAS Penanti yg berhasrat utk menduduki kerusi tersebut. Pada hemat saya ini merupakan umpan yg paling licik. Moga2 BN tidak terlalu bodoh utk jatuh ke perangkap PKR.

Mahu dinyatakan disini, permainan politik DSAI tidak akan berakhir. Jika BN terperangkap dgn rentak yg dimainkan nescaya buruk padahnya. Saya menjangkakan terdapat beberapa kerusi lagi yg sengaja disimpan utk meneruskan agenda gelombang licik Anwar ini. (dijangka ADUN Bukit Lanjan, Kota Alam & beberapa lagi kerusi panas yg disimpan menjelang PRU-13)

BUkan Soal Maruah lagi.. Tetapi Soal 'Art of War' dalam politik. Jika BN meneruskan hasrat utk bertanding bermakna BN berada dalam 'losing Battle'. Maka Anwar akan menang the whole war menjelang PRU-13 nanti jika BN menari bersama rentak gelombang berterusan.

Mahu saya nyatakan disini, samada PAS bertanding @ tidak, adalah tidak bermakna. Kerana yg kalah tetap BN. Jadi jgnlah membuang masa utk bertanding. Kita biarkan rakyat fed-up dgn taktik kotor ini & berharap rakyat sedar betapa liciknya sesetengah pihak demi mendapat kuasa.

Satu yg pasti DSAI mempunyai think tank Art of War lebih hebat dr UmNO.. Nampaknya UMNO must start recruiting org2 yg berkaliber utk menjadi think Tank UMNO. (yg lama dok nasihat tu patut buang ja).
comments

No comments:

Post a Comment