May 1, 2009

Seruan Penyatuan Ummah - PAS & UMNO


Agama, Bangsa & Negara sekarang sedang melalui keadaan yg amat getir. Kita tidak pernah melihat sepanjang tempoh 52 tahun selepas merdeka org Melayu/ Islam berdepan dgn keadaan yg amat getir & runcing seperti sekarang. Kecuali pada tragedi 13 Mei 1969.

Persoalan skrg adalah. Kenapa ini berlaku? Dan mengapa ini berlaku? Ia adalah kerana kaum bukan Melayu telah mendapat suntikan semangat baru melalui PR-PAS utk mula bercakap lantang memperjuangkn perkara2 yg menjadi selama ini 'taboo' di Malaysia. Manakala UMNO yg menjadi tunjang BN telah mula menampakkan tunduk kepada desakan2 tidak berasas yg dihujani baik dari dalam atau luar.

Penyatuan Ummah perlu disegerakan supaya masyarakat Islam negara ini mempunyai suntikan & semangat baru utk bergerak dlm satu saf. Kepentingan peribadi parti perlu ditolak tepi demi mereliasasikan penyatuan ini. Parti hanyalah alat utk mendapatkn matlamat. Maka jika matlamat ini dapat ditemukan tertegaklah syiar Islam dinegara ini. Tidak kiralah UMNO @ PAS. Kedua-duanya adalah alat. Kedua2 alat ini dilihat sbg tidak lagi boleh berdiri kukuh utk memperjuangkan Agama & Bangsa secara bersendirian.

Dan kita perlu akui bahawa masyarakat Islam/ Melayu skrg telah berpecah kepada 4 kelompok. Mereka adalah UMNO, PAS, PKR & atas pagar. Perpecahan ini hanya memberi kelebihan yg kelompok minoriti utk menjadi tuan dalam percaturan politik negara dewasa ini.

UMNO semakin terdesak utk 'memberi' demi mendapatkan kembali undi & pengaruh terhadap bukan Melayu yg hilang. Manakala PAS pula semakin 'jinak' dgn permainan politik yg dimainkan oleh sahabat karib dlm PR demi menjaga hati penyokong2 bukan melayu. Liberialisasi, isu hak agama anak & lain2 yg di war2 baru-baru ini menampakkan seolah2 UMNO semakin tunduk kepada desakan2. Adakah mereka yg menerima mensyukuri nikmat perubahan yg diberikan? Pada pendapat saya, tidak! Kerana desakan baru telah timbul oleh MCA sendiri yg meminta liberialisasi dibuka secara keseluruhan pada kesemua sektor2 yg terdapat di Malaysia.

Mereka-mereka ini tidak akan berhenti2 mendesak & meminta. Baik dari segi desakan mahupun permintaan. DAP & PKR dgn desakan manakala MCA, Gerakan dll adalah permintaan. Bagaimana takrifan sekalipun matlamatnya adalah sama. Meminta perkara yg menjadi hak kita selama ini. Hak sebagai sebagai anak bangsa & umat Islam.

Slogan 'One Malaysia' dicanang demi merapatkan jurang ttp disalah ertikan menyamai konsep 'Malaysian Malaysia'.

Orang Islam/Melayu perlu menerima hakikat. Pengundi bukan melayu telah mula matang melihatkan kekuatan yg ada. Mereka skrg lebih berani utk memilih mereka yg memperjuangkan hak mereka. Hak yg dikatakan bersifat penindasan & tidak demokratik dalam Istilah kamus mereka. Hak agama, hak keistimewaan & lain2. Percayalah, mereka bukannya memilih PAS tetapi memilih sesiapa yg boleh bersama2 memperjuangkan hak mereka. Mereka mahu menulis semula sejarah dalam meletakkan diri mereka sama penting dgn pejuang Melayu sebagai pejuang kemerdekaan agar mereka senang utk memperjuangkan tuntuntan mereka.

Mereka mahu kita mengiktiraf sumbangan Parti Komunis Melaya sebagai pejuang kemerdekaan. Mereka cuba meletakkan persepsi org Melayu yg menyebabkn pertumpahan darah 13 Mei. Mereka cuba menyamakan dasar yg ada seperti aparteid & tidak berusaha utk berasimilasi bersama2 bangsa yg ada. Mereka mahukan hak sama rata tetapi mahu mengekal identiti bangsa?

Secara sedar @ tidak telah terdapat agenda2 utk memperlihatkan kelemahan org Islam/ Melayu. Pendapat2 berkisarkan ini telah mula menular dalam akhbar2 aliran Bahasa Inggeris & Bahasa 'Ibunda' masing2. Lihatlah & telitilah. Isu-isu yg melibatkan kelemahan org Melayu mula dijadikan tajuk2 & komen dasar dlm akhbar2 pilihan. Contohnya isu 'Mat Rempit', 'Rasuah & efficiency pegawai kerajaan' & 'penagihan dadah'. Kesemua ini melibatkan bangsa kita yg walaupun sebenarnya tidaklah seserius mana. Isu yg lebih berat @ kritikal adalah isu jenayah melibatkan 'kongsi2 gelap & penjenayah brutal' tidak menjadi tempat dikalangan akhbar tersebut. Malahan kadangkala menjadi kejangkalan bila melihat penjenayah2 ini disanjung lebih tinggi dari jasa Polis dijalanan. Sebagai contoh Kes Kugan.

Apa Istimewanya lagi Hak Keistimewaan Bumiputera jika tiada lagi keistimewaan ini dlm dasar kerajaan. Apa lagi istimewanya Kedudukan Agama Islam sbg agama rasmi jika agama kita boleh dipersenda, dipertikai, dipetik & dimainkan sedemikian rupa. Menjadi lebih parah apabila bukan Islam mendapat restu ulama' tertentu utk mempermainkan Islam. Kedudukan Islam telah dicabar dgn nyata & kita lihat dimana fatwa utk org Islam dipertikai oleh umat Islam itu sendiri. Betapa menjadi amat sesak dada bila melihat kalam Allah dimainkn sebegitu rupa. Apa guna Ketinggian Raja2 Melayu sbg toggak Negara jika peranan mereka dipertikai & tidak dihormati. Rakyat secara keseluruhan pula diajar utk membenci peranan raja yg menjadi penyatu Ummah di Malaysia.

Hak Islam, Melayu & Negara makin dihakis sedikit demi sedikit secara kita sedar @ tidak. Melalui dua serangan iaitu melalui BN & PR. Lemahnya PAS di dalam PR & lemahnya UMNO dalam BN. Yg hakikatnya Melayu/ Islam itu sendiri lemah.

Telah byk perbincangan & desakan NGO & badan Islam di Malaysia supaya penyatuan Ummah perlu disegerakan. Percayalah, jika umat Islam/ Melayu bersatu maka insyallah terjagalah hak2 yg telah termaktub dlm perlembagaan negara. Bersatulah org Melayu demi survival bangsa, agama & Negara.

Sepertimana yg telah disebutkan didalam hadis & Al-Quran. Di antara keistimewaan ajaran Islam adalah seruan kepada penganutnya untuk mempertahankan persatuan di antara umat Islam (Ukhuwah Islamiah ) dan cercaan terhadap perpecahan yang terjadi di tengah umat ini.

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا
Sesuai dengan firman Allah yang artinya: "Dan berpegang eratlah kalian semua dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah" . (Ali Imran: 103).

Bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, artinya: "Janganlah kalian saling hasud/dengki,
saling marah, saling memutuskan (persaudaraan) dan janganlah kalian saling bermusuhan,
akan tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara." (HR. Muslim).
Demikianlah yang seharusnya terjadi sesama muslim dan bukan sebaliknya.

Kembalilah kita ke meja rundingan atas berpegang kepada Al-Quran & Sunnah. Lupakan sengketa & cari titik persamaan @ pertemuan. Insyallah jika semua berniat ikhlas utk Penyatuan Ummah maka ia boleh terlaksana.

Janganlah kita menjadi seperti pokok kemuncup yg hinggap diseluar2 manusia yg melalui dihadapan kita. Mengikut tanpa kata, menumpang dikawasan tanah kita yg akhirnya pokok tersebut hilang ciri2 asalnya.

Tetapi jadilah seperti pokok semalu yg cantik & terbuka. Tetapi bilamana kita disentuh akan menguncup & jika berterusan disentuh nescaya akan luka terkena duri-duri yg tajam utk mempertahankan diri. Nescaya selepas itu tiada siapa lagi yg berani lagi menyentuh & mengusik.

KEMBALILAH KITA KEPADA AL-QURAN & SUNNAH bukan mengikut rentak Kononya Keadilan Sejagat yg berpaksikan kepada Agenda Yahudi demi merosakkan UMMAH..

WallahWaqlam
comments

3 comments:

  1. Setuju Haris,

    Wakil rakyat & Parti yg mengkhianati tanggungjawab rakyat patut dikenakan tindakan.. tidak kita dr parti mana..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya memang sealiran dengan fahaman ini. Penyokong2 parti yang agresif dan tumpul akalnya, menjadi terlalu taksub hingga tidak boleh melihat kebenaran.

    Apakah yang boleh kita lakukan? Perlukah kita membina sebuah persatuan penyatuan ummah?

    http://acinetobaxter.blogspot.com/2011/04/melayu-ku-yang-lemah.html

    ReplyDelete