Showing posts with label Perlembagaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Perlembagaan Malaysia. Show all posts

Oct 23, 2010

Amanat Presiden : Peranan UMNO & Perlembagaan Negara

Pada Khamis lepas Presiden UMNO telah menyampai amanat yg penting. Setelah sekian kalinya menunggu dengan penuh debaran, Presiden UMNO telah menyatakan pendirian yg teguh terhadap utuhnya perjuangan Melayu melalui UMNO disamping tidak menidakkan hak kaum yg lain.

Sepertimana yg dinyatakan dalam ucapan beliau :
"UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yg melukut ditepi gantang, bangsa yg menjadi dagang di negeri sendiri".

Tidak seperti PAS contohnya di Perak dimana mereka terpaksa gadaikan prinsip sendiri demi mengikut telunjuk DAP. (bukti : Nizar Gadai Negara Islam)

Ucapan Presiden UMNO adalah yg amat ditunggu-tunggu oleh sekalian org Melayu & bumiputera baik mereka yg didalam UMNO @ diluar sana. Yg amat menarik kenyataan kukuh beliau yg menyatakan :-
"Kedudukan org Melayu serta Bumiputera & kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia 'terkunci kemas' dalam artikel-artikel Bahagian 3 , mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan & Perkara 153 mencakupi antara lain Perezaban kuota perkhitmatan & permit utk org Melayu".

"Kita mesti memahami & mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yg memberi kuasa kepada Parlimen bg menggubal undang2 merlarang perbuatan mempersoal apa2 perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan @ hak kedaulatan yg ditetapkan @ diperlinding oleh perungkan Bahagian 3, Perkara 152, 153 & Perkara 181."

Kenyataan, undang2 & perkara yg diulas oleh Perdana Menteri hakikat yg tidak boleh diubah. Sekiranya pun Dato Seri Anwar menang dalam PRU-13. Adalah mustahil perlembagaan negara boleh diubah meskipun mempunyai 2/3 majoriti di Parlimen. Mungkin DSAI mahupun ahli-ahli Parlimen DAP, PKR & PAS yg lain perlu meneliti peruntukan diatas sebelum mengeluarkan kenyataan @ janji2 kosong utk hak sama rata sama rasa. (Lihat betapa jangkalnya kenyataan Nurul Izzah mengulas ucapan Perdana Menteri)

Mahukah Majlis Raja-Raja menyokong @ meluluskan perubahan peruntukan Perlembagaan Malaysia kepada mereka yg mempertikaikan peranan raja-raja, tidak menghormati institusi beraja & pelbagai kenyataan yg menginggung raja-raja. Jawapannya sudah tentu tidak. Sekiranya darurat sekalipun diistiharkan tetap tidak dapat mengubah peranan Majlis Raja-raja dlm meluluskan perubahan pada Perlembagaan Malaysia. Jadi udah-udahla berjanji kosong kepada bukan bumiputera.

Saya cabar, kepada Bar Council @ Majlis Peguam utk menyangkal ucapan yg dinyatakan oleh Presiden UMNO ataupun menyokong kenyataan tersebut. Juga saya cadangkan dalam roadshow @ program "MyConstitution" yg dibuat oleh mereka dimasukkan @ dinyatakan yg Hak Keistimewaan Org Melayu & Bumiputera tidak boleh diubah melainkan dgn 2/3 majoriti di Parlimen dgn perkenan Majlis Raja-raja. Cek dapat rasakan mereka tidak akan bercerita benda ini memandangkan ia tidak mungkin dipersetujui oleh majoriti org2 kuat ahli mereka.

Sepertimana kata PM :
Apa yg menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul akibat sejarah dienteng @ dilupakn akibat perjalanan masa, @ juga apabila ada pihak2 tidak bertanggungjawab yg cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dgn kepentingan serta agenda sempit kelompok masing2.

Bagi Bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yg terpateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkn, berpayung sumpah & janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bg mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dgn kaum-kaum lain.

Serentak dgn itu, penerimaan kerakyatan yg berasaskn prinsip jos soli @ hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dgn sekelip mata telah mentransformasikan lankskap sosio-politik Tanah Melayu utk selama-lamanya.

Sudah jenuh kita bercakap soal asas perlembagaan Malaysia. Diulangi lagi oleh PM kita. Janganlah kita menjadi seperti kes-kes @ tragedi 1969 berulang akibat ketegangan antara kaum. Janganlah yg elok menjadi retak, janganlah yg bersambung menjadi putus.

Kepada UMNO & Presiden UMNO. Jadilah tunjang @ juara dalam meletakkan org Melayu & Bumiputera sejajar dgn peruntukan Perlembagaan. Jangan hanya bercakap omong kosong menyedap telinga mengharapkan sokongan Melayu tanpa meletakkan ia dalam aspirasi Kerajaan. Perlunya peruntukan dalam perlembagaan diterjemahkan dgn melaksanakan polisi kerajaan dalam membawa Bumiputera & org Melayu supaya berdaya saing dgn kaum-kaum lain.

p/s : Melihat kepada Ucapan Beliau maka cek pahamlah apa yg cuba dibawa oleh DSN, 1Malaysia & juga UMNO dibawah kepimpinannya. (menunggu reaksi DAP, MCA, Gerakan, MIC & juga NGO mengenai Amanat Presiden). comments

Dec 24, 2008

Tolak ansur kerakyatan pengorbanan besar Melayu





‘SUDAH terang lagi bersuluh’ adalah peribahasa sesuai untuk mengungkapkan betapa jelasnya sejarah bangsa Melayu yang sudah melebihi 1,400 tahun, sezaman dengan ras yang tinggal di bahagian utara Asia. Bangsa Melayu di Nusantara boleh dikenali dari perspektif geografi, sejarah, politik dan budaya, bahasa dan agama (Islam).

Banyak sumber sejarah yang boleh berdiri sebagai hujah. Sekadar contoh, sumber China menyebut sejak 645M sudah wujud sebuah kerajaan terletak di daerah kota Jambi yang dikenali Mo-lo-yue. Demikian juga catatan awal pelayar atau pengembara asing seperti I-Ching pernah mencatatkan bahawa di Tanah Melayu wujud beberapa kerajaan awal seperti Pan-pan, Chih-tu, Tun Sun dan Lang-ya hsia (Paul Wheatly, 1961).

Kajian arkeologi pula membuktikan wujudnya kerajaan Kedah Tua di kawasan Lembah Bujang, kerajaan Gangga Negara, kerajaan Beruas dan beberapa kerajaan lain di Tanah Melayu. Karya Agung Melayu, kitab Sulatus Salatin oleh Tun Seri Lanang membuktikan kehebatan bangsa Melayu dalam membangun tamadunnya.Pemikiran ketamadunan yang dibangunkan dalam kitab ini menggambarkan elemen pemikiran sains dan teknologi terserlah dalam tamadun Melayu.

Ia dapat difahami daripada ungkapan ‘peti kaca berkunci berpesawat dari dalam’ (Sulatus Salatin, edisi pelajar, DBP 2000). Demikian juga istilah ‘utus’ yang diguna dalam kitab berkenaan, antara lain bermaksud mahir dalam pekerjaan tangan (Kamus Dewan, edisi keempat, 2007)Menurut Kamus Dewan, ‘pesawat’ bermaksud alat perkakas, jentera, mesin alat (tali, rantai, bahagian jentera) yang menggerakkan enjin.

Oleh itu, ‘peti kaca berkunci berpesawat dari dalam’ menggambarkan ciptaan sebuah kapal yang boleh bergerak di dalam air seperti kapal selam pada zaman moden ini. Ini bermakna orang Melayu ketika itu sudah memiliki kepandaian mencipta berasaskan sains dan teknologi.

Bangsa Melayu memiliki kebijaksanaan mentadbir kerajaan dan mengurus perdagangan.

Sebagai bangsa yang dekat dengan dunia laut, mereka berinteraksi dengan pedagang dari pelbagai negara seperti Parsi, China, Arab dan juga Eropah. Interaksi global ini membentuk minda dan jiwa bangsa Melayu yang luas serta bersikap terbuka. Ketika itu, China masih mengamalkan dasar pintu tertutup yang keras terhadap dunia luar.

Bangsa Melayu sentiasa bertolak-ansur sehinggakan terlalu tingginya semangat toleransi ini menyebabkan banyak yang mereka miliki diberikan kepada orang lain. Begitu pemurahnya bangsa Melayu, namun bangsa bukan Melayu yang menerima kemurahan hati Melayu ini sering bersikap seperti ‘Belanda diberi tanah’ atau seperti kata peribahasa Melayu ‘diberi betis hendak peha’.Salah satu pengorbanan orang Melayu yang tidak ternilai ialah kesediaannya memberi kerakyatan kepada kaum bukan Melayu menjelang kemerdekaan negara.

Ketika negara mencapai kemerdekaan, kira-kira 800,000 orang bukan Melayu diterima menjadi warga negara. Masyarakat Ceylon turut mendapat kelonggaran kerakyatan.Daripada jumlah bukan Melayu yang menerima taraf kerakyatan inilah akhirnya berkembang menerusi zuriat mereka yang kini menjadi generasi kedua dan ketiga di negara ini. Perlu diingat, pada awal 1940-an wujud perselisihan di kalangan pegawai British mengenai ‘common citizenship’ yang ingin diberikan kepada orang bukan Melayu.

Setiausaha Negara bagi Wilayah Jajahan, OFG Stanley menerusi suratnya kepada Lord Louis Mountbatten bertarikh 13 Jun 1944 menganggap ‘common citizenship’ untuk kaum bukan Melayu sebagai tidak menghiraukan perasaan orang Melayu. Lord Louis Mountbatten adalah pegawai Britain yang menyokong konsep ‘common citenzenship’.Stanley berpendapat jumlah kaum Cina dan India yang ada ketika itu memungkinkan mereka menuntut sesuatu yang istimewa untuk mereka dalam Perlembagaan yang akan dibentuk kelak.

Pada awal kemasukan imigran Cina, mereka bertumpu di negeri-negeri Selat, namun dari 1989-1900 hampir 100,000 pendatang Cina masuk ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Selangor mengalami perubahan mendadak komposisi penduduk dan pada 1901, imigran dari China adalah 65 peratus daripada penduduk Selangor ketika itu (W.L.Blyte, 1953). Pada 1903, buruh Cina di lombong timah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berjumlah 186,377 orang.

Angka ini meningkat kepada 231,368 pada 1907, sementara imigran China di sektor perladangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1909 berjumlah 5,348 orang.Kebanyakan imigrin China berasal dari Kwantung, Pulau Hainan, Fukien dan Kwangsi. Sementara itu, pada 1906 imigran India yang kebanyakannya berasal dari India Selatan (Negapatam dan Madras) mencatatkan kira-kira 95,000 orang masuk ke Tanah Melayu. Pada 1908, dicatatkan 38,801 lagi imigran India masuk ke Tanah Melayu (Chan Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, 1967).

Apa yang disuarakan Stanley terbukti benar apabila orang Cina dan India menuntut hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli, iaitu satu kaedah pemberian kerakyatan secara longgar kepada orang bukan Melayu tanpa perlu mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kaum Cina juga berhujah bahawa mereka adalah penyumbang utama cukai kepada kerajaan Inggeris di Tanah Melayu ketika itu.

Prinsip jus soli akhirnya ditolak kerana orang Melayu melihat kerakyatan yang terlalu longgar ini adalah sesuatu yang tidak munasabah. Misalnya, Umno Johor melihat kerumitan timbul apabila Kerajaan China ketika itu menetapkan seorang Cina mestilah menjadi rakyat China walau di mana mereka dilahirkan.Akhirnya Perlembagaan yang dibentuk (1957) mengambil kira sejarah, warisan dan tradisi kaum Bumiputera.

Justeru, beberapa keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan. Keistimewaan itu dipersetujui bersama oleh kaum lain kerana ia tidak menjejaskan sama sekali taraf, hak dan aktiviti kaum bukan Melayu di negara ini.Kesimpulannya, orang bukan Melayu harus kembali menghayati gagasan ‘tolak ansur’ yang dibina oleh pemimpin pelbagai kaum terdahulu.

Tolak ansur sebagai satu gagasan sosial adalah pendekatan ampuh (mujarab) dalam membina perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini.Sejak merdeka, kaum Melayu, Cina dan India berjaya membina semangat toleransi yang bermakna dalam pembinaan negara. Perjanjian murni (kontrak sosial) antara kaum Melayu, Cina dan India yang diterapkan dalam pembentukan Perlembagaan 1957 menggambarkan hakikat tolak ansur dan persefahaman antara kaum.

~Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan ~

------------------------
Other Perspektif :-

Pengorbanan!! Telah byk org melayu berkorban demi kesejahteraan keseluruhan rakyat negara. Sejak zaman nenek moyang lagi org melayu telah berkorban tanah, harta & ekonomi dgn bukan melayu. Kita tidak kisah atas dasar keterbukaan & mahu berkongsi kekayaan tanah kurniaan tuhan. Kesempatan bermula dgn Perjanjian Kedah & Inggeris.

BUkan utk menonjolkan isu politic. Tetapi hakikatnya adalah benar. Byk yg telah berkorban & dikorbankn demi utk memenuhi kehendak hati rakyat terutamanya org2 bukan melayu. Tetapi "Susu dibalas tuba". Itulah hakikatnya. Hak yg telah dipersetujui bersama zaman dahulu dlm mmbentuk Malaya semakin terancam & diancam oleh asakan demi asakan dr pelbagai pihak. Tidak perlu dinyatakan. Semua tahu siapa.

Harapan hanya tinggal satu. Jika titik pertemuan bersama antara pemimpin2 melayu, cendiakawan & NGO tidak dapat disatukan maka tidak mustahil lebih besar pengorbanan yg akan di pertaruhkan. Ayuhlah kita bersatu bila berdepan dgn isu2 Hak Keistimewaan Org Melayu, Status Agama Islam & raja2 @ pada dasarnya Prinsip Perlembagaan Negara.
comments

Nov 27, 2008

Road Sign/ Papan Tanda Issue ?

Landmarks or ‘papan tanda’. Should we go against or support?

What’s your choice? What’s your stand? Probably for some of us it does not mean anything. But for others it does mean something.

Let us see from Other Perspective shall we.

From one point of view, this additional name (in other language) is actually for tourist attraction & to accommodate the tourist itself. Hm.. If that’s the case two language is not enough. Probably put some ‘France language’ or ‘Sweden language’ or ‘Norwegian language’ etc. Perhaps we should target this kind of tourist since the spending $$$ power is even greater than Indian, Arabs or Chinese Citizen.

On second thought should we go against it? I must say this might seems rather childish to make a fuss such a simple issue. After all, the public should have complained to PBT the used of other language (other than BM or BI) on advertisement & shop signs. Don’t be selective on issues related to politics. It’s been quite a while & if you guys notice there’s a lot of shops it in Johor Bharu or Penang having non-approved signs (other language than BM or BI). The used of fully other language is quite a surprise without action from PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

Well some may say, “its just politics” & some politicised the issue. I think both party politicised the issue. It is two parties trying to get support from the public. They don’t know in a way there making our more split due to this idiotic issue. (I blame both party)

In the mean time, the government should make an amendment of the law on usage of language. Prioritise national language & make it compulsory. Maybe some exception can be given to certain areas for other areas. Make it a clear guideline & discuss. When it been gazetted then nobody can question it. I think this in a way will clear the problem. Now there are a lot of grey areas & different people interpret their own way.

Honestly, I’m against the suggestion. For me why we make something out of nothing? What bring it up? It’s like installing a toilet in the middle of public areas. Some will be against it & of course upset people. And some will be supporting even though they are not suggested or used one. But at the end of the day you can make both parties happy by not having one. Just scarp the idea.

Why not? Case close right? comments

Nov 3, 2008

Menyokong Deklarasi Janda Baik

Dengan ini dimaklumkan, jurublog Other Perspektif menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Deklarasi Janda Baik yang diisytiharkan hari ini, Oktober 25hb, 2008 di Wadi Hussein, Janda Baik, Bentong, Pahang.

[Sila baca laporan blog Merah Tinta MSO di sini mengenai Deklarasi ini.]

Mohon anda yang menyokong Pengisytiharan ini menyatakan sokongan anda di dalam ruang komentar blog ini.

Bagi jurublog-jurublog lain, pohon "tiru dan tampal" deklarasi berikut ke blog anda.
DEKLARASI JANDA BAIK Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-


1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.

2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya
menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.

7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa.

Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

comments

Oct 18, 2008

Peringatan Majlis Raja-Raja... Ketua agama & negara Malaysia


KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.
Keistimewaan

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Dipertikai

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”


----------
Comment Other Perspektif :-
Alhamdulillah. Akhirnya Majlis raja2 telah bersuara & memberikan mesej yg jelas kepada pihak2 yg cuba utk sekali2 mempertikai & merosakkan teras negara. Moga pihak Istana & kerajaan mengenakan tindakan yg lebih berat kepada pengkhianat negara & mereka2 yg cuba merosakkan keharmonian 51 tahun merdeka..

comments