Feb 22, 2012

Kisah Israel & Malaysia

Telah sedia mklum yg negara kita tidak ada sbrg hubungan diplomatik dgn haram israel. Negara kita tidak sama sekali iktiraf negara tersebut & sering menaikkn isu palestin di PBB.

Tapi mai pulak sorang pemimpin islam yg diangkat oleh penyokong beliau sebagai imam mahdi & isteri beliau sbg anugerah tuhan risau terhadap keselamatan Israel. Ada satu lg parti pulak mmg lantang sgt2 bila berckp soal Israel senyap tak kata apa bila pemimpin tersebut bg kenyataan dlm wall street journal.

Terlajak perahu boleh undur terlajak kata. Check mate! Apa2 pun nk tnya la hukum kepala parti pkr a.k.a bersekongkol dgn israel. Apa hukum bg undi pd mereka yg secara terang sokong israel. So maka kpd umat islam sekalian...

Pikir2 knlah. Bab depa kalau jatuh hukum cukup cepat bab ni cek nk tunggu n lihat.. comments

Feb 20, 2012

Soi Lek Vs Lim Guang Eng; Pengajaran Kepada Melayu

Satu yg pasti cek boleh katakn politik kaum cina adalah matang. Mereka lebih berkisar kepada siapa yg lebih bagus antara mereka. Lebih kepada pembangunan ekonomi & kepentingan kaum cina.

Mereka lebih kepada siapa yg baguih dlm menjaga kepentingan kaum cina. Kita tak boleh salahkan mereka malah patut belajar dr depa. Cuba kita tgk kita @ diri sendiri baik melayu dlm Pas mahupun UMNO. Kita lebih malu utk menjadi juara utk diri sendiri. Takut kalau2 dilabel racist & memilih kaum. Ttp tidak bg mereka. Malah mereka berlumba-lumba menjadi juara kaum. Mereka berbangga dlm soal sapa yg bagi 2400 hektar kepada sekolah cina. Kita bagaimana? Dpt ke tanah gitu? Tapi kita pulak dgn sikap 'takpa' kita & mengalah.

Sampaikn habis tergadai tanah-tanah dibandar & kawasan strategik.

Tgk saja la pelan pembangunan strategik yg melibatkn perkhitmatan LRT, MRT dll. Mana laluan bangi ? Mana laluan shah alam? Mana laluan Kota Damansara? Mana laluan yg majoritinya melayu? Semua laluan aliran transit ringan yg melalui kawasan melayu? Jadi org melayu tiada pilihan iaitu dgn cara naik kereta @ pun naik
Komuter. Kenapa jadi begini?

Benda ni jadi sbb wakil2 kaum cina bersatu bila bab kemashalatan kaum mereka. Depa tak kira kawasan tu DAP @ MCA @ PKR. Mereka matang dlm
berpolitik & menyokong & mendesak atas agenda & matlamat yg sama. Kita?

Kita pulak tak habis-habis bergaduh benda2 yg remeh. Ustaz mana yg power ustaz mana yg best. Soal2 pi kuil ke idak, soal valentine, soal BRIM, soal israel... Mcm bergaduh dlm kelambu. Apa haram tak berfaedah utk ummat. Bukan apa.. Boleh tapi tak payah lebih-lebih.

Kerana ada benda lain yg lebih penting yg patut kita perjuangkan. Soal kawasan kita. Soal fasiliti yg dinafikan hak dikawasan melayu. Soal kemudahan asas. Soal kurangnya sekolah dikawasan majoriti melayu. Soal tanah kepada org melayu ( sekolah agama @ kafa) & lain2. Soal dinafikan kawasan meniaga di pasar2 besar (kes klcc). Soal kuota melayu dlm sektor hartanah. Huihh punya la byk kalau nk disebut semua..

Melayu mudah lupa. Mmg betui. Jadi jadikanlah debat 2 cina hebat ni sbg idola bagaimana depa berlumba2 utk tunjukkan pada masyarakat cina apa yg depa dah buat yg terbaik utk cina.
Takyah dok ulas sgt isi kupasan debat depa. Sbb yg pasti depa dlm masa yg singkat sejak 2008 telah byk berbakti pada kaum depa...

Kita Bagaimana? comments

Feb 17, 2012

Kepentingan Melayu/ Bumiputera Menyokong Teraju!

Rata-rata telah sedia maklum ekonomi Malaysia dipegang oleh siapa. Ketidak seimbangan sosio ekonomi masyarakat telah berakar dr sejak zaman sebelum merdeka lagi. Malah lebih teruk pada zaman-zaman dulu.

Kemuncak jurang perbezaan ekonomi & ketidakpuasan sehingga antara penyebab tercetusnya peristiwa 13 'Mei 1969. Bermula dr situ jurang perbezaan ekonomi dirapatkan melalui DEB & Rancangan Malaysia 1 hingga 6. DEB sedikit sbnyk dpt merapatkan kurang tapi target penguasaan bumiputera 30% masih tidak tercapai disbbkn kekangan kewangan & kemahiran dalam perniagaan org melayu amnya.

Jesteru itu demi kesinambungan, TERAJU ditubuhkan. Antara matlamat TERAJU adalah mengenal pasti syarikat bumiputera yg berpotensi utk dimajukan & diketengahkn sejajar dgn matlat negara maju supaya tidak ketinggalan. Seperti biasalah sebarang usaha kerajaan utk menjayakan agenda bumiputera dipandang sinis oleh segelintir masyrakat. Baik dr Bumiputera & bukan Bumiputera.

Tuduhan syarikat yg dibantu adalah Kroni adalah biasa. Sedangkan ada syarikat yg tiada kena mengena langsung dgn politik dibantu oleh TERAJU. Adapun komen-komen yg dilemparkan,adalah dari mereka-meraka yg telah berjaya hasil DEB (ex-MARA, ex-JPA dll). Tapi dek sbb depa dah berjaya, maka hasad dengki tu ada bila kerajaan perkenalkan Agenda Transformasi Bumiputera dibawah TERAJU.

Antara matlamat TERAJU adalah menjadikan sebanyak mungkin syarikat bumiputera boleh berdaya saing diperingkat negara & luar negara. TERAJU juga dilihat komited utk menghapuskan perniagaan secara Ali-Baba. Utk pengetahuan antara syarikat yg telah dibimbing oleh TERAJU adalah xoxom, handal, dll. Adalah amat susah utk mencari syarikat yg mempunyai kriteria yg ditetapkan. Kalau dulu peranan kerajaan lebih tertumpu kepada SME @ business kecil. Lain pula pendekatan PM Najib yg lebih kepada big corporation & syarikat yg berpotensi utk lebih maju di peringkat negara & global.

Pada saya pendekatan ini lebih praktikal & lebih besaq impaknya berbanding cara dulu. Tetapi SME masih perlu dibantu utk kesinambungan diperingkat bawahan. Byk sebenarnya SME bumiputera yg ada potensi business utk diperkenalkn ttp karenah birokrasi pegawai2 kewangan bank yg memegang amanah amat menduka citakan. Sampaikn PPIM buat anugerah kambing utk bank-bank tertentu hasil aduan org ramai. 

Maka 'effect'nya bukan pada bank tersebut, tetapi Kerajaan yg telah meletakkan peruntukan melalui bank-bank tertentu. Kurangnya pendedahan & birokrasi pinjaman yg menyusahkn menyebabkn pengusaha/ SME yg berpotensi lebih ke arah pinjaman konvensional yg tidak menguntungkn & membebankn pada akhirnya. Karenah institusi kewangan yg lebih memilih bulu utk mmberikan bantuan kewangan amat menyakitkan hati. Ini diakui sendiri oleh pengusaha Ramle Burger dlm temuramah beliau dlm Bernama Radio24. Katanya "Bila kita susah siapapun taknak
bg pinjaman. Bila dah senang ramai pula nak bg macam-macam" ujar beliau.

Berbalik kepada isu TERAJU. Sebagai org melayu & bumiputera.. Maka saya seru rakan2 utk sama-sama menyokong TERAJU & agenda transformasi Perdana Menteri. Lawan & kritikan busuk hati yg memandang serong kepada usaha ini.. Mereka bukan apa, iri hati & suka utk menggagalkn agenda yg baik. Jangan biarkan Agenda Transformasi Bumiputera berkubur. Mengapa kaum Cina boleh bersatu bila bab ekonomi tapi tidak pada org Melayu. Mengapa perlu takut pada usaha kerajaan utk menaikkan penguasaan ekonomi org Melayu/ Bumiputera.

Jurang ekonomi antara kaum perlu dirapatkn. Keadaan jurang ekonomi yg besar adalah tidak sihat utk masyarakat berbilang kaum. Usaha TERAJU bukan untuk mengambil hak bukan bumiputera. Malah tempiasnya akan dpt kepada bukan bumiputera yg menguasai bidang bahan mentah.Teruskan usaha murni & satu yg diminta TERAJU perlu mengumpulkn dana yg berada di semua kementerian & diletakkan dibawah pantauan mereka. Pantau 'allocation/ peruntukan' yg diberi @ dikeluarkan. & Beri KPI & surat tunjuk sebab kepada mereka kenapa ia tidak digunakan @dikeluarkan. Adakah sbb tiada usaha dilakukan @ mmg sengaja utk tidak diberikan asalkan dapat pulangan hasil simpanan tetap bank? Mana-mana Kementerian @ Jabatan @ bank yg tidak menggunakan kemudahan dipohon agar ditarik balik geran @ 'fund' tersebut & diberikan kepada mereka yg berusaha utk mencari syarikat bumiputera utk dibantu. Satu lagi jgn dilupa projek murni yg terus ke golongan sasaran iaitu projek baik pulih rumah dibawah PRokhas dulu..

TERAJU perlu lebih usaha dlm merancanakan hasrat Perdana Menteri dan amanah yg dipikul utk menolong bumiputera khasnya & umat islam amnya..

P/s: meh sama2 sokong teraju..

Website TERAJU.. comments

Feb 3, 2012

PERKASA & Ang Pau Putih

Cek tak paham betuila, apa yg dok kalut sgt marah kat PERKASA ttg isu Ang Pau putih. Penjelasan dah bg mintak maaf dah buat jadi udah2 la dok nk mainkn isu ni. Kalau tnya, cek Pun tak tau yg Putih tu tak sesuai utk dijadikn ang pau. Yang depa dok bisi cover putih. Yang isi dalam ang Pau & niat murni perkasa utk tolong msyarakat tak sebut. Itu yg maleh kalau mcm ni pun nk dipOlitikkan. Tegur dahla. Kita mmg kena akui yg mmg kita tak tau sejauh mana kita tahu pantang larang kaum2 di Malaysia. Tapi setidak-tidaknya yg terkena kawan tersila jgn nak melenting. Sama jugak dgn tata cAra bukan Islam dtg buat ceramah dlm surau & masjid. Pakai menjolok mate dll. Tapi sbg umat islam masih bertoleransi & tak melatah. TAk tahu kenapa parti politik cina nak melenting sgt. Yg waktu Hindraf buat kacau dlm majlis, tu belum tata pakaian sesetengah masyarakat dlm menghadiri open house. Dgn berseluar pendek nya dgn ketatnya. Tu belum cerita Halal takrifan bukan islam yg menganggap janji bukan babi & anjing. Depan mana tau yg kena ada syarat sembelihan utk halal haram. Tapi tkkan nak marah kot. Cuma Paling kuat tegur & bgtau benda tu tak kena dgn adat masing2. Apa2 pun kita kena akui yg masyarakat kita mmg belum sampai tahap toleransi yg cukup baik. Dan kena terima kenyataan yg kita belum kenal masyarakat terdekat di sekeliling kita. Kepada perKasa 'consider this lesson learn'. Kepada puak cina especially dap yg melenting sgt, cermin diri dulu & tgk brp byk kes tak menghormati budaya lain sebelum komen.. comments