Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

May 10, 2010

PRK P212 Sibu Sarawak



Baru habis satu ada lagi satu. Itulah yg dikatakan ketentuan Ilahi. Dunia ni pinjaman yg akhirat kekal jua.

Berikut adalah 3 calon yg akan bertanding utk PRK Sibu

Calon DAP : WOng ho Leng.
Calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew
Calon Bebas, Narawi Haron.

Kalau diikut PRU yg lalu mendiang memenangi kerusi tersebut dgn Majoriti 3,549 Undi.

Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos, merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis. Daripada pecahan tersebut kaum Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan Bumiputera Sarawak (22 peratus).

Jika dilihat drpd jumlah peratusan pecahan kaum sebenarnya yg bakal mempunyai masalah adalah Calon BN. Sbb kita sedia maklum yg pengundi Cina byk telah beralih arah ke PR. Tetapi kita tidak tahu keadaan di Sabah & Sarawak juga di Sibu. Mungkinkah kaum Cina di Sarawak tidak mudah dipengaruhi oleh PR @ DAP. Pada hemat cek, kaum Cina di Sarawak tidak mudah dipermainkan oleh Isu Parti Ultra Kiasu (pinjam kata-kata Dr. Redzuan Tee Abdullah).


Yg kelakarnya sewaktu penamaan Calon. Calon DAP bersama2 dgn calon-calon lain mengangkat simbol 1 Malaysia. Ini bermaksud yg malah calon DAP bersama2 dgn aspirasi 1Malaysia. Syabas PM kerana telah berjaya menembusi hati naluri pembangkang dgn aspirasi 1Malaysia walaupun pada zahirnya mereka menentang.

p/s: Kita tgk siapa yg kena..
comments

Nov 26, 2009

Who will help us? Flood Victims in Malaysia

Malaysians are very humble & really like to help people. Where ever there was a disaster somewhere around the world, we're normally among the 1st who create a 'fund' for victims of the unfortunate. I applause such kind act of Malaysian who is really passionate to help victims around the world.

Among the funds being created was :-
- Tsunami 2002 victims fund
- China earthquake fund
- Recent Indonesia earthquake fund 'Padang area'
- Philipines flood funds "Ketsana typhoon"

The above was among the funds created to help those effected by the disaster. Millions of RM pours to all the effected area.

Despite all this, one thing for sure are we're not so keen to help our fellow Malaysian that were effected by disaster. We're so slow responding to help fellow Malaysians. We rely entirely to the government to help wether it is state or federal govenrment. As of now, there're no effort by NSTP, Utusan, The Star, Maybank or any agency or private companies to create this funds. It is opposite of what we've seen before compare to funds that i've highlighted before.

As of now, nobody in the papers or community step up to say "Fellow Malaysian, we've created Flood Funds for the unfortunate people in our Country up North. Please donate so that we can ease their pain."

For us its just another news in the newspaper. "FLOOD". We just read it or glance through it & just ignore the suffering of our own brothers & sisters up north.

Let us think why we are so cruel to our own people but kind to others?
comments

Nov 1, 2009

Menentang Sekolah Satu Aliran Menengah Sahaja~ Patutnya Semua Jenis Sekolah !!

Kecoh satu Malaysia tentang cadangan Sekolah Satu Aliran. Ada yg menentang, ada yg menyokong. Apa-apapun semua ada pendapat masing-masing. Tapi yg menjadi musykil adalah kenapa permintaan untuk dijadikan satu sekolah diputar belit seolah-olah meminta rakyat hanya meminta 1Sekolah diperingkat Menengah shj?

Malahan di muka depan Utusan seolah-olah rakyat mahukan Sistem Satu Aliran Sekolah Menengah. Cek cukup kecewa bagaimana aspirasi rakyat yg memintak 1Sekolah utk semua sekolah dikecikkan skopnya kepada Sekolah Menengah.

Sejak bila yg diminta adalah utk sekolah Menengah sahaja? Yg diminta adalah 1Sekolah utk semua jenis sekolah baik Sekolah Menengah mahupun Sekolah Rendah. Pandai betui kerajaan. Tahula MCA & MIC tentang jika Sekolah Rendah disatukan tapi takkan nak korbankan sekolah Menengah yg rata-rata sekolah seperti MRSM, SBP, dll disatukan?

Nampak tak apa yg diminta & dipertikai. Ada golongan tertentu yg meminta Sekolah Menengah disatukan kerana mereka mahukan peluang utk masuk ke Sekolah berprestij seperti MRSM, MCKK, SBP dll. Tapi dalam pada itu mereka tak mahu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dihapuskan? INI TIDAK ADIL & Cukup bahaya.
Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib. Jika Dato' serius ttg sekolah satu aliran, jgn diberi 'pengecualian' khusus kepada sekolah-sekolah tertentu seperti sekolah jenis kebangsaan/ rendah. Tetapi jika serius ttg penyatuan 1Sekolah maka ia perlu diselaraskan baik di peringkat rendah mahupun Menengah.

Kepada Utusan, jgn sokong membuta tuli. Faham dulu apa yg diminta & diperjuang. Penyatuan Sekolah Menengah bermakna hanya membuka sekolah2 yg memberi kesan org Melayu sahaja. Juga bermakna sekolah jenis Kebangsaan diberi pengecualian utk bersatu. Berapa banyak lagi org Melayu nak berkorban sedangkan tidak nampak usaha dr pihak bukan melayu utk berasimilasi dgn org melayu. Tgk sajalah MIC & MCA.

Apa-apapun syabas Dato Seri Najib kerana berani membuka & komen ttg tajuk 1School berbanding Timbalannya 'Muhyiddin Yasin' yg terus shoot down the proposal bbrp bulan lepas tanpa mendengar pandangan rakyat.

p/s: Hati2. Rata-rata tahu Sekolah Jenis Kebangsaan hanya pada sekolah rendah bukan menengah.

Sokonglah kempen Aspirasi 1Sekolah tapi BUKAN 1Sekolah utk Menengah sahaja. VOTE disini.

Related Article 1 comments

Jul 26, 2009

Mana Hadiah Kami ?? Kabinet 1Malaysia ~ Luahan Kaum Majoriti/ Bumiputera


Persoalan ini ditujukan kepada Kabinet 1Malaysia. Atas dasar 1Malaysia terdapat transformasi & kecenderungan kerajaan utk seolah2 menunjukkan yg Kerajaan 1Malaysia adil & cuba dilihat tidak memberi terlalu banyak keistimewaan kepada org Melayu & Bumiputera. Dalam keadaan yg sama hadiah demi hadiah diberikan kepada rakyat ttp yg menyedihkan adalah ia merupakan hadiah tersebut diambil drpd seseorg.

Bumiputera skrg dirasakan seperti di anaktirikan & laungan 1Malaysia seolah2 berkata "Non Bumi 1st.. Bumi's already had enough" @ mari kita ambil hati bukan bumi pulak (demi sokongan kot). Satu demi satu polisi yg tidak menguntungkan bumi direncanakan. Tidak diketahui adakah ia dilakukan secara sedar @ tidak, tetapi ini adalah hakikatnya. Mungkin selepas ini ada yg mengatakan saya racist ttp ini adalah berdasarkan fakta @ luahan satu insan kecil berstatus bumiputera.

Hadiah demi hadiah diberikan @ diumumkan dalam merealisasikan matlamat 1Malaysia yg secara tidak langsung mengambil balik hak @ hadiah drpd Bumi'.

Dibawah antara hadiah2 yg ditarik balik drpd Bumiputera :-

1- Kuota Bumi dalam 27 sektor
2- Kuota ASM Bumi' dibuka & habis dijual dalam satu hari
3- Menarik syarat pemilikan perniagaan utk public listing 'no more bumi quota'

4- Hak untuk mengambil peperiksaan melebihi 10 matapelajaran (kebanyakan org Melayu yg mengambil lebih dr 10 Matapelajaran)
5- Penghapusan Kementerian MECD yg merancanakan kepentingan bumiputera.
6- Lesen AP akan dihapuskan?
7- Kuota Melayu dalam kabinet dikurangkan & diberikan kepada lain.

Dibawah antara hadiah baru yg diberi kepada bukan Bumi' :-

1- ASM (kuota bumi dibuka & habis dijual baru2 ini dlm satu hari)
2- Kaum India diberikan tambahan peruntukan tambahan kewangan utk perniagaan. (15Million)
3- Biasiswa National ~ biasiswa yg berasaskan merit kepada pelajar bukan berdasarkan kuota bumi'
4- Peruntukan demi peruntukan diberikan.. Boleh dilihat saban hari peruntukan utk sekolah Jenis kebangsaan Tamil (100Million) & Cina.
5- Peruntukan Wang kilat setiap kali PRK kepada persatuan, sekolah & kaum tertentu

Terdapat lagi bbrp hadiah yg ditarik & diberi. BUkan mempertikai tetapi hanya terdaya mengeluh & terkilan ttg pendekatan terbaru kerajaan 1Malaysia yg menarik hadiah drpd Bumi & diberikan kepada yg lain. Cadangan & harapan adalah supaya setiap hadiah yg ditarik perlu diganti semua. Kerana adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan utk 'uphold' Perkara 153 Perlembagaan.

Jgn jadikan status org Melayu @ bumiputera hanya nama atas kertas hakikatnya tiada apa lagi keistimewaan mempunyai Status tersebut. Rujuk kembali Perkara 153 perlembagaan & jika semuanya tidak diikuti ada baiknya hapuskan saja fasal tersebut.

p/S: Saya akan pantau hadiah2 terbaru Kerajaan 1Malaysia.

~ Lagi ulasan di 100hari Negatif Najib

comments