Showing posts with label Ulasan/ Komentar. Show all posts
Showing posts with label Ulasan/ Komentar. Show all posts

Dec 7, 2010

Taxi Limo KLIA & Keluhan Pemandu

Adalah menjadi lumrah pada cek utk 'outstation' ke merata ceruk Malaysia. Apabila bila sampai ja airport selalunya org yg pertama cek bersembang setelah berhari-hari di luar kawasan adalah pemandu teksi. Macam-macam pemandu teksi yg cek jumpa tapi secara amnya majoriti pemandu teksi KLIA LIMO adalah pemandu yg sungguh 'dedicated' dgn tugas mereka.

Pada dasarnya inilah apa yg pemandu teksi dapat @ cara syarikat pemandu teksi berfungsi :-

1- Pemandu teksi dgn syarikat KLIA LIMO melaksanakan sistem sewa beli. Dimana syarikat akan menyediakan teksi kepada pemandu dan dalam pada yg sama pemandu perlu membayar sewa harian. Sewa harian pula boleh mencecah sehingga RM 150~ RM 190 sehari (harga sebenar tidak diketahui).

2- Harga sewaan sehari dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu 1- Insuran, 2- Duit selenggaraan, 3- Duit installment kenderaan/ kereta & beberapa pecahan yg kecik2.

3- Sewaan harian akan ditolak melalui ticket yg dikerat & di claim oleh pemandu teksi. Pemandu perlu 'claim' @ redem ticket @ tebus ticket maksimum 4 hari sekali. Pemandu sendiri perlu datang utk menebus wang tersebut (berdasarkan receipt ticket yg dikerat).
Kalaulah hilang tiket alamat selamatlah..

4- Tiada cuti diberikan kepada pemandu dimana bermaksud mereka perlu kerja tiap-tiap hari bagi membayar harga sewaan harian.
Kelihatan pemandu teksi KLIA LIMO jelas ketara. Muka letih moyok & menakutkan penumpang yg jadi penumpang. Almaklumlah letih bekerja kerana takdak cuti. Mau idaknya tiap2 hari kena bayar sewa..

5- Pemandu perlu membawa kereta sekurang-kurangnya 3 trip utk mendapat modal sewaan harian & perlukan 5-6 trip utk mula mendapat keuntungan.
Ini tak elok sebab pemandu teksi akan kejar trip. Itu pasalla kadang2 kita cakap pemandu teksi KLIA Limo mcm pelesit @ lebih gaya pemandu F1. Sebab mereka terpaksa bawak laju utk kejar trip demi utk balik modal @ untung.

Difahamkan Airport Limo (M) Sdn. Bhd dikuasai oleh ahli politik tertentu. Kalau dilihat pada rate @ harga di website boleh dilihat betapa double standard rate yg diberikan. Dimana boleh dilihat betapa tingginya harga tambang dari KLIA - Putrajaya (RM64.80) berbanding KLIA - Bangi (RM 54.80). Tidak diketahui kenapa begitu harganya. Tambang teksi disini.

Satu lagi ada sedikit kemusykilan berkenaan kapasiti penumpang yg boleh dibawak oleh Teksi LIMO yg mengizinkan 4 org Dewasa & 2 kanak-kanak (bwh 12 tahun) sedangkan Undang-undang JPJ utk teksi bandar hanya mengizinkan 4 org Dewasa termasuk pemandu.
Satu soalan cek nak tanya adakah Insuran cover utk semua penumpang + pemandu?

Apa-apa pun perkara yg ingin disampaikan adalah keluhan pemandu-pemandu teksi perlu diberi perhatian sebelum ia melarat menjadi barah yg tak boleh diubati. comments

Aug 10, 2010

Politik ~ Cakap Tak Serupa Bikin

PAS kata kerjasama dgn UMNO mustahil kerana UMNO tidak mendokong Islam.
Cek tanya balik awat DAP & PKR dokong Islam ka?

DAP kata SPRM & Polis dikawal kerajaan & tak telus.
Tapi cek kata kenapa baru-baru ni ADUN depa juga Ronnie Liu report polis.

Khalid Samad baru-baru ni cakap kat Surau Seksyen 6 kata gejala sosial & keruntuhan masyarakat hasil sbb 15-20 tahun dulu & polisi kerajaan yg salah. Cek kata, awat dalam 15-20 tahun lepas PAS buat hapa?

PAS dok kata UMNO mengamalkan assobiah. Tapi dua hari sudah PAS jugak bercakap utk mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu. Tu tak nama assobiah ka?

Timbalan Perdana Menteri & bangsawan UMNO byk cakap perpaduan masyarakat sekarang di tahap yg tidak memuaskan. Cek cakap awatla kita tak satu padukan masyarakat sejak dari bangku sekolah lagi? Kenapa perlu kita bezakan anak2 kita dari sejak kecik.

PR kata Felda Bengkrap. Awatla bodoh sangat. Kan ka Felda tu setiap tahun ’account’ dia kena audit. Dah la tu kalaula Felda bankrap kenapa pulak zakat & cukai setiap tahun dibayaq.

PAS pulak dok sibuk-sibuk cakap pasai Sime Darby & Felda. Tapi cek kata depa ni lupa kot apa jadi dengan duit KOHILAL?

DSAI kata dia tak takut, tak bersalah & bermacam tak lagi bila bercakap mengenai kes Liwat beliau dgn Saiful. Cek kata kalau tak bersalah, kalau ada alibi, kalau tak takut pada bukti, kenapalah dok masih lengah-lengahkan perbicaraan tu....

MCA & DAP dok masih bercakap cuba mempertahankan kalimah ALLAH digunakan oleh Gereja. Cek kata, kenapa waktu Tuan Guru Haji Hadi Awang propose perlembagaan negara Kepercayaan Kepada Allah hangpa tak sokong pun. Kalau dah semua setuju Allah tu tuhan maka meh la kita tukaq dr Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah.

PAS dok kata & dok suruh buat Negara Islam sejak berzaman lagi. Cek nak tanya apa kebendanya kerangka Negara Islam acuan PAS? Ada tak proposal yg diketengahkan kepada Umat Islam utk dinilai. Ka cakap ja..

Khairy Jamaluddin baru-baru ni bercakap soal rasuah. Cek boleh jawab satu ja, cerminlah diri sendiri.

Dalam agenda daily baru-baru ni bekas puteri Azalina tegur puteri supaya lebih proaktif & bermcm-mcm lagi komen. Cek kata sama la hang. Adalah baik bubar ja puteri drpd dok digelar sayap getik.

Tun Mahathir cakap dia pun kurang paham apa itu 1Malaysia. Cek pun tak paham jugak. Yg cek paham & dokong adalah perlembagaan negara.

Menarik lihat papan Iklan “Justice for Teoh Beng Hock“ kat sebelah Ampang. Cek kata takdak sebab musabab SPRM nak kenakan mendiang. Justise kebendanya.. comments

Nov 9, 2009

Ku Ceraikan Kamu Kerana Aku tak Setia ~ ADUN/MP PAS

Imej PAS semakin tercalar berikutan pendedahan yg ADUN/ MP PAS mengamalkan 'cerai taklid' terhadap isteri bilamana menjadi calon supaya taat setia kepada parti. Sebelum ini kita tertanya-tanya apa formula yg menjadikan ADUN/ MP PAS amat taat setia kepada parti. Kerana adalah amat jarang dilihat ADUN/ MP PAS yg melompat parti @ menjadi bebas. Betapa kagumnya kita bila memikirkannya. Rupa-rupanya 'ada udang disebalik mee'.

Terdapat satu upacara bai'ah bidaah yg dilakukan semata2 kerana kepentingan politik. Masyallah. Memetik kata Dr Asri & Zulkifli Noordin perkara halal yg amat dibenci Allah adalah bercerai. Itupun masih ada sebab musabab yg munasabah yg releven utk bercerai. Adalah amat menyedihkan ikatan perkahwinan yg suci dijadikan pertaruhan utk menguji kesetiaan kepada parti. Cerai ni tak boleh main-main. Semacam juga jika kita bertaklid cerai terhadap isteri kepada hal yg remeh temeh.

Ini semacam penganiayaan kepada isteri & anak-anak. Dek kerana ketabsuban melampau menjadikan isteri & anak-anak menjadi pertaruhan. Islam tidak merendahkan martabat isteri sehingga sedemikian rupa. Islam tidak mengajar kita mempermainkan institusi perkahwinan utk dijudikan. Maka amatlah malang sekali isteri-isteri wakil rakyat PAS jika 'cerai taklid' menjadi bukti sayangnya suami kepada PAS bukan sebaliknya.

Persoalannya kepada wakil Rakyat wanita macamana pula? Adakah suami wakil rakyat tersebut perlu melafazkan 'cerai taklid' terhadap isteri? Bagaimana pula kita nak tahu kesetiaan ahli-ahli PAS sendiri? Cek cadangkan kepada PAS agar semasa bai'ah ahli suruh depa sama-sama buat lafaz taklid terhadap isteri masing-masing.

Pada cek, pendedahkan ini amatlah memalukan. Kita seperti kembali ke zaman jahiliah dimana isteri boleh diperlaku, diperdagangkan sedemikian rupa seperti kambing. Dijadikan bahan pertaruhan dalam judi. Jika kalah habis isteri & anak-anak dijual @ diperdagangkan. Itulah lebih kurang perbandingan 'cerai taklid' PAS ini. Apa-apapun kes besar ini perlu dibincangkan oleh Majlis Fatwa & ulama-ulama besar negara.

Ia perlu dibincangkan secara serius utk mengelakkan penganiayaan terhadap kaum isteri. Atas apa-apa pun alasan oleh muslimah PAS mahupun PAS sendiri ia tidak dapat diterima oleh sebilangan besar umat Islam. Tindakan taklid buta ini menyebabkan imej Islam sedikit tercalar di Malaysia & mengiyakan pandangan DAP yg Islam itu ekstrim & menakutkan pada pandangan umum. Tahniah PAS kerana mencalarkan imej umat Islam secara keseluruhan.

p/s: Patutlah Zulkifli Noordin tak masuk PAS. Kalo tak mesti tak tido malam. comments

Sep 16, 2009

Strategi pecah & perintah oleh PR


PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik, ketenteraan dan ekonomi.

Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu.

Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya).
Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu. Memecahkan kaum-kaum dan negeri-negeri yang ada dengan meletakkannya dalam koloni dan sistem pemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.

Kemudian parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini mengamalkan strategi itu apabila parti-parti yang mewakili kaum-kaum terbesar digabungkan - dengan mengetepikan parti-parti lawan yang enggan bersama mereka.
Perikatan kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) dan strategi itu kekal berjaya sehingga hari ini, selama 52 tahun.

Ia bertahan kerana orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat negara ini menguasai kuasa politik dan ketenteraan tanah air. Orang Melayu bergabung dengan kaum-kaum lain (Cina dan India) bagi membentuk satu kuasa yang kuat. Ia dibuat atas dasar hormat-menghormati dan percaya-mempercayai yang telah dimeterai atas ikatan Perlembagaan Persekutuan termasuk beberapa dasar yang dibentuk kemudiannya.

Walaupun ada sedikit masalah pertelingkahan kaum di pertengahan jalan, namun ia berjaya diselesaikan. Masing-masing lupa dengan perbezaan masing-masing dan semua pihak dalam pakatan itu berjaya menjana negara ini sehingga Malaysia di anggap negara yang makmur dan mewah.
Namun, apakah strategi 52 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ia sudah mulai lemah.

Strategi pecah dan perintah itu mulai gagal setelah kuasa politik yang dipegang oleh orang Melayu itu mulai berpecah. Melayu tidak sepadu dulu lagi. Mereka sudah berpecah kepada beberapa kumpulan. (Baca Cuit: Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti (25 Mac 2009), ia mengandaikan Melayu sudah berpecah enam.
Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan satu petunjuk, yang tidak pernah terlintas di fikiran selama ini, yang orang Cina boleh menguasai kuasa politik di negara ini.
Ia hanya boleh berlaku jika orang Melayu berpecah. Orang Melayu yang marah, keliru, sakit hati secara protes tidak memberi undi kepada parti pemerintah, yang bangsa mereka sendiri menguasainya.

Protes itu secara tidak sengaja telah memberi petunjuk, yang parti berasaskan Cina seperti DAP pun boleh menguasai negara ini. Negeri-negeri yang dikuasai DAP pada pilihan raya umum lalu ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sebahagian besar Wilayah Persekutuan. Negeri Sembilan hampir-hampir dikuasai mereka. Jika Melaka dan Johor pun jatuh ke tangan DAP - maka sebahagian besar Pantai Barat 'emas' Semenanjung Malaysia akan dikuasai DAP.

Jika ia berlaku maka empayar DAP itu akhirnya akan menemui titik pertemuannya dengan abang mereka PAP dari Singapura. Apa seterusnya berlaku, belum terlintas lagi di fikiran, namun teorinya mungkin sudah boleh di agak.
Secara akademik, ia tidak mustahil berlaku. Melihatkan perkembangan semasa ia memang boleh berlaku. Jika perkembangan itu membawa kepada pilihan raya umum ke-13 kelak, maka Melayu sudah boleh menjangka nasib mereka. Hasil strategi tidak putus asa pembangkang, mereka telah berjaya mewujudkan beberapa puak yang bertelagah di kalangan orang Melayu.

Orang Melayu pula dalam masa yang sama terlalu ego dengan pegangan dan fahaman masing-masing. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR dan segelintir Melayu DAP terlalu taksub dengan ideologi kemelayuan, keislaman dan keadilan mereka.
Orang Melayu tidak sedar yang mereka sedang diperkotak-katikkan untuk membenci antara satu sama lain dan antara sekutu-sekutu yang dulunya bersama mereka.

Tiba-tiba orang Melayu bermusuh dengan orang Cina dan orang India. Sama ada ia disengajakan atau tidak atau wujud permainan dalaman atau luaran itu tidak pasti, tapi usaha-usaha untuk mewujudkan kebencian antara Melayu dan kaum-kaum lain semakin nyata sekarang.
Strategi pecah dan perintah serta pecah dan tawan (divide and conquer) kini berada dalam tangan pihak pembangkang. Mereka sedang bermain dengan strategi itu. Mereka sedang menguasai keadaan dengan sebaik mungkin. Orang Melayu yang tidak sedar dengan permainan itu turut serta dalam percaturan itu. Mereka gagal melihat muslihat di sebaliknya.

Strategi yang sama pernah dimainkan oleh sebuah pihak luar dan ia berjaya. Pihak yang dominan berpihak dengan satu kumpulan minoriti untuk mengetepikan satu lagi puak yang majoriti sedikit daripada puak minoriti itu. Kedudukan tinggi diberikan kepada puak minoriti itu dengan alasan puak majoriti tidak berupaya memegangnya. Sedikit demi sedikit puak yang ditekan itu terpaksa beralah. Akhirnya sehingga hari ini puak majoriti itu terpaksa melukut di tepi gantang. Ia adalah satu model strategi pecah dan perintah yang cukup licik untuk meminggirkan satu-satu puak.

Orang Melayu kini sedang mengalami proses tersebut. Kita sedang bermusuh dengan orang Cina yang pernah bersahabat baik dengan kita. Kita sedang bermusuh dengan orang India yang pernah bersahabat karib dengan kita. Tiba-tiba semua ini berlaku secara serentak. Orang Melayu sedang bermusuh dengan semua orang.

Ditambah lagi, ada pula pihak-pihak bermain dengan perang psikologi dengan sengaja menuduh orang Melayu adalah kaum yang rasis dan perlu dilawan habis-habisan. Golongan ini tahu apa yang mereka sedang mainkan. Suasana baik itu perlu dipecahkan kerana selagi perikatan itu kuat, pakatan tidak boleh berbuat apa-apa.
Di masa pengundi-pengundi Cina (dalam pilihan raya kecil) lari dari kerajaan pemerintah kerana melihatkan mereka ada advantage ekoran pilihan raya umum ke-12 lalu, orang India pula cuba dilaga-lagakan dengan Melayu.
Sama ada ini kebetulan atau tidak, kita tidak tahu. Tapi jika betul dan akhirnya orang India juga lari dari Melayu, maka pada masa itu gabungan peratusan undi Cina dan India akan menjadi penentu kepada kuasa politik tempatan. Orang Cina dan India akan bergabung untuk mengetepikan Melayu.

Tanpa disedari, para strategis ini (dalaman atau luaran) sedang mengatur strategi baru. Setelah melihat permusuhan Melayu-Cina-India sudah berjaya diwujudkan, mereka kini menuju kepada kumpulan yang lain pula. Mangsa seterusnya ialah anak-anak negeri dan etnik pribumi - Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak.

Jika itu juga berjaya dan apabila kumpulan itu pula mula membenci orang Melayu atau orang Melayu juga membenci mereka, maka ia adalah penamat bagi segala-galanya. Orang Melayu pada masa itu akan turut melukut di tepi gantang.

Strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Yang alpa akan tewas.

Anaklangkawi :-

Samaada kita sedar @ tidak strategi ini sedang berlangsung. Inilah bahana bila umat islam tidak bersatu padu. Secara langsung @ tidak kita diperkotak katikkan dr kedua2 pihak & saya melihat trend tersebut tidak akan berakhir dalam jangka masa terdekat.

Melihat keadaan PAS yg menolak tuntutan Al-quran & Hadis utk bersatu adalah amat mendukacitakan. Juga melihat kepada keadaan komponen parti MIC, MCA & PPP seolah-olah menunjukkan mereka seperti sengaja tidak mahu berubah ke arah yg lebih elok justeru akan menyebabkan sokongan bukan Melayu berkurangan terhadap BN. Apa susah elok @ tidak tempat pasti diberi kepada mereka.

Kita tunggulah akibatnya di masa akan datang utk anak & cucu kita. Satu sahaja taktif utk menyekat strategi pecah & perintah ini. Iaitu pastikan Kerusi UMNO akan hanya dilawan oleh PAS & kerusi PAS hanya dilawan oleh Kerusi UMNO. Maka ini akan menyebabkan mereka akan sukar utk melaksanakan strategi tersebut kerana mereka tahu jika sesuatu yg tidak dijangka berlaku insyallah kedua2 Parti tersebut akan bersatu seperti 1969.

Insyallah. Saya doakan terdapat pihak dari kedua2 parti mengetahui & take note ttg strategi ini. Jgn kelak kita menumpang di Negara sendiri.
comments

Sep 10, 2009

Double Standard ? ~ Kes Kepala Lembu

Semalam dengan efficientnya pihak Pendakwaraya & Peguam Negara mengambil tindakan mahkamah diatas kes kepala lembu sebilangan rakyat marhaen di Shah Alam. Bukan bersifat untuk menyokong perbuatan yg tidak sepatutnya dibuat tetapi persoalan kenapa 'efficiency' pihak peguam Negara dalam melayani isu ini.

Jika kita bandingkan, terdapat beberapa lagi isu sensitif yg melibatkan VIP Pakatan Rakyat. Contohnya kes penghinaan Karpal terhadap Sultan, kes Pemuda DAP di Penang yg mengutuk Riduan Tee (menyentuh juga org2 Melayu), kes mempertikaikan azan, kes Hindraf yg jelas mempunyai bukti menyentuh hati org Melayu. Dimana 'efficiency' pihak Peguam Negara terhadap kes-kes seperti ini. Atau mungkinkah Peguam Negara takut bila berdepan dengan VIP2 tetapi amat garang bila berdepan yg rakyat marhaen yg cuba bersuara utk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap permasalahan di tempat mereka.

Cuba kita lihat betapa banyak laporan polis dibuat utk hanya menggerakkan kes terhadap Karpal Sigh atas kenyataan biadap mencabar keistimewaan Sultan Perak. Cuba pulak lihat berapa banyak laporan polis dibuat utk menggerakkan kes terhadap 6 org yg terlibat dalam kes memijak kepala lembu. Kemudian cuba kita lihat pulak berapa bulan diperlukan utk membawa Karpal Sigh utk dihadapkn ke Mahkamah & bandingkan berapa hari diperlukan utk membawa kes kepala lembu ke Mahkamah. Fikir & analisis sendiri.

Sikap seperti inilah yg kadangkala mengundang persoalan kepada majoriti org Melayu khasnya. Banyak lagi yg boleh dikupas misalnya bila kerajaan berdepan dgn permasalahan ekstremist Islam pihak berwajib amat cepat bertindak. Tetapi amat 'slow' untuk bertindak terhadap gangsterisme underworld dikalangan kaum tertentu. Mengapa ya?

Cukuplah & jgn terlalu memilih bulu dalam melaksanakan tindakan. Ia seolah-olah double standard kepada org Melayu terutama sekali bila melibatkan isu sensitif. Jangan dijolok sarang tebuan & jgn diuji kesabaran mereka. Kelak PRU-12 berulang @ mungkin lebih teruk jika seseorg mengambil peluang utk menjadikan ia suatu isu. comments

Jul 6, 2009

PAS tersungkur bahana demokrasi & dimana 'blueprint' perancangan Negara Islam PAS..?


BULETIN الحضارة~*BIL:49/ Rejab1430

AL-HADHARAH

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allah swt jualah yang Maha Agung dan Maha Kuasa. Selawat dan salam perjuangan kepada Rasulullah saw. Salam perjuangan juga kepada kaum keluarga dan para sahabat Baginda semuanya.

Firman Allah swt bermaksud; “Sesungguhnya orang-orang yang memberikan pengakuan taat setia untuk berjuang menentang musuh kepadamu (Muhammad saw), mereka sebenarnya memberi pengakuan taat itu kepada Allah. Allah yang akan menilai tentang pengakuan taat mereka itu dan membalasnya. Oleh itu sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya, maka bahaya mengingkari janji itu hanya menimpa diri sendiri, dan sesiapa yang menyempurnakan janjinya kepada Allah, Allah akan memberikannya pahala yang besar” (al-Fath 10)

Para ulama` dan ummat Islam khususnya di (Malaysia)Tanah Melayu pada asalnya melihat demokrasi dahulu ketika mula diperkenalkan sebagai ajaran jahiliyyah bukan ajaran Islam, begitu juga dengan ajaran atau sistem-sistem yang lain dari Islam. Khalayak ummah dahulu secara umum boleh menerima pandangan begitu iaitu sistem demokrasi itu suatu keadaan yang asing, baru, belum jelas dan pelbagai kemungkinan.

Ummat dapat menerima hakikat disebabkan era penjajahan yang berlaku terlalu lama yang merangkumi beberapa generasi ummat Islam, maka saki baki ilmu-ilmu Islam sendiri terputus-terputus sifatnya dan mudah dicampur adukkan. Sebab itu lebih mudah memberitahu kepada ummat Islam dahulu yang menyedari mereka telah lama diperguna dan ditipu oleh penjajahan berbanding dengan memberitahu ummat Islam mutakhir yang merasakan mereka telah lepas bebas tetapi tidak sedar mereka sedang diperkudakan.

Seharusnya ummah kena ingat sistem ini (demokrasi) bukanlah sistem Islam, ianya hanyalah ibarat sebatang pokok besar yang terdapat di tepi perenggan yang bersebelahan dengan hadharah kita. Pokok besar ini tetap hak milik Hadharah Jahiliyyah. Disebabkan strategi musuh dari dulu lagi memang sengaja menanam segala pokok besar sistem mereka betul-betul di tepi perenggan dengan hadharah kita supaya segala sumber baja, air dan bahan galian dari wilayah hadharah kita dapat mereka sedut percuma secara halus dari dalam tanah maupun udaranya.

Di pihak kita pula tidak menyedari bahawa selama ini ummahlah yang memberi dan membesarkan segala sistem tepi perenggan (perbankan, pendidikan, perundangan, dll) memanglah boleh mengambil buah yang jatuh ke dalam wilayah kita dan mendapat manfaat keteduhan pohonnya yang rendang tetapi apalah sangat yang kita boleh harapkan lebih-lebih, ianya tetap milik jahiliyyah. (sebahagian petikan Buletin Bil 13)

Saudara dan saudari, ummat Islam telah diasak dengan pelbagai ajaran dan teori-teori luar (jahiliyyah) dari dahulu sampailah sekarang, tidak hairan jika pandangan umum khalayak ummah sendiri akhirnya mudah luntur dan berubah. Paling menyedihkan bila ada yang mengatakan atau berkeyakinan Islam boleh ditegakkan dan dibina dalam sistem atau melalui demokrasi. Ummah jangan keliru atau salah faham antara dua keadaan atau kerja (perbuatan) yang berbeza;

1) Kerja beriman, membina, membangunkan dan menghidupkan Islam sebagai praktik kehidupan dalam bentuk peribadi, keluarga, kejiranan, masyarakat dan seterusnya daulah yang lebih besar (Seperti amalan Nabi,Rasul bersama para pengikut atau sahabatnya). Kerja ini semua individu ummat kena buat (ikut kadar dan tahap masing-masing) bermula dari saat lafaz keimanannya (taklif / kesedarannya). Kerja ini dinamakan kerja membina hadharah.


2) Kerja menyampaikan seruan Islam kepada diri sendiri dan orang lain yang Islam dan belum Islam supaya mari bersama-sama menganut Islam lalu membangunkan kehidupan dengan Islam. (Penerangan/ Dakwah seperti tugas Nabi & Rasul dan semua pengikut mereka).

~~~~~Point Penting~~~~~

Ringkasnya yang satu tugas `developed` iaitu membangunkan dalam realiti kehidupan ummat dan satu lagi `deliver` atau `distribute` memberi, menyampai. Kerja ini akan berjalan serentak dan saling kuat menguatkan dan menjadi pemangkin kepada perjuangan Islam sekaligus perjuangan ummah. Mungkin lebih mudah membuat perbandingan begini, pihak pemaju akan berbincang dengan jurubina, jurutera, konsultan dan lain-lain untuk tujuan membangun dan menjayakan sesuatu projek yang besar kepada orang awam.

Segala urusan membangunkan projek itu telah menjadi tanggungjawab pihak pemaju dan akan dilaksanakan dengan agihan tugas-tugas yang sepatutnya, manakala segala urusan penerangan dan penyebaran maklumat akan dibuat oleh jurucakap atau kakitangan berkaitan dengannya.

PAS disebabkan mereka mendakwa sebagai `gerakan Islam` boleh dianggap sebagai syarikat pemaju tadi kepada orang awam yang tentunya adalah ummat Islam. Mereka melalui jurucakap dan kakitangan berkaitan memproklamasikan kepada ummah bahawa mereka akan dan telah menjalankan satu projek besar iaitu `Negara Islam` di Malaysia sejak 1951.

Tetapi yang malangnya sejak akhir-akhir ini semua kakitangan Pemaju (PAS) termasuk pekerja dan buruh sokongannya hanya tahu menjalankan kerja-kerja penerangan (ceramah politik) sahaja kepada ummah dan orang awam.

Bila ummah ingin mendapatkan lapuran perkembangan semasa tentang status prestasi, perkembangan dan kedudukan projek terkini semuanya akan menutup kelemahan dan kesilapan sendiri tidak membangunkan projek itu tetapi dengan memberi alasan projek terpaksa ditangguh sementara kerana tidak mendapat kelulusan `kerajaan` (sistem demokrasi), maka sebab itulah projek terbengkalai selama lebih 50 tahun.

Alasan yang disogokkan kepada ummah tak kena langsung kerana `kerajaan` yang memberi lesen kepada pemaju (PAS) ialah `kerajaan ummah` yang selama ini mereka ambil dan sedut segala peruntukan dari perbendaharaan ummat Islam atas nama perjuangan Islam. Kalau mereka mengatakan kerana kerajaan demokrasi tidak membenarkannya samalah macam Kongres Amerika menunggu kebenaran dan kelulusan Politburo Rusia untuk melaksanakan sesuatu projek dalam wilayah Amerika sendiri. Pada fikiran saudara dan saudarilah bila agaknya akan berlaku jika kedua negara itu terus-terusan bermusuhan.


Masalah sebenarnya ialah kerana mereka semua tak buat kerja projek tersebut. Perbincangan peringkat atas untuk bincang `blueprint` projek itu pun tak dak dan memang tak tau nak buat macamana pun... Kadang-kadang betul juga macam Saudara Azizi Abdullah @ Tukya kata;

Ulama` PAS hanya pandai bagi penerangan (ceramah) sahaja, tetapi nak menanggani dan menyelesaikan permasalahan macammana nak hidup dengan Islam dalam dunia sekarang mereka tak tau! Sebab tu mereka pakat-pakat bincang buat kerja mudah tu saja. Konsultan, jurutera, jurubina dan pakar-pakar yang ada bincang buat kerja senang tapi glamour, kerja penerangan sahaja (politik).

Pekerja-pekerja buruh pun hanya dikerahkan tampal poster dan siap tempat untuk berceramah. Bila ada pilihanraya, apalagi `rayalah` seronoknya pasang bendera. Jika kita kaji isi ceramah mereka pun bukan ceramah berkaitan macamana projek itu nak didirikan, ummah kena sediakan bahan yang macamana atau kita buat bahagian mana dulu dan lepas bahagian tertentu selesai kita akan sambung bahagian mana pula.

Isi ceramah mereka hanya menceritakan hal-hal durjana dan korup kerajaan demokrasi juga, baik yang tak pandai pakai kepiah atau yang berjubah serban meleret.. semuanya balik-balik `point of view`nya sama saja mesti tukar kerajaan yang ada kepada mereka pula.

Paling-paling lekehlah, jika mereka menjuruskan setiap pekerja dan ummah hanya `mengikatkan` seketul bata insyaAllah dalam masa puluhan tahun itu mereka mampu menjawab dengan baik akan status projek terkini ummah tersebut. Inilah bahana beriman dengan demokrasi hingga lupa tugas dan tanggungjawab sendiri Wassalam.

Dari Ibnu Ramadhan ``qulil haq walau kana murron``

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

~~~~
Anaklangkawi :-

Artikel menarik dipetik dr Kedahlanie... Persoalan ini telah lama timbul dibenak fikiran & bila2 cek berhujah dgn org2 PAS.. Org2 PAS ni selalu sangat berpolitik tapi bila ditanya balik mereka apa contribution PAS dlm menegakkan syiar Islam di negara ini mereka senyap.. Apa plan depa utk gubal undang2 Hudud depa senyap.. Malah PAS tidak ada langsung satu commitee utk rancang @ rangka perlaksanaan hukum Islam jika ia berlaku.. Cakap ja lebih..

Dan dgn selamba menjawab yg mereka tidak punya kuasa memerintah pusat maka semuanya tidak dapat dilaksana kerana terdapat sekatan blah blah bla... dll..

Macam2 alasan yg diberi.. Apapun.. org2 PAS perlu muhasabah diri & lihat apa PAS telah buat selama ini utk tegakkan syiar Islam selain mengutuk UMNO..
comments

Mar 14, 2009

Coret-coret DAP - Gantung Gobind & Wilayah Dikembalikan ke Selangor?


USUL GANTUNG AHLI PARLIMEN PUCHONG.

"KAMU PEMBUNUH" Inilah kata-kata Ahli Parlimen Puchong (Gobind Singh Deo) di Parlimen baru-baru ini. Sungguh mengejutkan & tidak beradab (bapak borak anak rintik). Dahulu bapanya Karpal Sigh bertindak menuduh "Celaka" Pemuda UMNO yg mengirimkan peluru kepada beliau yg mengundang ketegangan di Parlimen baru-baru ini.

Fitnah & tomahan. Inilah mainan DAP & segelintir pimpinan PR (juga percubaan Azmin Ali di DUN Selangor). Alhamdulillah, setakat ini saya tidak dgr perkataan @ tuduhan liar dimainkn oleh pemimpin PAS bila bercakap mengenai isu Najib (moga2 berpanjangan). Seperti yg umat Islam tahu terdapat sepotong hadis @ al-quran yaitu :

"Dosa fitnah lebih besar dari membunuh"

Jadi janganlah kita bertindak untuk bercakap mengenainya @ menyebarkan kerana kemungkinan kita mempunyai saham 'fitnah' di akhirat kelak. Mintak simpang dunia & akhirat.

Saya amat menyokong 'Usul Penggantungan Gobind'. Jelas terdapat segelintir ahli Parlimen menggunakan kekebalan @ imuniti Ahli Parlimen utk berckp sesuka hati & menfitnah sesiapa yg tidak disukai. Adalah menjadi amat membimbangkan perkara ini diucapkan di Dewan yg mulia itu. Fitnah, tomahan, maki hamun & lain2 telah menjadi amat sinonim dgn ahli2 Dewan. Adakah ini yg rakyat mahukan? Adakah kualiti Ahli Parlimen ini yg di sanjung.

Bayangkan jika sikap seperti ini diikuti & menjadi ikutan anak muda. Antara contoh yg mungkin berlaku hasil ketaksuban kepada parti politik & pemimpinlah bilamana ada yg dihadapkan di Mahkamah diatas menghina Sultan. Yg menjadi lebih malangnya dalam 3/4 adalah merupakan anak2 Melayu sendiri. Tahniah PAS, PKR & DAP. Dimana pemimpin2 PR bila mereka2 ini didakwa? Adakah pembelaan diberikan?

Mungkin cadangan MP Datuk Ibrahim Ali utk menghapuskan imuniti Ahli Parlimen perlu diambil dgn lebih serius.

CADANGAN DAP UTK MENGAMBIL SEMULA WILAYAH PERSEKUTUAN.

Cadangan untuk mengambil semula wilayah dilihat sebagai amat biasa. Disokongi oleh hujah2 yg nampak masuk akal secara tersurat. Tetapi jika diteliti dgn lebih mendalam, cadangan tersebut nampak cantik utk DAP secara tersirat. Telah sedia maklum, kebanyakan kerusi Parlimen di Wilayah adalah dikuasai oleh DAP. Jika ini berlaku bermaksud secara automatik DAP lah yg akan memperolehi kuasa majoriti kpd kerajaan campuran PR di Selangor.

Maka terbitlah satu lagi kuasa campuran seperti Perak di Selangor jika ia berlaku. Bayangkan jika Kerajaan Pusat diperintah oleh PR. Tak mustahil Wilayah dikembalikan ke Selangor & bergembiralah anak2 Melayu diperintah oleh MB Boneka seperti di Perak dahulu.

Akhir kata :

Surah Ali Imran: (Ayat 28).

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin), dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun, kecuali jika kamu takut dari mereka sesuatu yang boleh membahayakan; dan Allah menakutkan kamu dengan azabNya dan kepada Allah tempat kesudahan."
comments

Mar 6, 2009

PAS Yang Lesu & Celaru


Mungkin ramai yg akan melenting bila saya menulis artikel ini. Mungkin juga segelintir yg akan setuju dengan apa yg akan diperkatakan. Yang penting adalah, kenapa & tujuan saya menulis pendapat ini adalah utk menegur parti yg masih saya hormati iaitu PAS.

PAS YANG LESU

Lagi dua hari lagi genap 1 tahun PAS bersama2 PR meneraju 4 Negeri + 1 Bekas Negeri. Sebagai rakyat biasa kita perlu lihat balik apa yg telah dilaksanakan oleh PAS dlm merancanakan matlamat @ objektif parti tersebut.

**Matlamat PAS ialah memperjuangkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalam nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan ALLAH.

**Pas mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Persoalannya sekarang di mana PAS dlm menegakkan perkara2 diatas sejak sama2 memerintah 4 Negeri + 1 Bekas Negeri tersebut. Adakah makin hampir @ makin jauh? Dimana janji2 utk menegakkan panji Islam di negeri2 yg dikuasai. Dimana usaha2 utk melaksanakan apa yg diungkapkan di ceramah2 seluruh negara sewaktu pilihanraya? Dimana janji utk menghapus @ mengawalnya arak, maksiat & judi apabila menguasai negeri? Dimana?

Di Parlimen

Jika kita lihat di Parlimen. Dahulu PAS adalah sangat 'vokal' bila isu2 melibatkan Agama & Bangsa dimainkan. Tetapi PAS sekarang bukan lagi PAS dahulu. PAS telah hilang taring & menjadi 'parti lesu' di Parlimen. PAS tidak lagi nampak berjuang bila mahupun dr segi agama @pun bangsa. PAS juga dormant apabila bercakap mengenai isu lain seperti ekonomi, perundangan, kewangan & lain2.

Disamping tiada idea2 & isu2 yg bernas dicadangkn, nama2 dalam MP DAP lebih senonim dgn kita daripada MP PAS sendiri. Sebagai contoh Siapa MP PAS Sik ? Bolehkah kita berikan jawapan secepat mungkin ? Sehinggakan kita perlu meneliti dgn lebih dalam internet baru boleh kita ketahui jawapannya. Kenapa ini berlaku ? Adakah pimpinan PAS di Parlimen ketandusan Idea, Lesu @ Ilmu utk diketengahkan @ menonjol di Parlimen.

Untuk mengambil hati rakyat perang Persepsi adalah amat penting. Ini yg menjadi strategi DSAI utk menonjolkn ahli2nya. Cara ini juga digunakan oleh MP DAP utk menaikkan 'rating' masing2 di Parlimen dgn bertanyakan hal2 yg sensitif tanpa mengambil kira apa pandangan PAS sebagai rakan PR. Jika wakil PAS 'cerdik', isu2 yg dimainkan oleh DAP perlulah dilawan @ dipertikai tidak kira siapa mereka. Kawan @ lawan. Bersikap membisu akan menyebabkn persepsi masyarakat PAS sbg parti penumpang dlm PR.

Walaupun ada Ahli Parlimen PAS yg bercakap & mempamerkn idea2 yg bernas utk diketengahkan utk masyarakat tetapi ia tidak mencukupi. Utk menuju kearah 'parti replacement' UMNO, PAS perlu lebih kelihatan 'berkredibiliti' dimata masyarakat. Persoalan yg skrg kenapa PAS kelihatan seperti ’pengikut’ drpd menjadi 'leading'. Ini jelas dimana2 baik di peringkat PR pusat mahupun diperingkat negeri Selangor, bekas Perak & Pulau Pinang.

Setiap kali idea diketengahkan ia ditentang habis-habisan oleh sahabat2 karib di dlm Pakatan. Antara contoh yg boleh dilihat adalah cadangan utk menghapuskan lesen judi & arak di Selangor. Juga tentangan PAS di Penang bila berdepan dgn konsert I-Dance.

Jika dilihat media rasmi Harakah sendiri tidak kira Harakah Online @ suratkhabar Harakah banyak memberi liputan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pemimpin PKR & DAP yg lain lebih dari pemimpin mereka sendiri. Misalnya di Parlimen semalam, kenyataan Utz Taib Azamudden mengenai penjelasan penggunaan kalimah Allah tidak diberi liputan di Hakarah tetapi liputan diberikan di Utusan yg dikatakan media UMNO. Pelik bukan. Ini adalah amat berbeza jika dilihat akhbar PKR & DAP yg lebih mengutamakan berita & kenyataan pemimpin mereka drpd pemimpin PAS.

PAS YANG CELARU


Terdapat beberapa Isu yg menyebabkan saya katakan PAS celaru sejak akhir-akhir ini.

Isu Azan

Ia bermula dengan Isu Azan. Terdapat perbezaan pendapat antara ahli2 PAS & juga pimpinan PAS sendiri. Mereka mula terikut dgn rentak DAP dgn menyatakan pendirian menyokong supaya diperlahankan Azan hanya kerana utk mengambil hati 'rakan' mereka.

Malah ada yg mengeluarkan dgn menyatakan berdasarkan 'Fikh Keutamaan' dalam erti kehidupan berjiran (mengutamakan jiran dr azan). Tetapi mereka mungkin lupa salah satu tanda2 kiamat adalah apabila 'Azan tidak Lagi berkumandang di Udara' & menyokong Azan diperlahankan merupakan salah satu tanda2 umat akhir zaman.

Ketiadaan kenyataan yg jelas dr PAS sendiri menyebabkn ramai penyokong2 membuat 'fatwa' yg jelas menyokong isu tersebut. Kekeliruan berlaku sehinggakan ada pimpinan PAS yg membuat laporan polis berkenaan isu tersebut & menyatakan ia sbg fitnah & berniat jahat.

Isu Penggunaan Perkataan 'Allah' oleh Agama Lain

Yang terbaru adalah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yg memberikan pendapat penggunaan perkataan Allah oleh agama lain dibenarkan. Ia menimbul kecelaruan dikalangan ahli2 PAS sendiri malah kecelaruan ini menyebabkan 2 Ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan membenarkan perkataan 'Allah' digunakan oleh agama lain didalam Parlimen. Mujurlah ada Ust Taib Azamudden memperjelaskan isu penggunaan Kalimah Allah selepas mereka memberi komen.

Dewan Rakyat diberitahu oleh beliau bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (Tauhid) org Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Dalam semua org2 Islam di Malaysia menentang penggunaan Allah oleh agama lain masyarakat dikejutkan oleh PAS yg memberikan kenyataan sebaliknya. Kenyataan ini boleh mengelirukan umat Islam terutamanya bg ahli2 PAS sendiri. Penentangan penggunaan perkataan ini juga ditentang oleh Mufti Perak Utz Harussani Zakaria.

Isu Ketaatan Kepada 'Ulul Amri'

Dalam isu di Perak. PAS sekali lagi celaru dgn mempertikaikan 'kredibiliti' Sultan @ Ulul Amri dlm melaksanakan tugas. PAS bertindak amat berbeza sekali dgn membelakangkan Al-Quran & Sunnah terutama berkenaan dgn kewajipan mentaati pemimpin. Malah ada Ulama' PAS juga mengeluarkan kenyataan yg menjurus kearah menghalalkan tindakan ahli-ahli mereka dgn mempertikai status 'Ulul Amri' pada pandangan mereka. Utk pertama kalinya saya melihat PAS tidak mengupas hadis & al-quran mengenai ketaatan kepada pemimpin demi utk tidak melihatkan tindakan PR adalah salah. Dimana Objektif penubuhan PAS disini?

Kurangnya penerangan @ tindakan oleh Ulama' PAS telah menyebabkn segelintir penyokong2 PAS di Perak bertindak diluar batasan dgn berdemo & berhadapan dgn Institusi Beraja Perak. Adakah ini menjadi kebanggaan PAS @ merupakan titik hitam bagi PAS. Fikir2kanlah. Nasi telah menjadi bubur kerana sikap tersebut akan menjadi 'burden' kpd PAS di kemudian hari.

Bar Council (Isu Hak Keistimewaan & Forum Kebebasan Beragama)

PAS kelihatan kurang menyerlah dlm menghentam Bar Council. Mungkin kerana kebanyakan ahli DAP merupakan ahli Bar Council maka PAS bersikap 'tak apa' & kurang menyengat. Terang2 Bar Council bertindak mempertikai & menempelek salah satu rukun negara & juga mempertikaikan kewibawaan Islam. Kenapa PAS senyap? Kenapa PAS tidak memberikan 'warning' seperti yg selalu dinyatakan sebelum ini.

Inilah salah satu contoh yg dilihat PAS telah jadi lebih sekular dr UMNO. Dilihat UMNO lebih menyerlah dlm mempertahankan isu ini.

Dewan Ulama Pas

PAS terkenal dgn dewan Ulama' PAS. Tetapi sejak akhir2 ini peranan Dewan tersebut amat lesu & kadangkala tidak berfungsi dgn baik. Dewan Ulama' juga kurang diberi liputan oleh Harakah sendiri. Sepatutnya Dewan Ulama' PAS perlu digunakan sebaik2nya bilamana kemusykilan berlaku bila melibatkan Al-Quran, Hadis & isu2 agama. Ini dapat mengelakkan berlakunya pertembungan @ konflik kenyataan celaru pimpinan2 PAS yg memberikan pendapat berbeza2 tanpa merujuk kepada Dewan Ulama.

Musyawarah @ perbincangan perlu dibuat oleh Dewan Ulama' PAS sebelum apa2 kenyataan dibuat oleh ahli2 PAS @ saf kepimpinan. Tetapi perlu diingat, salah memberikn pendapat menjurus kepada salah tafsir oleh ahli2 PAS sendiri & amat berat basalannya diakhirat kelak.

Isu seperti undi dapat pahala, dosa, syurga Allah & lain2 hanya akan menjadikn bahan @ 'point' utk BN menghentam PAS. Adakah isu2 ini mendapat sokongan Dewan Ulama' ? Salah siapa? Komen2 pimpinan @ individu bila melibatkan Hukum Agama perlu diperjelaskan oleh Dewan Ulama PAS sebelum kenyataan & pendapat dikeluarkan. Jgnlah Dewan Ulama' berfungsi apabila Muktamar diadakan @ bilamana diperlukan sahaja. Dewan Ulama PAS perlu diberi keutamaan & menjadi rujukan oleh semua pimpinan & ahli2 PAS sebelum terlambat.

--------
Cukupla saya berhenti disini saja. Ini merupakan sebahagian daripada secebis kupasan & teguran kepada PAS. Mungkin PAS perlu berhenti sejenak. Buat Muhasabah diri & berfikir apa yg telah berlaku & akan berlaku jika sikap ini berterusan. Jgn fikir dr segi politik ttp fikirlah dr segi AGAMA & ANAK BANGSA ISLAM MALAYSIA.

Jika ada kesempatan lain saya akan sambung ulasan saya.

Yg baik datangnya dari Allah & yg buruk datangnya dari diri saya sendiri. Wallahwaqlam comments