Showing posts with label Datuk Mukhriz. Show all posts
Showing posts with label Datuk Mukhriz. Show all posts

Sep 22, 2013

6 Calon Naib Presiden. Siapa pilihan anda?

Tirai untuk pemilihan UMNO bermula. Sudah sah 6 Calon untuk Naib Presiden diketengahkan. 3 penyandang & 3 calon baru.

Cek nak ulas sikit setiap calon-calon yg bertanding. Bermula dgn penyandang. 

Datuk Ahmad Zahid Hamidi. 
Merupakan seorang Menteri yg tegas. Ini lebih nampak sejak akhir-akhir ini. Tapi ketegasan Zahid sejak dulu. Beliau lebih lebih melayu dr Malaysia. Beliau tidak gentar utk berkata2. Beliau mengingatkan cek pada Tun Mahathir. Walaupun ada seketika beliau pernah dikaitkan dengan Anwar Ibrahim semasa zaman-zaman reformasi. Meskipun ada isu personal yg cuba menjatuhkan beliau, ia telah selesai diluar Mahkamah. 

Datuk Hishammuddin Hussein
Beliau lebih dikaitkan dengan Saudara Perdana Menteri & anak kepada Tun Hussein Onn. Beliau pernah dikaitkn dgn kontrovesi 'isu Keris' yg dijulang diwaktu menjadi Perhimpunan Agong UMNO sebagai Ketua Pemuda. Lebih memalukan beliau meminta maaf dgn insiden tersebut. Beliau dikenali sebagai Menteri Flip flop. Yg sering 'retract' kenyataan, sering bagi kenyataan yg kadang-kadang memalukan & lain2. Antara isu yg adalah isu Lahad datu & isu Aes. Datuk Hishamuddin tidak 'firm' dlm beberapa keputusan. Terlalu takut utk mengambil tindakan & sering mengambil jalan selamat. 

Datuk Shafie Afdal 
Satu-satunya calon dari Sabah/Sarawak. Kredibiliti beliau tidak boleh dinafikan. Antara Menteri yg buat kerja & menjadi suara bagi UMNO sabah/sarawak & juga suara bumiputera sabah & sarawak.

Datuk Ali Rustam 
Bekas MB Melaka. Kredibiliti dalam memimpin Negeri tidak boleh diletak tepi. Memang antara MB yg terbaik pernah ada di Malaysia. Yg membawa Melaka ke kemuncak. Walau bagaimanapun kekalahan beliau yg 'over-confident' meletakkan beliau di kawasan yg kelabu. Hasilnya! Kalah kepada nobody. Strategi yg teruk & bahaya kalau difikirkan utk UMNO. Ditolak faktor ini ketepi, maka beliau antara calon yg Kredibiliti memimpin yg tidak boleh dipertikai. Baru dilantik Pengerusi PUNB.

Datuk Isa Samad
Bekas MB Negeri Sembilan amat disenangi rakyat Negeri Sembilan. Pernah digantung seketika sebab disabit politik wang oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Calon Veteran yg cukup berpengaruh dikalangan old timer. Kredibiliti semasa memimpin Negeri 9 tidak begitu menyerlah. Hanya biasa-biasa. Memegang sebagai Pengerusi Felda.

Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Calon Naib Presiden paling muda. MB Kedah & masih dibayangi pengaruh Tun Mahathir. Tetapi amat berani dalam membuat perubahan. Bila menguatkuasakan enakmen Syiah. Beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan di peringkat akar UMBI. Tidak pernah memegang jawatan di Bahagian malah apa-apa jawatan di peringkat PEMUDA UMNO. Beliau amat muda & mentah & kredibiliti beliau tidak boleh dibanggakan setakat ini. 

_____
Siapa pilihan Cek?
Cek memilih Datuk Zahid, Datuk Shafie & Datuk Ali Rustam. 
Kenapa? 
Datuk Zahid amat tegas & UMNO memerlukan org yg tegas. Bukan yg jenis teragak-agak dalam berkata-kata. Kena ingat yg UMNO hanya hidup & menang baru-baru dek kerana majoriti Melayu. 
Datuk Shafie merupakan calon 'clean' mewakili Sabah & Sarawak. Yg merupakan suara Majoriti UMNO & Bumiputera. Fixed deposit BN. Beliau wajib menang.
Datuk Ali Rustam walaupun kalah pada PRU-13 tetapi kepimpinan beliau tidak boleh dipertikai dalam meletakkan Melaka di persada Pelancongan Peringkat Antarabangsa. UMNO memerlukan 'leaders' seperti ini. 

Kesimpulan.. Gabungan ketiga-tiga Naib Presiden yg punyai kreteria yg mantap harus utk memacu perjalanan UMNO kehadapan. Letak tepi kepentingan diri & pilihlah calon yg terbaik. Bukan sapa yg famous sapa yg kenal & sapa calon pilihan Ketua Bahagian. Datuk Najib & Datuk Muhyidin perlukan Naib yg benar-benar bergerak bersama-sama. 

p/s: Artikel ini adalah pandangan peribadi cek semata-mata.. Ikhlas dari anak Melayu yg sayangkan UMNO. Email ke saya kalau ada pendapat sebaliknya anaklangkawi@gmail.com
comments

Aug 31, 2013

Enakmen banteras Syiah! PAS Sokong Syiah ke?


Alhamdulillah. Kedah merupakan negeri pertama di Malaysia yg luluskan enakmen banteras Syiah. Satu yg pasti ini merupakan tamparan hebat pada geng-geng Syiah dalam Pas.

Tetapi nampaknya memang Syiah dah menular dlm Pas sehinggakan enakmen yg penting seperti ini pun tak dapat sokongan. Dalam undian secara kertas undi 21 Wakil rakyat menyokong, 9 bantah, 4 berkecuali & 2 tidak mengundi. 

Dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Kedah BN mempunyai 21 anggota (19 Umno & 2 Mca), 9 Pas, 4 Pkr & 2 Dap. Jadi daripada undian vs ahli Dewan dptlah kita simpulkan siapa yg bantah enakmen tersebut. 


comments

Jun 23, 2013

Idea bodoh Kerajaan Kedah? Jambatan ke Langkawi!


Terkejut cek tgk so call impian utk jambatan ke Pulau Langkawi. Yg pertama terlintas di kepala adalah mengapalah ada idea sebodoh ini.
Sebagai anak jati Langkawi cek tentang sekeras-kerasnya cadangan bodoh ni. Sebab apa cek kata cadangan bodoh. Sebab drpd buat jambatan lagi elok buat feri semacam di Pulau Pinang. 

Pada MB Mukhriz. YB Tolong kasi sound sikit idea2 tak cerdik mcm ni. Fyi Yb Exco, tiada masalah air @ letrik di Langkawi. Mestipun kalau ada masalah byk lagi cara nk selesaikan masalah tersebut dr buat jambatan yg berharga berjuta-juta ringgit. Kos utk bina jambatan ke Langkawi akan makan belanja 5x atau 6x ganda harganya daripada Penang Second Bridge. 

Fikir-fikirkan... Kalau nk buat jugak. Tunggulah Langkawi bakal bertukar tangan.. 
comments