Showing posts with label History/ Sejarah. Show all posts
Showing posts with label History/ Sejarah. Show all posts

Dec 24, 2008

Tolak ansur kerakyatan pengorbanan besar Melayu





‘SUDAH terang lagi bersuluh’ adalah peribahasa sesuai untuk mengungkapkan betapa jelasnya sejarah bangsa Melayu yang sudah melebihi 1,400 tahun, sezaman dengan ras yang tinggal di bahagian utara Asia. Bangsa Melayu di Nusantara boleh dikenali dari perspektif geografi, sejarah, politik dan budaya, bahasa dan agama (Islam).

Banyak sumber sejarah yang boleh berdiri sebagai hujah. Sekadar contoh, sumber China menyebut sejak 645M sudah wujud sebuah kerajaan terletak di daerah kota Jambi yang dikenali Mo-lo-yue. Demikian juga catatan awal pelayar atau pengembara asing seperti I-Ching pernah mencatatkan bahawa di Tanah Melayu wujud beberapa kerajaan awal seperti Pan-pan, Chih-tu, Tun Sun dan Lang-ya hsia (Paul Wheatly, 1961).

Kajian arkeologi pula membuktikan wujudnya kerajaan Kedah Tua di kawasan Lembah Bujang, kerajaan Gangga Negara, kerajaan Beruas dan beberapa kerajaan lain di Tanah Melayu. Karya Agung Melayu, kitab Sulatus Salatin oleh Tun Seri Lanang membuktikan kehebatan bangsa Melayu dalam membangun tamadunnya.Pemikiran ketamadunan yang dibangunkan dalam kitab ini menggambarkan elemen pemikiran sains dan teknologi terserlah dalam tamadun Melayu.

Ia dapat difahami daripada ungkapan ‘peti kaca berkunci berpesawat dari dalam’ (Sulatus Salatin, edisi pelajar, DBP 2000). Demikian juga istilah ‘utus’ yang diguna dalam kitab berkenaan, antara lain bermaksud mahir dalam pekerjaan tangan (Kamus Dewan, edisi keempat, 2007)Menurut Kamus Dewan, ‘pesawat’ bermaksud alat perkakas, jentera, mesin alat (tali, rantai, bahagian jentera) yang menggerakkan enjin.

Oleh itu, ‘peti kaca berkunci berpesawat dari dalam’ menggambarkan ciptaan sebuah kapal yang boleh bergerak di dalam air seperti kapal selam pada zaman moden ini. Ini bermakna orang Melayu ketika itu sudah memiliki kepandaian mencipta berasaskan sains dan teknologi.

Bangsa Melayu memiliki kebijaksanaan mentadbir kerajaan dan mengurus perdagangan.

Sebagai bangsa yang dekat dengan dunia laut, mereka berinteraksi dengan pedagang dari pelbagai negara seperti Parsi, China, Arab dan juga Eropah. Interaksi global ini membentuk minda dan jiwa bangsa Melayu yang luas serta bersikap terbuka. Ketika itu, China masih mengamalkan dasar pintu tertutup yang keras terhadap dunia luar.

Bangsa Melayu sentiasa bertolak-ansur sehinggakan terlalu tingginya semangat toleransi ini menyebabkan banyak yang mereka miliki diberikan kepada orang lain. Begitu pemurahnya bangsa Melayu, namun bangsa bukan Melayu yang menerima kemurahan hati Melayu ini sering bersikap seperti ‘Belanda diberi tanah’ atau seperti kata peribahasa Melayu ‘diberi betis hendak peha’.Salah satu pengorbanan orang Melayu yang tidak ternilai ialah kesediaannya memberi kerakyatan kepada kaum bukan Melayu menjelang kemerdekaan negara.

Ketika negara mencapai kemerdekaan, kira-kira 800,000 orang bukan Melayu diterima menjadi warga negara. Masyarakat Ceylon turut mendapat kelonggaran kerakyatan.Daripada jumlah bukan Melayu yang menerima taraf kerakyatan inilah akhirnya berkembang menerusi zuriat mereka yang kini menjadi generasi kedua dan ketiga di negara ini. Perlu diingat, pada awal 1940-an wujud perselisihan di kalangan pegawai British mengenai ‘common citizenship’ yang ingin diberikan kepada orang bukan Melayu.

Setiausaha Negara bagi Wilayah Jajahan, OFG Stanley menerusi suratnya kepada Lord Louis Mountbatten bertarikh 13 Jun 1944 menganggap ‘common citizenship’ untuk kaum bukan Melayu sebagai tidak menghiraukan perasaan orang Melayu. Lord Louis Mountbatten adalah pegawai Britain yang menyokong konsep ‘common citenzenship’.Stanley berpendapat jumlah kaum Cina dan India yang ada ketika itu memungkinkan mereka menuntut sesuatu yang istimewa untuk mereka dalam Perlembagaan yang akan dibentuk kelak.

Pada awal kemasukan imigran Cina, mereka bertumpu di negeri-negeri Selat, namun dari 1989-1900 hampir 100,000 pendatang Cina masuk ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Selangor mengalami perubahan mendadak komposisi penduduk dan pada 1901, imigran dari China adalah 65 peratus daripada penduduk Selangor ketika itu (W.L.Blyte, 1953). Pada 1903, buruh Cina di lombong timah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berjumlah 186,377 orang.

Angka ini meningkat kepada 231,368 pada 1907, sementara imigran China di sektor perladangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1909 berjumlah 5,348 orang.Kebanyakan imigrin China berasal dari Kwantung, Pulau Hainan, Fukien dan Kwangsi. Sementara itu, pada 1906 imigran India yang kebanyakannya berasal dari India Selatan (Negapatam dan Madras) mencatatkan kira-kira 95,000 orang masuk ke Tanah Melayu. Pada 1908, dicatatkan 38,801 lagi imigran India masuk ke Tanah Melayu (Chan Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, 1967).

Apa yang disuarakan Stanley terbukti benar apabila orang Cina dan India menuntut hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli, iaitu satu kaedah pemberian kerakyatan secara longgar kepada orang bukan Melayu tanpa perlu mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kaum Cina juga berhujah bahawa mereka adalah penyumbang utama cukai kepada kerajaan Inggeris di Tanah Melayu ketika itu.

Prinsip jus soli akhirnya ditolak kerana orang Melayu melihat kerakyatan yang terlalu longgar ini adalah sesuatu yang tidak munasabah. Misalnya, Umno Johor melihat kerumitan timbul apabila Kerajaan China ketika itu menetapkan seorang Cina mestilah menjadi rakyat China walau di mana mereka dilahirkan.Akhirnya Perlembagaan yang dibentuk (1957) mengambil kira sejarah, warisan dan tradisi kaum Bumiputera.

Justeru, beberapa keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan. Keistimewaan itu dipersetujui bersama oleh kaum lain kerana ia tidak menjejaskan sama sekali taraf, hak dan aktiviti kaum bukan Melayu di negara ini.Kesimpulannya, orang bukan Melayu harus kembali menghayati gagasan ‘tolak ansur’ yang dibina oleh pemimpin pelbagai kaum terdahulu.

Tolak ansur sebagai satu gagasan sosial adalah pendekatan ampuh (mujarab) dalam membina perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini.Sejak merdeka, kaum Melayu, Cina dan India berjaya membina semangat toleransi yang bermakna dalam pembinaan negara. Perjanjian murni (kontrak sosial) antara kaum Melayu, Cina dan India yang diterapkan dalam pembentukan Perlembagaan 1957 menggambarkan hakikat tolak ansur dan persefahaman antara kaum.

~Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan ~

------------------------
Other Perspektif :-

Pengorbanan!! Telah byk org melayu berkorban demi kesejahteraan keseluruhan rakyat negara. Sejak zaman nenek moyang lagi org melayu telah berkorban tanah, harta & ekonomi dgn bukan melayu. Kita tidak kisah atas dasar keterbukaan & mahu berkongsi kekayaan tanah kurniaan tuhan. Kesempatan bermula dgn Perjanjian Kedah & Inggeris.

BUkan utk menonjolkan isu politic. Tetapi hakikatnya adalah benar. Byk yg telah berkorban & dikorbankn demi utk memenuhi kehendak hati rakyat terutamanya org2 bukan melayu. Tetapi "Susu dibalas tuba". Itulah hakikatnya. Hak yg telah dipersetujui bersama zaman dahulu dlm mmbentuk Malaya semakin terancam & diancam oleh asakan demi asakan dr pelbagai pihak. Tidak perlu dinyatakan. Semua tahu siapa.

Harapan hanya tinggal satu. Jika titik pertemuan bersama antara pemimpin2 melayu, cendiakawan & NGO tidak dapat disatukan maka tidak mustahil lebih besar pengorbanan yg akan di pertaruhkan. Ayuhlah kita bersatu bila berdepan dgn isu2 Hak Keistimewaan Org Melayu, Status Agama Islam & raja2 @ pada dasarnya Prinsip Perlembagaan Negara.
comments

Dec 19, 2008

Persetiaan dengan Sultan Kedah, 1791

Berikut merupakan terjemahan (BI ke BM) perjanjian Persetiaan dgn Sultan Kedah pd tahun 1791.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada 16 hari bulan Syaaban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.

Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat Inggeris, telah mengikat perjanjian keamanan & persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeri, untuk hidup aman damai di laut & di darat, supaya berkekalan selagi matahari & bulan bercahaya : Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut :-

Perkara I
Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah enam ribu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertua bersetuju bahawa segala jenis bekalan yg diperlukan utk Pulau Pinang, kapal perang, & kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan @ dikenakan apa2 cukai.

Perkara III
Semua hamba yg lari dr Kedah ke Pulau Pinang, @ dr Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.

Perkara IV
Semua org berhutang yg lari drpd pemiutang mereka, dr Kedah ke Pulau Pinang, @ dr Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahan kepada pemiutang mereka.

Perkara V
Baginda Yang di-Pertuan tidak akan membenarkan org Eropah dr mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda.

Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana2 org yg melakukan penderhakaan besar @ pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.

Perkara VII
Semua org yg melakukan pembunuhan, yg lari dr Kedah ke Pulau Pinang, @ dr Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap & dipulangkan berbelenggu.

Perkara VIII
Semua org yg mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.

Perkara IX
Baginda Yang di-Pertuan tidak akan membekalkan apa2 bekalan kepada semua orang yg menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.

Kesembilan2 Perkara ini telah diselesaikan & diikat, & keamanan diwujudkan antara Baginda Yang di-Pertuan dgn Syarikat Inggeris; Kedah & Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri.

Persetiaan ini dibuat & disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan Dato Penggawa Talibon, wakil2 bg pihak Baginda Yang di-Pertua, & diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana2 pihak yg menyimpang drpd apa2 yg tertulis dlm Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum & memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan & kesihatan.

Meterai Shariff Mohamad & Tunku Alang Ibrahim, & Dato Penggawa Talibon, diperturunkan pada Perjanjian ini, dgn tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.

Di tandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei tahun Masihi 1791.
(tandatangan) F.LIGHT

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Other Perspektif :-
"Persetiaan ini menunjukkan & memperbetulkan tanggapan umum bahawa Pulau Pinang diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur pada tahun 1786. Sebelum Persetiaan tahun 1791 ini ditandatangani org Inggeris menduduki Pulau Pinang secara paksa. Persetiaan ini merupakan kebenaran rasmi terawal pendudukan org Inggeris di Negeri-negeri Melayu & diikuti petempatan British di Singapura." <--Perspektif Sejarah

Mengapa saya ulas @ paparkan kembali sejarah perjanjian ini.

1. Antara sbb adalah utk rakan2 negeri & rakyat malaysia betapa kita sering lupa akan kepentingan sejarah dlm kita membuat keputusan. Terutamanya sekali oleh pihak kerajaan (PR or BN). Jika dilihat dr konteks persetiaan ini, dpt lihat seolah2 kerana $$, kuasa & pengaruh maka tanah Pulau Pinang dijual secara halus kepada Inggeris.

2. Mungkinkah sejarah seperti ini akan berulang ? YA! jawapannya. Tetapi dari konteks yang berlainan. Sedar @ tidak, sejarah telahpun berulang bilamana pada tahun 1965 Singapura mendapat kemerdekaan dr Malaysia (satu lagi tanah melayu jatuh ke tangan asing). Dan berulang kembali bila Pulau Batu Puteh jatuh ke tangan Singapura pada awal 2008.

3. Mungkin kita tidak sedar ttp telah terdapat tanda2 awal @ kemungkinan sejarah akan berulang dr sudut berlainan. Apakah ia?

Ia adalah "Terlepasnya Hak Tanah Melayu secara total bilamana Perlembagaan berjaya dirombak kerana wujudnya org2 Melayu yg liberal & penentang2 sejarah"

Persoalannya mungkinkah perkara ini akan berlaku ?
Jika dilihat dari konteks politik sekarang tidak kira dr BN, PR @ NGO terdapat suara2 yg lantang mempertikaikan asas perlembagaan negara. Antara yg disentuh adalah agama, hak keistimewaan, raja2 & bahasa. Sampai bila pimpinan Melayu boleh bertahan? Bilamana mereka diasak dr berbagai sudut. Akan sampai satu ketika mereka mungkin tiada pilihan dek kerana undi, maka akan menjadi korbanlah asas perlembagaan negara.

Persoalannya sekarang siapakah yg patut bertindak, menentang & harus sedar keadaan yg gamat ini mungkin berlaku. Jawapannya kita! Lupakan teras perjuangan politik & latar belakang. Bersatulah atas dasar semangat Tanah Melayu & marilah bertindak senada!! Kita boleh berbeza fahaman politik ttp diharapkan kita senada bilamana asas perlembagaan negara diusik.

BOLEHKAH KITA?

Jika jawapan kita TIDAK! (oleh kerana tamakkan kuasa & takut hilang undi bkn melayu), maka bersedialah kita utk berdepan dgn berulangnya sejarah seperti "terlepas Pulau Pinang kpd Inggeris".

p/s: Amat menyokong penuh matapelajaran Sejarah diwajibkan pada anak2 malaysia & diajar dlm bahasa Ibunda (BM shj) comments