Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Sep 20, 2013

Tahaluf Siyasi haram jika mudarat perjuangan Islam

Dewan Pas perpandangan tahaluf siyasi adalah haram jika mendatangkn keburukan @ kemudaratan terhadap perjuangan ISLAM.

Cek nak kata.. Laaa baru sedaq ka? Itulah bila hangpa tahaluf siasi dgn caa yg salah. Dengan tak ikut cara nabi & sahabat. Tahaluf siasi patut digerakkan sesama umat islam bukan sebaliknya. Itula jadinya bila ilmu akal diangkat lebih dr ilmu hadis @ sunnah yg ditinggalkan.. 

Lantak hangpala.. 



comments

Jul 25, 2013

BN Menang walaupun PAS Rasuah Petrol!

Alhamdulillah..
BN menang dengan majoriti yg lebih selesa pada PRK Kuala Besut meskipun perlawanan sengit dua penjuru. Ada sedikit pertambahan dari segi majoriti walaupun peratusan keluar mengundi berkurang.

Nampaknya Rasuah Petrol PAS 'last minute' tidak menjadi terhadap penungggang motosikal. Haritu byk sangat cakap dlm PRU-13 konon BN rasuah wang walaupun bukti tidak kukuh.

Tapi tup-tup depa pulak yg offer goodies last minit. Mungkin dek sebab sokongan merudum kot. Apa-apapun syabas buat BN & UMNO dan startlah buat kerja. Jangan sembang jaa lebih..

Artikel dibawah diambil dr Harakah konon ada rasuah kepada pengundi pada PRU13 walaupun tanpa bukti. 

PAKU DULANG PAKU SERPIH,
Mengata Orang Dia Yang Lebih


comments

May 31, 2013

PAS 4 EXCO SELANGOR! TAHNiah .. Tapii

Cek ucapkan tahniah kepada PAS Selangor kerana kali ini berada dlm senarai EXCO Kerajaan Negeri Selangor setelah sebelum ini dipinggirkan. 

Maka dgn itu kecohlah satu Malaya PAS mendabik dada yg mereka menjadi juara! Jelir lidah pada UMNO yg sblm ni dok ramalkan yg PAS bakal disisihkan.

Tapiiiii.. Oppsss.. Cer tunggu kejap.
PAS dpt jawatan apa yer?
1- Perumahan? - Jenuhla nk settle kes rumah mampu milik.
2- Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian & Pembangunan Desa - Exco yg pakai duit & harapan agar dptla duit dr Kerajaan Negeri
3- Pendidikan? - Unisel!? 
4- Belia & Sukan, infra & kemudahan awam - Pas sukan? Hehe

Sebaliknya EXCO yg byk fulus $$& dipegang oleh PKR & DAP. Hahahaha. Mmg masih betullah PAS diperkudakan.. 
Kah kah kah..

Mari kita tgk apa yg DAP dapat :-
1- EXCO KERAJAAN TEMPATAN - $$$$
2- EXCO PEKERJA LADANG, KEMISKINAN & KERAJAAN PRIHATIN - $$$$$
3- EXCO PELABURAN, PERINDUSTRIAN, PEMBANGUNAN KG BHARU, PEMUTIHAN KILANG HARAM - $$$$$$

PKR pulok:
1- MB - KEWANGAN -  $$$$$ 
2- EXCO PELANCONGAN - $$$$$
3- EXCO KEBAJIKAN - $ 
4- EXCO KESIHATAN & PEMBANGUNAN USAHAWAN- $$$$$

Nak kata apa!! Betui tak apa cek
Kata.. KASIHAN sungguh dgn PAS.

comments

Apr 29, 2013

Berkat doa Tuan Guru Nik Aziz. Lagi sudah ubah.. Hangpa bila lagi?

Tudia. Bukan cerita tapi fakta. Makin ramai yang insaf & meninggalkan jalan pakatan. Jalan yang bengkang bengkok penuh dengan janji manismu Aishah. Ramai telah lari dari Pakatan yang rapuh. Yang tiada hala tuju. Yang tak bersatu. Yang matlamat untuk jatuhkan pemerintah bukan untuk memajukan negara.

Biar gambar bercerita. Undilah mereka yang berwibawa. Bukan yang bergaduh demi kuasa.









comments

Apr 25, 2013

Macaman PAS nak tegakkan ISlam???? Kerusi ditandingi Parlimen cuma 73?

Tu dia.. Ni cek maleh nak start tapi nak kena start jugak la..
PAS kata nak tegakkan Islam.. Tapi CUma bertanding 73 kerusi daripada 222 kerusi..
Abis tu macamana nak tegakkan polisi Islam? Macamana nak tegakkan syiar Islam PAS. Hangpa serius ke idak nak tegakkan apa yg hangpa cakap. Ka sembang ja deraih.

Jumlah Parlimen 222 Kerusi. Untuk tukar Perlembagaan memerlukan 2/3 iaitu 148 Vote @ Kerusi. Jadi macaman nak ubah? Oh Ya.. Depa kata PKR banyak MP Islam kalau menang.. Tapi Anwar kata NO HUDUD if Pakatan Wins.. Macamana pulak tu?

Apa-apa pun cek nak mintak PAS hentikan sandiwara Negara Islam la Negara Hudud la sedangkan hangpa sendiri tak serius dengan cuma bertanding di 73 kerusi daripada 222 Kerusi..

Apabila agama diperkuda..

Terbaik pakcik.. Bangga org DAP


Track record proven
comments

Apr 23, 2013

Ahli PAS, DAP & PKR keluar Parti @ pro-BN.. Hangpa bila lagi?

Memang kemelut dalaman Parti Pr makin parah. Ahli demi ahli keluar parti @ bertindak pro-BN yg boleh dikatakan antara insiden & keadaan yg amat menakutkan bagi PR.

DAP dengan isu sisihkan ahli Keturunan India. PAS dengan isu kalimah & madag perjuangan Islam. Dan PKR tak habis dengan isu yang pelik-pelik.

Apa-apapun banyak yang dah insaf & berjuang bersama BN. Demi masa depan negara. Hangpa bila lagi??





















comments

Apr 20, 2013

Pas vs UMNO - Manifesto Islam

Pas sekali lagi tenggelam. Tenggelam sebagai juara agama. Tenggelam sebagai suara islam. Tenggelam sebagai kepimpinan ummah. Dan tenggelam dari sudut ulama' & umara.

Dari segi calon pulak PAS boleh berbangga dgn penghijrahan artis beramai-ramai ke dalam PAS. Manakala UMNO pulak di dekati oleh kumpulan ulama', para guru sekolah pondok & para ahli ilmu agama. PAS berbangga dgn julung2 kalinya bolh tampilkan Calon Artis berbanding UMNO yg memberikan peluang utk Ulama utk menyinar. Ustaz Fadlul Bari diberi peluang untuk menyinar Islam dari dalam UMNO.

Apa yg pasti manifesto ISLAM & kepimpinan ulama telah tenggelam dek pakatan rakyat. Apa yang di'offer' oleh Pakatan dalam Manifesto yg bukan janji macam 'melepaskan batuk di tangga'. Penelitian tidak dibuat sedangkan kononnya merekalah pejuang.

Cuba bandingkan apa yg mereka janji dgn apa yg BN telah buat & AkuJanji baru. Dari situ kita dapat menilai siapa sebenarnya yg bersungguh dalam meletakkan Islam di tempat yg sepatutnya & siapa yg tidak.. Wallahwaqlam















comments

Apr 16, 2013

Lagi tinggalkan PR, hangpa bila lagi?

Rentitan dari post terdahulu sini. Makin lama makin ramai yang insaf. Dalam yang insaf ada pulak yg katanya tersedar. Cek maleh nk komen tapi ini adalah hakikat. Mungkin depa kata tu sikit ja. Takpa, depa ni yang terang berubah hati. Yang diam-diam jangan perkecikkan depa noo.









comments

Apr 11, 2013

Isu Agama. PAS di depan?

PAS bergerak atas nama Islam. Bahkan Pas dalam ceramahnya selalu bercakap seolah-olah mereka lah juara bab agama. Tapi semenjal akhir-akhir benda dah jadi sebaliknya. Mereka terkebelakang dalam isu akidah & beberapa isu terpilih.

Antara isu yang hangat adalah :-
1- Isu kalimah Allah
2- Isu kafir mengkafir
3- Isu amanat hadi
4- Isu menggadaikn agama demi politik
5- Isu murtad
6- Isu LGBT
7- Isu Syiah

Apa-apa pun. Pada Pas matlamat dah halalkan cara maka putrajaya dinanti punya pasal!!












comments

Apr 10, 2013

Kafirkah aku? Menyingkap amanat Tuan Guru Haji Hadi.

Diera 80an isu ini bermula. Semenjak amanat tersebut dituturkan. Bermula perpecahan umat islam, keretakan rumah tangga, perbalahan adik beradik, bongkot memboikot & lain-lain. Kemudian timbul pula kafir mengkafir, nikah tak sah, solat jemaah tak sah, solat jumaat dua imam & berbagai lagi yg berlaku yg tak pernah berlaku dalam sejarah umat Islam.

Amat jumud & dangkalnya sampai perkara ni berlaku. 'Mufaraqah' adalah biasa bagi ahli-ahli yang taksub. Kenduri kendara tidak dihadiri walaupun dalam Islam wajib memenuhi jemputan. Mestipun datang lauk tidak dijamah sebab sembelihan tidak menepati syarak katanya. Dan bermacam benda pelik yang berlaku.

Inikah hasil tarbiah mereka? Inikah hasil didikan yg dikatakan mengikut al-Quran &
Sunnah. Nauzubillah. Ini adalah antara isi BUKU KAFIRKAH AKU? Nukilan Cikgu Non.

Kena pakai baca ramai-ramai & selami macamana pemikiran mereka.





comments

Mar 30, 2013

Lahad datu dipermain. Mat Indera dijulang

Cek memang tak paham pembangkang ni. Bila kes lahad datu dikatakan sandiwara. Tapi Mat Indera yang confirm komunis melaya dijulang. Ada yang tak kena rasanya sejarah depa ni. Berikut adalah keratan akhbar dari HARAKAH. Bukan paper lain ooo..





comments

Mar 24, 2013

Mereka yang Insaf.. Hangpa bila lagi?

Berikut adalah antara mereka-mereka yg dah bertobat dari ikut Pakatan Rosak. Allah bg hidayah utk tak terus bergelumang di jalan yg tak betui. Mungkin berkat doa PAS kot.

Hangpa bila lagi.? Wahai pengikut tegar PR..







comments