Showing posts with label N41 PRK DUN Manek Urai. Show all posts
Showing posts with label N41 PRK DUN Manek Urai. Show all posts

Jul 15, 2009

65 ~ Banggakah PAS?


PRK Manik Urai telah melabuhkan tirai. PAS telah menang dgn majoriti 65 undi. Ramai yg berkata kemenangan PAS hanya nyawa2 ikan jika dibandingkan kepada angka tahun 2008 dimana PAS telah mengalami kemerosotan undi sebanyak 398 undi sahaja. Manakala UMNO telah mendapat pertambahan kerusi 919 undi.

Walaupun angkanya nampak sedikit tetapi pertambahan 919 undi menunjukkan pertambahan lebih kurang 8% daripada jumlah pengundi Melayu. Bayangkan 8% daripada pengundi Melayu seluruh negara berkemungkinan beralih arah daripada PR kepada UMNO. Maka jika ini berlaku teruklah PR. Ini akan memberikan impak yg cukup besar pada PR. Biar kita ulas isu yg dimainkan oleh kedua2 pihak & lihat bagaimana isu tersebut memberikan impak kpd keputusan PRK MU.

Isu dibawa PAS
~ TGNA mengajak DSN berdebat tetapi menolak muzakarah & perpaduan Ummah
~ Melabel UMNO setaraf Komunis & Ayah Pin
~ Kepimpinan Ulama
~ UMNO memperlecehkan pekerjaan calon PAS ??
~ Bekalan Air bersih utk Kg Benut Saiz, Pahi
~ Cuti Umum Kelantan
~ Isu Royalti Minyak

Isu dibawa UMNO
~ PAS tunduk kepada DAP
~ Isu ekonomi penduduk setempat
~ Isu Kerajaan Perpaduan & dimana PAS menolak perpaduan Ummah
~ Isu TGNA melabel UMNO sbg Komunis & Ayah Pin
~ Isu Babi di Kedah (DAP vs PAS)
~ Isu pertembungan Timb Presiden PAS vs TGNA
~ Jambatan baru menghubung Manik Urai Lama & Baru
~ Cabaran Muhyiddin kepada PAS buktikan parti itu lebih hebat bangunkan Islam.

Dilihat darisegi isu yg diketengahkan menunjukkan PAS telah ketandusan isu. Kebanyakan isu yg dibawa berbentuk fitnah, hasutan, provokasi & juga kutukan. Adakah rakyat MU menolah PAS atau rakyat sudah tak tahan mendengar pemimpin bertaraf ulama mengutuk, fitnah & menyerang UMNO sehingga sedemikian rupa.

Adakah kemungkinan rakyat telah muak dgn perangai PAS yg terlalu yakin & bongkak terhadap kekuatan mereka. Sedangkan bukti yg jelas telah dilihat kepada trend pengundi Melayu di Bukit Gantang & Dun Selambau. Tetapi penyakit sindrom denial yg melanda BN satu ketika dahulu telah menjangkiti PAS. Malah sindrom ini jelas masih menebal bila melihat kenyataan Husam & Mahfuz Omar ttg komen kemenangan PAS yg tidak boleh dibanggakan.

Malah dgn sombongnya PAS telah menjangkakan akan memperolehi kemenangan yg lebih besar sehinggakan angka 2000 diberi.

Apa2 pun syabas kepada penggerak2 BN yg bertungkus lumus menggerakkan kempen PRK Manik Urai dgn baik & bersopan berkhemah. Kredit perlu diberikan kepada Tok Pa, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan, Tuan Aziz (calon BN) & bbrp pemimpin lain yg down to earth melaksanakan kempen dgn teratur & cemerlang hingga berjaya menembusi kubu Kuat PAS di Kubu Kuat Negeri.

p/s: Jgn suka sangat. Buat muhasabah diri baik dr pihak PAS @pun UMNO comments

May 23, 2009

AL-Fatihah - ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob


Mari kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Ismail Yaacob yg meninggal semalam.

Biar kita renung kembali apa yg berlaku sejak akhir2 ini. Selepas PRU-12 telah 2 kali PAS telah kehilangan pemimpin iaitu satu di Bukit Gantang & kali ini di Manek Urai. Adakah ini petunjuk drpd ALLAH S.W.T.. Wallahwaqlam...

Moga2 Roh beliau dicucuri rahmat.

comments