Showing posts with label Suruhanjaya Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Suruhanjaya Pilihanraya. Show all posts

Jul 4, 2010

Daftar Pemilih Pengundi Baru ~ Gubal Undang-undang Baru

Cek nak melontarkan cadangan berikut. Undang-undang baru perlu digubal untuk mendaftarkan daftar pengundi secara automatik sebaik sahaja rakyat Malaysia cukup berusia 21tahun. Melihat kepada 'trend' sekarang kita dapat lihat amat kurangnya mereka yg berusia muda & di kampung-kampung kurang mendaftar utk mengundi.

BUkan apa. Sebab selalunya daftar mengundi dibuat di kawasan bandar. Tak semua org yg mendaftar mengundi ada masa @ wang ke bandar. Pendaftaran byk tertumpu ke dalam bandar. Di Shah Alam misalnya pendaftaran di Kompleks PKNS. Kadang-kadang perlu jugak bukak kaunter di Batu Arang @ Rawang. Utk mengharapkan Parti-parti adalah relevan memandangkan tak semua Parti yg komited utk membuat pendaftaran.

Parti yg paling aktif buat pendaftaran mengundi sekarang adalah DAP & yg kedua UMNO. Cuma skrg cek nak tanya sikit Parti Komponen BN hangpa ni mmg tak serius nak berubah. Dari segi pendaftaran mengundi pun dah nampak yg mereka tidak aktif. Jadi macamana nak dapatkan sokongan rakyat kalau benda yg mudah ni pun tak boleh buat.
Lihat statistik Pulau Pinang disini misalnya iaitu jawapan dr SPR menunjukkan parti komponen amat lemah utk buat pendaftaran mengundi.

Pada pihak BN. KPI perlu dibuat utk menaikkan pendaftaran pengundi. Setiap parti komponen perlu meletakkan KPI utk pendaftaran mengundi.

Kepada kerajaan pulak cek merasakan Undang-undang utk mendaftar pengundi secara automatik perlu dilakukan utk mengelakkan birokrasi utk pendaftaran mengundi.

Cth yg paling senang misalnya. Utk cek yg nak tukaq alamat mengundi proses dibawah perlu dibuat. (di Selangor)
1- Pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara - Plaza Masallam.
2- Tukaq alamat ke alamat dimana hendak mengundi
3- Pastu bawak surat pengesahan pertukaran alamat ke SPR @ kaunter SPR. (Kompleks PKNS) 4- Bawak surat & IC utk buat pertukaran tempat mengundi.

Bayangkan mereka yg nak mendaftar @ membuat pertukaran alamat adalah mereka duduk di kampung di Batu Arang. Maka rasa-rasa depa nak buat @ mendaftar ke idak..

p/s: Kerajaan patut menyokong penuh utk membuat pendaftaran mengundi secara automatik memandangkan yg byk tidak mendaftar adalah dr kaum majoriti (bumiputera) kerana kurangnya akses kepada SPR. comments

Dec 25, 2009

Gerakan & UMNO Siapa yg layak Mengetuai Pengerusi BN Pulau Pinang?

Isu ini bermula dua minggu lepas apabila Pengerusi UMNO Penang melalui Dato' Zahid Hamidi menyampaikan hasrat UMNO Pulau Pinang 'lead' pengerusi BN. Dan lebih menarik apabila Gerakan yg diketuai oleh Tsu Koon menolak dgn kerasnya permintaan murni tersebut. Mari kita lihat fakta yg dikemukakan dalam tuntutan tersebut.

Dr Pihak UMNO
~ Hanya UMNO yg menguasai kerusi pembangkang DUN.
~ Gerakan tiada kerusi langsung baik di DUN mahupun Parlimen.
~ Gerakan tiada usaha utk menarik sokongan rakyat kembali di Penang.

Dr Pihak Gerakan
~ UMNO menjadi pengerusi BN hanya akan memberi 'extra' peluru kepada DAP utk menyerang Gerakan
~ Komposisi masyarakat di Pulau Pinang yg majoriti Kaum Cina akan menunjukkan yg hanya Gerakan layak menerajui.
~ DAP selalu menyerang mengatakan Gerakan mengikut telunjuk UMNO. Maka jika UMNO menjadi pengerusi BN ini akan men'confirmkan' kenyataan DAP.

Apa-apa pun cek melihat isu tersebut bukannya besar sangat. Ada kebenaran dgn apa yg dinyatakan oleh UMNO. Lihat sahaja kenyataan akhbar oleh SPR baru-baru ini. Juga lihatlah table di sebelah yg dipetik dr kenyataan SPR.

Maka disini ada kebenarannya kenyataan pengerusi UMNO Penang yg menyatakan Gerakan tidak serius dalam menarik sokongan rakyat sehinggakan tiada pengundi baru didaftarkan walaupun kita tahu cawangan yg paling banyak Parti Gerakan adalah melebihi parti-parti lain di Pulau Pinang.

UMNO meminta menjadi Ketua berdasarkan fakta. Berdasarkan kepada UMNO mempunyai 11 Kerusi DUN & 5 Kerusi Parlimen di negeri tersebut manakala Gerakan 'O'.

Nasihat kepada Pengerusi BN DAto' Seri Najib TUN Razak...

Berdasarkan kepada fakta yg diterjemahkan kepada kita oleh SPR. Terdapat 4.38 juta yg belum mendaftar sebagai pengundi.

Maka buatlah KPI utk sekalian Komponen Parti BN iaitu UMNO, MIC, MCA, GERAKAN, SAPP, PPP, juga Parti Komponen di Sabah & Sarawak. Pendaftaran pengundi mesti & wajib dilaksanakan sebanyak mungkin. Setiap parti perlu ada kaunter pendaftaran utk pendaftaran pengundi.. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.

p/s: Cegah sebelum parah. comments