Showing posts with label Datuk Ali Rustam. Show all posts
Showing posts with label Datuk Ali Rustam. Show all posts

Sep 22, 2013

6 Calon Naib Presiden. Siapa pilihan anda?

Tirai untuk pemilihan UMNO bermula. Sudah sah 6 Calon untuk Naib Presiden diketengahkan. 3 penyandang & 3 calon baru.

Cek nak ulas sikit setiap calon-calon yg bertanding. Bermula dgn penyandang. 

Datuk Ahmad Zahid Hamidi. 
Merupakan seorang Menteri yg tegas. Ini lebih nampak sejak akhir-akhir ini. Tapi ketegasan Zahid sejak dulu. Beliau lebih lebih melayu dr Malaysia. Beliau tidak gentar utk berkata2. Beliau mengingatkan cek pada Tun Mahathir. Walaupun ada seketika beliau pernah dikaitkan dengan Anwar Ibrahim semasa zaman-zaman reformasi. Meskipun ada isu personal yg cuba menjatuhkan beliau, ia telah selesai diluar Mahkamah. 

Datuk Hishammuddin Hussein
Beliau lebih dikaitkan dengan Saudara Perdana Menteri & anak kepada Tun Hussein Onn. Beliau pernah dikaitkn dgn kontrovesi 'isu Keris' yg dijulang diwaktu menjadi Perhimpunan Agong UMNO sebagai Ketua Pemuda. Lebih memalukan beliau meminta maaf dgn insiden tersebut. Beliau dikenali sebagai Menteri Flip flop. Yg sering 'retract' kenyataan, sering bagi kenyataan yg kadang-kadang memalukan & lain2. Antara isu yg adalah isu Lahad datu & isu Aes. Datuk Hishamuddin tidak 'firm' dlm beberapa keputusan. Terlalu takut utk mengambil tindakan & sering mengambil jalan selamat. 

Datuk Shafie Afdal 
Satu-satunya calon dari Sabah/Sarawak. Kredibiliti beliau tidak boleh dinafikan. Antara Menteri yg buat kerja & menjadi suara bagi UMNO sabah/sarawak & juga suara bumiputera sabah & sarawak.

Datuk Ali Rustam 
Bekas MB Melaka. Kredibiliti dalam memimpin Negeri tidak boleh diletak tepi. Memang antara MB yg terbaik pernah ada di Malaysia. Yg membawa Melaka ke kemuncak. Walau bagaimanapun kekalahan beliau yg 'over-confident' meletakkan beliau di kawasan yg kelabu. Hasilnya! Kalah kepada nobody. Strategi yg teruk & bahaya kalau difikirkan utk UMNO. Ditolak faktor ini ketepi, maka beliau antara calon yg Kredibiliti memimpin yg tidak boleh dipertikai. Baru dilantik Pengerusi PUNB.

Datuk Isa Samad
Bekas MB Negeri Sembilan amat disenangi rakyat Negeri Sembilan. Pernah digantung seketika sebab disabit politik wang oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Calon Veteran yg cukup berpengaruh dikalangan old timer. Kredibiliti semasa memimpin Negeri 9 tidak begitu menyerlah. Hanya biasa-biasa. Memegang sebagai Pengerusi Felda.

Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Calon Naib Presiden paling muda. MB Kedah & masih dibayangi pengaruh Tun Mahathir. Tetapi amat berani dalam membuat perubahan. Bila menguatkuasakan enakmen Syiah. Beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan di peringkat akar UMBI. Tidak pernah memegang jawatan di Bahagian malah apa-apa jawatan di peringkat PEMUDA UMNO. Beliau amat muda & mentah & kredibiliti beliau tidak boleh dibanggakan setakat ini. 

_____
Siapa pilihan Cek?
Cek memilih Datuk Zahid, Datuk Shafie & Datuk Ali Rustam. 
Kenapa? 
Datuk Zahid amat tegas & UMNO memerlukan org yg tegas. Bukan yg jenis teragak-agak dalam berkata-kata. Kena ingat yg UMNO hanya hidup & menang baru-baru dek kerana majoriti Melayu. 
Datuk Shafie merupakan calon 'clean' mewakili Sabah & Sarawak. Yg merupakan suara Majoriti UMNO & Bumiputera. Fixed deposit BN. Beliau wajib menang.
Datuk Ali Rustam walaupun kalah pada PRU-13 tetapi kepimpinan beliau tidak boleh dipertikai dalam meletakkan Melaka di persada Pelancongan Peringkat Antarabangsa. UMNO memerlukan 'leaders' seperti ini. 

Kesimpulan.. Gabungan ketiga-tiga Naib Presiden yg punyai kreteria yg mantap harus utk memacu perjalanan UMNO kehadapan. Letak tepi kepentingan diri & pilihlah calon yg terbaik. Bukan sapa yg famous sapa yg kenal & sapa calon pilihan Ketua Bahagian. Datuk Najib & Datuk Muhyidin perlukan Naib yg benar-benar bergerak bersama-sama. 

p/s: Artikel ini adalah pandangan peribadi cek semata-mata.. Ikhlas dari anak Melayu yg sayangkan UMNO. Email ke saya kalau ada pendapat sebaliknya anaklangkawi@gmail.com
comments

Aug 25, 2013

Pengerusi PUNB - Datuk Seri Ali Rustam

 Tahniah diucapkan kepada Tok Ali Rustam atas perlantikan Pengerusi PUNB. Beliau menjanjikan yg terbaik dlm membantu Bumiputera. Rata-rata tahu yg Tok Ali 'kecewa' sebab kalah teruk baru-baru dlm PRu13 yg disebabkan peralihan pengundi cina. Bila dok sembang dgn org Melaka rata-rata sygkn bekas MB tersebut tapi masih tidak boleh dinafikan yg Tok Ali mmg mementingkan @ terlalu menjaga hati Kaum Cina Melaka yg rata-rata pro-DAP berbanding org Melayu. 

Jadi bila Tok Ali ckp janji yg terbaik utk bantu bumiputera, cek tau ini hanya cakap org kecewa yg tak kekal lama.. Sebab dah berpuluh tahun pegang MB tak pernah pulak cakap mcm ni. Jadi dato jadikan kenyataan cek ni tak tepat & yg apa yg diutarakan adalah serius. 

Takpa la Tok Ali.. Cek nak tengok & monitor janji Datuk Seri. 
comments