Adalah menjadi lumrah pada cek utk
'outstation' ke merata ceruk Malaysia. Apabila bila sampai ja airport selalunya org yg pertama cek bersembang setelah berhari-hari di luar kawasan adalah pemandu teksi. Macam-macam pemandu teksi yg cek jumpa tapi secara amnya majoriti pemandu teksi KLIA LIMO adalah pemandu yg sungguh 'dedicated' dgn tugas mereka.
Pada dasarnya inilah apa yg pemandu teksi dapat @ cara syarikat pemandu teksi berfungsi :-
1- Pemandu teksi dgn syarikat KLIA LIMO melaksanakan sistem sewa beli. Dimana syarikat akan menyediakan teksi kepada pemandu dan dalam pada yg sama pemandu perlu membayar sewa harian. Sewa harian pula boleh mencecah sehingga
RM 150~ RM 190 sehari (harga sebenar tidak diketahui).
2- Harga sewaan sehari dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu 1- Insuran, 2- Duit selenggaraan, 3- Duit installment kenderaan/ kereta & beberapa pecahan yg kecik2.
3- Sewaan harian akan ditolak melalui ticket yg dikerat & di claim oleh pemandu teksi. Pemandu perlu 'claim' @ redem ticket @ tebus ticket maksimum 4 hari sekali. Pemandu sendiri perlu datang utk menebus wang tersebut (berdasarkan receipt ticket yg dikerat).
Kalaulah hilang tiket alamat selamatlah..4- Tiada cuti diberikan kepada pemandu dimana bermaksud mereka perlu kerja tiap-tiap hari bagi membayar harga sewaan harian.
Kelihatan pemandu teksi KLIA LIMO jelas ketara. Muka letih moyok & menakutkan penumpang yg jadi penumpang. Almaklumlah letih bekerja kerana takdak cuti. Mau idaknya tiap2 hari kena bayar sewa..5- Pemandu perlu membawa kereta sekurang-kurangnya 3 trip utk mendapat modal sewaan harian & perlukan 5-6 trip utk mula mendapat keuntungan.
Ini tak elok sebab pemandu teksi akan kejar trip. Itu pasalla kadang2 kita cakap pemandu teksi KLIA Limo mcm pelesit @ lebih gaya pemandu F1. Sebab mereka terpaksa bawak laju utk kejar trip demi utk balik modal @ untung. Difahamkan Airport Limo (M) Sdn. Bhd dikuasai oleh ahli politik tertentu. Kalau dilihat pada rate @ harga di website boleh dilihat betapa double standard rate yg diberikan. Dimana boleh dilihat betapa tingginya harga tambang dari KLIA - Putrajaya (RM64.80) berbanding KLIA - Bangi (RM 54.80). Tidak diketahui kenapa begitu harganya.
Tambang teksi disini.
Satu lagi ada sedikit kemusykilan berkenaan kapasiti penumpang yg boleh dibawak oleh Teksi LIMO yg mengizinkan 4 org Dewasa & 2 kanak-kanak (bwh 12 tahun) sedangkan Undang-undang JPJ utk teksi bandar hanya mengizinkan 4 org Dewasa termasuk pemandu.
Satu soalan cek nak tanya adakah Insuran cover utk semua penumpang + pemandu?

Apa-apa pun perkara yg ingin disampaikan adalah keluhan pemandu-pemandu teksi perlu diberi perhatian sebelum ia melarat menjadi barah yg tak boleh diubati.
comments