Showing posts with label Nasihat Kepada Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Nasihat Kepada Perdana Menteri. Show all posts

Jul 14, 2010

Sekolah Kebangsaan Cina akan diberi Peruntukan RM1Billion ?? ~ WOW

Perkembangan sejak TPM meneraju Kementerian Pendidikan & Najib menjadi Perdana Menteri yg baru menunjukkan kelebihan demi kelebihan diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Setiap kali berlaku nya pilihanraya kecil tiap itulah yg menjadi kaya raya adalah SKJC tak kira di bandar @ luar bandar. Berjuta-juta peruntukan dikeluarkan. Dah la dapat itu ini lepas tu mungkin dapat pulak peruntukan RM 1 Billion dr Kerajaan.

Cukup-cukuplah. BUkan dengki @ hasad. Tapi bercakap berkenaan dgn 1Malaysia ini adalah waktunya Sekolah-sekolah ini diintegrasikan menjadi satu sekolah. Lepas tu tak habis-habis peruntukan diberikan sedangkan sekolah jenis kebangsaan tidak dibawah kerajaan. Maka berpusu-pusulah persatuan Cina mintak buat sekolah kebangsaan dikawasan masing. Teringat baru-baru ni bila membaca artikel Dr Redzuan Tee mengenai SKJT. Duit yg diberi belambak-lambak tah kemana pegi agaknya. Buat lah audit sepertimana saranan Dr.

Cek setuju dgn apa yg Dr Redzuan cakap. Amat malang sekolah agama rakyat. Tak pernah mimpi dapat bermcm peruntukan seperti SJKT. Sedih amat. Mungkin jika PAS & UMNO bersatu senada dalam bercakap soal peruntukan maka ia yg terbaik. Buatlah yg terbaik demi Islam. Asyik-asyik depa ja yg mintak duit itu ini. Nak sama rata tapi sekolah anak2 taknak sekali. Pandang rendah Sek Kebangsaan & Bahasa Kebangsaan. Cukuplah tgk wakil2 depa bercakap di Dewan Rakyat @ DUN. Habis berterabur. Come-onlah.. Sampai cakap teruk sgt. Sedangkan depa duduk di Bumi Malaysia bukan tempat lain.

Pandai pulak mintak hak sama rata. Bab sekolah taknak sekali. Bab bercakap pun lagilah. Kalau betui serius nak buat itu ini @ mintak dilayan sama ja maka 'give & take'. Integrasi bersama-sama masyarakat Melayu & Bumi. Contohilah Thailand @ Indonesia..

Kepada TPM & PM. Cukup-cukuplah. Kalau dah tahu kemenangan BN pada masa hadapan adalah bersandarkan kepentingan org Melayu & Bumiputera, maka jagalah mereka. Jgn dibiarkan mereka sakit hati bila mendengar berita yg tak enak seperti ini.. Kalau tidak.. Tak mustahil BN akan tersungkur dek sebab HANGPA Berdua..

p/s: Susah betul kalau depa ni masih tak reti2 bahasa & tak belajaq dr kekalahan... comments

Jun 16, 2010

Disebalik Penarikan Balik Biasiswa Luar Negara ~ Bumiputera akan rugi dlm masa panjang

Dengar memang sedap.
"Kenyataan Kerajaan yg mengatakan biasiswa utk tajaan luar negara akan dikurangkan/ dihapuskan bagi memberikan lebih byk biasiswa utk para pelajar di dalam negara."

Bila dengar memang daring habis. Kalau jenis yg tak tahu sangat pasal biasiswa negara maka kita akan setuju secara langsung cadangan pak menteri tersebut. Tahukah saudara yg 1,500 biasiswa yg diberikan oleh JPA setiap tahun majoritinya adalah cerdik pandai dari kaum Bumiputera?

Dengan menghapuskan biasiswa ke luar negara secara tak langsung memberikan 'disadvantage' kepada utk melahirkan Bumiputera Malaysia yg cerdik pandai. Sedangkan pada masa yg sama pelajar-pelajar bukan bumiputera masih boleh & mampu utk pergi atas tajaan FAMA (Father & Mother), persatuan cina, agensi swasta (spt astro yg selalunya bukan bumi yg dapat), biasiswa Singapore & lain2.

Jadi tunggulah dalam masa 5-7 tahun akan datang. Lambakkan pelajar2 luar negara yg majoritinya bukan melayu bumiputera akan balik ke Malaysia utk mengisi ruang jawatan kritikal yg ada (seperti bidang Oil&gase, engineer, dll). Manakala pelajar-pelajar lepasan Bumiputera pulak akan terkinjal2 mengisi jawatan selebihnya & berebut-rebut mengisi jawatan kerajaan. Dan sudah diketahui umum kelemahan penguasaan bahasa inggeris akan menyebabkan pelajar-pelajar ini sekadar dapat mengisi samaada jawatan dalam kerajaan @ semi government. Manakala jawatan yg ada dalam sektor swasta & multinational akan diisi oleh majoriti bukan bumiputera dek kerana lepas interview yg 100% dalam bahasa Inggeris.

Bukan tujuan utk memperkecil IPTA. Tetapi itulah hakikat. Pergilah buat kajian @ survey di Universiti. Ambiklah sorang tarik ja on the street. Interviewlah dlm Bahasa Inggeris. Hangpa akan terkejut beruk majoriti pelajar bumiputera IPTA punyalah lemah penguasaan bahasa Inggeris.

Satu lagi .. Bila dihapuskan Biasiswa ke luar negara maka Kerajaan berhasrat mengguna pakai kaedah pecahan kuota mengikut 56% bumi & 44% bukan bumi. PAda saya ini tidak adil. Cuba tgk balik pecahan rakyat Malaysia mengikut bumi vs bukan bumiputera disini. Pada saya kerajaan patut meletakkan kuota Bumi Vs Non-bumi mengikut keadaan sebenar peratusan rakyat Malaysia iaitu 65% & yg lain2 mengikut nisbah kaum masing2.. Selebihnya digunakan @ diagihkan mengikut merit. Gunalah biasiswa lain. Jangan sekali-kali ambil hak bumiputera.

Saya menentang penuh penarikan balik biasiswa keluar negara kerana ini bakal menjahanamkan bumiputera dlm masa panjang. comments