Aug 22, 2011

Siapa yang untung lebih? - Rugi jadi Melayu ! - Isu Biasiswa

Pada 10 Ogos 2011 saya tersentak membaca berita 41 pelajar mendapat biasiswa Sun-MAPCU (The Malaysian Association of Private Colleges & Universities) bernilai RM4.5 juta. Saya merasa amat pelik, kenapa tidak ada seorangpun penerimanya adalah dari kalangan orang Melayu (Islam)? Adakah tidak ada permohonan? Atau tidak ada yang layak? Atau pun memang polisinya hanya untuk pelajar bukan Melayu kerana mungkin ada yang beranggapan bahawa orang Melayu (Islam) telah dibantu kerajaan?

Malangnya, tidak ada pertubuhan Melayu atau orang Melayu yang bersuara atau mendesak atau bertanyakan kenapa tidak ada pelajar Melayu yang mendapat biasiswa tersebut? Bayangkan jika semua pelajar Melayu mendapat biasiswa tersebut, apakah reaksi bukan Melayu? Sudah dapat dijangkakan. Heboh satu dunia.

Inilah sifat Melayu yang saya puji, jarang sekali kiasu, apatah lagi menjadi ultra. Kiasu ini ada baik dan buruk. Jika langsung tidak ada kiasu, bagaimana kita mahu bersaing dengan orang lain. Buruknya pula, jika kiasu sampai kepada peringkat ekstrem, ia akan menimbulkan pelbagai masalah seperti yang berlaku pada hari ini. Pendek kata, kiasu perlu ada dalam diri kita, tetapi perlu digunakan pada tempatnya. Jika terus menerus kiasu sehingga menjadi ultra, kontroversi dan masalah tidak akan selesai.

Misalnya, kontroversi biasiswa JPA terus berlaku saban tahun. Apabila senarai penerima biasiswa dikeluarkan, suara ultra kiasulah yang paling lantang. Mereka akan menyediakan senarai panjang calon-calon mereka yang dikatakan layak tetapi tidak tersenarai. Mereka tidak sedar, masih ramai pelajar Melayu yang layak juga tidak tersenarai. Jarang pula saya dengar ada NGO Melayu bertindak seperti ultra kiasu. Apakah benar nasib pelajar Melayu telah terbela?


AL :-
Cek masih belum lihat senarai penerima yg baru sebentar tadi dilihat di TV3. Tetapi jika ia benar seperti yg dinyatakan oleh Dr Ridhuan. Maka amat sedihlah menjadi Melayu & Islam.

Lihat Video Ini utk tahu Sejarah Hak Org Melayu & Islam... comments

Aug 21, 2011

Usaha Memurtadkan Org Islam -- PAS kenapa Diam?

Kecoh memang betul kecoh bila JAIS serbu Gereja di Damansara Utama. Macam-macam belang ditunjukkan kepada kita sejak berlakunya Kes tersebut. Antara benda yg nampak adalah bagaimana PAS yg kononnya pejuang Islam sejagat menjadi sunyi sepi & lebih teruk dr DAP. Sekurang-kurangnya DAP bangkit memperjuangkan Gereja tanpa perlu tahu 'cerita sebenar'. Tetapi bagi PAS pulak habis terus. Terus meminta penjelasan JAIS walaupun pada awalnya hentam terus JAIS siap kata serbuan didalangi oleh UMNO lagi.

Masyallah.. Itulah.. Alhamdullillah JAIS di pihak yang benar. Mari lihat Video dibawah.



Kepada yg masih merasakan Allah itu boleh dipergunakan oleh sesiapa maka tgklah 'hasilnya' dari jawapan yg diberikan dalam kes ini.

Bila ditanya oleh JAIS kenapa ada lagu alhamdulillah & bila perkataan Allahuakbar ditanya. Ini jawapan salah seorg mereka

"This 'word' is not been banned by the government to be used." <-- Perkataan Allah adalah hak esklusif orang Islam kerana dikhuatiri dipergunakan oleh mereka-mereka yg tidak bertanggungjawab.

Maka lihat & tahu sendirilah. Pada cek yg amat kecil ni mmg tidak dapat berbuat apa-apa berhubung isu murtad ini. Tapi sekurang2nya sokonglah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) dalam hal ini. Kerana salah sokong bakal ada saham x elok di akhirat kelak. Buang politik ke tepi.

Program pada hari tersebut
Perjuangan Ummah diutamakan.. Jgn kita cuba lari dari topik agenda yg berlaku.. Lagi info best dari Screwkuat69.blogspot.com & terima kasih atas video tersebut.

Isu Allah yang pernah cek bincangkan sebelum ini... --> sini




Belum pun habis isu JAIS. Timbul pula isu cubaan halus utk memurtadkan pelajar. Masyallah. Kenapa diam PAS? Walaupun TV3 selalu dimaki dipuji.. Tetapi ttp berani menampilkan berita begini? Ada Malaysiakini @ MalaysiaInsider yg dipuja org2 pihak tertentu berani memainkan isu begini.. Masyallah..

Pujian diberikan kepada Zulkifli Nordin atas lantang berckp soal ini.. comments