Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Mar 12, 2009

Inikah Yg Kita Mahu - Jika Perkataan Allah dibenarkan?

Inilah Kesannya

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica (seorg Penyanyi Kristian)

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
Ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku
Mengerti

Apabila Datuk Seri Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak menentang penggunaan nama Allah dalam terbitan majalah agama Kristian - sudah tentu beliau mempunyai hujah mengapa perbuatan tersebut tidak boleh dan sudah pasti beliau dapat menghidu kesannya ke atas umat Islam pada masa akan datang.
Malah, posting saya dalam blog ini turut secara terang-terangan menentang dengan sekeras-kerasnya penggunaan nama Allah oleh pihak gereja dalam penerbitan mereka. Kita harus faham kesannya ke atas minda umat Islam dan generasi muda yang lemah iman dan kefahamannya.

Nah, sekarang cuba lihat lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi separuh bogel Indonesia terkenal - Agnes Monica di atas. Bukankah ia merosakkan aqidah umat Islam, khususnya dalam kalangan muda-mudi Islam apabila mereka turut sama menghafal lirik lagu tersebut? Lalu menyanyi-nyanyi dengan riang-ria tanpa sedar, sesungguhnya mereka telah menghina dan mensyirikkan Allah?

Masih tidak nampakkah kesannya kepada kita dan umat Islam untuk jangka masa yang panjang? Jika hal ini tidak dibendung dari sekarang? Mula-mula mereka diizinkan dalam penerbitan majalah, lama-kelamaan nama Allah dipersenda dan dipermainkan dalam pelbagai cara. Inilah yang sangat kita bimbangkan.

Lirik tersebut - perkataan Allah Yesus Ku - sangat jelas boleh memesongkan aqidah para remaja Islam yang masih lemah aqidah dan pegangannya. Sedarlah kita bahawa sesungguhnya - agama Islam makin terancam, lantaran pemimpin-pemimpinnya lebih sibuk berpolitik daripada mempertahankan aqidah penganutnya. Soal aqidah dan iman harus dipandang serius, baik PAS mahupun UMNO. Hal ini adalah kerana, kekuatan umat Islam adalah bergantung sejauh mana kekuatan aqidah dan iman mereka kepada Allah.

Kita bimbang, tanpa sedar musuh-musuh Islam memasukkan racun dalam minda generasi muda bagi memastikan mereka jauh daripada agama dan aqidah Islam. Inilah sebabnya mengapa kita sangat menentang penggunaan nama Allah dalam penerbitan majalah Kristian tersebut. Seluruh ulama di Malaysia harus seia-sekata dalam hal ini, jangan hanya Mufti Perak sahaja yang bersuara. Wallahualam.

Marilah sama-sama kita berdoa, agar Islam dan aqidah umatnya tidak dipesong dan dirosakkan oleh anasir-anasir jahat yang tidak redho terhadap agama Islam dan petunjuk Rasul-Nya.

Artikel Asal : Saudara Azli Shukri



---------------------

Other Perspektif :-

Inilah bahayanya bila fatwa2 Ulama' Politik ni berckp bila bab Allah..

Oh ya.. bayangkan bilamana jiran2 kita nnti berborak dgn anak2 kita nanti (anak kita baru kira umur 10-12 )..
Di pagi yg Hening..

Si Anak A : "Morning, awal bangun?"

Si Anak N: "Oh, Bapak mau pegi sembahyang sama ALLAH".

Si Anak A: "Dimana?"..

Si Anak N: "Itu gereja baru siap punya di Puncak Jalil - Adanya Harapan Allah".

Si Anak A: "Baguslah, doakan utk saya i sekali utk lulus exam UPSR"

Bayangkan Anak A tu anak kita? Nauzubillah...
Konfuse bukan.. Mungkin itulah musibahnya sbb ulama' politik jadi ikutan..

p/s: Yang baik dr Allah yg buruk dr diri saya sendiri..

comments

Feb 25, 2009

DUN Batang Ai - PRK Sarawak


Yang pasti, akan ada 3 PRK berlaku pada bulan April apabila negara dikejutkan sekali lagi apabila ADUN Batang Ai Sarawak Datuk Dublin Unting Ingkot meninggal dunia.
Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di Kuching pada jam 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.

Takziah diucapkan kepada keluarga beliau & seluruh rakyat Sarawak amnya atas pemergian seorg pemimpin yg dihormati. Beliau merupakan seorang wakil rakyat yang berdedikasi dan komited untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Sarawak, terutama dari kawasannya.

Apa-apapun PRK yg bakal berlaku di N29 merupakan titik pertama yg bakal menarik perhatian pemerhati politik. Ini merupakan medan pertama bagi PKR utk menunjukkan belang di Sarawak. Dengan meletakkan 'ahli baru' iaitu Nicholas Bawin Anggat yg baru menganggotai PKR sekaligus menjadi Naib Pengerusi parti tersebut bagi PKR Sarawak.

P/S: PRS & BN Sarawak perlu bekerja keras utk mempertahankan kerusi tersebut memandangkan majoriti hanya 806 pada Pilihanraya tahun 2006.
comments

Feb 20, 2009

Selingan.. Perbahasan dua sahabat!

Berikut adalah perbahasan dua sahabat karib tapi berlainan pegangan Politik. Meskipun berlainan pendapat & pandangan tetapi matlamat tetap sama. Sama2 baca & renungkan.

Wallahwaqlam.
-----------------------------------------------------------------------------------

Pro-PAS : Pahal Ong Tee Kiat ckp pasal 30% ekuiti bumi sektor pengangkutan dimansuhkan. Dok ungkit hak Bumi lagi. Presiden MCA tu puak-puak BN. Mana pi pemimpin UMNO yg lantang sangat dok kata jaga hak org melayu ni. Tak keluar pun berita kecoh-kecoh. Pehal tak berani ka? Pengecut semacam ja semua-semuanya. Kata hebat sangat hak org Melayu UMNO-UMNO ni. Hehehe!

Pro-UMNO : Kan ka org2 UMNO dah bg kenyataan balas. Hang tak bising pulak DSAI dok cakap pasal ketuanan rakyat kat parlimen. Beli la Utusan.

Pro-PAS : Sapa org2 UMNO tu. Habaq mai sikit. Tak dengaq langsung. Ketuanan rakyat memang bagus la selagi tak kacau hak keistimewaan org melayu. Ada DSAI pertikai ka pasal keistimewaan melayu. Ni terang-terang Presiden MCA suruh mansuh apa UMNO2 yg konon gah sangat perjuang org kita buat. Pengecut adala.

Pro-UMNO : Banyakla alasan DSAI. Bab ketuanan DAP Cina kat Perak hangpa sokong. Siap baring atas jalan. Takyah la PR nak cakap pasal konon nak bela org melayu.

Pro-PAS : PR tak nak besaq2kan cerita la nak jaga org melayu tapi hak org melayu tetap terjaga. Kat Perak depa bg Cina tapi Melayu pun dapat. Hatta SAR (Sek Agama Rakyat) pun dapat tanah. Salah ka. Dari dok sembang ckp sgt org melayu, buat perhimpunan nak jaga Institusi Raja tapi pada masa sama puak2 UMNO jugak yg dok jatuhkan, hina raja. Piirah. Sembang kuat. Manusia apa mcm ni.

Pro-UMNO : Yaka jaga org melayu. Dari 8 Exco hanya 3 Exco Melayu. Jaga SAR ? Yalahtu, depa nak jaga hati PAS ja bagi SAR. Itupun tak bagi lagi. Cakap ja. 999 bagi kat Kg Baru. Kampung lain macamana? Dahla jadi Boneka. Institusi Raja Dihina. Penuh Blog2 PR dok maki hamun Raja2. Takyat dok belitla. Sapa yg 'sembah derhaka' UMNO ka PAS. Sapa yg gila kuasa. Tak sangka.

Pro-PAS : Hang nak ckp apa. Dah memang DAP menang majoriti. Sama jugak dgn Penang. BN dulu dapat banyak ka Exco time Gerakan? Pikiaq logik la. Takkan menang sikit nak EXCO Melayu byk.. Pehal. Tak malu ka. Bukan Kg Baru je Kg Melayu pun dapat le. Jgn sebarang tuduh la. Siasat dulu. Puak2 UMNO je yg dah perintah 50 tahun sampai tanah Penang, hak melayu tergadai. Lani kecoh la pulak nak jaga melayu. Sudahla dgn drama2 ni masing2 nak bolot harta jek UMNO ni. Sapa yg hina Raja kat Terengganu & Perlis. Tang tuh tak kata pulak derhaka. Hang tak baca kamus ke sembah derhaka bahasa istana bila kita org biasa tidak setuju dgn arahan sultan. Tak salah pun. Depa manusia jugak takkan jadi org bodoh nak ikut semua arahan dia. Dulu time Hang Tuah boleh le. :)

Pro-UMNO : Itula PR silap. Kalo nak berbakti pada rakyat jawatan Exco & lain2 mesti kena ikut komposisi kaum. Perak kaum apa majoriti? Bukat ikut sapa menang paling banyak. Cakap ja ketuanan itu ini tapi tak ikut. Kat Penang masyarakat Cina majoriti. Jadi takpala bagi Gerakan. Tapi sepanjang 50 tahun ni takdak pulak depa buat polisi mengarut. Perlis dgn Terengganu. Hahah. Takkan sorang dua pegang banner kata UMNO & BN derhaka kot. Perlis? Hm.. ada ka pemimpin UMNO cakap sembah derhaka. Yang kat perak yg derhaka tak terima titah semua pimpinan PR Nizar, Karpal, DSAI, nak aku sebut semuaka? Dalam hadis ada cakap kewajipan utk patuh pada Ulul Amri. Cuba tanya Ustaz hang. :)

Pro-PAS : Dahle jgn la cakap polisi kat Penang UMNO dok jaga. Mana pi org2 Melayu kat bandar2 Penang. Terjaga sangat ke Hak Keistimewaan Melayu. Seimbang ke komposisi Kaum Cina melayu kat Penang especially bandar-bandar. Kalu ye la sangat pada pandangan UMNO taklah org melayu Penang keluar berita cakap, luah perasaan time Parti Gerakan pegang. Apa yg UMNO buat? Buat bengap, senyap adale. Janji duit masuk ye tak? Hehe.. Sembah derhaka kira hormat la jugak, ni dok ckp natang kat raja. Tak derhaka ke? Pelik2 kan, tang time depa kutuk, demo takpe. Tak salah pun. Time PR pehh gila derhaka. Hang ni tak baca kitab kot. Pemimpin adil kita ikut pemimpin zalim kenala sanggah. Kalau yes boss je bodoh la. Hang tanya ustaz UMNO kot. Cuba tanya Ustaz ngaji hang. Hehe.

Pro-UMNO : Org melayu kena halau ka @ pindah Seberang Perai? Masih byk org melayu kat Pulau. Tapi UMNO baguih kan. Depa complain jugak kat Gerakan. Mana PAS kat Perak? Happy ja bawah DAP? Siap baring tengah jalan. Aku nak tanya sikit kalo pakcik haritu mati kena langgor. Agak2 mati syahid ka mati katak. Macam aku cakapla yg pegang banner 'nate' tu sorang dua ja. Tapi yg derhaka dlm Pakatan Rakyat adalah seluruh pimpinan. Hang bagi aku takrifan pemimpin zalim? Sultan Perak zalimka? Adakah dia bagi titah baru ni melanggar hukum agama? Jgn taksub & ikut ja apa ulama' politik cakap. Kena tgk balik hadis pasal Ulul Amri.

Pro-PAS : Hehe. Pakcik tu bukan demo sbb nak jaga hak DAP Cina la. Rakyat demo sbb bantah keputusan yg tidak adil. Hang silap paham kot dok baca sangat Utusan ni lagu ni la jadi hang. Takpa-takpa pasai melayu awat dok ckp Sbrg Prai ni. Aku cakap pasai pulau. Nape org melayu dok kat tepi-tepi je. Terer betui puak UMNO jg org melayu yek. Dok tepi2 jelah kat bandar takyah kasi kat Cina. Wahh hebat-hebat. Dahla ekuiti melayu hilang sektor perkilangan time Rafidah. Lani nak hilang lagi time UMNO perintah. Bagus betui la pemimpin UMNO kita yg laung hak bumi kan? Sultan Azlan kalau dia ikut Undang2 sangat yg kata hakim negara awat dok lantik anak dia jadi Raja Muda. Hang tgk sikit perlembagaan Raja Perak. Bacala. Betul ke Sultan tu. Keputusan tak betul wajib betulkan, bukan derhaka pun.

Pro-UMNO : Demo derhaka! Itula org melayu sekarang. Ketua agama pun depa lawan. Ketua agama Pakatan Rakyat adalah Ulama' PAs ja kot. Biasala jaminan syurga Allah. Tepi2? La org cina beli tanah tu bukannya bagi free. Org melayu jugak jual tanah tu. Takkan tu pun nak salahkan UMNO gak. Bukan macam Perak bg tanah free kat depa. Equity ? :) Waktu tu kan DSAI dlm Kabinet kenapa tak tentang? Cakap ja kuat. Lani apa yg DSAI perjuang lagi dasyat dari ekuiti. Sultan lantik anak dia? :) Kenapa skrg timbul? Awat PAS tak saman ja dulu. Aku ulang lagi sekali dlm hadis ada cakap wajib mengikut Ulul Amri semana dia sembahyang dgn kamu. Kalau dia menyuruh bercanggah dgn Hukum Syara' maka tidak perlu diikut. Derhaka tetap derhaka.

Pro-UMNO : Rasullah SAW pernah ditanya apakah harus kita memerangi mereka (pemerintah) yg melakukan perkara yg tidak disenangi oleh rakyat dgn pedang @ kekerasan. Nabi bersabda (Riw Muslim):- "Tidak, selama ia menegakkan (menunaikan solat dgn kamu. Ketahuilah. Org yg dikuasai oleh seorg pemerintah & melihatnya mengerjakan maksiat kepada Allah itu tetapi tetap tidak melepaskan ketaatan kepada pemerintah tersebut".

Pro-PAS : Aku rasa hang baik rujuk semula kitabla. Bukan sekadar ikut ape yg pemimpin buat tapi tengok betul ke tindakan tu? & bukan jugak pasal hukum agama je merangkumi benda2 lain. Tafsiran hang ni terlalu narrow. Aku nak hang pikiaq kalau Sultan Azlan tu hakim yg bagus awat dia tak ikut perlembagaan Perak? Ke taknak mengaku dia salah. Sebab itu rakyat bangun buat demo & hak rakyat yg tentukan bukan Sultan pun. Lawan tetap lawan hatta Sultan bersalah kita tetap tentang. Cakap derhaka puak2 UMNO pun sama jugak. Derhaka tetap derhaka. Jgn dok tegak benang yg basah. Tak lama lagi UMNO hancur selagi ada pemimpin yg bukan ikhlas nak berbakti tapi nak bolot harta kekayaan.Takbir!

Pro-UMNO : Hehehe.. Narrow? Aku cakap berlandaskan al-Quran & Hadis yg aku baca ulasan Ustz & Prof institusi Islam. Mana aku berani cakap benda2 kalau takdak nas & rujukan. Riwayat Muslim Al-Bukhari. Tak ikut perlembagaan Perak? Kalo dah rasa tak ikut samanlah Sultan tapi taknak saman pulak kan? Sultan lagi arif pasal undang2 sebab dia bekas hakim.

Pro-PAS : Hang dok bc hadis yg macam ni tapi tafsiran hang sendiri. Jumpela org yg lebih arif dulu bg diorg terang ape maksud sebenar hadis. Kalau straight je ikut hadis tak perlula belajaq agama tinggi2. Hehe.. Sbb itula rakyat dah boleh bantah dia sendiri pun leh tukaq hukum takkanla menda undang2 pun kita takleh bantah. Lainle kalau Sultan suruh tutup tempat judi tapi rakyat org2 Islam yg demo. Jgn pandai2 la nak tafsir terus. Pi jumpa Ustaz dulu apa maksud hadis ni. Hehe.

Pro-UMNO : Aku tak tafsir sendirila. Ustz & Prof Yayasan Dakwah Islamiah kat Bangi. Aku tak pandai2 tafsirla. :). Surah An-Nisa ayat 59: "Wahai org2 beriman, taatlah kepada Allah & taatlah kepada Rasul-Nya serta Ulul Amri diantara kamu. Kemudian jika berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kamu kepada al-Quran & Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar2 beriman kepada Allah & hari kemudian. Yg demikian itu adalah lebih utama (bagimu) & lebih baik akibatnya "..

Pro-PAS : La Yadim rupanya. Patut la bunyi macam hadis2 tu nak ke arah menangkan Sultan yg konon tau hal perlembagaan. Yadim bawah Ustaz Nakhaie yg UMNO totok punya. Patutla pun. Ulul Amri yg bagus kita taat tapi yg salah kita tetap lawan.

Pro-UMNO : Terpulang. Aku akan ikut mereka2 yg takdak kepentingan politik macam Yadim & Ustz Asri & mufti2. Lagi elok dari ikut Ulama Politik yg bercakap mengkafirkan org Islam sendiri, yg bercakap undi PAS dapat pahala, yg bercakap org2 UMNO masuk neraka. Yg bercakap jaminan syurga Allah kalo undi PAS, Yg pertikai sumpah laknat. Banyak lagi lah aku nak list. :)

Pro-PAS : Undi Pas masuk syurga. Betul la sbb Pas perjuang hukum Islam. Undi UMNO masuk negara betul jugak la sbb UMNO yg Islam semuanya taknak laksana hukum Islam pun. Yadim? No komen. Ustaz Asri. Okla. Ulama yg dihormati oleh aku.

Pro-UMNO : Jangan sampai cakap macam tu. Narrow sangat interpretasi . Takpala. Terpulang. Yang penting pahala, dosa, syurga & neraka hak ALLAH. Bukan hak org2 PAS cakap ikut sedap. :). Nanti kasi minumla. Hang kat Shah Alam kan?

Pro-PAS : Hehe.. Takbir! Betuila konsep tu. Aku cuti la. Lunch la minggu depan. Telepon satu kali..

Pro-UMNO : Beres! Tunggu aku ada job sebelah Shah Alam.
comments

Feb 17, 2009

DUN BUKIT LANJAN - PKR Elizabeth Nude Case


Actually I don’t want to comment on this issue. But when, listening on comments from Opposition Party Leaders & Bloggers which blames BN for this issue, I’ve no choice express my opinion.

Moral

I’m pretty sure if the person himself/ herself take own picture for safekeeping is ok. But when a person takes someone picture without her/his consent it’s considering criminal act. It is worst when the person post it in the internet. We have seen Malaysian celebrities & politicians go down the drains when it involved moral issues. Name like Chua Soi Lek, Wan Nur Azlin, Raja Indon Mastura & many more were some examples of results of moral issue. But some say its ok for PKR Elizabeth Case since the picture was taken without her consent.

But wait, how come someone can take her picture that way (close range & intimate position) if its not someone’s really close to her. It is said that the person who take the picture was his ex-boyfriend (probably when there were still having relationship). The question is if it’s really her ex-bf or 'dalang' how come she as a single women give permission for him to enter her house or wherever that is.

Is it morally 'ok' for someone who is not married giving permission to a guy entering her house (whether is bf or not) ? Actually, it’s up to individual interpretation whether it’s right or wrong. But, if it happens to normal people like me & you it does not make any difference at all. But when it happens to a person who we see as our leader, the moral question will come in place.

I want to recall just now in TV3 whereby Japan Finance Minister resigns by just appearing drunk at G7 meeting. He actually denies he's drunk but he's taken it as a responsible gentleman and resigned. Is it actually normal getting drunk for some people, but for people like leaders & politicians it’s not an exception.

Politics

As predicted, some people will take this issue as political point. It starts with Dato Khir Toyo with his remarks asking her to step down and also some quarter of Pakatan Rakyat blaming BN for ‘planning’ this. The cases of blaming were similar for what had happen in ADUN BUKIT SELAMBAU & the 2 ex-Exco PKR bribery case in Perak. PR just wants to blame others for their own people's problem. :) What the ‘heck’! Politician never stops being politician. They just can’t stop.

For me personally, she’s a victim by his ex-bf (hopefully only one ex-bf lah). But anyway, as a public figure she must be held responsible for his own act. I duly respect the fact that she offers her resignation (why offer just resign-lah). But I do hope PR leader will accept her resignation & don’t blame others for whatever happens. It will soon backfire PR if it’s true that her ex-bf is the culprit (same case like the Sept 16 case Vs Perak case). "Jgn main-main" like Karpal said.

PR leader shall respect her decision & go on with more reputable candidate. As for record, from 8 March 08 till now. There’s already 6 major ‘mysterious’ case involving PKR representatives which is DSAI sodomy case, 2 Exco Perak case, fighting with fellow PKR people in Kelana Jaya MP case (sorry I can't remember his name), V.Arumugam ADUN BUKIT SELAMBAU case & lastly Elizabeth case.

PKR should next time choose candidate seriously so that these series of humiliate incident won’t occur again. With so much case shows that PKR are to blame for a lot tarnishing events in PR.
But there's a 'silver lining' seems to emerge due to this issue. We can see most of the MP's either from opposition or BN express supporting her. These is a good sign after all these months of bickering between them. At least we know this kind of act by these kind of culprit are not acceptable at all.

Perhaps the government & MP's shall draw a notion or table a very stiff law to handle this kind of criminal.

"My old man used to say, if you want to be a politician make sure your past life & your personnel life will not bring you down in the future."

My prediction is there will be another Bukit Election by the end of this episode. :)
comments

Feb 14, 2009

Kenyataan SULTAN SELANGOR Terhadap Pergolakan Politik Perak & Petikan Hadis/ Al-Quran

Rasullullah SAW Bersabda (Riwayat Muslim) :-

"Barang siapa melepaskan ketaatan (drpd pemerintah), nescaya akan menemui Allah tanpa memiliki hujah (alasan). Dan barang siapa meninggal dunia tanpa ikatan taat setia, maka kematiannya (seperti) kematian jahiliah."
-------------------------------------------------------------


Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta. Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.


(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)SULTAN SELANGOR13 Februari 2009


------------------

Other Perspektif :-

DAULAT TUANKU.. Saudara & saudari sekalian. Berikut adalah petikan al-quran & hadis ttg tanggungjawab seorg muslim utk mentaati pemerintah sejajar dgn apa yg Mufti Perak katakan sebelum ini. Wallahwaqlam.

Riwayat Bukhari & Muslim :-

"Seseorg Muslim wajib memperkenankan (menerima) & taat berkaitan apa sahaja (yg diperintahkan oleh ulil amri), suka @ tidak suka. Tetapi apabila ia (org Muslim) diperintahkan berbuat maksiat, maka ketika itu tidak boleh diperkenankan (diterima) arahan itu & juga tidak boleh taat".

Surah An-Nisa ayat 59 :-

"Wahai org2 yg beriman, taatlah kepada Allah & taatilah Rasul-Nya serta Ulul Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kamu kepada Al-Quran & Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah & Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) & lebih baik akibatnya."

Rasulullah SAW bersabda (Riwayat Bukhari) :-

"Barang siapa taat kepadaku, sesungguhnya dia taat kepada Allah. Barang siapa bermaksiat (melakukan kesalahan di sisi agama) kepadaku, sesungguhnya dia telah bermaksiat kepada Allah. Barang siapa taat kepada Amir (penguasa), sesungguhnya dia taat kepadaku. Dan barang siapa yg bermaksiat kepada Amir, sesungguhnya dia bermaksiat kepadaku."


Rasulullah SAW pernah ditanya apakah harus kita memerangi mereka (pemerintah) yg melakukan perkara yg tidak disenangi oleh rakyat dgn pedang @ kekerasan. Nabi bersabda (Riwayat Muslim) :-

"Tidak, selama ia menegakkan (menunaikan) solat dgn kamu. Ketahuilah, org yg dikuasai oleh seorg pemerintah & melihatnya mengerjakan maksiat kepada Allah, hendaklah ia membenci maksiat kpd Allah itu tetapi tetap tidak melepaskan ketaatan kepada pemerintah tersebut".

From Other Perspektif
comments

Feb 10, 2009

Ulasan Mengenai Kejutan di Kedah & Perak !

Kita dikejutkan dgn dua berita hari ini. Berita kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum & perletakkan jawatan Exco Kedah & ADUN Bukit Selambau PR V.Arumugam.

Kedah

Berita ttg kemelut di Kedah bermula seminggu lepas apabila sekumpulan penduduk menghantar aduan kepada Sultan Kedah mengenai salah laku seorg EXCO Negeri Kedah yg bersekedudukan sehingga melahirkan anak. Difahamkan juga pihak Istana tidak mengetahui keadaan ini pada awalnya, malahan EXCO tersebut membawa perempuan tersebut menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan negeri yg turut dihadiri oleh Sultan. Perbuatan tersebut dianggap mencemar serta menghina Institusi Kesultanan dan melanggar perlembagaan Kedah.

Difahamkan selepas aduan tersebut MB Kedah Ust Azizan dipanggil mengadap utk penjelasan tentang perkara yg dibangkitkan. Jadi adalah tidak terkejut apabila ADUN Bukit Selambau meletakkan jawatan sebagai EXCO & ADUN. Saya berpendapat perletakkan jawatan beliau adalah kerana dinasihat berbuat demikian oleh pihak PAS Kedah atas desakan Istana. Kemungkinan itulah sbbnya.

Jadi utk membuatkan cerita itu lebih menarik maka PR memintak beliau membuat alasan 'Ugutan dr pihak tertentu' adalah sbb kenapa beliau meletakkan jawatan. Sekurang-kurangnya alasan ini akan lebih bermakna & menguntungkan pihak PR. Fitnah! Itulah mainan PR. Apa-apapun syabas kerana sungguh licik percaturan ini tetapi tidak terlalu cerdik kerana tiada bukti utk 'support' cerita V.Arumugam (Cerita Habuan & Ugutan). Seperti biasa kambing hitam dicari utk menghalalkan pemergian beliau sebagai ADUN & EXCO iaitu BN @ UMNO.

PERAK

Negeri Perak sekali lagi dikejutkan dgn pemergian Ahli Parlimen Bukit Gantang ke rahmatullah. Pada PRU-12 beliau telah menang dgn majoriti 1,566 Undi. Ramai yg terkejut atas kehilangan beliau.

Belum lagi arwah selamat disemadikan ura-ura untuk pengganti beliau telah pun dicanang (katanya IrNizar disebut2). Adalah amat dikesali melihat bagaimana segelintir pihak (penyokong2 PR) berlumba-lumba memikirkan pengganti beliau tanpa mengambil kira bagaimana perasaan keluarga beliau. Kubur baru digali, pengganti telah dicari.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Haji Roslan & kita doakan roh beliau dicucuri rahmat Allah. comments

Jan 31, 2009

UMNO Langkawi, SPRM & Rasuah.

SPRM telah melalui zaman penjelmaan semula tahun lepas bila mana ia telah diberi tanggungjawab yg meluas utk membanteras rasuah.



Terpampang didada akhbar tangkapan, dakwaan & siasatan dibuat dlm memerangi UMNO dr politik wang.

Syabas diucapkan pada SPRM.

UMNO LANGKAWI

7 Cawangan UMNO langkawi kecewa.


LANGKAWI - Tujuh cawangan UMNO dalam Bahagian Langkawi melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ketua bahagian mereka Datuk Nawawi Ahmad berhubung dakwaan salah laku dan politik wang pada pemilihan peringkat bahagian Oktober lepas.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Tua, Mansor Hashim berkata, tujuh cawangan itu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan lembaga itu yang melepaskan Nawawi tetapi mengenakan amaran terhadap seorang anggota bahagian itu, Shaidan Hashim, kerana menjadi ejen Nawawi.

“Shaidan menjadi ejen atau pelobi bagi pihak Datuk Nawawi Ahmad dan kenapaShaidan seorang sahaja yang dikenakantindakan sebaliknya Nawawi dikecualikan,” katanya kepada pemberita di sini.Mansor, yang mewakili jawatankuasa bertindak itu berkata, sebelum ini mereka telah membuat aduan rasmi menerusi sepucuksurat kepada Lembaga Disiplin UMNO mengenai kegiatan politik wang yang berlaku di Langkawi.

Mansor berkata antara dakwaan mereka ialah Nawawi memberi telefon bimbit, pukat dan sumbangan untuk lawatan sambil belajar kepada perwakilan dan anggota cawangan supaya mencalonkannya bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi.

Pada pemilihan itu, Nawawi mengalahkan penyandang jawatan itu Datuk Abu Bakar Taib.“Kami berharap Lembaga Disiplin masih membuka pintu siasatan kerana keputusan yang dibuat oleh lembaga itu menimbulkansoalan di manakah konsepbersih, cekap dan amanah yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin atasan UMNO,” kata beliau.

Kelmarin Pengerusi Lembaga Disiplin itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, Shaidan adalah antara anggota parti yang dikenakan tindakan amaran kerana bersalah melanggar tataetika parti.


Dibawah merupakan sedutan YB Mohd Rawi di Langkawi dlm Malaysiakini.
------ ------------------------------------------------------------------------------------
Manakala Naib Ketua Bahagian Umno Langkawi, Mohd Rawi Abdul Hamid pula menjelaskan
beliau tidak bersetuju sejak awal lagi isu politik wang Umno dibawa kepada SPRM Kerana, tambah wakil rakyat Ayer Hangat, ia memberi gambaran kepada akar umbi bahawa pemimpin-pemimpin bahagian mengamalkan politik wang.

Mengulas dakwaan insiden yang menimpa Halimi sepanjang empat hari ditahan SPRM sejak 23 Januari, beliau berasa kesal dan menyifatkan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Dalam mana-mana siasatan, tidak boleh dijalankan siasatan dengan kekerasan, hatta orang yang ditahan atas dakwaan jenayah pun tidak boleh disiasat dengan kekerasan," katanya sewaktu dihubungi.

Tambahnya, dakwaan insiden sebegini akan menyebabkan rakyat mempersoalkan kaedah siasatan yang dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menggesa MT menentukan sama ada suruhanjaya itu boleh menyiasat berhubung amalan politik wang atau tidak memandangkan lembaga disiplin parti sudah berbuat demikian.
-------


Kenyataan diatas menunjukkan bahawa kenyataan YB tidak sejajar dgn kenyataan Presiden UMNO & Timbalan Presiden parti sendiri dlm melihat penglibatan SPRM dlm kes politik wang. Tetapi masakan YB Rawi berkata demikian jika ketua bahagian beliau YB Nawi berdepan dgn siasatan oleh SPRM & Lembaga disiplin UMNO. Sumber dalaman lembaga disiplin UMNO juga mengatakan YB Nawi juga berdepan dgn siasatan rasuah politik baik dr pihak SPRM mahupun Lembaga disiplin.

"Rasuah tetap rasuah". Jgn kita menghalalkan yg haram. Biarlah akar umbi tahu politik wang berlaku. Setidak-tidaknya akar umbi tahu pimpinan UMNO serius dlm membanteras rasuah. Pimpinan UMNO yg disabit kesalahan hanya akan berdepan dgn siasatan. BUkan bersalah lagi pun. Sedangkan menantu Tuan Guru Nik Aziz pun bersih dr siasatan BPR jika tidak bersalah. Apa yg ditakutkan jika tidak bersalah?

Ahli UMNO bahagian Langkawi, Shaidan Hashim (Proksi YB Nawi) juga didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin UMNO & diberikan amaran. Amaran jaka ? Inilah yg dinamakan 'verdict' dr lembaga disiplin UMNO yg berat sebelah disbbkan ahli UMNO tersebut berkempen kpd seseorg berstatus ADUN @ Ketua Bahagian? Disbbkan tindakan sebeginilah SPRM perlu terlibat dlm siasatan agar mereka2 ini yg didapati bersalah akan disabitkan seperti dlm Akta Pencegahan Rasuah.

KEKECEWAAN

Jika mereka-mereka yg terlibat dgn rasuah dibiarkan berterusan memimpin UMNO Langkawi tidak terkejut jika Pulau Langkawi tidak akan lagi menjadi kubu kuat UMNO. Kekecewaan demi kekecewaan telah mula terdengar di segenap pelusuk UMNO langkawi. Malah ada khabar angin berkata jika ia berlarutan akan ada ahli-ahli UMNO yg akan keluar parti kerana kecewa.

Telah ada 7 cawangan yg menunjukkan bantahan terbuka. Tidak diketahui brp byk lagi cawangan yg 'protest' secara diam. Perlu diteliti rekod UMNO Langkawi dimana jika dilihat perihal pengundi-pengundi di Langkawi lebih cenderung memangkah UMNO/ BN atas kapasiti calon. Ini terbukti bilamana majoriti Parlimen P04 lebih tinggi dari majoriti kedua-dua ADUN N1 & N2 di Langkawi.

Isu ini perlu diberi perhatian oleh pimpinan UMNO Pusat & Kedah. Jika ini dibiar berterusan maka tidak mustahil UMNO Langkawi tidak akan lagi mendapat tempat di hati rakyat langkawi bilamana Dato Paduka Abu Bakar Taib tidak lagi akan bertanding pada PRU-13 nanti. Kerana beliaulah langkawi masih menjadi kubu kuat UMNO sehingga sekarang.
--------

SPRM & RASUAH

Saya amat bersetuju & merasa hormat kepada mana-mana pemimpin UMNO yg mengalu-alukan siasatan menyeluruh dlm UMNO mengenai politik wang. Ternyata mereka yg mengalu-alukan siasatan SPRM adalah mereka yg bebas dari politik wang. Sejajar dgn hasrat & kenyataan Dato' Najib sendiri bahawa anggota parti yg terlibat rasuah tidak terlepas tindakan.

Kepada yg menentang siasatan SPRM. Kenapa takut? Adakah anda terlibat sama. Kita sudah tahu bahawa Tindakan Tatatertib Jawatankuasa Disiplin UMNO sendiri sebenarnya kadang-kadang 'bias' dlm membuat siasatan lebih-lebih lagi bila laporan dibuat keatas ahli DUN itu sendiri @ ahli UMNO yg mempunyai jawatan yg tinggi.

Sepatutnya rasuah politik dirujuk terus ke SPRM utk siasatan. Jadi biarlah ada 2 kertas siasatan dibuka & bukan setakat jawatan kuasa disiplin UMNO. Seperti yg sedia maklum siasatan di jawatankuasa disiplin kadang-kadang bersikap selektif iaitu hanya tertumpu pada 'ikan bilis' & 'ikan sardin'. Maka ikan jerung & ikan paus dilepaskan hnya kerana memegang jawatan tertinggi dlm UMNO, ADUN, MP @ bahagian. (Seperti yg berlaku di langkawi). Jika inipun UMNO gagal maka ia akan gagal di PRU-13 nnti. Biarlah rakyat melihat UMNO amatlah serius dlm menangani rasuah. Biar berkualiti bukan kuantiti.

Walaupun SPRM mempunyai kuasa utk melakukan siasatan kpd sesiapapun, diharap agar SPRM melakukan siasatan dgn profesional & teratur. Kita tidak mahu disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

TERUSKAN USAHA MURNI INI!! comments

Jan 23, 2009

Analisis Akhir - P036 Kuala Terengganu

BN @ UMNO

Istilah @ kata2 seperti ‘letak tunggul kayu pun menang’ tidak lagi releven bagi BN. Pengundi2 yg telah matang dlm membuat undian telah membuktikan bahawa faktor calon merupakan antara faktor utama kemenangan sesuatu pilihanraya. Jawatan sebagai Timbalan Menteri @ Senator @ Ketua Bahagian tidak menjamin kemenangan seseorg calon. Rata-rata pengundi telah menunjukkan kematangan dlm memilih pimpinan mereka. Syabas.

Sedar @ tidak sebenarnya terdapat unsur2 sabotaj dalaman BN sendiri terhadap calon sendiri. Kenapa? Media masa telah mengwar-warkan kredibilti calon sejak DWF dicalonkan. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh BN yg menafikan kredibiliti calon secara tidak langsung ’penafian’ bermaksud benar oleh sesetengah pihak. Calon sombong, calon elit, calon tidak senyum, calon tidak lihat mata org yg disalam, calon itu ini dll.

Sebenarnya kredibiliti calon telah awal2 dipertikai oleh media malahan oleh BN sendiri. Misalnya bilamana Paklah telah membuat kenyataan/ teguran kepada calon sendiri ? Kenapa Paklah berkata demikian ? Adakah beliau sedar yg sebenarnya kenyataan ini akan turut mempengaruhi pengundi? Masyarakat telah melihat dr media massa kenyataan seperti ini jesteru terus menyebabkan undi melayu yg dahulunya mengundi Arwah Razali berubah arah.

Ini bertambah parah bila ’Tun Dr Mahathir’ secara tidak langsung mempersoal calon yg dipilih. Suara ’Tun Dr Mahathir’ masih merupakan antara suara keramat dimana
kenyataan beliau mungkin mempengaruhi pengundi2 (ramai rakyat malaysia yg punya rasa hormat pada beliau termasuk saya).

Kenyataan ’TDM’ telah digunakan sebaik-baiknya dlm PRK ini. PR tahu suara ’TDM’ suara keramat malah ia digunakan di hampir kesemua ceramah politik PAS. TDM juga menjelaskan BN kalah kerana undi tidak percaya kepada Paklah.

Skrip sama, lama atau kempen yg lapuk menjadi liabiliti UMNO sendiri. UMNO bagaikan terperangkap pada penjara yg dibuat sendiri. Pembangunan yg dicanang ditepis oleh PAS yg mempertikai kedudukan terengganu sbg negeri kedua termiskin walaupun Negerinya Kaya.

Satu lagi perkara yg perlu diteliti adalah ’Projek-projek Khas’ @ terkejut. Rakyat @ pengundi merasakan kerajaan BN tidak ikhlas dalam pemberian bantuan atau dana. Ia bermusim. Hakikat yg perlu ditelan oleh rakyat. Tetapi hakikat ini tidak lagi menjadi faktor utk mengundi BN. Rakyat telah sedar projek @ bantuan @ apa-apa peruntukan oleh kerajaan merupakan tanggungjawab kerajaan. Pengundi atas pagar KT bijak dlm menilai peruntukan yg diberi. Mereka merasakan tidak terhutang budi bila bantuan diberi kerana merasakan itu merupakan hak mereka sebagai rakyat.

Pembangunan @ bantuan perlulah berterusan. Tidak bermusim & tidak hanya berlaku pada musim2 tertentu. Tak kiralah ’musim tengkujuh’ atau ’musim ’bah sahaja. Ia perlu berterusan utk rakyat melihat & menilai keikhlasan pimpinan pilihan mereka.

BN telah merasakan perlu berubah sejak kalah dr PRU-12. Ayat-ayat perubahan telah dicanang sejak itu. Tetapi adakah perubahan telah berlaku @ masih mencukupi. Kemelut pemilihan bahagian & kenyataan demi kenyataan dlm UMNO sendiri mengenai ‘politik wang’ telah memberikan persepsi kepada rakyat bahawa UMNO tidak berubah sepenuhnya. Tidak susah utk PR utk mencari modal menghentam BN. Hanya rujuk kembali kata2 @ ulasan pimpinan BN sendiri tidak kira dari UMNO, MCA @ MIC.

Sindrom denial yg menebal juga telah memberikan satu tanggapan yg buruk kepada UMNO & BN. Tanggapan negatif rakyat telah menyebabkan BN dipandang sinis/ negetif oleh pengundi & rakyat kerana disebabkan segelintir ahli-ahli @ pemimpin-pemimpin yg korup & dilanda seribu satu mcm masalah.

Jika diteliti keputusan saluran. Saluran yg mempunyai ramai pengundi muda lebih cenderung kepada PR. Utk pengetahuan lebih 40% pengundi pd PRU-13 nnti merupakan pengundi muda dlm lingkungan 23-40 tahun. BN telah tahu kecenderungan pengundi muda lebih kepada PR. Apa yg telah dibuat utk mendekati pengundi muda ini?

POST-mortem yg benar-benar ikhlas & terbuka perlu diberi perhatian kepada BN dlm mencari kelemahan jentera parti & kerajaan. Jgn disebabkan post-mortem tidak memberikan kelebihan kepada BN maka ia dilupakan. Kenyataan naib presiden UMNO juga perlu diberi perhatian yg serius oleh UMNO. Biar ’sakit hati sekarang dr menyesal di kemudiann hari’.

PR @ PAS

Meskipun telah menang dlm PRK ini perlu diteliti & dilihat kenapa majoriti yg lebih besar tidak diperolehi. Dari segi statistik PAS hanya berjaya mengubah hanya 0.61% pengundi dlm P036 bukan 5% yg dicanang. Ramai yg merasakan PAS sepatutnya berpeluang menang dgn lebih besar dlm RPK ini. Kenapa? Ini perlu diteliti sendiri oleh jentera parti! Apa2 pun perlu diberi pujian kepada Tuan Guru Hadi Awang yg bijak dalam penentuan calon yg berkaliber berdepan dgn calon UMNO.

Antara yg menjadi bahan jenaka @ gurauan bila berakhirnya P036 adalah isu pengundi ’Hantu’. PAS tidak habis-habis memainkan isu ini. Tetapi bila PAS menang dalam PRK ini isu tersebut lenyap? Di mana isu rasuah oleh yg dimainkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu? Tidak cukupkah kredebiliti SPR diuji? Tidak yakinkah lagi PAS kpd SPR? Isu ini sepatutnya tidak dimainkan kerana menampakkan ketidakmatangan pimpinan PAS dlm setiap pilihanraya.

PAS perlu sedar sikap menuding jari, fitnah, menakutkan pengundi (dosa/pahala) & lain-lain mungkin tidak lagi mendapat tempat pada masa akan datang. Perubahan perlu dilakukan utk memikat hati pengundi atas pagar kerana mereka yg bakal mencorakkan pola kerajaan di masa hadapan.

Antara sikap PAS yg perlu diubah bila tiba musim pilihanraya adalah sikap terhadap SPR & Pengundi POS. Jika diteliti pengundi POS berjumlah 1,302 tidak berganjak untuk mengundi UMNO (undi POS kpd PAS berjumlah 86 iaitu bertambah 3 drpd 83) ? Sikap PR perlu berubah jika mempunyai cita-cita utk memerintah kerajaan. Pas tidak dipersalahkan dlm PRK ini ttp jentera PR secara keseluruhan & sikap pimpinan atasan PR. Ulasan ttg Pengundi POS.

Meskipun pergeseran awal mengenai soal calon dihadapi oleh PAS ttp ia dilenyapkan oleh semangat jentera PAS yg bersatu apabila calon diumumkan. Penyokong PAS & jentera PAS patut dipuji kerana mempunyai semangat jitu dlm memenangkan calon. Sikap berkorban & berkhitmat tanpa $$ perlu dijadikan sandaran & ikutan oleh ahli-ahli UMNO. Mereka amat semangat berkhitmat tanpa kenal erti penat lelah tanpa juga mengharapkan habuan wang ringgi. Sikap ini tidak terdapat pada segelintir jentera UMNO. UMNO juga tahu akan hakikat ini.

PR perlu melihat mengapa undi Cina merosot di DUN BANDAR. Nampaknya kehadiran 'big figure' dlm DAP tidak memberi kesan kepada pengundi2 Cina. Jadi bagaimana hendak dikatakan UNDI pada PR telah bertambah jika undi bukan melayu berkurang?

Dapat dirasakan bahawa ’kedegilan PAS dlm memperjuangkan prinsip Hudud’ sedikit sbyk telah memberi kelebihan undi terutama dr kalangan pengundi Melayu. Dilihat dr sokongan pengundi maka tidak mustahil prinsip ini tidak sukar utk dilaksana kerana PKR juga telah mmberi lampu hijau dlm isu tersebut. Jerat memakan diri, isu yg dicanang oleh BN telah memakan diri meskipun berjaya mengekalkan hati pengundi berbangsa cina & india. Teruskan usaha PAS utk menegakkan Islah Islam. Buktikan kepada semua ia bukan hanya retorik & ckp semata2.

---------------

P036 berlalu dgn satu lagi semangat & azam baru bg Pakatan Rakyat

Saya merasakan BN & PR akan melalui laluan yg sukar dalam PRU-13. Kematangan pengundi2 dilihat menjadi cabaran bagi kedua-dua pihak. Baik BN utk mengekalkan tampuk kerajaan Pusat @ PR dalam mengekalkan momentum jumlah kerusi yg sedia ada. Tetapi dapat disimpulkan PR telah menjadi ’leading’ dlm erti ini.

Hakikatnya pengundi muda yg merupakan 20-40% pengundi berdaftar dlm PRU-13 perlu dipancing & didekati.

Cuma satu diminta baik UMNO @ PAS. Dalam keghairahan memancing & menambat hati rakyat baik bumiputera & bukan bumiputera PERLEMBAGAAN (Agama, Hak Keistimewaan Org Melayu, Bahasa & Sultan) yg merupakan teras tunjang negara bernama MALAYSIA jgn digadai & tergadai. Bersatulah & senadalah bila isu-isu tersebut disentuh oleh rakan-rakan dlm pakatan / barisan mereka.

Lain-lain Artikel Menarik

Laporan Bebas Pemantau Pilihanraya P036.

Komen di MalaysiaKini

comments

Jan 18, 2009

Pilihan Pengundi - PAS Rampas P036 Kuala Terengganu



Tanggal 17 Januari 2009, tercatat satu lagi lipatan sejarah apabila PAS telah merampas kerusi UMNO P036. PAS telah memenangi kerusi tersebut dgn Majoriti 2,631 undi. UMNO telah memperolehi undi sebanyak 32,883 undi manakala PAS 30,252 undi. Bebas pula 193 undi. Pilihan selera pengundi PAS & BN dikatakan masih sama.

Kesimpulan awal kemenangan PAS mungkin adalah disebabkan faktor calon. Ini dibuktikan kepada jika dikira majoriti undi ADUN2 di ketiga2 kawasan yg dimenangi oleh PAS yg telah menunjukkan sama dgn kawasan parlimen yg baru dimenangi. Ini bermakna Arwah Dato' Razali telah mendapat undi diwaktu dahulu ttp kali ini undi kepada Arwah tidak lagi berpihak kepada Dato' Wan Farid. (mungkinkah faktor Mat Sabu (org luar) sbg calon dahulu?)

BN & UMNO

Berbeza dgn PRU-12 & Permatang Pauh dahulu, BN tampak lebih matang dlm mengharungi kekalahan ini. Dato' Seri Najib secara gentlemen menghadapi jurumedia dgn tenang & dgn tekat utk meneruskan legasi BN dgn lebih keras. (Kenyataan yg bagus utk rakyat). BN tidak menyangka kekalahan ini & drpd menyalahkan kepada faktor2, mereka terus menerima dgn terbuka. 'Post mortem' tntg kekalahan ini amat penting dlm melihat knp BN semakin tidak popular dikalangan rakyat. Kini kerusi BN telah berkurangan 137 & PR telah menambah satu kerusi menjadikannya 82 kerusi.

Pengundi Cina yg dikatakan faktor penentu kemenangan calon tidak dilihat signifikan diwaktu ini. Pengundi2 cina dilihat masih mengekalkan momentun utk memilih calon BN dlm PRK ini. Bermakna pengundi2 luar dr ADUN Bandar telah memberikan kemenangan pada PAS.

PR & PAS

Suntikan kemenangan ini memberi semangat baru kepada PR utk 'target' yg lebih besar. Keputusan ini dilihat sbg pendorong utk PR utk bekerja lebih kuat kehadapan dlm menghadapi PRU-13. Dato' Seri Anwar mengatakan bahawa rakyat dahagakan perubahan? Adakah ini mesej pengundi2 P36 @ hanya petanda PAS semakin kuat dimata org Melayu. Bagaimana jika DAP @ PKR yg bertanding? Adakah kemengangan seperti ini bakal diperolehi.

'Credit' patut diberikan kepada jentera PAS dlm memenangi pilihanraya ini. Bagi PKR & DAP pula mereka perlu menilai & melihat kenapa pengundi bukan melayu tidak berpihak kepada PAS walaupun pujian diberikan drpd Haji Hadi Awang kepada DAP & PKR. Bagi pihak PR pula, 'post mortem' juga harus dibuat dlm menilai kemenangan ini utk bekal pada PRU-13 nnti.

---

Walaupun PAS telah memenangi kerusi P036. Diharap janji2 & iltizam dari kedua2 pihak utk berkhitmat kepada masyarakat berterusan. Janji telah dibuat maka haruslah dikotakan demi kesejahteraan rakyat. Baik YB Mohd Abdul Wahid Endut @ Wan Farid dr BN tidak melupakan komitmen yg dijanji kepada rakyat.

Syabas kepada PAS & MAWE dlm memenangi PRK P036 ini. Tidak mustahil satu hari nnti PAS akan menjadi kerusi dominan dlm PR & diharap PAS tidak melupakan prinsip parti.
comments

Jan 13, 2009

P036 - Kuala Terengganu PRK - Keputusan telah Dibuat?


Tinggal 4 hari lagi untuk berkempen bg kedua-dua parti bertanding. Setakat ini dirasakan kebanyakan pengundi telah memberi keputusan calon pilihan masing-masing. Kebarangkalian pengundi-pengundi berubah hati dlm masa kempen 4 hari terakhir merupakan amat jarang berlaku ’very unlikely’. Seperti yg dijangka pertarungan banner/ poster lebih meriah dilihat 4-5 hari terakhir. Pekerja/ petugas jentera pilihanraya lebih bekerja lebih kuat dr skrg. Masyarakat terengganu telah tahu intipati kempen yg telah dijanjikn/ ditabut oleh kedua-dua pihak. Adalah menjadi kata putus pengundi utk menilai & membuat keputusan.

PEMBERAT CALON

Apa ’significant’ memilih calon BN berbanding calon PAS. Dan apa pula kekurangan calon BN berbanding PAS & sebaliknya. Pertarungan kali ini dilihat unik kerana dilihat pertarungan utk menjadi juara rakyat. Rakyat Terengganu melihat apakah hasilnya kpd kesan kehidupan mereka jika mengundi parti tertentu. Jesteru menunjukkan kelebihan kpd calon BN yg dimana kerajaan negeri Terengganu baru mendapat royalti minyak kembali dr kerajaan pusat. MB Terengganu menjanjikan durian runtuh akan dinikmati & tidak akan sia-siakan harapan rakyat.

Kesemua rakyat bakal mendapat habuan masing-masing bila dilihat MB Terengganu yg baru lantikan Sultan Terengganu sendiri menjanjikan harapan kepada rakyat Terengganu. Beliau menjanjikan yg lain dr kebiasaan BN & bukti kepimpinan dpt dilihat apabila dibawah usaha beliau telah berjaya mendapatkan kembali royalti minyak.

Pengundi mungkin melihat jika MAWE mendapat mandat utk menguasai kerusi KT tidak mengubah atau pembaharuan dpt dilaksanakan memandangkan beliau hanya menjadi pembangkang dlm Terengganu. Kemungkinan limpahan hasil royalti tidak akan dapat dinikmati oleh pengundi Kuala Terengganu jika beliau diberi mandat. Tidak mustahil pandangan ini kerana jika dilihat keadaan DUN yg diwakili beliau dilihat ketinggalan berbanding kawasan lain.


KRISIS EKONOMI

Pengundi-pengundi cina khususnya pengundi cina yg rata-rata peniaga mengharapkan rancakkan ekonomi di Terengganu. Mengundi kepada PR lebih menjurus kpd undi kearah kelembapan ekonomi mereka. Walaupun pada hakikatnya ada segelintir hati mereka ingin mencuba sebaliknya.

Mungkin dliihat sbg berat sebelah ulasan ini tetapi inilah hakikat yg pahit utk ditelan oleh PR & mereka juga tahu. Diwaktu keadaan ekonomi dunia yg tidak menentu, faktor national @ agenda politik picisan tidak dianggap penting oleh sesetengah pengundi. Faktor survival masyarakat dalam dunia yg penuh cabaran memainkan peranan dlm menang @ kalahnya calon.

---
Sepertimana telah dikatakan di perenggan awal tadi. Kebanyakan rakyat telahpun membuat keputusan. Cuma tinggal hari penentuan @ pembuangan undi dimasukkan ke dalam peti lutsinar. Bg rakyat biasa, apa yg mereka mahu adalah kemelut pertembungan politik yg tidak berkesudahan dihentikan & tumpuan patut diberikan oleh kedua-dua pihak (BN & PR) dlm mengharungi cabaran krisis ekonomi global.
comments

Jan 11, 2009

P036 Kuala Terengganu PRK - Pengundi Yang Dilupai -

PENGUNDI YG DILUPAI

SPR telah mengeluarkan & mengedarkan kertas undi kepada lebih 1,302 pengundi POS hari ini. Pengundian telah bermula. Jika difikirkan UMNO telah berada di hapadan mendahului PAS kerana kebanyakan undi Pos berpihak kepada UMNO. Kenapa ini berlaku? Berikut ulasan minda kecil mengenai persoalan tadi.

PAS @ PR

Dalam kerancakan PAS @ PR dlm berkempen, secara tidak sedar mereka telah melupai sekelompok pengundi yg dikira amat penting. Mereka dipanggil sebagai PENGUNDI POS. Meskipun byk pihak dlm PR menentang UNDI POS, tetapi sbg sebuah Negara demokrasi hak utk mengundi oleh Polis, Tentera & pengundi POS lain tidak boleh dinafikan. Kelantangan PR dalam menentang UNDI POS telah menyebabkan byk pengundi pos ‘terasa hati’ lalu mengundi pihak BN. PR dilihat @ digambar tidak pernah melihat memperakui perkhitmatan mereka terhadap rakyat meskipun memenangi 5 negeri.


Polis dikritik dikatakan tali barut BN. SPR digasak dgn mengatakan tidak telus dll & anggota tentera sering diperlekeh oleh PR sbg alat BN.

Sebagai rekod terdapat 1,302 undi pos bagi Parlimen P036. Dlm pilihanraya ini cakap2 ttg undi Pos telah dinyatakan oleh PAS. Ttp nada yg dicanangkan oleh PR tidak akan memberikan pengundi pos pilihan selain memilih BN atau Undi Rosak. Salah siapa pengundi Pos memilih BN ? Sikap PR itu sendiri perlu dipersalahkan kerana sering menjadikan mereka bahan tomahan, ejeken & bermacam2 lagi hasutan bertujuan memperlekehkan pengundi ini.

UMNO @ BN

UMNO @ BN telah melihat pentingnya pengundi POS utk kemenangan byk kerusi BN. Sifat kerajaan BN sendiri yg memperakui & menghormati profession Polis & Tentera dibalas dgn undi2 daripada mereka. Sifat kerajaan yg amat ikhlas dilihat jelas bila elaun-elaun para tentera & polis dinaikkan dr semasa ke semasa. Dipihak polis pula kerajaan memperakui perkhitmatan mereka dgn memberi elaun tambahan mengikut gred.

Perlu diketahui bahawa pada PRU-12 lalu terdapat sejumlah 221, 085 pengundi POS diseluruh negara. Jika sikap PR terhadap pengundi-pengundi POS ini tidak berubah maka jgn disalahkan SPR jika PRU-13 tidak berpihak kepada mereka kerana undi POS. Jangan sekali-kali menafikan hak mereka untuk mengundi bila tiba pilihanraya umum. Mereka juga punya hati & perasaan yg menjalankan amanah demi keamanan negara. Pakatan Rakyat perlu menjaga hati pengundi-pengundi POS ini kerana mereka merupakan undi penentu dikebanyakan kawasan yg berstatusnya ’kelabu’.
comments

Jan 10, 2009

Pilihanraya Kecil P36 – PERTARUHAN

Pilihanraya Kecil P36 – PERTARUHAN

PRK-P36 merupakan pertaruhan yg amat tinggi utk kedua2 parti gabungan iaitu Pakatan Rakyat & Barisan Nasional. Kedua2 parti telah mempertaruhkan kredibiliti, semangat moral & harapan pada pilihanraya ini diterjemahkan oleh rakyat. Sebenarnya pilihanraya ini dilihat pemerhati sebagai mukaddimah kepada PRU-13. Jesteru, menunjukkan betapa pentingnya pilihanraya ini. Pecahan pengundi yg unik di kawasan ini dilihat pemerhati sebagai menggambarkan keadaan sebenar kebanyakan kawasan parlimen di Malaysia.

PAS & Pakatan Rakyat

Kemenangan PAS adalah teramat penting utk menunjukkan betapa tsunami politik rakyat masih berlaku & akan terus berlaku. Jika kemenangan berpihak kepada PR nescaya semangat bahawa PRU-13 bakal menjadi milik PR tidak lagi mustahil. Disbbkan inilah kemenangan calon PAS dlm P36 adalah amat kritikal utk menunjukkan PR menjadi pilihan majoriti rakyat.

Omong 16 September yg menjadi bualan rakyat merupakan satu kisah yg mencalarkan imej PR. Imej PR hanya dapat dipulihkan jika pengundi memberi mandat utk memenangi kerusi P36 Kuala Terengganu. Kemenangan di pihak PAS juga akan menangkis dakyah BN bahawa kemenangan kebanyakan kerusi PR di seluruh negara adalah angkara undi protes rakyat.

PAS yg menjadi teras sokongan org melayu perlu menunjukkan kepada rakan2 PR terutamanya DAP utk tidak memandang PAS sebelah mata. Harapan PAS akan menjadi amat cerah utk memenangi kerusi2 majoriti Melayu yg lain jika mereka berjaya menang dlm PRK ini.

UMNO & BN

Keperluan mengekalkn kerusi P36 dilihat sbg cabaran lebih berat kpd UMNO berbanding PAS. BN perlu membuktikan kepada PR bahawa tsunami politik yg berlaku pada Mac lalu merupakan undi protes kerana krisis kepimpinan BN & kerana jeritan rakyat tidak diendahkan. Cabaran utk MCA utk mengekalkan parti dominan bagi kaum Cina juga amat jelas bilamana MCA telah mengerahkan jentera partinya utk berkempen secara ’efficient’ di kawasan Bandar.

Apa2pun jentera BN yg baru pulih dr kejutan politik Mac kelihatan lebih bersemangat & mantap. Malahan Paklah juga merasakan tempias bahang PRK ini malah menyeru jentera parti agar bekerja kuat demi kemenangan calon.

PERSONALITI

Antara personaliti yg secara tidak langsung dipertaruhkan adalah Dato’ Seri Najib & Dato’ Seri Anwar. Kedua2 pemimpin parti ini sebenarnya sedar diri mereka turut dipertaruhkn dlm pertembungan ini. Kalah @ menang akan menunjukkan keadaan mood rakyat terhadap parti masing2. Menang @ kalah juga bakal digunakan oleh pihak masing2 utk menjatuhkan moral pihak lawan.

Kemenangan di pihak BN akan menambahkn keyakinan terhadap DSN sebagai bakal perdana menteri. Kemenangan di pihak PR pula akan mengukuhkn angan2 DSAI utk mmbentuk Kerajaan PR pd PRU-13 nnti.

Kesimpulannya kedua-dua calon PAS & UMNO merupakan insan yg paling tertekan dalam PRK ini. Mereka tidak dapat menafikan terdapat tanggungjawab yg amat berat dipikul oleh mereka demi kemenangan masing2. Seluruh negara tertumpu kepada percaturan 2 tokoh ini dlm memenangi PRK ini dgn sokongan jentera masing-masing.

Calon Bebas Azharuddin Mamat merupakan calon yg paling 'rilex' & kelihatan tidak begitu tertekan kerana hanya yg duit $$ dipertaruhkan. Menang @ kalah akan menjadikan beliau terpahat sbg satu lagi lipatan sejarah unik PRK P36. comments

Jan 9, 2009

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu P36 - Analisis Ke-3 (UMNO Vs PAS)

Hari kedua dilihat lebih menarik dr semalam. Malam tadi menyaksikan dimana ceramah “Mega“ dianjurkan bersama oleh PR. Antara yg hadir merupakan tokoh2 besar pakatan rakyat seperti DSAI, Lim Kit Siang, Tuan Guru Nik Aziz & Presiden PAS di kampung Tanjung Kapur. Seperti biasa turnout yg hadir adalah amat besar. Ttp apa yg jelas tiada isu yg besar dimainkan. PR seperti ketandusan isu utk menyerang pihak BN. Antara isu yg diketengahkan adalah isu dimana Dato’ Razali disisihkan oleh pihak UMNO, menyamakan BN sbg Israel, UMNO sebagai Fatah & bbrp point lain yg boleh dianggap tidak releven dgn pengundi.

UMNO pula cuba menggunakan pengaruh kedatangan Paklah dlm rangka lawatan ke Terengganu sbg pemancing undi. Samaada kedatangan beliau bakal mengubah persepsi pengundi @ sebaliknya tidak diketahui. Sesetengah pemerhati politik menyatakan komen Mahathir ttg calon memberikan impak kepada UMNO. Ttp disangkal oleh kebanyakan pihak kerana Paklah hanya menunggu masa utk turun dr takhta menjelang Mac 2009.

ISU TERBARU

UMNO

Telah mula memainkan isu lama iaitu isu Tadika Kemas ditutup di negeri terengganu pada waktu zaman Terengganu diperintah PAS. Kedengaran semula mainan CD2 & sketsa dimainkan di pusat2 gerakan BN “Masihkah Kau Ingat“. Isu ini merupakan isu killer pada PRU-11 yg lalu dimana PAS gagal mempertahankan kerajaan Negeri Terengganu.

Isu lama telah menjadi baru apabila peluang diberikan oleh kerajaan Perak & Selangor. Isu ini akan digunakan habis-habisan di Terengganu. Secara sedar @ tidak oleh MB Perak & Selangor telah membuka isu baru yg menyaksikan penggunaan meluas dlm kempen2. PR di Perak & Selangor patut dipersalahkan jika kempen UMNO berkesan.

PR sepatutnya perlu mengamalkan sikap berhati2 menjelang hari pengundian. Sebarang salah langkah oleh mana2 ahli2 PR boleh menjejaskan sentimen pengundi.

PAS

PAS telah mula bersifat defensive apabila memainkan isu yg dikira tidak releven. Isu yg mengatakan penggunaan wang oleh BN bersifat tidak meyakinkan rakyat. Ini diburukkan lagi kerana tiada laporan polis dibuat. Memainkan isu seperti ini tidak menjamin perubahan hati pengundi kepada PAS. Lebih buruk lagi bilamana ini membuktikan PAS @ PR sudah ketandusan idea dlm kempen tersebut. Sememangnya diketahui sesiapa sahaja yg memegang tampuk pemerintahan negeri @ pusat akan menggunakan jentera @ kuasa demi kemenangan calon masing2.

Perkara yg serupa juga berlaku di Permatang Pauh bilamana Lim Guang Eng telah mengumumkan peruntukan utk membantu golongan miskin & rebet utk rumah ibadat. Tidak lupa juga cuti umum diumumkan pada hari pemilihan sbg hadiah kepada rakyat

Pulau Pinang. Jadi apa bezanya antara PR- BN? Yg untung sewaktu pilihanraya kecil adalah rakyat sendiri. Biarlah pembangunan terdesak / tergesa2 berlaku kerana ini menguntungkan rakyat.

Satu lagi bukti ketandusan idea PAS adalah bilamana Mustafa Ali dlm temuramah mensifatkan PAS-Hamas & UMNO-Fatah. Cuba fikir-fikirkan adakah rakyat marhain akan terpengaruh dgn kenyataan ini. Fikir-fikirlah sendiri adakah kenyataan diatas akan menolong calon PAS?

MCA

Kegusaran BN kepada pengundi cina jelas dilihat apabila jentera MCA bergerak dgn kuat disekitar bandar. Jelas jika PR tidak mengambil kesempatan diatas pengaruh pengundi cina maka tidak mustahil kemenangan akan jelas berpihak kepada BN.

PKR & DAP

Seperti yg telah dinyatakan dalam analisis pertama, isu HUDUD tidak harus sama sekali dijadikan topik dlm pilihanraya kecil ini. Jelas isu ini telah menyebabkan pergeseran antara DAP – Karpal Singh & PKR - Anwar Ibrahim. Jelas PR telah memasuki perangkap BN dalam isu ini. Sepatutnya pendekatan berdiam diri perlu dilaksanakan sehingga habis pilihanraya.

Dalam konteks Undi, penentuan kemenangan didominasi oleh bukan melayu akan menyukarkan jentera DAP utk memancing undi kerana isu ini.

PERKARA YG PERLU DITEKANKAN

Jelas hasil temuramah pihak media BN menyatakan pengundi cina mahu mengenali hati budi calon. Meskipun ini merupakan hasil ulasan media BN ttp ini tidak patut dipandang remeh oleh mana2 calon. Lebih lawatan ke kawasan bandar diperlukan oleh PAS atas kerjasama DAP & PKR. Dari pihak UMNO pula, pengggunaan pengaruh GERAKAN & MCA dlm mendekati pengundi2 cina perlu dipertingkatkan.

Apa2pun tinggal bbrp hari lagi sebelum hari pembuangan undi. PR patut mencontohi BN apabila menjawab sesuatu isu yg ditanya oleh pemberita @ pihak lawan.
comments

Jan 7, 2009

P.36 – Hari Pertama Kempen – Analisis

Perang saraf dr kedua2 pihak telah bermula. Kempen2 & ceremah2 pada malam hari mula dibanjiri segenap pelusuk daerah Kuala Terengganu. Tidak pula diketahui rakyat2 yg membanjiri ceramah2 pilihanraya adalah pengundi2 itu sendiri @ hanya penyokong2 yg dtg dr segenap pelusuk Negara.

Kempen Calon & Strategi

Pada dasarnya dilihat kedua2 parti yg bertanding telah mengetengahkan konsep kempen yg sama. UMNO dgn ’Mesra Rakyat & Kebajikan’ & PAS dgn ’Berubah Demi Kesejahteraan Hidup’. Mari kita lihat lebih mendalam ttg kempen kedua2 calon bertanding.

UMNO

UMNO telah memulakan secara tidak langsung kempen pilihanraya sejak Dato’ Wan Farid diumumkan sbg calon. Strategi UMNO yg agak lain dr kebiasaan dilihat oleh pemerhati utk memantapkan @ mengelakkan perpecahan undi protes dlm UMNO sendiri. Ini terbukti & benar bilamana waktu diantara tarikh beliau dicalonkan ke tarikh penamaan calon digunakan sebaik2nya oleh beliau utk melawat kesemua cawangan UMNO di Kuala Terengganu.

UMNO akan telah mengetengahkan konsep “Mesra Rakyat” dlm pertarungan ini. Calon menggunakan pendekatan kempen rumah ke rumah & ceramah berkelompok utk memberi ruang kepada org ramai mendekati calon BN. Pendekatan ini dikatakan amat berkesan kepada para pengundi.

Fokus kempen adalah kebajikan 80,229 pengundi di Kuala terengganu. BN yg mmberikan penekanan kepada kebajikan, mesra rakyat & mesra pengundi.

Memetik kata-kata Dato’ Wan Farid semasa ditemuramah.
”Berilah peluang kepada saya supaya saya boleh berikan peluang kepada mereka”

Lebih tumpuan perlu diberikan kepada pengundi muda cina seperti yg disarankan oleh Tsu Koon Gerakan.

PAS

Kelewatan PAS dlm mengemukakan calon yg bertanding telah menyebabkan PAS terkebelakang dlm sesi memperkenalkan YB Mohd Abdul Wahid Endut kepada ahli2 PAS sendiri & para pengundi. Malahan terbukti apabila ada ahli2 komponen PR sendiri tidak menyangka beliau yg dilantik menjadi calon kerana desas desus menyatakan Syed Azman yg akan mewakili PAS.

Kempen calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut pula mengetengahkan ‘Berubah demi kesejateraan hidup’. Memetik kata2 beliau dlm temuramah :-

"Mereka perlu menyokong Pakatan Rakyat kerana selama ini mereka tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaaan Umno-BN.


"Kita perlu mengubah keadaan tersebut, sepertimana tema yang saya ketengahkan pada kempen saya iaitu Berubah demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau juga yakin Sokongan Pengundi cina akan memihak kepada PAS.

Perang Saraf Media

Ketiadaan strategi fokus PR dlm kempen pilihanraya ini telah menjadikan kempen pada pihak PR kelihatan hambar & hanya dipenuhi ceramah2 umum yg berkisar topik2 lapuk & kusam. Yg lebih menyedihkan lagi apabila media PR dilihat tidak digunakan sepenuhnya utk mendekati pengundi. Jika dilihat & diteliti penggunaan media agak terbatas. Calon PAS tidak ditonjolkan sepenuhnya & credibility beliau tidak ditonjolkan terutama sekali di kalangan penyokong2 komponen PR yg lain. Suara Keadilan online & DAP online tidak memberi liputan yg meluas kepada calon PAS tersebut. Malah harakah online juga dilihat tidak proaktif dlm memberi liputan meluas pada calon sendiri.

BN pada umumnya telah menggunakan media sebaik2nya. Saban hari liputan yg meluas diberikan kepada calon BN Dato’ Wan Farid tidak kira dlm Utusan, Tv3 @ lain2 media yg dikuasai oleh komponen parti BN. Media digunakan sejak awal pengumuman beliau sebagai calon. Dalam erti kata lain pengundi2 atas pagar telah mengenali beliau sebelum penamaan calon lagi.

Media juga mengambil peluang kemelut pergeseran antara YB2 PR utk menunjukkan kelemahan PR. Kemelut pergeseran Klang Sentral & isu Kemas Perak antara isu yg dimainkan pihak media. Dato’ Seri Anwar juga tidak menafikan berlakunya perselisihan faham dlm Pakatan juga dimainkan media utk memberikan perasaan gusar para pengundi.

Kesimpulannya hari penamaan calon & hari pertama kempen menunjukkan kempen dilaksanakan secara tertib oleh kedua2 pihak. Belum ada lagi kedengaran kempen memburuk2 calon. Apa2pun pemergian Dato Razali diingati oleh kedua2 pihak yg bertanding & kedua2 berikrar utk meneruskan legasi allahyarham dlm membela nasib pengundi P36.

Mari sama2 sedekahkah Al-Fatihah kpd allahyarham Dato Razali Ismail.

Sila lihat juga analisis awal P.36

comments