May 5, 2014

Kenapa perlu lepaskan PLUS

Amat menarik tajuk kali ini. Bila minggu ini kita diberitahu PLUS sedang diintai oleh pihak swasta. Atas alasan supaya nanti boleh mengurangkan harga toll sejajar dgn transformasi yg menguntungkan rakyat.

Amat setuju dgn artikel dalam Bernama yg dipetik oleh Utusan bertarikh 5.5.2014. Antara persoalan adalah "Kalau betul-betul nak tolong rakyat, lihatlah lebuh raya bertol dalam bandar, bukan PLUS, kalau sesebuah syarikat ingin mengambil alih tol-tol yg ada, kenapa tidak LDP & sebagainya". 

Seperti yg kita tahu PLUS bukan saja merupakan syarikat dibawah kerajaan @ GLC tetapi PLUS memiliki aset tanah yg tidak ternilai harga bermula dari Perlis hingga ke Johor. Pemilikan yg berkepentingan perlu dikekalkan dibawah agensi dibawah kerajaan utk mengelakkan masalah di kemudian. 

Pada cek la.. Kalau betul prihatin kepada masalah rakyat apa kata ambil alih tol dalam bandar dahulu baru PLUS. Lagipun kalau saham KWSP dilepaskan maka berkemungkinan tahun depan & seterusnya rendahlah dividen yg bakal kita terima sbg pencarum tegar.. 

Pikir-pikir kan lah.. 
comments