Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Jun 9, 2013

Merompak Kerajaan Negeri Selangor secara Sah


Tu dia. 3 wakil dr DAP,PKR& PAS bakal dilantik oleh kerajaan Selangor. Kemudian mereka yg bakal jadi pegawai perhubungan politik kerajaan seperti sama taraf dgn EXCO kerajaan negeri. Dengan gajinya, dengan kuasanya dll. 

Buat pertama kalinya lembaran baru dicipta oleh PR di Selangor. Inilah jadinya bila mabuk kuasa. Menghabiskan duit cukai rakyat. Sedangkn depalah juara bila bercakap hal-hal BN menghabiskn duit kerajaan. Tapi biasala.. Elok untuk depa tak elok untuk org lain.. Cakap tak serupa bikin..

http://m.malaysiakini.com/news/232350


comments

May 31, 2013

PAS 4 EXCO SELANGOR! TAHNiah .. Tapii

Cek ucapkan tahniah kepada PAS Selangor kerana kali ini berada dlm senarai EXCO Kerajaan Negeri Selangor setelah sebelum ini dipinggirkan. 

Maka dgn itu kecohlah satu Malaya PAS mendabik dada yg mereka menjadi juara! Jelir lidah pada UMNO yg sblm ni dok ramalkan yg PAS bakal disisihkan.

Tapiiiii.. Oppsss.. Cer tunggu kejap.
PAS dpt jawatan apa yer?
1- Perumahan? - Jenuhla nk settle kes rumah mampu milik.
2- Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian & Pembangunan Desa - Exco yg pakai duit & harapan agar dptla duit dr Kerajaan Negeri
3- Pendidikan? - Unisel!? 
4- Belia & Sukan, infra & kemudahan awam - Pas sukan? Hehe

Sebaliknya EXCO yg byk fulus $$& dipegang oleh PKR & DAP. Hahahaha. Mmg masih betullah PAS diperkudakan.. 
Kah kah kah..

Mari kita tgk apa yg DAP dapat :-
1- EXCO KERAJAAN TEMPATAN - $$$$
2- EXCO PEKERJA LADANG, KEMISKINAN & KERAJAAN PRIHATIN - $$$$$
3- EXCO PELABURAN, PERINDUSTRIAN, PEMBANGUNAN KG BHARU, PEMUTIHAN KILANG HARAM - $$$$$$

PKR pulok:
1- MB - KEWANGAN -  $$$$$ 
2- EXCO PELANCONGAN - $$$$$
3- EXCO KEBAJIKAN - $ 
4- EXCO KESIHATAN & PEMBANGUNAN USAHAWAN- $$$$$

Nak kata apa!! Betui tak apa cek
Kata.. KASIHAN sungguh dgn PAS.

comments

Apr 26, 2010

Ayam Pencen Kalah ~ PRK Hulu Selangor

Akhirnya selepas 9 Pilihanraya Kecil BN berjaya membukti mereka kembali relevan dgn memenangi PRK Hulu Selangor sekaligus merampas tempat Parlimen yg dipegang PKR.

Disebalik protes secara nyata & senyap drpd block PKR & PAS. Anwar ttp meneruskan hajat mencalonkan Zaid yg penuh dgn kontravesi dgn harapan rakyat boleh diperbodohkan oleh PR. Maka kali ini bukan BN yg diajar oleh rakyat tetapi PKR @ PR yg diajar supaya tidak memperbodohkan rakyat. Kalaulah PR meletakkan calon drpd PAS kemungkinan besar harapan utk menang tu ada. Tapi tidakkk.. Anwar juga yg tahu segalanya kehendak mereka dgn meletakkan ayam penuh kontravesi & pencen bagi mewakili calon mereka. Degil kata salah seorg sahabat yg pro-PAS.

:) Walaupun diberi fatwa & sokongan oleh Tok Guru, dia tetap kalah. Kelakar melihat beliau di sebelah Tok Guru memakai ketayap. Jarang benar lihat beliau begitu. Tetapi lembaran bi-election ini makin menarik bilamana Tok Guru secara terang2 melawan titah Tuanku Sultan Selangor yg melarang masjid & surau dipolitikkan. Lepas tu buat2 tak mengaku salah & tuduh media walaupun percakapan beliau sendiri dirakam. Samalah mcm anak buah beliau di Perak iaitu Ir. Nizar bila berckp dlm Parlimen yg berkata PAS tidak memperjuangkan agama Islam.

Dipihak BN pula, mestikan manis menjulang kemenangan tetapi pada saya ia belum cukup boleh lena. Sebabnya dgn hanya majoriti 1700+ tidak menampakkan kekuatan kembali BN. Muhasabah & kajian perlu diberikan kenapa ia tidak begitu tinggi dibanding dgn 'effort' yg dijanakan oleh BN. Kenapa pengundi Cina masih tidak memberikn undi kepada BN? Itu kadang2 berbuih2 kali dah cakap kenapa perlu BN perlu bagi perhatian lagi kepada kaum Cina sedangkan mereka tidak menyokong BN. Berilah & bagilah tumpuan pada pengundi Melayu & India yg dimana mereka lebih bersyukur dgn apa yg diterima.

Ini juga membuktikan yg MCA & Gerakan masih belum benar2 pulih. Pergolakan MCA yg baru berakhir bulan lepas belum menunjukkan 'result' lagi. Ia perlukan anjakan paradigma yg menyeluruh & serius kepada parti komponen BN tersebut.

p/s: Nasibla PR tidak meletakkan calon PAS dlm PRK ini kalau tidak rasanya kompom bungkus BN.. Kemenangan yg tidak boleh dibanggakan sangat~ comments

Nov 17, 2009

Penasihat 1 RM

"Hahaha.."

Itu reaksi awal cek bila dgq DSAI menjadi penasihat Selangor dgn gaji RM 1. Teringat dengan spontan kata-kata 'mat salleh' kat office cek bila dia mengulas menyesal memberi kerja renovation office pada quotation yg rendah harganya.

"We pay peanut, so get Monkey work-lah"

Tak cukupkah 'track record' Anwar bilamana beliau menjadi pemangku perdana Menteri sekejap pada tahun 1999. Tak ingatkah kita pada krisis tersebut & langkah DSAI yg menyebabkan ramai peniaga gulung tikar & bankrup (cek ada sorang sedara yg sampai la ni 'effected/ blacklisted' hasil dr krisis tersebut). TQ Anwar kerana merosakkan masa depan ramai orang.

Even Tun Mahathir pun secara sponton 'gelak' dgn perlantikan tersebut. Bukan kita nak pertikaikan kredebiliti DSAI. Tapi secara track record mmg hancus nak buat macamana. Takkan kita nak tutup mata sebelah kot? Jadi sebenarnya pada saya perlantikan DSAI adalah bermotif politik bukannya seperti yg diwar-warkan.

Almaklumlah, secara tak langsung beliau dilantik menjadi penasihat Elaun beliau berjalan & mendapat mandat secara tak langsung utk campur tangan dalam agenda Negeri Selangor yg dikuasai PKR. Tapi kalau difikirkan-lah, kalaulah DSAI hebat sangat kenapa Pulau Pinang, Kedah & Kelantan tidak mengikut langkah yg sama melantik DSAI menjadi penasihat. Sekurang-kurangnya dapatlah beliau RM 4.00 sebulan.

Apa-apa pun terubat juga kebosanan cek dua tiga hari ini bila mendengar berita lawak ni..

p/s: Tahniah, DSAI.. Jadikan itu sbg amanah bukan suka-suka. Tunjukkan kehebatanmu jgn takat sembang tak jatuh. comments

Sep 10, 2009

Double Standard ? ~ Kes Kepala Lembu

Semalam dengan efficientnya pihak Pendakwaraya & Peguam Negara mengambil tindakan mahkamah diatas kes kepala lembu sebilangan rakyat marhaen di Shah Alam. Bukan bersifat untuk menyokong perbuatan yg tidak sepatutnya dibuat tetapi persoalan kenapa 'efficiency' pihak peguam Negara dalam melayani isu ini.

Jika kita bandingkan, terdapat beberapa lagi isu sensitif yg melibatkan VIP Pakatan Rakyat. Contohnya kes penghinaan Karpal terhadap Sultan, kes Pemuda DAP di Penang yg mengutuk Riduan Tee (menyentuh juga org2 Melayu), kes mempertikaikan azan, kes Hindraf yg jelas mempunyai bukti menyentuh hati org Melayu. Dimana 'efficiency' pihak Peguam Negara terhadap kes-kes seperti ini. Atau mungkinkah Peguam Negara takut bila berdepan dengan VIP2 tetapi amat garang bila berdepan yg rakyat marhaen yg cuba bersuara utk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap permasalahan di tempat mereka.

Cuba kita lihat betapa banyak laporan polis dibuat utk hanya menggerakkan kes terhadap Karpal Sigh atas kenyataan biadap mencabar keistimewaan Sultan Perak. Cuba pulak lihat berapa banyak laporan polis dibuat utk menggerakkan kes terhadap 6 org yg terlibat dalam kes memijak kepala lembu. Kemudian cuba kita lihat pulak berapa bulan diperlukan utk membawa Karpal Sigh utk dihadapkn ke Mahkamah & bandingkan berapa hari diperlukan utk membawa kes kepala lembu ke Mahkamah. Fikir & analisis sendiri.

Sikap seperti inilah yg kadangkala mengundang persoalan kepada majoriti org Melayu khasnya. Banyak lagi yg boleh dikupas misalnya bila kerajaan berdepan dgn permasalahan ekstremist Islam pihak berwajib amat cepat bertindak. Tetapi amat 'slow' untuk bertindak terhadap gangsterisme underworld dikalangan kaum tertentu. Mengapa ya?

Cukuplah & jgn terlalu memilih bulu dalam melaksanakan tindakan. Ia seolah-olah double standard kepada org Melayu terutama sekali bila melibatkan isu sensitif. Jangan dijolok sarang tebuan & jgn diuji kesabaran mereka. Kelak PRU-12 berulang @ mungkin lebih teruk jika seseorg mengambil peluang utk menjadikan ia suatu isu. comments

Aug 30, 2009

Protest & Lembu ~ Isu Seksyen 23 Shah Alam

Apala salah ko lembu

Negara dikejutkan oleh protes yg diadakan oleh sebilangan penduduk Seksyen 23 Shah Alam. Meskipun begitu bukan protes yg menjadi kejutan (kerana sejak akhir2 ini ia menjadi seperti lumrah) tetapi 'Kepala Lembu' yg dibawa oleh seorg yg tidak diketahui.

Adapun adalah amat tidak wajar kepala lembu tersebut dibawa oleh mereka & tindakan mereka memperlakukan kepala lembu tersebut adalah tidak elok baik dr segi adat susila org Islam ataupun org2 Melayu. Other Perspektif mengutuk tindakan tersebut.

Meskipun begitu kita perlu lihat secara dgn lebih dalam apa yg sebenarnya berlaku disebalik protest tersebut. Ia berikutan tindakan Kerajaan Selangor yg tidak mengendahkan luahan penduduk Seky 23 yg membantah pembinaan Kuil di kawasan mereka. Ditambah lagi dgn bagaimana YB-YB yg dilantik oleh mereka seolah-olah meminggirkan mereka malah tidak mahu mendengar rintihan & keluhan mereka.

Perlu diingat satu sahaja. Jgn dipolitikkan isu tersebut. Mereka yg terlibat & menyatakan bantahan adalah rata-rata penduduk Seksyen 23 tidak mengira fahaman politik membantah pembinaan kuil tersebut yg dirasakan tidak relevan di kawasan yg mempunyai majoriti 80% org Islam & hanya 40 keluarga India. Jadi kenyataan Ahli Parlimen Khalid Samad & ADUN YB Rodziah seolah2 mahu melepas tangan dgn menyalahkn UMNO. Kelakar bukan? Kenapa rintihan penduduk utk mengadakan perbincangan diendahkan? Kenapa takut kepada keputusan Kerajaan Negeri?

Jika dibandingkan Kes protest ini dgn Kes protest pembinaan Hypermarket di Kota Damansara maka kita boleh simpulkan YB yg terbaik. Nampaknya YB Dr Mohd Nasir Hashim lebih memahami isi hati penduduk setempat drpd kedua-dua YB ini. YB Dr Mohd Nasir berdiri disamping rakyat yg mengundi beliau drpd lari bersembunyi disebalik kerajaan negeri. Syabas YB Nasir.

Tindakan susulan oleh MB Selangor Dato' Khalid 'untuk' mengadakan perbincangan dgn penduduk Seky 23 semacam terlambat. Ini kerana sepatutnya perbincangan perlu diadakan sebelum keputusan dibuat (kata putus utk pindahkan Kuil ke Seky 23) @pun selewat-lewatnya pada waktu protest pertama iaitu bbrp minggu yg lalu. Kita lihat betapa lembapnya Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu tersebut & kita boleh faham kenapa sesetengah dr mereka bertindak melampaui tata susila sebagai seorang Islam.

Apa-apa pun jgnlah pihak masyarakat India terlalu terasa hati diatas isu ini kerana ini merupakan aksi segelintir pihak sahaja yg tidak boleh mewakili masyarakt Islam Seky 23 mahupun Malaysia. Seperti juga org Melayu yg tidak terasa hati dgn tindak tanduk Hindraf & bbrp ADUN dr DAP & PKR yg kadangkala melampaui tatasusila negara majmuk ini.

Other Perspektif mengutuk sekeras-kerasnya tindakan protest yg menggunakan binatang yg tidak bersalah ttp menyokong protes terhadap isu tersebut. Dan mengutuk sekeras-kerasnya sikap 2 YB yg tidak mahu turun padang utk selesaikan masalah tersebut sehingga berlaku peristiwa tersebut.. TAKBIR!

Related Story :

comments