Sep 18, 2010

Datuk Sosilawati, Majlis Peguam & Pembangkang

Kita dikejutkan dgn kes kemation & kehilangan Datuk Sosilawati jutawan kosmetik Malaysia bersama peguam, pemandu & pegawai Bank. Di bulan yg mulia & disaat org ramai sibuk berhari raya amat sedih & tragis dgn apa yg berlaku sekarang. Cek taknak mengulas lanjut ttg kejadian tersebut cuma nak merungkai bagaimana kes bertempat di hati masyarakat. Betapa double standardnya parti Pembangkang, Majlis Peguam & juga individu2 tertentu bila berdepan dgn kes ini.

Jika dahulu kes Teoh Beng Hock & Kugan, walaupun belum apa2 habis satu Malaysia dijaja SPRM dituduh & badan penguatkuasa Polis dituduh & dihina sedemikian rupa. Kenapa? Habis semua nak jadi Hero'. Press conference tak habis2, berarak sana sini & cuba menuduh badan kerajaan bertanggungjawab atas kejadian yg berlaku terhadap dua mendiang tersebut.

Betapa double standardnya mereka bila berhadapan kes ini. Bukan nak kata apa, tapi melawat keluarga mangsa pun tidak (mana Nizar ni) Adapun Nik Aziz yg datang yang lain tak tahula. Kalau Kugan dgn Beng Hock habis satu mahkamah penuh dgn puak2 depa. Apatah lagi nak bertanggungjawab atas perbuatan ahli mereka (tapi katanya bekas ahli). Apa-apapun ia cukup utk mencalarkan Majlis Peguam. Oh ya, dipahamkan suspek yg terlibat merupakan ahli seumur hidup Parti Politik tertentu (ini pun disangkal). Malah mereka ini juga merupakan AHLI MAJLIS PEGUAM (tapi katanya dah bekas Ahli) or BAR COUCIL yg pada ketika kes Teoh & Kugan merekalah juara mengalahkan yg lain. (kita tgk sapa nanti bakal jadi Peguam Suspek utama kes ini nnti).

Kalau lah pihak politik dr BN berfikir sebagaimana PR maka sudah lama suspek2 yg kejam ni dikaitkan dgn parti Politik & Majlis Peguam dek kerana 'connection' yg tidak boleh disanggah lagi. Tapi ahli politik BN matang , tak pulak BN nak kaitkan dgn sesiapa. Cuma yg menjadikan mereka-mereka ni panas punggung sebab 'Public Opinion' dah buat persepsi yg mereka ni cuma bertindak & bercakap kepada 'selective quater' of people.

Jgnla dok kata yg hangpa waktu kes Teoh tak berpihak mana2. Tgk saja disini & disini. Kalau dibaca Kes Kugan, Bar Council mahukan independent probe (ceewahh). Kalau di kes Teoh mereka termasuk dalam golongan NGO yg mahu continous support on the case (perhh). Jadi utk Kes Sosilawi apa statement hangpa? Wahh.. Ini merupakan terang terangan bias terhadap kes-kes. So jgnla Bar Council @ Majlis Peguam menafikan apa yg berlaku. Oklah cukup2 la.. Nanti lebih2 cakap pulak nnti kena saman pulak.

Apa-apa pun, yg jelas majoriti masyarakat (terutama org Melayu) melihat bagaimana sesetengah pihak lebih sensasi @ aktif bila melibatkan kes yg menguntungkan mereka. Kes yg boleh menjatuhkan apa2 badan yg berkait dgn kredibiliti kerajaan. Biasala.. inilah sifat mereka..

Al-Fatihah utk Allahyarham Sosilawati & 3 yg terlibat & takziah kepada keluarga mereka.

p/s: Takut nak ke Banting.
comments

Sep 10, 2010

Salam Aidilfitri & Selamat Merdeka Negaraku (belated)


Di kesempatan ini cek nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin kepada semua blogger & pengunjung Other Perspektif.

Amat jarang-jarang kita menyambut bulan kemerdekaan dekat dgn bulan kemenangan iaitu 1 syawal. Disambut pula dgn hari 16 September iaitu bulan terbentuknya Negara tercinta ini.



Jangan ditanya apa jasa negara tercinta ini terhadap kita tapi apa yg jasa kita pada Negara.



Renung-renungkanlah..



Cek mintak maaf kalau ada artikel & penulisan yg telah dibuat selama lebih kurang setahun dua ni menyentuh jiwa @ hati mana2 pihak.. Moga cek akan lebih kritis & bersuara demi membela Negara tercinta yg berteraskan PERLEMBAGAAN Negara.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

~~
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YG KE 53

&

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..



comments