Feb 3, 2009

Pakatan Rakyat Perak & Konspirasi Teori PKR


Terpanggil untuk memberikan pendapat mengenai apa yg berlaku di Perak. Kekalutan yg timbul sejak hujung bulan Januari telah berlanjutan dgn berita gempar 2 ADUN Perak PKR mungkin menjadi ADUN Bebas.

Tetapi berita & jln cerita yg menjadi persoalan. Kenapa yg mengishtiharkan keluar parti merupakan Speaker DUN Perak & bukan 2 ADUN tersebut? Surat yg ditandatangani Mac tahun lepas digunakan utk meletakkan jawatan mereka sebagai DUN secara rasmi.

Konspirasi Teori - PKR

Terdapat pendapat mengatakan bahawa tindakan 2 ADUN ini hanyalah menurut perintah dalaman PKR. Kedua-dua mereka telah sedia maklum mempunyai masalah berhadapan dgn ’conviction’ SPRM dgn tuduhan mengambil rasuah melibatkan project perumahan bernilai RM 180 Juta. Dan kemungkinan tuduhan yg dihadapi mereka akan selesai dgn hakim meletakkan mereka sebagai bersalah lebih2 lagi rakan mereka yg penuh dgn kontravesi ’sedekah seks’ telahpun mengaku bersalah (secara tak langsung). Telah sedia maklum juga jika mereka didapati bersalah, kemungkinan kerusi yg diwakili mereka secara undang-undang akan diistiharkan kosong & PRK akan berlaku lambat laun. Jadi perancangan awal utk mengosongkan kawasan tersebut dibuat dgn lebih awal & teliti oleh PKR bg menjamin kerusi tersebut.

Dato Seri Anwar Ibrahim amat licik dlm membuat perhitungan & perancangan. Ini tidak dinafikan. Masih teringat insiden bilamana DSAI bersembunyai di Kedutaan Turki atas alasan (tidak masuk akal) kerana risaukan keselamatan beliau. Mungkin ini adalah salah satu lagi perancangan beliau dgn membuat konspirasi yg amat berbahaya & licik. Kemungkinan kedua-dua ADUN tersebut memang menghilangkn diri tetapi dlm pada itu hilang dalam perancangan dgn ketua PKR mengenai konspirasi ini & selepas itu berjumpa dgn pimpinan UMNO utk memancing ’kepercayaan’ mereka. Perancangan yg amat licik ’serampang dua mata’ yg bertujuan utk membuat sedikit kecoh dgn menyalahkan UMNO atas apa yg bakal berlaku (cerita mereka ini hendak letak jawatan).

Pimpinan Pakatan Rakyat Perak yg tidak mengetahui perancangan teliti ini akan terbawa-bawa dgn permainan perancangan DSAI & inilah yg dimahukan dalam perancangan ini. Kenapa? Kerana dgn menggambarkn 2 ADUN ini dibeli oleh UMNO akan memberikan info tersirat kepada rakyat bahawa BN telah merasuah 2 ADUN ini & dengan mudah mereka akan memenangi pilihanraya kecil yg bakal berlaku.

Permainan ini dihangatkan lagi dengan lakonan kononya di Kedah ADUN PKR ditawarkan duit & diugut oleh BN. Mengapa sekarang cerita ini timbul? Fikir-fikirkanlah.

Juga tidak lupa ’cerita’ & akuan bertulis (surat RM2.00) ketua bahagian PKR IPOH Barat. Kelakar bukan sbb Dato Seri Najib tawarkan beliau RM50 Juta utk memujuk. Kalau difikitkan sejenak kenapa perlu DSN tawarkan kepada beliau duit tu? Baik telefon terus kepada 2 ADUN PKR tersebut & tawarkan duit tersebut. Yang peliknya mengapa drpd RM 50 juta turun kepada RM 5 juta seorg termasuk pengadu? Jadi jumlahnya RM 15 Juta? Mana lagi RM 35 juta? & kenapa baru sekarang beliau dedahkan perkara ini? Kelakar bukan. Adalah disarankan En. Fauzi buat sumpah laknat dlm perkara ini! Oh ya sedangkan ketuanya tidak berbuat demikian masakan En. Fauzi mahu.

Termasuk jugak dgn lakonan ADUN DAP di Perak yg hanya perlu berlakon selama bbrp jam utk meyakinkan BN & mengelisahkan rakyat. Hakikatnya beliau sendiri tidak pernah didatangi oleh MCA Negeri @ pusat. Masakan YB hendak lompat parti sedang beliau telah lama didalam parti & telah 2 penggal menjadi YB.

Permainan mereka mestilah amat serius & berkesan sehingga membolehkan mereka berdua ini mendekati pemimpin UMNO dlm menyatakan ’hasrat’ mereka utk menyertai UMNO. Hakikatnya adalah tidak! Mereka hanya berlakon demi DSAI.

Jadi PKR bolehlah meletakkan calon lain dgn harapan rakyat benci kepada usaha pembelian oleh UMNO & BN. Serentak dgn itu mereka akan menutup kelemahan PKR tersebut dgn tuduhan rasuah sekaligus melemparkan fitnah terhadap UMNO atas cerita rasuah & pembelian ADUN tersebut.

Tak mustahil jika PRK ini berlaku mereka berdua ini akan berada di pentas PKR juga atas kapasiti mengatakan UMNO menawarkan itu & ini (lepaskan dr tuduhan rasuah). Juga tak mustahil mereka ini berada di atas pentas UMNO atas kapasiti PKR itu & ini yg akan menjatuhkan UMNO secara tak langsung.

Konspirasi ini dikuatkan dgn kenyataan demi kenyataan yg keluar dr PKR sendiri & DSAI sendiri yg tidak melemparkan apa2 kenyataan yg bersifat menyinggung perasaan 2 ADUN tersebut. Begitu juga jika kita lihat kenyataan oleh 2 ADUN yg berkata ”tidak timbul kami keluar PKR’. Persepsi rakyat di dua kawasan DUN berkenaan inilah yg ingin dimenangi oleh PKR.

UMNO & BN tidak seharusnya terpedaya dgn konspirasi licik ini. UMNO juga patutnya tidak seharusnya terlalu melayan kerenah cerita lompat si katak lompat. Tetapi patutnya tertumpu kepada usaha memperbetulkan dalaman parti sendiri. UMNO harus berpegang kepada prinsip tidak menerima ADUN yg melompat parti yg mempunyai 'masalah' seperti mereka ini.

Hakikatnya semua ini hanyalah rancangan & dirancang dgn teliti oleh pihak-pihak tertentu demi survival politik PR di Perak. Kita tunggu & lihat adakah benar apa yg berlaku sekarang @ sekadar konspirasi politik semata-mata.
comments

No comments:

Post a Comment