Apakah benar Melayu bakal @ telah menjadi
minoriti di bumi sendiri (seperti kata
Dr Redzuan Tee Abdullah) ? Atau adakah kuasa Melayu bakal hilang pada PRU 13 nanti ? Atau adakah sebenarnya kuasa
Bangsawan Melayu yg bakal hilang bukan kekuasaan Melayu akan hilang (seperti yg dikatakan oleh
A. Samad Said) ? Apakah akan terjadi terhadap nasib kaum Melayu di bumi bertuah ini ?
NASIB NGO MELAYUPersoalan demi persoalan bermain diminda benak setiap anak Melayu takala ini, bilamana percaturan politik menjadi semakin sengit dikalangan parti politik. Setiap parti mahu menjadi jaguh kaum masing2 walaupun ada sstgh parti merupakan parti berbilang kaum ttp hakikatnya ia
dimonopoli oleh sstgh kaum sahaja. Dimana juga org Melayu sendiri amat susah utk bercakap @ bersuara mempertahankan nasib bangsa sendiri tanpa digelar
‘rasis’. Bilamana adalah janggal/ salah
NGO Melayu yg bercakap soal mempertahankan salah satu
Perlembagaan Persekutuan tanpa dikatakan
‘extrimist’. Cukup sedih kedudukan bangsa Melayu sekarang.
KAUM YG DITINDAS?
Tetapi jika kita lihat persatuan yg berlandaskan kaum dipihak bukan Melayu @ bumiputera sebenarnya merekalah yg sebenarnya
jaguh @ juara. Sebut saja bermcm jenis
Persatuan yg ada diluar sana yg menggambarkan ia wujud utk
mempertahankan @ memperjuangkan agenda kaum-kaum tertentu. Tetapi apa alasan mereka? Alasan yg diberikan adalah demi bahasa
ibunda masing @ bermacam-mcm alasan yg tak masuk akal yg hanya menjurus terhadap ketidaksatuan masyarakat.
Mereka bercakap soal kesamarataan bercakap
seolah-olah mereka ditindas dgn polisi-polisi kerajaan (walaupun
50 org terkaya Malaysia majoritinya dr kaum mereka). Menyoal dimana mereka dinafikan hak utk bersaing secara sihat (sedangkan kebanyakan kilang2 & perniagaan dimonopoli oleh mereka). Mereka mahukan perjanjian yg dibuat oleh nenek moyang mereka disemak semula memandangkan mereka merupakan
3 ke 4 generasi & sepatutnya dilayan sama rata (tetapi mereka lupa perjanjian dibuat atas kerana mereka tidak mahu mengikut seperti perlembagaan Indonesia @ Thailand dimana
asimilasi diwajibkan tanpa mengira kaum-bahasa, nama & budaya).
Tetapi kadangkala mereka lupa, yg mereka hanya tahu
meminta tanpa mahu membuat pengorbanan demi mengasimilasikan diri dgn masyarakat asal
Malaya. Mereka masih meletakkan
kesetiaan terhadap Negara Ibunda mereka. Mereka masih tidak mahu bercampur dgn majoriti rakyat Malaysia. Mereka juga masih mahu membezakan institusi Pendidikan & bahasa. Sekolah Jenis Kebangsaan diperjuangkan. Tempat dimana sepatutnya
bermulanya penyatuan dinafikan, dibezakan, & dipecahkan dgn
kerjasama mereka yg mempunyai
kuasa utk menyatukan.
KUASA PEMERINTAHYg lebih kelakar mereka yg berkuasa(
kuasa pemerintah) juga-lah yg bercakap perpaduan rakyat & 1Malaysia. Seolah-olah mereka tidak tahu dimana tempat yg sesuai utk bermulanya
konsep penyatuan rakyat. Jawapannya adalah di sekolah. Itulah tempat dimana segalanya berlaku. Iaitu dimana anak-anak tidak kenal apa itu kaum, apa itu agama, & apa itu perpisahan mengikut bangsa.
Tetapi tidaaakkkk!! Atas dasar utk menyedapkan hati rakan separti & kaum tertentu maka ia dibenarkan sehinggakan perpecahan @
’separation’ berlaku sehingga menyebabkan senang dieksploitasi oleh
Parti Ultra Kiasu utk menjatuhkan pihak yg memerintah. Generasi yg lahir dari sinilah yg menjadi penyokong kuat
Parti Ultra Kiasu yg tidak goyah walau apapun yg melanda parti tersebut. Malah boleh dikatakan mereka yg menjadi
ahli parti Pro-Kerajaan sekali pun akan memangkah
Parti Ultra Kiasu bila PRU. Siapa yg tahu bukan ? Kalau tak percaya lihatlah pilihanraya kecil yg ada. Kadang kala
tidak logik peti undi disesuatu kawasan kalah sedangkan majoriti kawasan tersebut
ahli MCA @ Gerakan melebihi jumlah pengundi sesuatu kaum.
Saya tak rasa yg pemimpin tertinggi parti pemerintah begitu
bodoh @ tidak sedar tapi itulah. Cuma pejam mata & buat-buat tak tahu. Apa yg diharapkan @ dicanangkan propaganda
bodoh kuasa Melayu yg bakal hilang (mmg betul pun). Sedangkan mereka sebenarnya, ada
kuasa utk memperbetulkan keadaan masyarakat jika tidakpun generasi akan datang. Sudah-sudahlah mendokong @ membantu sekolah jenis kebangsaan yg tidak mendatangkan faedah penyatuan kaum. Cukup-cukuplah meminta bangsa Melayu supaya bersatu @ propaganda hilangnya kuasa Melayu bila dimana ke-
KUASAAN DI TANGAN ANDA utk mengubah polisi-polisi tersebut.
Jgnlah bercakap seolah-olah andalah
JUARA kerana sebenarnya
ANDA bukan. Kerana
ANDA & juga ketua anda sebelum ini tidak memikirkan impak perpecahan masyarakat bermula sejak dr bangku sekolah. Kadangkala anda bercakap kenapa generasi anda benda-benda ini tidak berlaku? Kenapa? Senang ja..
Waktu generasi anda belajar @ bersekolah majoriti disatukan dibawah sekolah Inggeris. Jadi penyatuan telah bermula di usia muda. Kawan-kawan bukan Melayu generasi anda telah berasimilasi dgn kaum majoriti sejak mula. Sebab itulah wujudnya tokoh2 hebat kaum bukan Melayu seperti
Dr Chandra Muzaffar,
Dato’ Lee Lam Tye & lain-lain tokoh yg cukup hebat bila bercakap soal perpaduan kaum. Pada saya cukuplah
beromong kosong ttg hilangnya kuasa bila anda sendiri tidak cuma menyatuan masyarakat sejak mula.
PARTI ULTRA KIASU
Parti Ultra Kiasu setakat ini hanya suka & tersenyum kerena sebenarnya mereka tahu
UNDI ’SOLID’ kaum tertentu menjelang PRU-13. Yang hanya mereka perlu buat adalah mengerahkan Parti Tunggangan mereka
PAS & PKR utk memecahkan UNDI Kaum Majoriti iaitu
MELAYU & Bumiputera. Jadi kalaulah Parti Pemerintah tak bodoh @ sedar lagi taktik mereka, bertindaklah. Kawasan yg diberikan percuma kepada kawan2 bukan Melayu mereka seperti MCA, MIC, & Gerakan yg bermajoritikan kaum Melayu perlu dikembalikan demi strategi kemenangan. Ini kerana
Kerusi Reserved Parti Pemerintah tidak lagi bergantung kepada Sabah & Sarawak tetapi terhadap kawasan Majoriti Melayu/ Bumiputera. Dapatkanlah sokongan mereka, sayangilah mereka, lihatlah mereka & jgn cuba memperbodohkan mereka dgn kata-kata kuasa Melayu terhakis sedangkan hangpalah yg mengakis dr dalam dgn cara memberikan sedikit demi sedikit kepada tuntutan si minoriti yg didalangi Parti Ultra Kiasu.
Jgnlah sampai nanti yg
minoriti jadi majoriti. Yg majoriti menjadi minoriti. Kelak perbezaan jurang ekonomi & kek ekonomi berlaku secara tak seimbang dikalangan rakyat yg boleh menghasilkan satu lagi peristiwa hitam Negara. Satu yg pasti demi kelangsungan Negara bertuah ini ubahlah
sistem pendidikan SEKARANG. Satukan ia sejajar dgn tuntutan
1Malaysia yg berlandaskan perlembagaan Negara.
p/s : Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa tersebut tanpa bangsa tersebut cuba mengubah dirinya sendiri.
comments