Mar 17, 2009

Lembaga Disiplin UMNO & Keputusan


Akhirnya teka-teki terjawab hari ini. Senarai 'hitam' dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin UMNO utk menghukum mereka2 yg disabit kesalahan dlm konteks etika sbg calon utk bertanding.

Khabar angin yg bertiup kencang selama seminggu telah terjawab hari ini.

Antara Keputusannya adalah :-

Datuk Seri Ali Rustam

Keputusan : Bersalah
Tindakan : Tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO

Khairy Jamaluddin

Keputusan : Bersalah
Tindakan : Diberi amaran & masih boleh bertanding utk jawatanKetua Pemuda

Dato' Khir Toyo

Keputusan : Tidak Bersalah
Tindakan : Boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda

Keputusan Penuh akan dikeluarkan esok. Apa-apapun mereka yg didapati bersalah masih mempunyai ruang utk membuat rayuan diatas keputusan. Tetapi jika kita lihat balik 'kes' yg sama waktu Tan Sri Isa Samad keputusan tetap sama walaupun rayuan dibuat.

Kepada org2 UMNO & penyokong kepada calon masing2 yg dikenakan tindakan, diharap bersabar & terimalah dgn redho. Rakyat tahu UMNO adalah dalam usaha utk melakukan transformasi politik demi survival org Melayu & UMNO khasnya. Perubahan & tindakan sebegini perlu berlaku demi menunjukkan kpd Rakyat yg UMNO serius dalam usaha membanteras politik wang & segala gejala tidak sihat yg berlaku.

Rasanya org UMNO lebih bersifat terbuka bila pimpinan mereka dikenakan tindakan drpd pihak PR yg selalu menuduh/ menuding jari bila pertuduhan rasuah/ salah laku & lain2.
---
Lain2 Kes Yg Tidak Selesai:-

Yang mengecewakan adalah keputusan perihal laporan terhadap kepimpinan UMNO Langkawi belum lagi dinyatakan & tiada keputusan. Seperti yg dinyatakan sebelum ini kebanyakan cawangan UMNO Langkawi tidak lagi nampak kredibiliti Lembaga Disiplin UMNO kerana gagal bertindak dlm isu politik wang di Langkawi. Nampaknya berkuburlah laporan yg dibuat sebelum ini.

Juga dimana Lembaga Disiplin UMNO membenarkn Dato Azalina & Dato Norza yg akan didakwa & didakwa dibawah SPRM. Sepatutnya mereka2 ini juga digantung @ dikenakan tindakan drpd bertanding.

Cadangan :-

Adalah dicadangkan utk menambah baik Lembaga Disiplin UMNO sebarang laporan salah laku terutama sekali politik wang adalah dirujuk kepada SPRM juga. Malah jika mereka ahli UMNO yg disabit kesalahan dibawah SPRM juga perlu dikenakan tindakan @ di gantung.
Ini adalah kerana mereka yg disabit dibawah kesalahan SPRM lebih berat kesalahan (jenayah) drpd didakwa oleh Lembaga Disiplin UMNO. Lagipun SPRM lebih bertindak dgn adil & telus kerana tiada kepentingan politik & tidak berpihak kepada sesiapa.
comments

Mar 16, 2009

Langkawi hasilkan pisang, rambutan, mangga terbaik - Berita Langkawi -



TELUK YU - Petani di pulau ini mampu mengeluarkan produk pertanian yang bermutu tinggi seperti rambu-tan, 'anak sekolah', pisang atau mangga dikenali 'chokanan' terbaik, di negara ini. Pengarah Kanan Komunikasi Korporat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Noor Azian Mustafa berkata, dua produk pertanian itu mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa dan mendapat permintaan tinggi.

Menurutnya, Fama daerah Langkawi telah memulakan program pembelian rambutan secara serius sejak 2001 dengan jumlah keseluruhan RM275,499.81 sehingga tahun lepas. “Enam lokasi ladang kontrak rambutan dan anak pisang ditempatkan dengan keluasan projek 69.1 hektar melibatkan 61 peserta dengan anggaran pengeluaran 200 metrik tan.

“Bagi Mangga Chokanan pula, tiga lokasi ditempatkan dengan keluasan projek 34.3 hektar dan melibatkan 26 peserta,” katanya ketika ditemui di Majlis Lawatan Ladang :Kontrak Pisang Berangan di Teluk Yu, di sini. Noor Azian berkata, selain rambutan dan mangga itu, pisang berangan juga antara produk terbaik yang mampu dipasarkan di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, pemantauan dua kali sebulan akan dilakukan pegawai Fama bagi mengenal pasti kualiti pisang yang dihasilkan. “Ini juga bagi mengelakkan lambakan hasil tanaman di pasaran dan mengenal pasti sebarang jangkitan ke atas pisang itu,” katanya. Beliau berkata, kempen awal bagi mempromosikan produk tersebut giat dijalankan menjelang musim Jun nanti.

“Kami melakukan kempen di media massa dan di sekolah seluruh negara dengan memilih lima buah sekolah di setiap negeri. “Kempen tersebut adalah makan buah-buahan tempatan yang akan dilakukan selama tiga bulan,” katanya.
---

Other Perspektif :-

Amat bersetuju dgn cadangan ini & komen diatas. Tetapi apa gunanya hasilkn yg terbaik ttp kurang promosi. Pemborong pula kadangkala membeli dgn kadar yg amat rendah harganya. Adalah dicadangkan hasil pasaran ini dijual di pasar tani & menjadikn hotel2 sebagai pembeli tetap. Ini dapat dilakukan oleh FAMA sendiri.

Salah satu cadangan lain adalah :-

Majlis daerah (Kerajaan Negeri) dgn kerjasama LADA (Kerajaan Pusat) mungkin boleh menganjurkan Pesta Buah pada musim tertentu & boleh dimasukkan dalam agenda Pelancongan Negeri. Disamping peserta boleh berniaga secara direct malah memperkenalkn buah2 langkawi secara terus kpd Pelancong tempatan @ luar negara. Tempat ? Di kawasan Pantai Tengah @ Pantai Chenang.

p/s; Masih terngiang2 betapa sedapnya mempelam di Datai.
comments

DAP MP Suspended - Gobind Singh


At last, the Dewan make the right decision by suspending MP Gobind Sigh Deo (DAP-Puchong) for 12 month. I applause any action any MP's that misbehave. MP's should give good example by the people. The current scenario was not good at all. By accusing someone under the Dewan's Parliament for me its consider "misuse of power" due to some protection or immunity in the Dewan.

The thing is, whatever uttered in the Dewan was actually come out in the paper. So someone or somebody will get hurt & misconception occurs. Which then mislead people. You already put a judgement to someone before the been decide in the court. Its subjudice & improper. The MP should be ashamed of himself considering him as a lawyer.

For me its a good thing that the MP being suspended. At least he can concentrate on the well being of people at his constitution. Maybe, concentrate on realising promises by him or even by PR government itself. Or maybe spend more time with his father. Most of the voter's still can recall the promises made in Puchong area. My suggestion is, get back down to the people your supporters or not.

As Muslim always says, the sin of accused (fitnah) is bigger that killing someone. At least this should be a lesson to all MP's wether its BN or PR. Don't ever accuse someone or think u are immune to any laws.

Update : Interesting comment by timmy (in Malaysian Insider)

PR - Dont be Stupid or Act Stupid


Keep your words & probably people will still keep you in the next General election.
comments

Mar 14, 2009

Coret-coret DAP - Gantung Gobind & Wilayah Dikembalikan ke Selangor?


USUL GANTUNG AHLI PARLIMEN PUCHONG.

"KAMU PEMBUNUH" Inilah kata-kata Ahli Parlimen Puchong (Gobind Singh Deo) di Parlimen baru-baru ini. Sungguh mengejutkan & tidak beradab (bapak borak anak rintik). Dahulu bapanya Karpal Sigh bertindak menuduh "Celaka" Pemuda UMNO yg mengirimkan peluru kepada beliau yg mengundang ketegangan di Parlimen baru-baru ini.

Fitnah & tomahan. Inilah mainan DAP & segelintir pimpinan PR (juga percubaan Azmin Ali di DUN Selangor). Alhamdulillah, setakat ini saya tidak dgr perkataan @ tuduhan liar dimainkn oleh pemimpin PAS bila bercakap mengenai isu Najib (moga2 berpanjangan). Seperti yg umat Islam tahu terdapat sepotong hadis @ al-quran yaitu :

"Dosa fitnah lebih besar dari membunuh"

Jadi janganlah kita bertindak untuk bercakap mengenainya @ menyebarkan kerana kemungkinan kita mempunyai saham 'fitnah' di akhirat kelak. Mintak simpang dunia & akhirat.

Saya amat menyokong 'Usul Penggantungan Gobind'. Jelas terdapat segelintir ahli Parlimen menggunakan kekebalan @ imuniti Ahli Parlimen utk berckp sesuka hati & menfitnah sesiapa yg tidak disukai. Adalah menjadi amat membimbangkan perkara ini diucapkan di Dewan yg mulia itu. Fitnah, tomahan, maki hamun & lain2 telah menjadi amat sinonim dgn ahli2 Dewan. Adakah ini yg rakyat mahukan? Adakah kualiti Ahli Parlimen ini yg di sanjung.

Bayangkan jika sikap seperti ini diikuti & menjadi ikutan anak muda. Antara contoh yg mungkin berlaku hasil ketaksuban kepada parti politik & pemimpinlah bilamana ada yg dihadapkan di Mahkamah diatas menghina Sultan. Yg menjadi lebih malangnya dalam 3/4 adalah merupakan anak2 Melayu sendiri. Tahniah PAS, PKR & DAP. Dimana pemimpin2 PR bila mereka2 ini didakwa? Adakah pembelaan diberikan?

Mungkin cadangan MP Datuk Ibrahim Ali utk menghapuskan imuniti Ahli Parlimen perlu diambil dgn lebih serius.

CADANGAN DAP UTK MENGAMBIL SEMULA WILAYAH PERSEKUTUAN.

Cadangan untuk mengambil semula wilayah dilihat sebagai amat biasa. Disokongi oleh hujah2 yg nampak masuk akal secara tersurat. Tetapi jika diteliti dgn lebih mendalam, cadangan tersebut nampak cantik utk DAP secara tersirat. Telah sedia maklum, kebanyakan kerusi Parlimen di Wilayah adalah dikuasai oleh DAP. Jika ini berlaku bermaksud secara automatik DAP lah yg akan memperolehi kuasa majoriti kpd kerajaan campuran PR di Selangor.

Maka terbitlah satu lagi kuasa campuran seperti Perak di Selangor jika ia berlaku. Bayangkan jika Kerajaan Pusat diperintah oleh PR. Tak mustahil Wilayah dikembalikan ke Selangor & bergembiralah anak2 Melayu diperintah oleh MB Boneka seperti di Perak dahulu.

Akhir kata :

Surah Ali Imran: (Ayat 28).

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin), dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun, kecuali jika kamu takut dari mereka sesuatu yang boleh membahayakan; dan Allah menakutkan kamu dengan azabNya dan kepada Allah tempat kesudahan."
comments

Mar 12, 2009

Inikah Yg Kita Mahu - Jika Perkataan Allah dibenarkan?

Inilah Kesannya

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica (seorg Penyanyi Kristian)

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
Ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku
Mengerti

Apabila Datuk Seri Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak menentang penggunaan nama Allah dalam terbitan majalah agama Kristian - sudah tentu beliau mempunyai hujah mengapa perbuatan tersebut tidak boleh dan sudah pasti beliau dapat menghidu kesannya ke atas umat Islam pada masa akan datang.
Malah, posting saya dalam blog ini turut secara terang-terangan menentang dengan sekeras-kerasnya penggunaan nama Allah oleh pihak gereja dalam penerbitan mereka. Kita harus faham kesannya ke atas minda umat Islam dan generasi muda yang lemah iman dan kefahamannya.

Nah, sekarang cuba lihat lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi separuh bogel Indonesia terkenal - Agnes Monica di atas. Bukankah ia merosakkan aqidah umat Islam, khususnya dalam kalangan muda-mudi Islam apabila mereka turut sama menghafal lirik lagu tersebut? Lalu menyanyi-nyanyi dengan riang-ria tanpa sedar, sesungguhnya mereka telah menghina dan mensyirikkan Allah?

Masih tidak nampakkah kesannya kepada kita dan umat Islam untuk jangka masa yang panjang? Jika hal ini tidak dibendung dari sekarang? Mula-mula mereka diizinkan dalam penerbitan majalah, lama-kelamaan nama Allah dipersenda dan dipermainkan dalam pelbagai cara. Inilah yang sangat kita bimbangkan.

Lirik tersebut - perkataan Allah Yesus Ku - sangat jelas boleh memesongkan aqidah para remaja Islam yang masih lemah aqidah dan pegangannya. Sedarlah kita bahawa sesungguhnya - agama Islam makin terancam, lantaran pemimpin-pemimpinnya lebih sibuk berpolitik daripada mempertahankan aqidah penganutnya. Soal aqidah dan iman harus dipandang serius, baik PAS mahupun UMNO. Hal ini adalah kerana, kekuatan umat Islam adalah bergantung sejauh mana kekuatan aqidah dan iman mereka kepada Allah.

Kita bimbang, tanpa sedar musuh-musuh Islam memasukkan racun dalam minda generasi muda bagi memastikan mereka jauh daripada agama dan aqidah Islam. Inilah sebabnya mengapa kita sangat menentang penggunaan nama Allah dalam penerbitan majalah Kristian tersebut. Seluruh ulama di Malaysia harus seia-sekata dalam hal ini, jangan hanya Mufti Perak sahaja yang bersuara. Wallahualam.

Marilah sama-sama kita berdoa, agar Islam dan aqidah umatnya tidak dipesong dan dirosakkan oleh anasir-anasir jahat yang tidak redho terhadap agama Islam dan petunjuk Rasul-Nya.

Artikel Asal : Saudara Azli Shukri



---------------------

Other Perspektif :-

Inilah bahayanya bila fatwa2 Ulama' Politik ni berckp bila bab Allah..

Oh ya.. bayangkan bilamana jiran2 kita nnti berborak dgn anak2 kita nanti (anak kita baru kira umur 10-12 )..
Di pagi yg Hening..

Si Anak A : "Morning, awal bangun?"

Si Anak N: "Oh, Bapak mau pegi sembahyang sama ALLAH".

Si Anak A: "Dimana?"..

Si Anak N: "Itu gereja baru siap punya di Puncak Jalil - Adanya Harapan Allah".

Si Anak A: "Baguslah, doakan utk saya i sekali utk lulus exam UPSR"

Bayangkan Anak A tu anak kita? Nauzubillah...
Konfuse bukan.. Mungkin itulah musibahnya sbb ulama' politik jadi ikutan..

p/s: Yang baik dr Allah yg buruk dr diri saya sendiri..

comments

Mar 9, 2009

Brunei - What they say

I'm in Brunei right now, have to work not far away from home for a while. It is just Brunei. A piece loving land with a great sense of culture. The head of the country is Sultan.

Brunei is more or less the same like Malaysia. But a small scale of Malaysia. Mixed people & culture same like Malaysia. But, I’m surprise on how different it is from Malaysia. Its different the way citizens interact with each other (even sometimes i cannot differentiate who i'm talking too (race)). How they look upon the leaders very high in their society. How they wave their flag proundly on their premises (regardless of the who's the owner).

They use official langguage (Bahasa Melayu) while interacting & at all the sign boards. Even though I think it’s the same, but whenever I tried to talk in their Official Language which is 'Bahasa Melayu' Bruneians fail to understand me. Maybe my slang is quite different.

While I was here I managed to see how the people's unit under one banner. One Ruler & one Sultan. His Majesty is the Ruler & also PM. Under their rich asset which is Oil & Gase.

Due to its relatively small country most of the Newspaper & television relates to Malaysia. Even in Hotel's I can easily change to channel TV1, Tv2 & Tv3. How astro seems to be most of the citizen asset of 'entertainment'. How they know what 'Akademi Fantasia' is & know a lot about Malaysia.

What Bruneians says - Political Issues

A lot Bruneians were quite concern about what's happens in our beloved country. I can see how some Political issue seems to be headline of 'The Brunei Times' newspaper. They’ve been asking me what had happen & what the fiasco is is all about. It’s a laughing stock for them. The funny thing is even the Brunei newspaper regards Nizar as an Ex-MB. At least they acknowledge the Sultan of Perak consent.

Most of them can't believe what had happen especially regarding the treatment by leaders Opposition/ PR & its supporters towards the Sultan. Probably due to what Sultan resembles to them & how they respect them as a Ruler & Head of the Country. Bruneians are really surprise & in shock!

They even say, if it is in Brunei those 'betrayer' will sure get into jail & punished. No question asked! No exception & no delays. They even surprise because those who were against the Sultan were among Malay itself. In Brunei people who is against the Ruler & Sultan is consider 'treason' are given a stiff penalty.

Anyhow, its a peace loving country with very nice people. At least they know how respect the Rulers compared to some of us Malaysian. :)
comments

Mar 6, 2009

PAS Yang Lesu & Celaru


Mungkin ramai yg akan melenting bila saya menulis artikel ini. Mungkin juga segelintir yg akan setuju dengan apa yg akan diperkatakan. Yang penting adalah, kenapa & tujuan saya menulis pendapat ini adalah utk menegur parti yg masih saya hormati iaitu PAS.

PAS YANG LESU

Lagi dua hari lagi genap 1 tahun PAS bersama2 PR meneraju 4 Negeri + 1 Bekas Negeri. Sebagai rakyat biasa kita perlu lihat balik apa yg telah dilaksanakan oleh PAS dlm merancanakan matlamat @ objektif parti tersebut.

**Matlamat PAS ialah memperjuangkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalam nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan ALLAH.

**Pas mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Persoalannya sekarang di mana PAS dlm menegakkan perkara2 diatas sejak sama2 memerintah 4 Negeri + 1 Bekas Negeri tersebut. Adakah makin hampir @ makin jauh? Dimana janji2 utk menegakkan panji Islam di negeri2 yg dikuasai. Dimana usaha2 utk melaksanakan apa yg diungkapkan di ceramah2 seluruh negara sewaktu pilihanraya? Dimana janji utk menghapus @ mengawalnya arak, maksiat & judi apabila menguasai negeri? Dimana?

Di Parlimen

Jika kita lihat di Parlimen. Dahulu PAS adalah sangat 'vokal' bila isu2 melibatkan Agama & Bangsa dimainkan. Tetapi PAS sekarang bukan lagi PAS dahulu. PAS telah hilang taring & menjadi 'parti lesu' di Parlimen. PAS tidak lagi nampak berjuang bila mahupun dr segi agama @pun bangsa. PAS juga dormant apabila bercakap mengenai isu lain seperti ekonomi, perundangan, kewangan & lain2.

Disamping tiada idea2 & isu2 yg bernas dicadangkn, nama2 dalam MP DAP lebih senonim dgn kita daripada MP PAS sendiri. Sebagai contoh Siapa MP PAS Sik ? Bolehkah kita berikan jawapan secepat mungkin ? Sehinggakan kita perlu meneliti dgn lebih dalam internet baru boleh kita ketahui jawapannya. Kenapa ini berlaku ? Adakah pimpinan PAS di Parlimen ketandusan Idea, Lesu @ Ilmu utk diketengahkan @ menonjol di Parlimen.

Untuk mengambil hati rakyat perang Persepsi adalah amat penting. Ini yg menjadi strategi DSAI utk menonjolkn ahli2nya. Cara ini juga digunakan oleh MP DAP utk menaikkan 'rating' masing2 di Parlimen dgn bertanyakan hal2 yg sensitif tanpa mengambil kira apa pandangan PAS sebagai rakan PR. Jika wakil PAS 'cerdik', isu2 yg dimainkan oleh DAP perlulah dilawan @ dipertikai tidak kira siapa mereka. Kawan @ lawan. Bersikap membisu akan menyebabkn persepsi masyarakat PAS sbg parti penumpang dlm PR.

Walaupun ada Ahli Parlimen PAS yg bercakap & mempamerkn idea2 yg bernas utk diketengahkan utk masyarakat tetapi ia tidak mencukupi. Utk menuju kearah 'parti replacement' UMNO, PAS perlu lebih kelihatan 'berkredibiliti' dimata masyarakat. Persoalan yg skrg kenapa PAS kelihatan seperti ’pengikut’ drpd menjadi 'leading'. Ini jelas dimana2 baik di peringkat PR pusat mahupun diperingkat negeri Selangor, bekas Perak & Pulau Pinang.

Setiap kali idea diketengahkan ia ditentang habis-habisan oleh sahabat2 karib di dlm Pakatan. Antara contoh yg boleh dilihat adalah cadangan utk menghapuskan lesen judi & arak di Selangor. Juga tentangan PAS di Penang bila berdepan dgn konsert I-Dance.

Jika dilihat media rasmi Harakah sendiri tidak kira Harakah Online @ suratkhabar Harakah banyak memberi liputan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pemimpin PKR & DAP yg lain lebih dari pemimpin mereka sendiri. Misalnya di Parlimen semalam, kenyataan Utz Taib Azamudden mengenai penjelasan penggunaan kalimah Allah tidak diberi liputan di Hakarah tetapi liputan diberikan di Utusan yg dikatakan media UMNO. Pelik bukan. Ini adalah amat berbeza jika dilihat akhbar PKR & DAP yg lebih mengutamakan berita & kenyataan pemimpin mereka drpd pemimpin PAS.

PAS YANG CELARU


Terdapat beberapa Isu yg menyebabkan saya katakan PAS celaru sejak akhir-akhir ini.

Isu Azan

Ia bermula dengan Isu Azan. Terdapat perbezaan pendapat antara ahli2 PAS & juga pimpinan PAS sendiri. Mereka mula terikut dgn rentak DAP dgn menyatakan pendirian menyokong supaya diperlahankan Azan hanya kerana utk mengambil hati 'rakan' mereka.

Malah ada yg mengeluarkan dgn menyatakan berdasarkan 'Fikh Keutamaan' dalam erti kehidupan berjiran (mengutamakan jiran dr azan). Tetapi mereka mungkin lupa salah satu tanda2 kiamat adalah apabila 'Azan tidak Lagi berkumandang di Udara' & menyokong Azan diperlahankan merupakan salah satu tanda2 umat akhir zaman.

Ketiadaan kenyataan yg jelas dr PAS sendiri menyebabkn ramai penyokong2 membuat 'fatwa' yg jelas menyokong isu tersebut. Kekeliruan berlaku sehinggakan ada pimpinan PAS yg membuat laporan polis berkenaan isu tersebut & menyatakan ia sbg fitnah & berniat jahat.

Isu Penggunaan Perkataan 'Allah' oleh Agama Lain

Yang terbaru adalah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yg memberikan pendapat penggunaan perkataan Allah oleh agama lain dibenarkan. Ia menimbul kecelaruan dikalangan ahli2 PAS sendiri malah kecelaruan ini menyebabkan 2 Ahli Parlimen PAS menyatakan sokongan membenarkan perkataan 'Allah' digunakan oleh agama lain didalam Parlimen. Mujurlah ada Ust Taib Azamudden memperjelaskan isu penggunaan Kalimah Allah selepas mereka memberi komen.

Dewan Rakyat diberitahu oleh beliau bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (Tauhid) org Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Dalam semua org2 Islam di Malaysia menentang penggunaan Allah oleh agama lain masyarakat dikejutkan oleh PAS yg memberikan kenyataan sebaliknya. Kenyataan ini boleh mengelirukan umat Islam terutamanya bg ahli2 PAS sendiri. Penentangan penggunaan perkataan ini juga ditentang oleh Mufti Perak Utz Harussani Zakaria.

Isu Ketaatan Kepada 'Ulul Amri'

Dalam isu di Perak. PAS sekali lagi celaru dgn mempertikaikan 'kredibiliti' Sultan @ Ulul Amri dlm melaksanakan tugas. PAS bertindak amat berbeza sekali dgn membelakangkan Al-Quran & Sunnah terutama berkenaan dgn kewajipan mentaati pemimpin. Malah ada Ulama' PAS juga mengeluarkan kenyataan yg menjurus kearah menghalalkan tindakan ahli-ahli mereka dgn mempertikai status 'Ulul Amri' pada pandangan mereka. Utk pertama kalinya saya melihat PAS tidak mengupas hadis & al-quran mengenai ketaatan kepada pemimpin demi utk tidak melihatkan tindakan PR adalah salah. Dimana Objektif penubuhan PAS disini?

Kurangnya penerangan @ tindakan oleh Ulama' PAS telah menyebabkn segelintir penyokong2 PAS di Perak bertindak diluar batasan dgn berdemo & berhadapan dgn Institusi Beraja Perak. Adakah ini menjadi kebanggaan PAS @ merupakan titik hitam bagi PAS. Fikir2kanlah. Nasi telah menjadi bubur kerana sikap tersebut akan menjadi 'burden' kpd PAS di kemudian hari.

Bar Council (Isu Hak Keistimewaan & Forum Kebebasan Beragama)

PAS kelihatan kurang menyerlah dlm menghentam Bar Council. Mungkin kerana kebanyakan ahli DAP merupakan ahli Bar Council maka PAS bersikap 'tak apa' & kurang menyengat. Terang2 Bar Council bertindak mempertikai & menempelek salah satu rukun negara & juga mempertikaikan kewibawaan Islam. Kenapa PAS senyap? Kenapa PAS tidak memberikan 'warning' seperti yg selalu dinyatakan sebelum ini.

Inilah salah satu contoh yg dilihat PAS telah jadi lebih sekular dr UMNO. Dilihat UMNO lebih menyerlah dlm mempertahankan isu ini.

Dewan Ulama Pas

PAS terkenal dgn dewan Ulama' PAS. Tetapi sejak akhir2 ini peranan Dewan tersebut amat lesu & kadangkala tidak berfungsi dgn baik. Dewan Ulama' juga kurang diberi liputan oleh Harakah sendiri. Sepatutnya Dewan Ulama' PAS perlu digunakan sebaik2nya bilamana kemusykilan berlaku bila melibatkan Al-Quran, Hadis & isu2 agama. Ini dapat mengelakkan berlakunya pertembungan @ konflik kenyataan celaru pimpinan2 PAS yg memberikan pendapat berbeza2 tanpa merujuk kepada Dewan Ulama.

Musyawarah @ perbincangan perlu dibuat oleh Dewan Ulama' PAS sebelum apa2 kenyataan dibuat oleh ahli2 PAS @ saf kepimpinan. Tetapi perlu diingat, salah memberikn pendapat menjurus kepada salah tafsir oleh ahli2 PAS sendiri & amat berat basalannya diakhirat kelak.

Isu seperti undi dapat pahala, dosa, syurga Allah & lain2 hanya akan menjadikn bahan @ 'point' utk BN menghentam PAS. Adakah isu2 ini mendapat sokongan Dewan Ulama' ? Salah siapa? Komen2 pimpinan @ individu bila melibatkan Hukum Agama perlu diperjelaskan oleh Dewan Ulama PAS sebelum kenyataan & pendapat dikeluarkan. Jgnlah Dewan Ulama' berfungsi apabila Muktamar diadakan @ bilamana diperlukan sahaja. Dewan Ulama PAS perlu diberi keutamaan & menjadi rujukan oleh semua pimpinan & ahli2 PAS sebelum terlambat.

--------
Cukupla saya berhenti disini saja. Ini merupakan sebahagian daripada secebis kupasan & teguran kepada PAS. Mungkin PAS perlu berhenti sejenak. Buat Muhasabah diri & berfikir apa yg telah berlaku & akan berlaku jika sikap ini berterusan. Jgn fikir dr segi politik ttp fikirlah dr segi AGAMA & ANAK BANGSA ISLAM MALAYSIA.

Jika ada kesempatan lain saya akan sambung ulasan saya.

Yg baik datangnya dari Allah & yg buruk datangnya dari diri saya sendiri. Wallahwaqlam comments

Langkawi bakal wujudkan galeri - Berita Langkawi



PANTAI CHENANG - Sebuah galeri lukisan akan dibina di Langkawi pada tahun ini bertempat di Kuah atau di Pantai Chenang memandangkan dua lokasi utama itu adalah kawasan tumpuan pelancong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, galeri itu akan diwujudkan bagi menghimpunkan pelukis sekitar Langkawi mempamerkan hasil karya mereka.

Menurutnya, di Langkawi terdapat berpuluh pelukis dan mereka aktif membuat pameran di sekitar Langkawi bagi memberi aspirasi kepada pelancong. “Kami telah berbincang dengan pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan akan membuat susulan dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan bagi menyalurkan dana bagi membina galeri ini.

“Melihat usaha pelukis di Langkawi, mereka berupaya mengorak langkah jauh dan menjadi legenda sekiranya usaha ini dapat dilaksanakan,” katanya ketika melihat pameran Seni Artis Langkawi di Underwater World Langkawi (UWL). Mohd Rawi berkata, kebanyakan pelukis di Langkawi memaparkan tema Nusantara, kemanusiaan, alam dan pelbagai lagi bersesuaian dengan latar belakang Langkawi yang penuh dengan mitos dan legenda tersendiri.

Menurutnya, langkah yang diambil UWL harus dicontohi sebagai memberi ruang kepada pelukis tempatan mempamerkan hasil karya mereka. “Usaha ini dilihat sebagai platform kepada mereka untuk terus berkarya dengan hasil seni yang tidak ternilai dan Langkawi juga mampu melahirkan pelukis di peringkat antarabangsa memandangkan ramai pelancong berkunjung ke sini,” katanya.

Pada pameran itu, seramai 16 artis profesional dan amatur berbeza latar belakang dalam penglibatan seni mempamerkan lukisan mereka. Seorang pelukis, Mohamad Izam Kamarolzaman berkata, usaha ini dilihat sebagai mengangkat martabat pelukis yang ada di Langkawi agar karya seni yang dihasilkan lebih dihargai. “Dengan adanya galeri lukisan, nasib pelukis akan lebih terbela dan mereka akan berkarya dengan lebih banyak kerana mempunyai tempat khusus untuk mempamerkan lukisan yang dihasilkan,” katanya.

Beliau turut ditemani isterinya, Halimaton Azira yang juga berjinak dalam dunia lukisan terutamanya penghasilan lukisan batik.
---
Other Perspektif :-

Idea yg cukup menarik baik dr segi 'attraction' & segi ekonomi penduduk Langkawi.
Diharap bagi pihak LADA merealisasikan hasrat & cadangan ini. Disamping memberi pendapatan lebih kepada penggiat seni ia juga boleh menambah satu lagi 'tourist attraction' di Langkawi terutama sekali di Pantai Chenang.

Cuma satu nasihat. Jgnla letak mahai sangat hasil2 seni tu. Man man cukupla.

p/s: yg baik sokong, yg tak baik takkan nak sokong ye tak.
comments

Mar 4, 2009

Perjuangan Yang Belum Selesai - Ayuh Bangsaku

Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan

Inikah rupanya nasib bangsaku
Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana

Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

(bridge )

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara

Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

( ending )
"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"

---

Other Perspektif :-

Ayuhlah bangsaku.
Perjuangan kita belum selesai.
Malah perjuangan menjadi lebih mencabar dari sebelumnya.
Agama kita dipertikai, Sultan dihina, Perlembagaan & hak kita dicabar. Dimana kita?
Dimana anak2 bangsa. Dimana darah perwira.

Dimana taat setia kita kepada Agama, Bangsa & Negara.

Ayuhla saudara se-Islam & sebangsaku!
Bersatulah tidak kira apa pegangan politik kita.
Jgn dibiarkan hak kita dirampas & biarkan anak cucu kita merana dek kerana kelalaian kita.

Penyanyi :- Nora
Lokasi Penggambaran : Pulau Langkawi
comments

Perbahasan 2 sahabat - "Aparteid"


Berikut adalah perbahasan dua sahabat karib tapi berlainan pegangan Politik. Meskipun berlainan pendapat & pandangan tetapi matlamat tetap sama. Sama2 baca & renungkan. Kedua-dua ada 'point' masing2. Ambil yg elok & renung2kan.


Tajuk Kali Ini adalah "Aparteid"

------
Pro-UMNO :- Apani! DAP cakap Malaysia buat dasar Aparteid. Kenapa PAS senyap? Takut pada rakan ke?

Pro-PAS :- Bagusla DAP cakap. Dasar Aparteid. Depa berani. Yang lain senyap je. Awat tunggu PAS je UMNO la patut cakap. Kata pembela bangsa.

Pro-UMNO :- Tak baca paperka? Hang kena baca balik apa maksud DAP. DAP pertikai 'Hak Keistimewaan Bumiputera'. Bacala org2 Umno yang tentang. PAS hampeh senyap. Biasala kawan karib kan.

Pro-PAS :- Paper? Takmau percaya la. Byk bias. Biaq tgk internet dari baca paper tgk berita media pro-Umno ni. Apa yg dikata lain yg keluaq. Hehe. Nanti aku baca dulu.

Pro-UMNO :- Terpulangla! Aku baca paper dua2. Paper yg pro-BN & internet yg pro-PR. DAP Johor cakap Malaysia amalkan Aparteid merujuk kepada 'Hak Keistimewaan' dlm Perlembagaan. Dah dekat dah kita jadi Negara Republik kalau DAP pegang.

Pro-PAS :- Bila masa internet Pro-PR. Media dlm internet lg terbuka & neutral dr dgr semua yg baik2 & betul pasal BN. Boring gila. Takpala paper ckp aku takboleh bg komen selagi tak tau betul ke idak. Nnti jatuh fitnah. Dosa besaq. Yg pasti DAP takkan memerintah Malaysia selagi ada PAS. Takbir! & depa dah sepakat taknak ganggu hak keistimewaan org2 Melayu dlm perlembagaan. Insyallah

Pro-UMNO :- Jgnla nafi internet pro-PR. Hehe.. Dah memang sah. Bukan fitnahla. Check jelah. Tak tau nak cakap apa PAS mcm tak dak taring ja kat Parlimen. Macamana nak kawal DAP. Persetujuan Pakatan Rakyat adalah rapuh & boleh berubah sebab 'not in writing'. Insyallah selagi UMNO masih ada jgn harapla DAP nak buat pasal.

Pro-PAS :- PR takdak kuasa pun nak control internet tapi apa2 kenyataan / berita dipercayai dr yg keluar kat berita/ paper media pro Bn. Selagi UMNO memerintah rosak bangsa & negara. Semua kekayaan negara dibolot oleh puak-puak UMNO yg jadi pemimpin bukan utk rakyat ttp semata2 nak bolot harta utk kroni2 je.

Pro-UMNO :- Sama ja. Media, paper etc2 pro-BN. Media internet pro-PR. 50 tahun UMNO perintah takdak rosak pun bangsa & agama. Yang rosak & org2 DAP lantang bercakap adalah sejak akhir2 ini. Maklumlah back-up oleh PAS. Kronisme? Hm.. TGNA pun kronisme. 5 Negeri PR pun kronisme. Tak pulak hang komen. Oh lupa PR buat semua halal. Kekayaan negara? Ish2. Janganla macam tu. Apa yg depa bolot? Minyak Petronas pegang byk org2 Bumiputera dapat faedah kerana UMNO jugak. Bagitau aku apa satu jasa PAS yg boleh dibangga sepanjang wujudnya PAS.

Pro-PAS :- Jasa PAS? Satu je parti yg perjuang Islam. Simple. Ikut Hukum Islam PAS bubar. Senang cerita. Ini nama org Islam tp sanggah hukum. Apa ni!. Sebab perintah 50 tahun le org dah benci pemimpin2 UMNO yg berlagak sombong tak tahu jaga hati rakyat. Moral pun teruk dok balun duit rakyat. Org2 PAS berjuang atas dasar Islam. Itu bezanya. Sbb itu BN tawar duit juta2 tak makan pun sebab Iman teguh. Kuat. Lainla dgn puak2 sekular UMNO. Kalo PAS pegang negara takkan la nak bukak kontrak kpd Non-Bumi. Bodoh la begitu. Hehe. Awat cakap pasal Petronas je. JPA, kuota MRSM, ekuiti Bumi dok jaga sangat ke 50 tahun ni. Jgn nak bangga sangat la selagi UMNO perintah lagi lingkup.

Pro-UMNO :- Jasa kebenda. Tak buat apa2 pun. Pegang Kedah, Kelantan macam tu jugak. Tak buat pun ikut Hukum Hudud. Kena desak dgn DAP terus cakap tak jadila, susahla & mcm2. Seteruk2 UMNO byk jasa dr yg lain2. Balun duit rakyat? Tak baik fitnah, kalau ada yg tak betul dah lama kena siasat jenayah. Bukan tak jaga hati rakyat tapi rakyat tertipu oleh PR. Janji macam2 tipu semua. Hindraf & DAP pun disokong. Agama kena berjuang tapi kalau yg lain takkan bagi kat org lain. Terukla bangsa & agama. Tawar duit juta-juta? Jgn fitnah sahabat. JPA & MRSM sapa yg wujudkan bukan UMNO ke? :) Dok cakap macamana pun PAS tetap tak dak rekod yg boleh dijadikan contoh. Rekod penderhaka adala kot.

Pro-PAS :- Hang ni tak tau pasal Undang2 Negara ka. Budak yg sekolah pun tahu. Patut pun UMNO dok main pasal ini. Nasib baik rakyat tak bodoh. Undang2 hudud tak dapat laksana selagi tidak dapat kelulusan parlimen la. Kalau tak payah dah lama pun jalan. Org2 UMNO ni tak sekolah ke. Hehe.. Berul la MRSM & JPA UMNO yg buat tapi UMNO depa jugak rosakkan tak jaga pulak hak melayu. Pelik2. Dok kata pembela tapi jadi pelingkup. Hehe. Malu betul.

Pro-UMNO :- Undang2 Syariah tertakluk pada Negeri. Bukan pusat. Tapi kalau dari segi nak jatuh hukuman akan ada conflict dgn Undang2 Civil. Itu ja masalahnya. Apapun Undang2 Islam luas. Jangan pikir nak tegakkan Kanun Jenayah ja. Cuba buat sikit2. Rancang & buat sikit2 ikut negeri. Ini tak, asyik cakap ja tapi tak buat. Itu pasal aku musykil adakah PAS betul2 nak buat ke tidak. Apa2 pun Undang2 Syariah tertakluk pada negeri. Aku tak nampakpun Kelantan laksanakan walaupun beberapa penggal pegang. Pasal jaga org Melayu mungkin UMNO ada kelemahan. Tapi UMNO tak selemah PAS sekarang. UMNO masih garang bila org usik Asas2 Perlembagaan. Tapi PAS? Tak nak komenla hang tau sendiri..

Pro-PAS :- Hang ni tak baca ka pasal usul Kerajaan Kelantan bawak pi Parlimen tapi ditolak mentah2. Sapa tolak? Puak2 UMNO antaranya. Kalau Melayu Islam sendiri tolak macamana bukan Islam nak ikut? Sedarlah Hukum Islam dr Allah jgnla pertikai boleh jatuh Murtad. Hukum yg dah termaktub dlm Al-Quran. Pandai guna hadis suruh taat pada pemimpin, tapi kat Allah langsung tolak. Apahal? Ni ka yg dibangga sangat kat UMNO. Tak respek langsung. Kelantan dah byk contoh laksana Hukum Syariah. Adakan konsert kecualikn perempuan
aja. Artis2 yg datang Kelantan kena pakai sopan. Iklan semua menutup aurat, arak dijual terhad pada org bukan Islam. Tak nampak ke ? Pelan2 lani nak buat Hudud dok jata Hukum PAS. Masyallah.. Istigfar banyak2 la.

Pro-UMNO :- Bila masa pulak bawak ke Parlimen. Mana ada. Lani 5 negeri bawah PR. Bawakla! Kenapa banyak alasan pulak skrg. Adakah jatuh murtad kalau Hudud tidak dilaksnakan. Fatwa baru PAS ke? Bila masa UMNO pertikai. Hukum tetap hukum. Tapi kena tengok keadaan. Kena tgk balik apa Rukun Islam. Bukan UMNO tolak, tapi rakan2 BN tolak. Sama juga macam PAS sekarang tak boleh laksana jugak sebab DAP & sebilangan PKR tolak bulat2. :) Awat tak buat yg senang2 ja. Kalau betul nak buat, PAS kena ada satu commitee untuk discuss. Kalau benar PAS bersungguh2 nak buatla. Jangan bagi alasan Kerajaan Pusat. Lani Kelantan majoriti PAS apa masalah ? Buatla. Hak Allah nak kata sapa keluaq Islam @ tidak, bukan Hak PAS.
comments