Aug 26, 2009

Kartika Sari & Bulan Puasa


Salam.

Tak tau la pulak kenapa sejak akhir2 ini isu Karina Sari a.k.a Model yg minum arak ni sungguh famous. Mungkinkah sbb bulan puasa @pun disebabkan berita/ paper/ tv43 takdak berita lain nak tunjuk. Yang terbaru adalah penangguhan hukuman sebatan. Awalnya katanya sbb menghormati bulan puasa tapi keesokan harinya dikatakan sbb tiada penyebat yg ada pada hari tersebut.

Pusing2 nampaknya. Tidak diketahui adakah Kartika Sari ikhlas utk disebat atau tidak @ utk mendapat populariti. Tetapi dr segi gayanya beliau ikhlas & tidak sabar2 utk dijatuhi hukuman tersebut. Mungkin Allah bagi hidayah kepada beliau maka disebabkan itulah beliau tidak sabar2.

Tetapi yg cek tidak paham kenapa Media memberikan liputan meluas kepada kes tersebut. Seolah-olah cuba menampakkan yg Hukuman tersebut kejam di mata masyarakat. Mungkin disbbkan inilah pertama kalinya hukuman seumpama dilaksanakan di Malaysia. Oh ya, lupa jugak yg Malaysia atas kerana kes di menjadi perhatian negara luar. Biasalah media luar.. Bila bab yg depa suka ja depa lapur mcmla kes demo baru ni (rata2 Org MelayU).

Yg kelakarnya ada pulak suara2 sumbang pihak2 yg tidak berkenaan mempertikai hukuman tersebut. Antaranya Majlis Peguam (Bar Council) & tidak lupa juga akhbar2 berbahasa Inggeris & lain2.

Hari demi hari semakin ramai yg kesian kepada beliau sehinggakan semalam Dato' Seri Najib memintak beliau utk merayu hukuman yg dijatuhkan. Tidak juga dilupa kenyataan Shahrizat & Peguam Negara. Satu tindakan yg tidak BijAK!! Bravo' kepada Mufti Perak & bbrp lagi pihak yg menyelar mereka2 yg cuba mencampuri urusan Mahkamah Syariah. Biarlah Mahkamah Syariah & sokonglah mereka.

Baru hendak laksanakan salah satu hukum yg menjurus kepada Hukum Islam. Dah byk halangan. Maka teruskanlah...
YG depa tau kesian.. tapi depa tak tau yg azab Allah lagi hebat drpd hukuman Sebatan.

Pada pandangan saya perkembangan ini merunsingkan. BUkan disbbkn saya tidak kesian pd beliau tapi kerana secara tak langsung menggambarkan Mahkamah Syariah kejam terhadap wanita. Mungkin pada dasarnya nampak begitu, ttp jika difikirkan hukuman diakhirat lebih dasyat dr apa yg Kartika hadapi.

Kepada semua umat Islam & pihak media. Cukup2lah isu tersebut dimainkan.. Bosan & jemu melihat isu tersebut menjadi tajuk berita setiap hari. Biarlah, senyaplah & takyah komen lebih2.. Biarlah dia dgn mahkamah & hukuman tersebut.

P/s: Jgn ada org buat benda ni isu politik dah la...
comments

No comments:

Post a Comment