Apr 8, 2009

Analisis Keputusan Pilihanraya Kecil P59 Bukit Gantang


Kejutan demi kejutan diterima. Keputusan tidak memihak kepada BN di N25 & P59 dan tidak memihak kepada PKR di N29. Keputusan yg tidak dijangkakan & merupakan kejutan ramai penganalisis politik.

PRK 2009
Peratusan Keluar Mengundi - 75.1% @ 41,626
Majoriti 2,789
PAS - 21,860
BN - 19,071
Bebas - 62

PAS beroleh Pertambahan majoriti = 1,223 (PRK 2009 vs PRU-12)

PRU-12
Peratusan Keluar Mengundi - 72.65% @ 40,299
Majoriti 1,566
PAS - 20,015
BN - 18,449
Bebas - 872

Ternyata taktik & kempen pilihanraya yg dilakukan oleh BN tidak cukup berkesan dlm menambat hati pengundi2 muda. Jika dilihat dari segi saluran, BN banyak kalah di saluran 3 & 4 saluran pengundi muda. Trend yg sama dilihat pada 2 pilihanraya yg lepas & dijangka akan berpanjangan ke PRU-13 jika ia tidak diambil kisah oleh BN.

Melabel 'Nizar' sebagai penderhaka meskipun berjaya ttp ia tidak berjaya utk diterjemahkan kepada kertas Undi oleh pengundi muda. Ada penganalisis mengatakan popularnya Nizar berbanding Ismail dr BN adalah penyebab kekalahan BN meskipun beliau merupakan calon tempatan. Mmg benar di zaman siber & era skrg rakyat respon kepada maklumat info yg diketengahkan. Proses muat turun maklumat oleh generasi skrg berkisar kepada baik @ buruk & pada akhirnya proses asimilasi maklumat tersebut akan meletakkan individu tersebut sebagai icon @ org yg dikenali oleh rakyat. Baik @ buruknya maklumat tersebut menjadi persoalan kedua.

Ia sama dgn jika mendengar lagu @ album baru dimana jika pada awalnya mungkin kita tidak suka ttp setelah lama2 mungkin akan suka. Sifat Nizar yg merupakan 'fighter' menjadi daya tarikan kepada pengundi. Pengundi merasakan Nizar boleh membawa permasalahan rakyat di P59 kehadapan.

Pola pengundi pula menampakkan PAS telah mendapat pertambahan Undi yg banyak di Kuala Sepetang sbnyk 1,000 Undi. Jelas dahulunya Kuala Sepetang merupakan kubu kuat MCA telah menjadi faktor kekalahan calon UMNO. Sentimen yg dibawa oleh DAP yg BN menumbangkan kerajaan Cina amat berkesan disini. Meskipun begitu terdapat pertambahan 60 undi ke arah BN di kawasan tersebut. Boleh dikatakan MCA & Gerakan boleh dipersalahkan dlm kekalahan BN disini. Ini menunjukkan Komponen terutama sekali MCA & Gerakan akan menghadapi cabaran yg getir utk PRU-13.

Jika dilihat dr segi pertambahan Undi BN sebenarnya berjaya menaikkan sedikit jumlah undi hanya sebanyak 622 undi. Tetapi PAS berjaya menaikkan undi sebanyak 1,223 & dijangka berpunca drpd undi Cina @ India.

Kesimpulan analisis adalah berikut :-


1- Pengundi muda di saluran 3 & 4 lebih berkecenderungan utk memilih PAS drpd BN. (terbukti di kelima2 saluran pada PRK (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau & Bukit Gantang)
2- Pengundi Cina tidak memberi Undi kepada BN malah memberi tambahan undi sebanyak 1,000 undi kepada Nizar.
3- Terdapat pertambahan undi drpd org Melayu kepada calon UMNO ttp amat sedikit utk diterjemahkan terhadap kemenangan. Majoriti org Melayu mengundi UMNO. Undi org Melayu kepada PAS merosot 5%.
5- Kemenangan PAS hasil drpd pengundi bukan Melayu. (petambahan undi dr 60 ke 85% bukan melayu mengundi PAS)

Cadangan & Ulasan :-

1- Parti komponen BN terutamanya MCA perlu membuat kajian yg mendalam kenapa kekalahan berlaku di kubu kuat mereka? Alasan demi alasan tidak lagi dapat diterima oleh BN. Sedangkan PRS telah menang dgn jayanya di Batang Ai. Daripada meminta2 jawatan Timbalan Perdana Menteri @ meminta utk dikekalkan jawatan2 dlm kabinet, MCA perlu agresif dlm menambat hati rakyat terutama sekali pengundi Cina drpd selalu sgt menyalahkan UMNO dlm setiap kekalahan. Jelas MCA merupakan parti yg kalah di Bukit Gantang bukan UMNO.

2- PAS telah menunjukkan sekali lagi pertambahan sokongan kepada PAS. Dapat disimpulkan kejayaan di Bukit Gantang merupakan kejayaan PAS dibantu oleh rakan2 PKR & DAP. Ttp sikap & kaedah PAS di Perak sbnrnya menggugat sokongan melayu di Bukit Gantang. Terdapat indikasi yg pengundi Melayu sedikit tergugat utk menyokong PAS. Tetapi atas kekuatan pengundi2 muda & bukan Melayu menjadi PAS menang dgn majoriti yg lebih besar.

3- Keteguhan & ketiadaan isu yg kuat utk menggugat PAS menjadikn PAS merupakan parti terkuat dlm Pakatan. Jelas disimpulkan disini PAS perlu bersedia utk menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat utk menghadapi Pilihanraya ke-13. Byk perkara perlu dilakukan oleh PAS dlm merealisasikan harapan ini. Satu saja nasihat kepada PAS. PAS mesti bersedia mengambil alih peranan UMNO & moga2 menjadi tunjang Pakatan.

4- Rakyat telah menunjukkan kepada BN signal yg jelas BN perlu berubah. BN perlu serius utk mencari & melaksanakan perubahan. Perubahan kepimpinan yg baru tidak menunjukkan indikasi jelas bahawa ia dapat mengubah hati rakyat. Rata2 pemimpin BN perlu percaya bahawa saluran 3 & 4 bukan lagi milik BN & malah merupakan ancaman utk PRU-13. Post-mortem yg serius perlu dilakukan bagi mengenal pasti faktor kekalahan ini. Jika BN tidak melakukan sesuatu utk menambat hati mereka2 ini maka BN perlu bersedia menjadi pembangkang selepas PRU-13.
Lain2 analisis :
comments

No comments:

Post a Comment