Apr 24, 2011

Menilai Pola Pengundi Cina - Pasca PRU Sarawak

Tahniah kepada BN yg telah berjaya memperolehi sekali lagi mandat utk mengurus tadbir Sarawak. Sarawak merupakan tempat utk mengujinya kekuatan BN & sejauh mana BN kembali mendapat sokongan masyarakat setelah terkena tsunami politik 2008. Seperti yg dijangka BN telah kehilangan hampir kesemua DUN majoriti Cina. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada parti komponen Cina BN. Baik di semenanjung mahupun di Sabah & Sarawak. Satu yg amat menarik berlaku sekarang adalah gesaan oleh MCA & Gerakan kepada SUPP utk tidak mengambil apa-apa jawatan dalam Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak. Ini sebagai menghormati aspirasi pengundi masyarakat Cina yg tidak mahukan 'representative'/ wakil dari kaum Cina berada dalam kerajaan.

Gesaan ini amat wajar & perlu diperluaskan & diperjelaskan kepada rakyat. Kerana sudah terang-terang itu  yg dimahukan oleh pengundi Cina. Sudah segala macam taktik & usaha digunakan oleh BN, UMNO, MCA etc2 utk memenangi hati masyarakat Cina yg majoritinya kaum Tionghua namun segalanya sia-sia. Kenapa? Kerana kepada mereka sepertimana yg dinyatakan oleh DAP sesiapa saja yg menang BN tetap akan meletakkan wakil Cina dalam Kabinet. Maka disebabkan itulah apa bezanya berikan kemenangan kepada komponen BN seperti MCA, SUPP & Gerakan berbanding DAP?

Malahan lagi baik menangkan DAP sebab sekurang-kurangnya jawatan kabinet masih ada & juga menambah satu lagi suara DAP dalam Parlimen @ DUN. Atau nama lainnya kedua-dua dapat. Malah kadang-kadang siap dapat lagi satu 'post' Menteri @ Timbalan dek kerana UMNO mahu mengambil hati kaum Cina (taktik bodoh betul). Jadi ada baik undi DAP sekurang-kurangnya akan ada 2 'post' dalam DUN & kerajaan. Ketakutan utk kehilangan suara @ wakil tidak ada lagi maka ada baiknya taktik yug memenangi hati pengundi diubah.

BN perlu kurang memberikan perhatian kepada kaum Cina. Jangan asyik memberi & memberi. Kerana akhirnya madu dibalas tuba. Mana tidaknya, DAP telah memomokkan hasutan yg jika SUPP kalah sekalipun 'post' tersebut telah menjadi jaminan kepada masyarakat Cina Sarawak. Samaada kalah @ menang. Inilah kali pertama gesaan MCA & Gerakan 'make sense' & bakal jadikan masyarakat Cina berfikir dua kali utk tidak mengundi parti komponen BN yg mewakili kaum Cina. Kekalahan mereka bakal menyebabkan hilangnya suara kaum tersebut dalam kabinet.

Syabas MCA kerana amat lantang dalam hal ini walaupun sebenarnya tak diketahui ikhlas @ tidak dalam percakapannya. Mungkin MCA telah sedar utk menjadi Cauvinis seperti DAP adalah taktik yg tidak tepat kerana DAP akan senantiasa lebih racist @ cauvinins dari mereka. Sbb MCA, Gerakan & SUPP terikat dgn ikatan tolenransi BN. Malah pendekatan Cauvinis jika diikut mereka, akan merugikan parti-parti komponen ini kerana akan mencetuskan perbalahan berpanjangan terhadap dalam parti Bumiputera & lain-lain Parti.

Kepada UMNO & Barisan Nasional ingatlah & sedarlah yg kelansungan urus tadbir Negara & Negeri adalah bergantung kepada kelansungan & sokongan masyarakat Melayu & bumiputera & juga masyarakat India. Undi merekalah yg akan menentukan samaada BN berdiri memerintah Negara Malaysia. Maka jagalah mereka sebaiknya. Taktik perlu diubah. Jawatan & peruntukan mestilah berdasarkan merit & majoriti kerusi. Berilah perhatian kepada mereka-mereka yg tak meminta-minta tetapi sentiasa berdiri teguh dibelakang Barisan Nasional.

P/s :- Sia-sia Kerajaan Sarawak bagi tanah sampai 2000 hektar kepada Sekolah Cina sedangkan undi haprak tak dapat.. Tak pernah sekolah Agama @ lain2 dapat peruntukan sebanyak itu...sekolah lain dapat ke? comments

Mar 8, 2011

PAS : Sedar-sedarlah Akibat Mengikut DAP

2 PRK memberi cukup makna pada PAS. Peratusan undi terbalik ke UMNO sekitar 10-20%.
Kalaulah PAS masih tidak sedar & PR masih gah & bercakap besar maka tak mustahil pada PRU yg depan. Kedah & Selangor bakal tersungkur.

Cuma yg mungkin kekal hanyalah Kelantan & Pulau Pinang. Kawasan-kawasan lain tunggu ajalah berita besar & gembira. Tapi kalau dilihat pengundi sekarang bukan lagi bodoh.. Boleh diperbodoh & ikut telunjuk. Nampaknya BN & UMNO telah redo & tahu hakikat ini. Disebabkan itulah Calon yg dipilih adalah dikalangan terbaik.

Ya memang. Boleh dikatakan calon antara sbb BN kalah dulu. Meskipun begitu masih terdapat pemimpin yg boleh BN tercalit kotor akibat perbuatan seperti rasuah. Baru-baru ni pun kecoh pasal YB UMNO yg dikenakan saman oleh mahkamah akibat rasuah. Walaupun beliau boleh buat rayuan tapi Dato Najib tolonglah jangan lantik semula beliau menjadi calon mahupun diketengahkan sebagai pemimpin masyarakat. Buat malu ja..

Kepada PAS & Nik Aziz.. Ingatlah yg langit tak selalu mendung. Jika fatwa bersandarkan politik maka lama kelamaan org naik meluat & jadi bahan ketawa. Rasa hormat kepada Tuan Guru pun dah takdak. Mungkin hormat sebagai org tua ja kot.

Pada UMNO & BN. Teruskan perjuangan tapi jgn dilupa. Seperti mana yg cek dok selalu bagitau, kekuatan PRU-19 nanti adalah undi Melayu. Maka jagalah mereka. Biarlah PAS dgn DAP nya & PKR dgn kehancurannya. Wallahwaqlam comments

Feb 13, 2011

BN Menongkah Arus @ Mengikut Arus

Assalamualaikum..
Sudah dua bulan tidak menulis. Tapi tak bererti terus senyap dari menjadi pemerhati politik. Cuma menyepi, menanti, melihat & meneliti keadaan demi keadaan. Event demi event. Maklumat demi maklumat. Memerhati 'trending' penerimaan masyarakat terhadap BN. Alhamdulillah, nampaknya masyarakat terus memberikan mandat kepada BN berkat dr kepercayaan kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak.


TERAJU

Walaupun sesekali isu-isu nakal timbul tapi tak bisa menggugat keadaan & usaha yg rancak dilaksanakan. Apa2 pun baru ni keterujaan cek di peringkat maksimum bila tertubuhnya Unit Khas utk membantu Bumiputera. TERAJU terdiri daripada lima bahagian utama, setiap satu dipertanggungjawabkan untuk bidang berikut:

i.            Keusahawanan dan penciptaan kekayaan;
ii.           Pembiayaan;
iii.          Pendidikan dan Penggajian;
iv.          Penilaian Institusi & Instrumen Polisi; dan
v.           Pengurusan Stakeholder

Cek taknak ulas panjang pasal TERAJU tapi merasakan yg PM amat paham dalam melaksanakan agenda & semangat DEB yg dibuat oleh bapanya dgn tertubuhnya unit  ini. Tak sia2 cek dok komen2 pasal Agenda Bumiputera & NGO2 melayu dok bising pasal isu yg sama. Dalam pada itu tahniah diucapkan kepada Husni Salleh kerana dilantik oleh PM utk mengetuai Unit ini. Dihadap tidak mensia-siakan masyarakat bumiputera Malaysia. Nasib jugaklah unit ini akan berada dibawah Awang Adek & PM sendiri & tidak dibawah Ahmad Husni kerana beliau tidaklah begitu berminat soal bumiputera mungkin. Cek akan tgk perkembangan Teraju dari semasa ke semasa & berharap dapat memberikan input dalam menambak baik objektif matlamat Teraju. 

PAS  

Bercakap soal PAS pulak, sekarang PAS berada dalam keadaan amat kritikal. Jika PRU dilakukan pada bila-bila masa agaknya PAS akan kalah minimum 1/2 daripada kerusi yg ada. Kedah mungkin jatuh kembali ke UMNO & kawasan2 yg dulunya PAS menang ke atas UMNO akan dimenangi semula oleh UMNO jika percaturan yg betul. Jangan dinafi & jgn disangsi kerana dulunya PAS amat bangga dgn sokongan Melayu terhadap PAS yg memberikan kemenangan pada DAP & PKR. Tetapi sekarang adalah sebaliknya bila PAS memerlukan Undi hasil belas kasihan DAP & PKR. Teruk!

Itulah jadinya bila tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti @ prinsip berubah sekelip mata demi matlamat politik. Kepada PAS usahlah tidoq & usahlah resah. Sebab kamu mmg tahu apa masalahnya. UMNO bukan kuat. Cuma kamu yg lemah. Lemah yg menampakkan seolah2 PAS dibawah telunjuk DAP & PKR. Hm... Bukan seolah2 tetapi mmg dibawah telunjuk DAP & PKR. Kalau di Parlimen siapa yg memulakan walk-out di Parlimen. Di Negeri pulak siapa yg berikan arahan idea mengarut2 & PAS hanya pak turut mengikut (PAS Kedah ja steady).

Bila & dimana inconsistent dalam memberikan fatwa politik. Disini jugaklah rakyat yg sudah matang boleh menilai fatwa yg dikeluarkan berunsur politik ataupun sebaliknya. Itu jugaklah yg terjadi pada BN pada 2008. Tapi sekurang-kurangnya BN sudah sedar & bertambah matang walaupun belum matang sepenuhnya.


Mengikut Arus

Keadaan sekarang sebenarnya kalau dikaji balik BN hanya mengikut arus yg ada. Arus yg dimaksudkan adalah mengikut & menggunakan kelemahan-kelemahan yg ada demi kekuatan. Kelemahan PR sendiri dimana mereka gagal sepakat utk mendaftar atas satu nama politik. Kelemahan DAP yg bersifat kiasu & pilih kasih atas kuasa yg ada. Kelemahan PKR yg Parti Kian Runtuh. Kelemahan PAS yg makin lesu dibawah DAP. 

BN sebenarnya tidak benar-benar kuat. Belum kuat sepenuhnya. Cuma rakyat sedar yg PR lebih teruk dr BN. Itu saja. Tetapi sampai bilakan BN mahu mengikut Arus.. Sbb kadang jika nasib tak baik Arus boleh jadi slow @ tiba2 ada bongkah kayu yg boleh menyekat arus. 

Menongkah Arus

BN perlu menongkah arus. Iaitu melepasi @ menongkah badai2 atau alur sungai yg kuat. Memang tampak sikit2 percubaan dibuat & ada yg lepas. Contohnya kenyataan PM ttg Hak Bumiputera. Tetapi permasalahan utama seperti penyelarasan Sistem Persekolahan masih belum menjadi kenyataan. Menongkah permasalahan dalam sesama parti dalam BN. Menongkah dalam membuang badi2 taik yg terpalit dalam komponen BN & jugak badi-badi ahli yg korup & yg berjuang demi harta benda. Benda tu masih ada & tindakan drastik perlu dilakukan utk menunjukkan yg BN betul-betul serius utk berubah.

Jika BN berjaya mengikut & menongkah arus maka tak mustahul PRU-13 milik BN..


  comments

Dec 31, 2010

Other Perspektif Last Post of 2010

Buku Rujukan
Sudah cukup setahun 2010 iaitu 365 hari tahun ini. Cerita politik pada tahun ni cukup menarik. Bila dimana 'tide' mula berubah arah drpd PR kepada BN. Meskipun begitu pada cek ini adalah keadaan yg tidak boleh dibanggakan. Terdapat banyak ruang yg perlu dilihat, diteliti & digunakan.


Pada cek, perubahan 'tide' bukan bermakna BN ditunjangi UMNO makin kuat. Ia cuma kerana PR semakin lemah. Caca marba dipihak sana memberi kelebihan kepada BN. Terdapat lebih kurang 4 PRK sepanjang tahun ini. Dimulai dgn PRK di Hulu Selangor, PRK Sibu Sarawak, PRK Batu Sapi & PRK Galas. Kebanyakan memberi signal yg berbeza-beza. Apa yg nyata pola pengundian menampakkan Undi melayu & bumiputera ternyata kembali kepada BN. Undi kaum Cina berbeza-beza mengikut tempat. Dimana di Hulu Selangor & Sibu menunjukkan undi ke arah PR. Undi India juga tidak consisten.

Apa-apapun kalau dilihat dari segi tarikh & waktu PRK menampakkan peningkatan kepada undi terhadap BN. Jika diteliti pola yg berubah ke arah BN bukan dek disebabkan oleh BN makin kuat. Tetapi disebabkan oleh kelemahan PR itu sendiri. Dalam usia dekat 3 tahun PR memulakan gelombang reformasi politik negara, masih tiada kata sepakat antara 'coalition' utk menubuhkan satu entiti politik yg kuat iaitu bagi menyaingi Barisan Nasional. Coalition hanya berteraskan utk melawan Barisan National & tiada 'commend ground' dalam kesepakatan ini. Ketidak sepakatan ini menjadikan rakyat utk berfikir sejenak adakah mereka mahukan entiti @ 'coalition' yg bergabung atas dasar mahu menentang BN utk memerintah negara. Is it worth taking that Risk?

Ini merupakan antara cabaran bagi PR kerana akan menjadi 'bullet' bagi BN utk menembak mereka dalam angan-angan ke Putrajaya. Dalam pada itu persepsi majoriti Melayu yg mengatakan PAS & PKR ditunggang oleh DAP makin menusup ke jiwa rakyat. Ini boleh diterjemahkan oleh peti-peti undi semasa PRK.

BN tidak boleh terus gah & menarik lafaz lega kerana pola pengundian boleh berubah sekelip mata jika Anwar berjaya menaikkan sentiman rakyat pada akhir2 menjelang PRU-13. Jangan dipandang ringan art of war DSAI. Bukan susah sebenarnya nak menarik undi Melayu/ Islam. Janjikan mereka kerajaan yg dekat kepada Islam & rasanya undi kembali kepada PR. Tetapi satu persoalan ? adakah DAP sanggup tunduk kepada 'idea' tersebut? Jawapannya tidak. Sebab DAP ada agenda lain iaitu cukup utk memerintah Pulau Pinang & next target adalah Negeri Sembilan.

Keputusan PRU-2008 Negeri Sembilan
Jika dilihat di negeri ini DAP cukup kuat & majoriti yg diterima cukup besar. Di negeri sembilan BN hanya mempunyai kelebihan 5 kerusi. Jadi kalau lah strategi PR cukup bagus. Mereka hanya perlu menangkan  4 sahaja kerusi utk memerintah & perlu kekalkan kerusi yg sedia ada. Jadi kalaulah BN cerdik, mereka patut letakkan 'priority' di negeri ini yg merupakan kritikal bagi BN. Terutama kawasan yg akan ditandingi oleh PAS. Jika mereka berjaya menumbusi kawasan ini tak mustahil Perak yg kedua akan berulang ditunjangi oleh DAP.

Apa-apapun cerita politik 2011 akan lebih menarik. Dimulai dgn PRK di Tenang Johor kubu kuat BN & teka teki PRU-13. Kalau tengok dari segi strategik PRU seelok-eloknya diadakan pada tahun depan utk kemenangan BN. Tapi sebagai rakyat marhaen yg empati terhadap perbelanjaan Negara, janganlah dibuat tahun depan. Membazir sahaja. Biarlah Pilhanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak selesai dahulu. Kaji keputusan disana & rancang strategi berikutnya baik dipihak BN mahupun PR.

Seelok-eloknya buatlah pada tahun awal tahun 2012. Apa-apapun..  

Selamat Tahun Baru kepada semua & tingkatkan kematangan kita bila berpolitik. comments

Dec 19, 2010

Mencari Sinar Pakatan Rakyat

La ni Pakatan Rakyat melalui konvensyennya syiok sendiri. Setelah mengangkat Anwar sebagai anugerah tuhan maka dijanjinya pulak Lim Kit Siang DAP sebagai Timbalan Perdana Menteri jika menang. Maka utk menjaga hati org2 PAS maka biasala Nik Aziz & Tuan Guru Hadi Awang ckp itu pendapat peribadi Anwar.

Susah-susah. Sekarang 'trend' pendapat peribadi cukup banyak. Itu rasanya kalau tgk insiden pengerusi DAP Selangor baru Teresa maka apa agaknya PAS akan cakap. Mungkin depa cakap DAP jahil maka tak pa menghina Masjid. Takpala dosa2 mungkin ditanggung oleh PAS sebagaimana hilangnya duit kohilal.

Lepaih ni lagi satu PRK. Kali ni di Johor pulak. Apa2 pun biar kita sedekahkan Al-Fatihah kepada YB kita. Mungkin pada PRK ini tak menjadi masalah bagi BN @ UMNO. Tapi jgn disangka @ memandang rendah sentimen masyarakat. Kalau isu naik harga minyak & gula digunakan sebaik-baiknya disana maka hancur @ kuranglah undi. Tapi kalau lah PRK ni tak menyerlah maka cek nak salahkan Menteri yg bertanggungjawab sbb cakap tak serupa bikin.

Kepincangan demi kepincangan berlaku oleh PR. Waktu kat sidang DUN Penang mereka pernah gantung ADUN BN sbb katanya tunjuk pungkok. Paih tu kat Selangor pulak depa gantung Khir Toyo sbb isu BALKIS. Lani kena pulak kat depa kat Parlimen satu Malaya kecoh. Siap bawak sepanduk mcm demo kat luaq @ budak2.. Tak pernah cek tgk sidang parlimen satu dunia YB bawak sepanduk.. Kelakar. Mmglah ulasan Yb Zulkifli Nordin depa ni macam beruk sarkas.

Tapi ni bukan yg pertama sbb yg pertama @ yg best zoo DUN Perak. Itu lagi ganas dia punya 'show'. Apa2pun Sinar Pakatan Rakyat @ Pakatan Ranap makin kelam. Kelam seperti sinar wajah Anwar. Maka kepada PAS yg menjadi bulan menerangi PR larila jauh2 sebelum cahaya bulan jahanam dek kerana ditunggang penunggang2 hebat. comments

Dec 7, 2010

Taxi Limo KLIA & Keluhan Pemandu

Adalah menjadi lumrah pada cek utk 'outstation' ke merata ceruk Malaysia. Apabila bila sampai ja airport selalunya org yg pertama cek bersembang setelah berhari-hari di luar kawasan adalah pemandu teksi. Macam-macam pemandu teksi yg cek jumpa tapi secara amnya majoriti pemandu teksi KLIA LIMO adalah pemandu yg sungguh 'dedicated' dgn tugas mereka.

Pada dasarnya inilah apa yg pemandu teksi dapat @ cara syarikat pemandu teksi berfungsi :-

1- Pemandu teksi dgn syarikat KLIA LIMO melaksanakan sistem sewa beli. Dimana syarikat akan menyediakan teksi kepada pemandu dan dalam pada yg sama pemandu perlu membayar sewa harian. Sewa harian pula boleh mencecah sehingga RM 150~ RM 190 sehari (harga sebenar tidak diketahui).

2- Harga sewaan sehari dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu 1- Insuran, 2- Duit selenggaraan, 3- Duit installment kenderaan/ kereta & beberapa pecahan yg kecik2.

3- Sewaan harian akan ditolak melalui ticket yg dikerat & di claim oleh pemandu teksi. Pemandu perlu 'claim' @ redem ticket @ tebus ticket maksimum 4 hari sekali. Pemandu sendiri perlu datang utk menebus wang tersebut (berdasarkan receipt ticket yg dikerat).
Kalaulah hilang tiket alamat selamatlah..

4- Tiada cuti diberikan kepada pemandu dimana bermaksud mereka perlu kerja tiap-tiap hari bagi membayar harga sewaan harian.
Kelihatan pemandu teksi KLIA LIMO jelas ketara. Muka letih moyok & menakutkan penumpang yg jadi penumpang. Almaklumlah letih bekerja kerana takdak cuti. Mau idaknya tiap2 hari kena bayar sewa..

5- Pemandu perlu membawa kereta sekurang-kurangnya 3 trip utk mendapat modal sewaan harian & perlukan 5-6 trip utk mula mendapat keuntungan.
Ini tak elok sebab pemandu teksi akan kejar trip. Itu pasalla kadang2 kita cakap pemandu teksi KLIA Limo mcm pelesit @ lebih gaya pemandu F1. Sebab mereka terpaksa bawak laju utk kejar trip demi utk balik modal @ untung.

Difahamkan Airport Limo (M) Sdn. Bhd dikuasai oleh ahli politik tertentu. Kalau dilihat pada rate @ harga di website boleh dilihat betapa double standard rate yg diberikan. Dimana boleh dilihat betapa tingginya harga tambang dari KLIA - Putrajaya (RM64.80) berbanding KLIA - Bangi (RM 54.80). Tidak diketahui kenapa begitu harganya. Tambang teksi disini.

Satu lagi ada sedikit kemusykilan berkenaan kapasiti penumpang yg boleh dibawak oleh Teksi LIMO yg mengizinkan 4 org Dewasa & 2 kanak-kanak (bwh 12 tahun) sedangkan Undang-undang JPJ utk teksi bandar hanya mengizinkan 4 org Dewasa termasuk pemandu.
Satu soalan cek nak tanya adakah Insuran cover utk semua penumpang + pemandu?

Apa-apa pun perkara yg ingin disampaikan adalah keluhan pemandu-pemandu teksi perlu diberi perhatian sebelum ia melarat menjadi barah yg tak boleh diubati. comments

Dec 6, 2010

Adakah Kenaikan Subsidi ada Kaitan dgn PRU-13?

Melihat kepada beberapa trend yg berlaku sejak sebulan ini memberikan semacam petanda yg PRU-13 semakin hampir. Kemungkinan adalah seawal tahun depan samaada sebelum bulan June 2011 @ selepas Budget 2012.

Kenapa idaknya, sebab Pilihanraya Sarawak pun belum diadakan lagi. Mandat utk BN akan luput pada bulan June 2010. Tidak mungkin Pilihanraya akan diadakan pada bulan ini mahupun bulan Januari @ Februari kerana dekat dgn Gong Xi Fa Cai. Satu lagi dgn kenaikan harga minyak & penghapusan subsidi sekarang menunjukkan yg kenaikan dilakukan sekarang bukan tahun depan.

Jika dilakukan tahun depan lagi parah rasanya kerajaan BN. Kerana selalunya rakyat akan reda @ redo dgn kenaikan harga dalam lingkungan 3~6 bulan. Maka jika PRU diadakan pada bulan 6 tahun depan maka sempatlah Kerajaan umumkan insentif yg bakal menjadikan rakyat gembira.

'Approach' yg digunakan adalah lebih kurang macam 'stail' Tun Mahathir bila waktu beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun. Tapi ia tak mengejutkan sbb beliau merupakan mentor kepada Dato Seri Najib. Antara tanda-tanda yg menguatkan akan adanya PRU-13 adalah :-

~ Presiden MIC bertukar tangan - Utk menguatkan support kepada BN
~ UMNO menangguhkan pemilihan cawangan & bahagian
~ Kenaikan subsidi sekarang & bukan tahun depan - Utk kurangkan effect sentimen rakyat. comments

Dec 4, 2010

Ron 95 Increase 5 cent.. Thank you Govertment..

What can i say, despite all the oath & janji to the rakyat not to increase the fuel tariff for Ron 95 this year yet they still increase it. Very dissapointed on the recent development. Well, i still remember the governess this year make an oath not to increase the price. But yet they still increase it.

So what's the different between the government lead by BN compared to PR.

The one thing i cannot tolerate is people lying.. This is not what i expected from the government. Maybe for opposition government is a norm but not this..

* This is among the 'janji' by the government not to increase price of Ron 95
* When people start lying the credibility of the government start to tarnish.

p/s: Please don't bull shit about what will be saved by cutting subsidy cause its not the people on the street who will received it but someone else.. Anyway please show the rakyat what has been spend for the saved money by increasing ron97 middle of this year? Terima kasih Kerajaan BN~~ comments

Nov 22, 2010

Air oh Ayiaq

Habis kecoh satu Malaya bila tariff air naik di beberapa negeri pembangkang. Dalam tak sedaq tarif ayiaq kat Johor & negeri lain ada jugak naik. Kemudian kecoh pulak kat Selangor yg tak habis2 dok aku tuduh hang hang tuduh aku. Itu tak masuk yg problem ayiaq acaq kat Kelantan. Belum yg kat ulu-ulu Sarawak yg dok tak dapat-dapat lagi ayiaq. Iyalah.. Satu kata Lembah Klang bakal krisis air.. Tapi yg Kera-jaan Selangor pulak dok kata lain. Macam2, tu semua politik baik di utara, selatan timur & barat.

Dek disebabkan Org Tanjung nak dgr komen dr cek, maka ni cek nak habaq mai. Bukan apa. Sebenarnya ayiaq ni keperluan hidup. Yg didatangkan dr Allah Taa'la. Untuk hambanya. Sepatutnya ayiaq ni dibagi free. Tak boleh buat profit pada pengurusan ayiaq. Jadi dalam byk2 cek sokong Kera-jaan Selangor bab ayiaq ni. Bukan bab yg dia dok buat sekarang (politaikkn isu ni) tapi bab dia bagi free ayiaq pada 20m padu yg awai.

Bukan apa, kepada rakyat @ penduduk yg pakai air pada kapasiti sikit elokla diberi pengecualian a.k.a percuma. Macam kes Kerajaan Pusat bagi subsidi gula @ minyak. Betui apa yg dikata oleh blogger ni. Kes ayiaq jgnla dok buat politik. Bila time Kedah & Penang naik tarif air bising. Bila kena time Johor dll senyapla pulak. Jgn jadi pengkritik bermusim@ berpaksi politik.. Jadi-lah pengkritik yg berpaksikan yg benar & nyata. Biasalah kalau ada condong sikit ke politik mana2. Tapi tak semestinya asyik sokong ja mcm kerbau cucuk hidung..

Pada hakikatnya eloklah kalau dibagi ayiaq free pada kapasiti tertentu. Sekurang-kurangnya ayiaq ni perkara asas hidup. Yg lebih tu takpala bayaq sbb atas perkhitmatan saluran, paip air, pengurusan & lain-lain (jgn nak free manjang). Jgn jadikn ayiaq ni sebagai sumber pendapatan. Tak kena bunyinya. Pastu utk elakkan ketirisan pakat-pakatlah pihak pengurusan ayiaq pi buat serbuan pada mereka2 yg pakai ayiaq meter rumah tapi sebenaqnya utk kegunaan domestic. Cthnya macam kedai basuh kereta dll.

Pakat-pakat kita rujuk pada website www.jba.gov.my utk tgk lebih lanjut pasai tarif air kat Malaysia ni. Yg mengejutkan Johor merupakan negeri paling tinggi tarif air & yg paling rendah Pulau Pinang. Cek tabik pada Selangor sebagai negeri pertama di Malaysia ni bagi ayiaq free pada rakyat jelata. (walaupun diperintah oleh PR)..

p/s: Org kedah kata air tu ayiaq.. Idgham tu mesti ada.. comments

Nov 17, 2010

Salam Aid Mubarak

Salam Aidil Adha kepada Semua Umat Islam..

Mari kita menghayati erti korban yg sebenar dalam mendapat keredaan Illahi.

Jgn kita lupa kesusahan saudara-saudara kita di utara & hulurkan bantuan sepatutnya..

Wassalam..
comments