Apr 20, 2013

Pas vs UMNO - Manifesto Islam

Pas sekali lagi tenggelam. Tenggelam sebagai juara agama. Tenggelam sebagai suara islam. Tenggelam sebagai kepimpinan ummah. Dan tenggelam dari sudut ulama' & umara.

Dari segi calon pulak PAS boleh berbangga dgn penghijrahan artis beramai-ramai ke dalam PAS. Manakala UMNO pulak di dekati oleh kumpulan ulama', para guru sekolah pondok & para ahli ilmu agama. PAS berbangga dgn julung2 kalinya bolh tampilkan Calon Artis berbanding UMNO yg memberikan peluang utk Ulama utk menyinar. Ustaz Fadlul Bari diberi peluang untuk menyinar Islam dari dalam UMNO.

Apa yg pasti manifesto ISLAM & kepimpinan ulama telah tenggelam dek pakatan rakyat. Apa yang di'offer' oleh Pakatan dalam Manifesto yg bukan janji macam 'melepaskan batuk di tangga'. Penelitian tidak dibuat sedangkan kononnya merekalah pejuang.

Cuba bandingkan apa yg mereka janji dgn apa yg BN telah buat & AkuJanji baru. Dari situ kita dapat menilai siapa sebenarnya yg bersungguh dalam meletakkan Islam di tempat yg sepatutnya & siapa yg tidak.. Wallahwaqlam















comments

Apr 18, 2013

1,000 Pemandu Teksi Dapat Lesen Individu

Alhamdulillah. Itu yang cek boleh cakap bila Kerajaan menunaikan satu lagi Janji dalam majlis 'Janji Ditepati'.

Janji itu termaktub dlm Manifesto BN mahupun Pakatan. Cuma Pakatan janji nak hapus terus.

Apa-apa pun inilah yg dinamakan pertandingan sihat yang akhirnya akan untungkan rakyat.







comments

Apr 16, 2013

Lagi tinggalkan PR, hangpa bila lagi?

Rentitan dari post terdahulu sini. Makin lama makin ramai yang insaf. Dalam yang insaf ada pulak yg katanya tersedar. Cek maleh nk komen tapi ini adalah hakikat. Mungkin depa kata tu sikit ja. Takpa, depa ni yang terang berubah hati. Yang diam-diam jangan perkecikkan depa noo.









comments

Apr 15, 2013

Sasaran 2/3. Realiti @ mimpi?

Satu ulasan yang menarik oleh Tan Sri Zainuddin Maidin. Beliau memberikan beberapa sebab kenapa BN berkemungkinan merampas kembali 2/3 kerusi parlimen.

1- Tun Mahathir kembali sokong UMNO yg membawa sekali berjuta penyokong yg 'merajuk' di era KJ & Paklah.

2- Media BN sekata berbanding dlm PRU12. Tiada berita perpecahan dlm BN.

3- Kemunculan berpuluh NGO, yg pro-BN. Kewujudan mereka tidak boleh diperkecilkan.

4- Saluran kepada rakyat secara terus & bukan lagi melalui ketua Bahagian @ JKKP boleh elakkan ketirisan. BRIM DLL.

5- Blog & Media online yg jelas dikuasai oleh pro-BN berbanding Pru-12 dimana media online dikuasai oleh PR. Semakin byk cyber troopers dimedia maya yg wujud pro-BN disusuli dgn berita bersasarkan fakta bukan auta.

6-Pas telah hilang identiti agama bila bukan juara bab agama. Apabila DAP lebih 'superior'

7-Apabila PR mempermain isu negara seperti kes Lahad Datu..

Ini antara hujah Zainudin Maidin. Tapi perlu ingat terdapat lebih kurang 2 juta lebih pengundi baru. Diharap dgn pendekatan DaTo Najib yang mesra kepada Gen Y dpt memberikan mandat tambahan untuk menyambung khitmat.

Antara faktor@ 'sign' kecenderungan pengundi baru:-

1- Pilihanraya kampus sejak dua ke tiga tahun menunjukkan parti Pro-kerajaan mendapat tempat dalam undi.

2- BR1M banyak golongan sasaran pengundi muda. Menyamakan penerima seperti ayam & lembu seperti menghina penerima.

3- Follower twitter & FB Perdana Mentertii DSN adalah yang terbanyak.

4- Setiap program golongan belia diikuti@ disertai ribuan belia.

5- Pelatih PLKN lebih berjiwa negarawan & cenderung hasil menjiwai semangat kenegaraan.

---
Meskipun begitu, cek masih 'skeptical' tentang 2/3. Taknak meletakkan harapan yang tinggi jadi kita katakan sasaran untuk merampas kembali kerusi yang pernah dimenangi oleh BN.

Kekuatan terletak pada calon & jentera parti. Kalau silap letak calon pun tak guna. Tunggu & lihat esok!



comments

Apr 11, 2013

Isu Agama. PAS di depan?

PAS bergerak atas nama Islam. Bahkan Pas dalam ceramahnya selalu bercakap seolah-olah mereka lah juara bab agama. Tapi semenjal akhir-akhir benda dah jadi sebaliknya. Mereka terkebelakang dalam isu akidah & beberapa isu terpilih.

Antara isu yang hangat adalah :-
1- Isu kalimah Allah
2- Isu kafir mengkafir
3- Isu amanat hadi
4- Isu menggadaikn agama demi politik
5- Isu murtad
6- Isu LGBT
7- Isu Syiah

Apa-apa pun. Pada Pas matlamat dah halalkan cara maka putrajaya dinanti punya pasal!!












comments

Apr 10, 2013

Manifesto DAP ke Pakatan?

Cek amat tertarik dengan manifesto PR yang bercakap mengenai 'perjuangan' memartabatkan sekolah jenis kebangsaan. Dalam patut rakyat malaysia disatukan dibawah satu bumbung sekolah diawal persekolah mereka dipecah-pecahkan mengikut etnik & bangsa.

NGO perkauman Dong Zhou pulak tak. Habis-habis mintak macam. Terbaru UEC diiktiraf oleh Kerajaan? Apa itu UEC? Kena check dalam google-lah.

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Chinese_independent_high_school#section_2

Pada mereka yang tak perasan apa janji pakatan. Ni cek bagi gambar nya. Pertambahan 220 juta daripada peruntukan yang sedia ada? Abis peruntukan untuk sekolah agama macamana?

Maleh nak komen dah, baca sendiri & nilai. Dan buat keputusan sewajarkan.



comments

Kafirkah aku? Menyingkap amanat Tuan Guru Haji Hadi.

Diera 80an isu ini bermula. Semenjak amanat tersebut dituturkan. Bermula perpecahan umat islam, keretakan rumah tangga, perbalahan adik beradik, bongkot memboikot & lain-lain. Kemudian timbul pula kafir mengkafir, nikah tak sah, solat jemaah tak sah, solat jumaat dua imam & berbagai lagi yg berlaku yg tak pernah berlaku dalam sejarah umat Islam.

Amat jumud & dangkalnya sampai perkara ni berlaku. 'Mufaraqah' adalah biasa bagi ahli-ahli yang taksub. Kenduri kendara tidak dihadiri walaupun dalam Islam wajib memenuhi jemputan. Mestipun datang lauk tidak dijamah sebab sembelihan tidak menepati syarak katanya. Dan bermacam benda pelik yang berlaku.

Inikah hasil tarbiah mereka? Inikah hasil didikan yg dikatakan mengikut al-Quran &
Sunnah. Nauzubillah. Ini adalah antara isi BUKU KAFIRKAH AKU? Nukilan Cikgu Non.

Kena pakai baca ramai-ramai & selami macamana pemikiran mereka.





comments

DAP style! What leader?

Picture shows a thousand words. Hehehehe..

comments

Apr 7, 2013

Manifesto Vs AkuJanji. Apa pilihan Anda?

Dekat terkucil pembangkang bila tengok AkuJanji BN malam tadi. Mau idaknya sebab pada depa panggil manifesto pada BN adalah AkuJanji dimana ia merupakan janji BN bila dapat memerintah semula.

Pada yang cerdik Pandai. Maka tahulah sapa nak pilih. Pada yang taksub buta. Ikut suka hangpalah. Hehehhe..

P/s:- Janji ditepati, bukan Rakyat Dicapati!!


comments

Apr 4, 2013

Mana Pilihan Anda? Janji ditepati @ Manifesto Saja?

Memandangkan PARLIMEN dah bubar, kena la start kempen yer. Pada yang lebih concern pada result & hasil prestasi.

Pilihlah mereka @ calon @ parti yg menepati janji. Bukan cakap kosong, bukan janji bulan & bintang.





comments