Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, CEO iLMU
“Pelanduk mudah melupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk.”
Begitulah sikap sebahagian orang Islam yang sering lupa akan makar dan angkara Yahudi yang dilaknat Allah.
Pada beberapa siri yang lepas kita telah menyinggung beberapa taktik
dan helah Barat dan media Yahudinya untuk memburuk-burukkan Islam. Satu
dari strategi mereka ialah merubah gelaran Islam yang asal kepada
gelaran atau label yang membawa konotasi buruk dan negatif.
Hal ini tidak berhenti di situ sahaja. Barat dan media Yahudi mereka juga berusaha untuk memutar ‘
spin’
perangai buruk mereka yang digambarkan oleh Allah dal Al-Qur’an dengan
menyandarkan kelompok mereka kepada istilah dan gelar yang baik-baik.
Satu contoh yang sangat ketara ialah apabila kelompok Yahudi yang
merampas tanah umat Islam di Palestin.
Pencabul hak asasi dan perampah tanah negara ini dengan megahnya
menyandarkan diri mereka dengan nama Israil. Walhal Al-Qur’an
menyebutkan begitu banyak keistimewaan dan keutamaan Bani Israil.
Mereka, yakni orang-orang Yahudi sedar bahawa Al-Qur’an tidak
menceritakan kecuali yang baik-baik sahaja mengenai Bani Israil.
Kata “Israil” merupakan susunan dua kata
israa dan
iil.
Israa dalam bahasa arab artinya
‘abdun (hamba), sedangkan
iil artinya Allah, sehingga Israil dalam bahasa arab artinya
‘Abdullah (hamba Allah). (lihat
Tafsir At Thabari dan
Al Kasyaf ketika menjelaskan tafsirsurat Al Baqarah ayat 40)
Satu hal yang perlu disedari, penamaan negeri Yahudi dengan Israil
termasuk salah satu di antara sekian banyak konspirasi Yahudi terhadap
dunia. Mereka tutupi kehinaan nama asal mereka Yahudi dengan nama bapa
mereka yang mulia Nabi Israil
‘alaihis salam. Berkait hal ini Syaikh Bakar bin Abdillah Abu Zaid menjelaskan:
Syaikh Abdullah bin Zaid Alu Mahmud memiliki sebuah risalah yang berjudul
Al-Ishlahu wat-Ta’dilu Fiima Thara-a Ala Ismil Yahudi wan Nashara Minat Tabdil.
Di dalam kitab tersebut terdapat penjelasan, bahwa Yahudi telah
terlepas dari Bani Israil. Yakni sebagaimana terpisahnya Nabi Ibrahim
dari bapanya, Azar. Kekufuran itu telah memutuskan pertalian antara kaum
Muslimin dengan orang-orang kafir, sebagaimana diceritakan dalam kisah
antara Nabi Nuh dengan anaknya. (lihat :
Mu’jam Manahil Lafzhiyah, Darul Ashimah, Cet 3, 1413H ms 93-94)
Oleh karena itu, keutamaan yang pernah dimiliki Bani Israil pada
zaman dahulu, sedikitpun tidak ada yang dimiliki kaum Yahudi. Oleh itu,
penyematan nama Bani Israil untuk menyebut kaum Yahudi, akan menjadikan
mereka meraih keistimewaan, dan keburukan mereka pun tertutup. Ini
mengakibatkan hilangnya perbezaan antara Bani Israil dengan Yahudi
sebagai kaum yang dimurkai dan dihina oleh Allah.
Jadi sesungguhnya, Yahudi adalah nama bagi orang-orang yang tidak
beriman kepada Nabi Musa. Adapun yang beriman, mereka itulah yang
disebut Bani Israil. Karena itu, orang-orang Yahudi merasa tidak selesa
disebut dengan nama Yahudi!
Hukum Bersekongkol dan Menyokong Yahudi
“Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha
dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka.
Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar’. Dan
sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan
Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka Allah
tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Lantaran itulah kita lihat sikap dan usaha pihak Yahudi dan Nasrani
yang dilihat sangat degil, keras kepala dan berhati batu terhadap umat
Islam. Walhal Allah awal-awal lagi sudah merincikan sikap dan tabiat
mereka. Justeru dalam sebuah hadis yang sahih Nabi menjelaskan bahawa
umat Islam akan tunduk dan patuh mengikut telunjuk Yahudi dan Nasrani.
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a Nabi bersabda,
“Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum
kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau
mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”
Parasahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”(riwayat Muslim)
Hadis ini mengesahkan realiti yang berlaku hari ini. Umat Islam dan
sebilangan pemimpin politik dari kalangan orang Islam begitu mudah
mengikut rentak orang Yahudi dan Nasrani. Ketua Pembangkang seperti
dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata “
I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” Manakala dalam respon kemudiannya beliau menyatakan sokongan kepada ‘
two-state solution’.
Seperti slogan seks bebas yang diganti dengan Seksualiti Merdeka, terma ‘
two-state solution’
sebenarnya membawa maksud mengiktiraf negara haram Yahudi yang
dinamakan sebagaiIsrael. Pihak yang terbabit sebenarnya sudah larut
terjebak dalam permainan Yahudi memutar-mutar istilah, gelaran dan
label.
Sikap yang benar bagi seorang Muslim ialah tetap berhati-hati dengan
kaum yang dimurkai oleh Allah ini. Sikap hati-hati ini jelas, walaupun
secara zahirnya seperti orang Yahudi ini mahu mengembalikan hak kepada
penduduk Palestin dan tidak mahu menyerang lagi. Ini tidak bermakna kita
boleh sokong. Bahkan ia bertentangan dengan apa yang diwasiatkan Nabi
untuk sentiasa menyelisihi mereka.
Bukan sahaja orang Yahudi perlu menghentikan serangan dan memberikan
semula hak penduduk Palestin. Sedangkan mereka masih menduduki tanah
yang mereka rampas dan jarah sebelum ini. Waima Yahudi menghentikan
serangan, sebenarnya mereka masih melakukan kezaliman kerana merampas
tanah milik penduduk Palestin. Dan kalaupun mereka bertindak memulangkan
tanah dan negara Palestin yang dirampas, itu tidak menunjukkan kita
umat Islam boleh duduk bersama dan bersekongkol dengan Yahudi.
Sebagai mau’izah atau peringatan buat mereka yang sering lupa, elok kita renungkan firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
jadikan penolongmu kaum yang dimukrai Allah, sesungguhnya mereka telah
berputus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang
telrah berada dalam kubur berputus asa.” (Al-Mumtahanah, ayat 13)
Ayat ini mengisyaratkan bahawa Allah melarang kaum Muslimin untuk
patuh dan taat kepada Yahudi dan Nasrani. Sebab, mereka adalah kaum yang
dimurkai oleh Allah seperti yang dijelaskan oleh para ulama tafsir
dalam tafsir Surah al-Fatihah .
Dan kemurkaan Allah kepada mereka adalah disebabkan mereka mengetahui
kebenaran, tetapi kemudian mereka mengingkarinya. Mereka juga memahami
larangan-larangan Allah, tetapi terus melanggarnya. Mereka mengenali
petunjuk Allah, tetapi lantas meninggalkannya. Ironinya lagi, mereka ini
justeru cenderung kepada kesesatan. Itulah hal-hal yang menyebabkan
Allah amat membenci mereka.
Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi ketika mengingatkan maker dan kejahatan Yahudi menuliskan,
“Waspadalah terhadap mereka! Sebab mereka sentiasa berupaya
menjadikan perbuatan batil dan kekufuran itu terlihat samar dan indah di
pandangan kalian. Mereka juga tidak pernah berhenti berusaha menggiring
kita agar memandang hukum, ibadah dan akhlak Islam itu sebagai kuno,
ketinggalan zaman, dan bertentangan dengan demokrasi dan hak asasi
manusia.
Bahkan, mereka tidak akan pernah berhenti memperdaya umat Islam agar
berfikiran bahawa ajaran Islam itu menghambat kemajuan peradaban, tidak
lagi relevan dengan realiti semasa, dan bahawa Islam hanya akan membawa
para pemeluknya terpuruk dalam kemunduran.” (lihat :
Nida’atu ar-Rahman li Ahli al-Iman, Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi, Darus Salam, Kaherah, cet-2, 2004)
Dr ILMU
AL :-
Mari kita berlapang dada & selalu beringat kepada musuh Islam ini.. Jgn leka & lalai wallahwaqlam..
comments