Dua hari lepaih kita dikejutkan dgn kenaikan barang2 'hangat' iaitu :
~ Minyak (Ron 95 & Ron 97) ~ 5 sen
~ Gula ~ 20 Sen
~ Diesel & Gas Memasak
Seperti yg lepas-lepas cek amat bersetuju dgn penghapusan
subsidi minyak secara berperingkat. Sebab apa? Kerana seperti
yg sedia maklum subsidi minyak terutamanya dinikmati oleh
golongan berada. Mungkin sampai satu tahap mereka dapat
subsidi melebihi cukai yg dibayar.
Kastam misalannya perlu dirombak barangan yg diharamkan memasuki
sempadan perlu dimasukkan barang kawalan yg bersubsidi seperti gula,
minyak masak & beberapa barang keperluan lain. Ini utk mengelakkan
rakyat negara jiran kita tidak menikmati subsidi yg tidak sepatutnya.
Benda-benda ini sebenarnya berlaku terutamanya di Johor bilamana
rakyat Singapura selalunya membeli belah barang keperluan di JB. Letakkan
KPI pada Kastam di sempadan utk dapat tahan sekurang-kurang sejumlah
tan barangan larangan.
Langkah kerajaan utk mengharamkan ROn95 dijual kepada rakyat negara
jiran dialu-alukan. Bagus!!.. Biarlah RON97 diapungkan mengikut harga
pasaran kerana kita sudah sedia maklum yg RON97 hanya digunakan
kereta berkapasiti tinggi seperti BMW & Mercedes yg mana mereka ni
tidak layak menerima subsidi.
Dalam keadaan ghairah menghapuskan subsidi, ketirisan, penguatkuasaan
& pemantauan diperlukan utk mengekang kesempatan yg diambil oleh
segolongan peniaga yg bakal mengambil kesempatan terhadap kenaikan
harga barang ni. Jgn hanya bercakap utk mintak rakyat faham & pada masa yg sama penyeludupan berlaku & pemantauan tidak berlaku. Kalau tidak, masakan dalam TV1 baru-baru ini ni Sg. Golok gambar nyata penyeludupan nampak berleluasa.
Walaupun dilihat NGO memberikan pandangan yg berbeza-beza. Adalah
adalah menjadi satu kewajipan kerajaan menggunakan lebihan @ penjimatan
subsidi ini ke golongan sasaran berwajib. Cek dgn sendirinya akan
melihat dgn pengurangan subsidi tersebut bermakna kerajaan mempunyai
sedikit LEBIHAN DUIT yg bakal dijelmakan ke Kementerian yg berkenaan.
HARAPANNYA ia akan dinyatakan DALAM Budget 2011 yg bakal dibentangkan
tak lama lagi. Kalau tak dak. Maka tau-tau sajalah yg mereka ni
cakap tak serupa bikin.
Pada sayalah. Yg memakai kereta dalam RM 70 sebulan. Iaitu bersamaan lebih kurang 35 liter sebulan. Kenaikan 0.05 sen tidak begitu terasa iaitu hanya sekitar RM 1.75 sen.
Tetapi bagi mereka yg byk duit pakai keta berkapasiti tinggi & byk travel atas urusan kerja maka mungkin 350 liter sebulan maka dia terpaksa bayar 'extra' sbyk RM17.50. Rasa masih ok bagi mereka almaklumah duit byk.
Tapi bagi org kampung yg pakai 3.5 liter sebulan. Maka mereka hanya perlu bayaq extra 17 sen. Jadi betullah mekanisme subsidi sebenarnya perlu dihapuskan secara berperingkat terutama minyak kerana ia byk menguntungkan org berada & byk duit.
p/s: Huih, Nak kena mintak company naikkan mileage rate..