Nov 1, 2009

Menentang Sekolah Satu Aliran Menengah Sahaja~ Patutnya Semua Jenis Sekolah !!

Kecoh satu Malaysia tentang cadangan Sekolah Satu Aliran. Ada yg menentang, ada yg menyokong. Apa-apapun semua ada pendapat masing-masing. Tapi yg menjadi musykil adalah kenapa permintaan untuk dijadikan satu sekolah diputar belit seolah-olah meminta rakyat hanya meminta 1Sekolah diperingkat Menengah shj?

Malahan di muka depan Utusan seolah-olah rakyat mahukan Sistem Satu Aliran Sekolah Menengah. Cek cukup kecewa bagaimana aspirasi rakyat yg memintak 1Sekolah utk semua sekolah dikecikkan skopnya kepada Sekolah Menengah.

Sejak bila yg diminta adalah utk sekolah Menengah sahaja? Yg diminta adalah 1Sekolah utk semua jenis sekolah baik Sekolah Menengah mahupun Sekolah Rendah. Pandai betui kerajaan. Tahula MCA & MIC tentang jika Sekolah Rendah disatukan tapi takkan nak korbankan sekolah Menengah yg rata-rata sekolah seperti MRSM, SBP, dll disatukan?

Nampak tak apa yg diminta & dipertikai. Ada golongan tertentu yg meminta Sekolah Menengah disatukan kerana mereka mahukan peluang utk masuk ke Sekolah berprestij seperti MRSM, MCKK, SBP dll. Tapi dalam pada itu mereka tak mahu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dihapuskan? INI TIDAK ADIL & Cukup bahaya.
Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib. Jika Dato' serius ttg sekolah satu aliran, jgn diberi 'pengecualian' khusus kepada sekolah-sekolah tertentu seperti sekolah jenis kebangsaan/ rendah. Tetapi jika serius ttg penyatuan 1Sekolah maka ia perlu diselaraskan baik di peringkat rendah mahupun Menengah.

Kepada Utusan, jgn sokong membuta tuli. Faham dulu apa yg diminta & diperjuang. Penyatuan Sekolah Menengah bermakna hanya membuka sekolah2 yg memberi kesan org Melayu sahaja. Juga bermakna sekolah jenis Kebangsaan diberi pengecualian utk bersatu. Berapa banyak lagi org Melayu nak berkorban sedangkan tidak nampak usaha dr pihak bukan melayu utk berasimilasi dgn org melayu. Tgk sajalah MIC & MCA.

Apa-apapun syabas Dato Seri Najib kerana berani membuka & komen ttg tajuk 1School berbanding Timbalannya 'Muhyiddin Yasin' yg terus shoot down the proposal bbrp bulan lepas tanpa mendengar pandangan rakyat.

p/s: Hati2. Rata-rata tahu Sekolah Jenis Kebangsaan hanya pada sekolah rendah bukan menengah.

Sokonglah kempen Aspirasi 1Sekolah tapi BUKAN 1Sekolah utk Menengah sahaja. VOTE disini.

Related Article 1 comments

3 comments:

  1. http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/2009/08/31/test-post-side-by-side/

    Harap Tuan dapat baca komen SSS di artikel tersebut di atas. Ia menunjukkan apakah yang sepatutnya diperjuangkan.

    Perjuangan mesti berdasarkan Perlembagaan. MRSM, SBP UiTM adalah dalam Perkara 153.

    SJKC dan T pula tidak ada dalam mana-mana Perlembagaan. Admin SSS nampaknya ada menerangkan SSS ini.

    Portal SSS sesuai dijadikan rujukan.

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Utusan tak study dulu apa yang rakyat mahu. Sama macam MP kita di parlimen yang berbahas pasal 1 aliran di sekolah menengah. Memang semua sekolah menengah dah jadi Sek Men Keb. Dan sistem pun sistem 1 aliran. Guna BM sebagai bahasa pengantar utama.

    Yang rakyat persoal ialah SJKT dan SJKC yang guna bahasa ibunda masing2. Berbeza aliran ...aliran cina aliran tamil...

    ReplyDelete
  3. Itulah masalah wakil kita di Parlimen kadang2 tak paham & tak selidik..

    yg akhirnya tersenyum depa

    ReplyDelete