Nov 29, 2009

PR Menguatkan Sokongan Kepada BN

Terdapat byk cerita akhir-akhir ini yg sebenarnya PR telah tersilap langkah. Baik dari segi pentadbiran, polisi, kenyataan & lain-lain. Secara tak sedar sebenarnya PR telah banyak memberikan sokongan kepada kerajaan @ 'Undi Free' terhadap BN. Meh kita listkan disini antara tindakan-tindakan telah menyebabkan kemungkinan pendokong PR @ atas pagar telah berubah arah ke arah kerajaan @ BN.

~ Isu BTN
Menaikkan isu tersebut hanya seperti menikam mereka yg pernah mengikuti, melaksanakan, penceramah & mereka yg terlibat secara langsung @ tidak langsung. Tidak tahukah PR yg betapa ramai graduan BTN yg keluar dr BTN. Berapa ramaikah yg telah menerima manfaat drpd kursus tersebut. Dek kerana mahu mengambil hati DAP maka BTN dipersalahkan.

Cuba kita kira berapa ramai yg terlibat dgn BTN. BTN terdapat 42 Kem. Setahun berapa ramaikan ahli korporat, pelajar, org kerajaan & lain2 yg mengikuti kursus BTN. Berapa ramaikah budak-budak nakal yg di'tarbiah' di BTN utk menjadi insan berguna. Berapa ramaikah peniaga & pekerja BTN yg terlibat. Dgn menikam BTN sebenarnya adalah seperti PR menikam sesiapa yg terlibat secara langsung @ tidak langsung dgn BTN.

Kepada mereka yg cuma mengaitkan BTN dgn lagu Anak Kecil Main Api. Maka mereka ini salah, kerana lagu ini bukan berkumandang dalam BTN sahaja, tetapi ia berkumandang di MARA, MRSM, sekolah agama, persatuan Silat, PEKIDA, Perkima, 3 line, persatuan-persatuan melayu & lain2 utk menyedarkan org melayu. BUkan utk meminta org Melayu merusuh & memusuhi bangsa lain.

~ Isu Chin Peng
Dgn lagaknya baru-baru ini di Bagan Pinang sibuk pulak PAS & PR bercakap BN tidak membela warga tentera. PAS amat prihatin ttg warga tentera. PR / Anwar bercakap BN tidak memberi peruntukan lebih kepada tentera. Ex Warga tentera menyokong PAS. PIiiRAHHH..
Tup tap..

Sekarang drpd PAS jugak Salahuddin Ayob dok mintak buat referendum dgn rakyat utk izinkan Chin Peng balik ke Malaysia. Kalau nak bodek DAP pun berpada-padalah. Ini tidak, ini mmg jaminan akan ada undi berpusing ke BN dek sbb kenyataan bodoh ni.

Ini yg nak dikatakan bodoh PR ni. Depa dok kata Undi POS undi dibelilah, itulah inilah, tapi depa tak sedaq yg kenyataan bodoh & isu sebeginilah yg menyebabkan warga Tentera & Polis tak hingin bagi undi kat PR. Nak lagi syiok bila Kulasegaran dari DAP memuji Chin Peng & juga berkata siap beliau jadi Idola kepada beliau sejak kecil lagi.. Sudah terang lagi bersuluh. Disini antara bukti yg sebenarnya idola komunis amat kuat melekat terhadap ahli-ahli DAP.

Maka jgnlah dikatakan tentera bodoh kerana mengundi BN pulak lepas ni yee.

~ Isu sekitar PAS, Bai'ah Cerai Talak 3, Nik Aziz & Kelantan.
Kemelut yg melanda kelantan & 'doa' bala Nik Aziz seperti menikam saudara seislam sendiri. Byknya fatwa-fatwa baru yg menghalalkan cara Nik Aziz & PAS telah menyebabkan byk ulama' yg tidak berpolitik tahu yg mana baik yg mana benar.

Pengundi-pengundi seperti ini yg kebanyakannya adalah jemaah-jemaah kecil & besar seperti tabligh tahu mana betul & mana yg salah. Sampaikan guru sekolah pondok pun menegur Nik Aziz. Tapi biasalah, lepas Tok Guru depa dihentam maka depa pun carilah salah silap guru tu utk ckp takdak tauliah lah itulah inilah.

Secara tak langsung, berapa ramai org-org mengaji pondok, & anak murid sekolah tersebut. Betapa ramai guru-guru agama di Kelantan yg juga berfikiran demikian. Kalau kita kaji balik teguran Guru Pondok tersebut sebenarnya ada asasnya. Masakan tidak, baru-baru ni pulak Nik Aziz cakap nak doakan bala menimpa Dato Seri Najib. Masyallah. Tak pernah dibuat dek org Islam lain @ ulama lain. Tak pernah pulak dgr dalam Al-Quran & Sunnah. Sedangkan Nabi pun kena rejam dgn batu pun bersabar.

Entah berapa ramai sokongan dah berbelah bagi pelajar-pelajar pondok, geng-geng tabligh, ulama-ulama & lain. Hanya depa ja yg tau.

Oh Ya, tak lupa pulak isu bai'ah talak tiga. Dgn pendedahan kejam cara PAS ini yg meletakkan wanita sebagai pertaruhan maka byklah pengundi-pengundi wanita yg menyokong PAS @ PR akan ragu-ragu utk mengundi mereka lagi. Ramai yg saya temui terutama golongan wanita yg penyokong PR berasa 'goyah' dgn PR kerana isu ini.

Last sekali, isu hadiah di Kelantan. Agak-agaknya byk kot pekerja dibawah anak syarikat kelantan tu dah beralih arah sebab isu PAS yg melanda.

``````````````
Dalam keadaan sekarang tidak diketahui kenapa & mengapa PR memberi undi percuma kepada BN. Malah BN tidak perlu bekerja keras dalam mendapatkan keyakinan rakyat sejak akhir-akhir ini. Semua tindak tanduk PR sendiri mencerminkan sikap rasis mereka, pendek pemikiran akal & semua benda dipolitikkan.

Tetapi yg hakikat sekarang adalah PR sedang mengalami kemerosotan kepercayaan rakyat & BN sebenarnya nampaknya beroleh sokongan bukan disebabkan BN kuat tetapi kerana PR sendiri yg menguatkan sokongan kepada BN. comments

No comments:

Post a Comment