Nov 21, 2009

No More 'Overtime' for SPRM

Cek amat terkejut dgn 'verdic' Mahkamah baru-baru ini yg menyatakan pegawai-pegawai SPRM tidak lagi boleh soal siasat saksi, suspek & mereka yg terlibat melebihi waktu pejabat. Ini bermakna waktu Operasi SPRM cuma bermula dari jam 8.30 pagi ke 5.30 petang.

Persoalannya sekarang kenapa Mahkamah meletakkan verdic terbaru ini. Atas undang-undang mana Mahkamah membuat keputusan. Atau adakah ia semata2 berdasarkan pendapat seorg hakim berdasarkan satu kes tersebut. Diharap SPRM membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah ini memandangkan banyak tangkapan selalunya dibuat pada waktu malam bersama-sama bukti.

Cuba kita bayangkan satu senario dimana SPRM membuat tangkapan seperti yg didedahkan oleh TV3 bersama-sama renjer hutan. Jadi terjadilah scenario berikut. (Pada waktu tu pukul 1.00 pagi di hutan sebelah Rompin Pahang).

SPRM : Anda ditahan kerana disyaki terlibat atas tuduhan cuba merasuah berjumlah RM 10,000.00 terhadap renjer hutan. Dgn siapa anda bekerja?

PENYELUDUP : Saya taknak cakap apa-apa kerana kamu tiada hak soal siasat saya diluar waktu pejabat!

SPRM : Sapa cakap.

PENYELUDUP : Mahkamah yg cakap. Saya ada hak untuk tidak bercakap & mempertahankan diri berdasarkan keputusan mahkamah baru-baru ini.

Cuba bayangkan ini yg bakal terjadi terhadap SPRM. Bagaimana kita nak kurangkan rasuah jika agensi penguatkuasa diikat dgn rantai besi 5 tan. Pada hemat cek, SPRM telah menampakkan belang & ini amat ditakuti oleh perasuah-perasuah tegar negara tak kira BN, PR, pegawai kerajaan @ swasta. Kita sepatutnya menyokong SPRM bukan membuat prosedur tambahan utk mengongkong mereka.

Perasuah selepas ini dgn senang hatinya boleh menggunakan arahan mahkamah ini utk melepaskan diri. Ya-lah sbb tangkapan dibuat jam 12.00mlm & nun jauh di hutan Banat. Maka cuma boleh tangkap jelah, pastu tak boleh buat soal siasat. Maka bagaimana nak lengkap siasatan. Alih-alih terus suspek menghilangkan diri.

p/s: Mahkamah hanya menjalankn tugas. Jadi SPRM gunakanlah budi bicara utk membuat rayuan.. (cek taknak pula di-charge menghina mahkamah)
comments

No comments:

Post a Comment