Nov 3, 2009

Mufti Pun Kena Cekup ~ 'Tangan Ghaib PR dlm JAIS'

Masjid Jamek Kg Melayu Majidee ~ Johor

Terkejut, mendukacitakan & kecewa. Itu ja ungkapan awal yg cek boleh cakap bila mendapat SMS Utusan Updates yg Dr Asri bekas Mufti Perlis ditangkap & didakwa atas tuduhan tidak mempunyai 'lesen' untuk berceramah agama. Tak juga dilupa tuduhan yg mengatakan beliau berfahaman 'Wahabi'.

Inilah pertama kali cek tau yg rupanya nak bagi ceramah agama kena ada permit. Tapi pelikkan sebab byk sgt org komplain yg ramai penceramah jemputan yg dipanggil utk memberikan khutbah jumaat, ceramah kat Universiti sekitar Selangor, surau2 & lain-lain tetapi tak pulak ditangkap @ didakwa. Sedangkan lagi teruk sebab mereka memasukkan unsur-unsur politik dalam ceramah mereka. Tak payah jauh cuba tgk CD-CD org2 PAS banyak dijual di Masjid-masjid mahupun markas PAs sendiri.

Dan selalunya kat bawah CD @ permulaan CD mesti ada bagitau kat mana ceramah diadakan. Pelik-pelik. Tapi kalau dah sampai org komplen dalam paper, maksudnya mmg parah dah agenda mempolitikkan tempat2 ibadat. Sekalipun Sultan Selangor sendiri titahkan jgn porak perandakan tempat ibadat, tapi apa depa kira. Hentam! Tapi yg lagi lawaknya sejak PAS naik 'bersama-sama' dgn DAP & PKR unsur-unsur menghentam kilang arak, jualan arak & lain-lain amat kurang disentuh berbanding dahulu. :) Tahulah sebab apa.

Maka, penceramah @ dr Asri yg sifatnya menghentam sesiapa tak kira sesiapa adalah amat penting utk kebaikan ummah Islam. Jika sesiapa yg selalu mengikuti blog beliau kita dapat lihat bagaimana beliau mahukan penyatuan ummah Islam di Malaysia. Inilah yg dituntut. Inilah yg diminta. Bukan macam JAIS yg cuba menghalang ceramah & mencari 'pasal' utk mengenakan Dr Asri.

Amat pelik sekali JAIS sejak diperintah PR. Waktu Zakat dicadangkan utk digunakan oleh Kerajaan Negeri tak pulak 'bersuara'. Sewaktu Masjid digunakan sewenang2nya utk berceramah politik & memecahbelahkan masyarakat Islam juga tak 'bersuara'. Yg bersuara bila Kutipan Zakat tinggi. Cek tidak nampak penambahbaikan JAIS dibawah PR. Maksiat makin berleluasa. Tempat urut bercambah, pusat judi komputer dll. Hancur! Mmg mungkin betul sepertimana yg Dr. Asri cakap. Telah ada 'tangan ghaib' dalam JAIS yg menjadikan ia agenda politik.

Jika inilah masa depan Institusi Agama Negeri apabila dikuasai oleh pihak tertentu. Maka bayangkan jika Negara dikuasai mereka. Kelakar melihat wakil2 PR dr PAS yg mengkritik JAIS ttg tindakan mereka. Bila dah terpalit tu cakap apa pun Rakyat bercakap JAIS tu dibawah PR juga. Maka arahan mesti dr org2 PR.

p/s: Oh Ya, cuba tanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 'Jamil' dia ada tauliah tak dok buat tazkirah dll. Lepas tu tanya Professor Azizi yg selalu ke'udara' kat Hot Fm ada tauliah tak?
comments

4 comments:

  1. Kah kah kah!!!...

    Dari dulu aku dok kata dahhh... Lingkup Islam adalah hasil kerja org Islam sendiri.

    1Malaysia punya undang-undang ni macam Tom and Jerry. Penguatkuasaan terpilih-pilih.

    1Agama Islam ada perbezaan di setiap negeri yg Sultan dia adalah kepala agama.

    Patutlah ramai org Islam terutama yg muda dok berimpun tiap-tiap malam di Enigma or Chime. Dari pening kefala hotak pasai ajaran Islam yg berbeza-beza, depa lebih suka fening pasai layan Chivas or JD on the rock.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah.....

    Apa nak jadi la dengan dunia sekarang mengajar pun kena tangkap dan akan didakwa macam-macam la undang-undang ni bukan nak bagi senang nak bagi susah lagi ada bila nak berdakwah......

    ReplyDelete
  3. :) itula.. daripada dok tangkap org2 agama baik pi tangkap budak buat maksiat..

    p/s: x dak keja

    ReplyDelete
  4. PEMBETULAN untuk manusia yang bercakap tanpa tahu apa2...memalukan betul la...
    nak habaq mai kat hang...
    JAIS adalah ditadbir secara langsung oleh JAKIM....So ko tau tak JAKIM under arahan sapa....'takkan underwear kot...hiiiiisshhh sian aku tengok..
    lain kali buat ulasan tu,kaji habis2 dulu....ko memang penyokong tegar BN/UMNO....tengok saja dari cara penulisan ko tu....anyway,jangan wat malu orang kedah lagi....heheheh

    ReplyDelete