Mar 22, 2009

N25 Pertarungan Bermula – DUN BUKIT SELAMBAU


Hari yang ditunggu2 telah tiba. Bermula dgn perletakan jawatan ADUN Bukit Selambau dengan penuh kontravesi ? Kenapa dikatakan kontravesi? Kerana perletakan Jawatan beliau dipenuhi dgn alasan bahawa beliau diugut oleh BN ? Kelakar bukan! Tetapi terdapat teori disebalik perletakan jawatan beliau yg telah diulas sebelum ini.

Sekitar Calon BN

Maka pertarungan secara tak langsung bermula apabila BN telah mengumumkan calon pilihan mereka. BN telah meletakkan calon yg tidak asing bagi DUN Bukit Selambau dimana beliau juga merupakan bekas ADUN Lunas. Datuk S.Ganesan merupakan anak tempatan DUN Bukit Selambau.

Beliau merupakan timbalan pengerusi MIC Kedah & pernah menjadi ADUN Lunas pd tahun 2004-2008. Dilahirkan di Ladang Sungai Division, Bukit Selambau & pendidikan awal di Sek Ren Keb Tamil Saraswathi, Sungai Petani. Melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (ekonomi) & Undang2 di London. Yang lebih menarik adalah isteri beliau iaitu Datin R. Vatsala akan membantu kempen terutamanya pengundi dlm memikat pengundi Cina kerana mempunyai kelebihan bercakap dalam dialek Hokkien.

Pengumuman dibuat oleh TPM Najib dgn kata2 berikut “Atas semangat permuafakatan & setia kawan BN, kita memutuskan utk meletakkan Datuk Ganesan sbg calon bg DUN Bukit Selambau ini”.

Sekitar Calon PR

Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Manikumar terpilih menjadi calon PKR a.k.a Pakatan Rakyat. Penamaan nama beliau sbg calon sedikit sebanyak telah menimbulkan ‘protes’ dikalangan ahli2 PKR. Dr R Krishnamoorthy terkejut dgn keputusan parti ttp akur dgn pilihan parti. Sedikit kekecohan berlaku ttp ia dapat ditangani setelah mereka yg ‘tidak berpuas hati’ berbincang dgn DSAI.

Manikumar merupakan ahli biasa bagi PKR & merupakan ahli perniagaan. Mungkin memandangkan beliau merupakan anak tempatan DUN Bukit Selambau maka beliau dipilih.

Pemilihan Manikumar juga mendapat tentangan dr Makkal Sakthi coordinator R.Kannan. Mereka telah memohon sebelum ini utk memilih calon pilihan mereka iaitu Makkal Sakthi coordinator S.Thanenthiran, lawyer R.Surendran @ Vasantha Kumar (dalam tahanan ISA). Mereka juga memberitahu mutu calon PKR kali ini akan menyebabkn kemungkinan PKR akan kalah dlm PRK ini.

Protes juga berlaku oleh pemimpin India pada bahagian PKR Merbuk.

Ulasan PRK

Jika dilihat secara teliti, kedua2 PR & BN telah melakukan pemilihan yg tepat dimana meletakkan calon tempatan. Maka habislah salah satu dr isu pemilihan calon. Sekarang adalah masanya utk kedua2 pihak mencari kelemahan calon masing2 meskipun taktik ini tidak diminati oleh pengundi.

Mahupun begitu, dilihat bahawa PKR mempunyai peluang yg cerah utk memenangi sekali lagi kerusi ini jika dilihat majoriti yg diterima sebelum ini.

Utk Rekod N25 mempunyai 34,977 pengundi. 50% Melayu, 19.25% Cina & 29.53% India. PKR telah memenangi kerusi tersebut dgn majoriti 2,362. Juga untuk rekod BN pernah memenangi N25 dgn Majoriti 7,695 pada PRU-11. Pada PRK ini? Tidak diketahui apa yg bakal berlaku. Banyak penganalisi menyatakan Undi kaum India akan memihak kepada PKR. Tetapi Undi org2 Melayu & Cina adalah tidak diketahui pemberatnya.

Perpecahan undi akan lebih ketara kerana terdapat terlalu ramai calon yg menyatakan hasrat utk bertanding sebagai calon bebas. Apapun PRK ini dilihat sebagai platform oleh BN utk memenangi semula undi oleh kaum India & akan menjadi ’benchmark’ kekuatan MIC. Bagi pihak PR pula, undian dikawasan ini akan menjadi kayu ukur pergerakan pengundi India setelah genap 1 tahun PR memerintah.

Diharapkan PKR bersedia utk menepis segala isu yg bakal dicanang pada PRK ini.
Antaranya adalah :
1- Perletakkan ADUN BUKIT SELAMBAU & kes salah laku moral beliau
2- Isu Pemilihan calon yg dipertikai oleh sebilangan penyokong India PKR
3- Isu-isu Moral nasional & kredebiliti ADUN2 PKR. (Perletakan Jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Ahmad Fairus & Kes ADUN Bukit Lanjan)

MIC pula akan berdepan dgn isu2 :
1- Perubahan dalam MIC (kepimpinan yg tidak berubah @ menunjukkan perubahan)
comments

No comments:

Post a Comment