Jika kerajaan campuran yg dicadangkan utk merapatkan mendamaikan dua kumpulan politik umat Islam apa salahnya kan? Ini adalah yg sebaik-baiknya & amat 'dituntut' oleh Islam. Hanya terdapat 2 Parti Melayu yg memperjuangkan Melayu & Islam. Hanya PAS & UMNO. Seperti yg selalu dinyatakan sebelum ini, kenapa tidak kedua2 Parti ni bermuzakarah & berbincang bagaimana utk menyelesaikan kemelut perpecahan umat Islam / Melayu di negara ini.
Saya yakin jauh disudut hati kedua2 penyokong Parti terbesar di Malaysia ini amat mahukan Melayu bersatu. Penyatuan @ titik pertemuan dua parti boleh dipersetujui & dirancang. Kita tgk bagaimana DAP, MCA, GERAKAN & MIC bercakap bila kepentingan mereka diusik. Kenapa tidak kita (PAS & UMNO) ?
Kenapa kita 'tidak bersatu' apabila isu2 yg membabitkan kepentingan Islam, Melayu & Perlembagaan diusik & dikuis. Boleh tak kita org2 PAS & UMNO meletakkan kepentingan ini mengatasi segalanya. Tidak sedarkah kita apa agenda disebalik apa yg sedang berlaku skrg.
Tidakkah kita tahu bahawa kelaian kita boleh menyebabkn kita merempat di bumi sendiri. Nauzubillah. Saya amat berharap keadaan itu tidak berlaku. Saya amat mengalu-alukan kerajaan campuran. Tetapi kita tahu yg ia amat sukar. Mungkin boleh dimulai diperingkat Negeri bukan diperingkat Pusat.
Yg amat diharap @ diwajibkan adalah mengadakan 'titik pertemuan' antara pemimpin PAS & UMNO, dan bersetuju pada usul2 @ perkara2 yg menjadi kepentingan bersama :
1- Hak Islam @ apa2 isu melibatkkan Islam di negara ini.
2- Hak Keistimewaan Org Melayu - tidak boleh diusik mahupun dipertikai
3- Status Raja2 Melayu -
4- Apa2 isu yg menjadi asas kepentingan bersama.
Akan jadi satu ketika nanti jika kita tidak berubah akan wujudlah perang saudara sesama Islam. Ayuhlah bangsaku & saudara Se-Islamku. Mari bersatu. Kita boleh berbeza fahaman politik ttp hanya pada Yang SATU kita sembah & meminta pertolongan.
p/s: Cukuplah kita berkorban.
No comments:
Post a Comment