Mar 27, 2009

Keputusan Pemilihan UMNO 2008 - 2013


Pemilihan UMNO telah melabuhkan tirai semalam. Segala macam teori, persoalan, debaran, pandangan & harapan telah terjawab semalam. Perwakilan UMNO yg mewaikili akar umbi telah menterjemahkn harapan & pandangan lebih 3 juta ahli UMNO. Bermula dgn pengumuman sayap Wanita, kemudian Puteri, seterusnya Pemuda & akhir sekali saf kepimpinan UMNO sendiri.

Kejutan demi kejutan diterima. Bermula Pemuda & seterusnya jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Saya melihat komposisi saf kempimpinan UMNO yg baru amat menarik sekali. Saf ini membariskan kepelbagaian corak kepimpinan. Terdapat mereka-mereka yg berlatarkan kecekapan pengurusan, kekuatan politik, & tidak dilupai golongan intelektual. Ini amat menarik sekali & tepat sekali memandangkan keadaan pergolakan politik yg dihadapi oleh UMNO skrg.

Dari satu sudut lagi saf kepimpinan diwakili oleh wakil yg 'merangkumi keseluruhan negeri' di Malaysia & tidak dilupakan Sabah & Sarawak. Mereka dtg dari pelbagai lapisan masyarakat. Amat menarik lagi bila melihat kecenderungan perwakilan memilih mereka yg sudah terkenal dgn 'kelantangan bercakap' seperti Dato' Bung Mokhtar, Dr. Mohd. Puad Zarkashi & lain2. Mungkin pd keadaan UMNO yg getir ini perwakilan merasakan perlunya pimpinan yg lantang bg menangkis dakyah2 pembangkang.

Timbalan Presiden UMNO

Segala spekulasi ttg kedudukan calon No.2 terjawab semalam. Dato' Seri Najib amat bertuah kerana digandingkan dgn pemimpin yg cukup kuat utk meneraju parti & negara. Ini amat 'crucial' bagi UMNO yg berdepan dgn keadaan paling mencabar sejak 63 tahun penubuhan Parti.
Perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yg mempunyai pengalaman mentadbir Negeri, Timbalan Menteri & memegang portfolio beberapa Menteri mempunyai kekuatan tersendiri dlm memantapkan barisan kabinet baru yg bakal diumumkan oleh Najib. UMNO sendiri akan terus kuat kerana Presiden digandingkan dgn Timbalan Presiden yg sama2 mempunyai pengaruh tersendiri baik dlm BN, UMNO @ rakyat.

Naib Presiden

Perlantikan 3 kombinasi Naib Presiden juga amat menarik sekali. Saya berpendapat latar belakang mereka yg mewakili topografi Malaysia amat menarik. Dato' Zahid Hamidi mewakili bahagian Utara Malaysia, Dato'Hishamuddin bahagian Selatan & akhir sekali Dato' Shafie Afdal mewakili Sabah & Sarawak. Dilihat dr segi perwatakan pula ketiga-tiga calon membawa 'approach' yg berlainan. Ketiga2 mereka dilihat berbeza dari segi pembawaan & mencerminkan grass root UMNO. Diharapkan naib presiden yg dilantik tidak mensia-siakan tanggungjawab yg diberikan bagi menghadapi cabaran oleh PR di masa hadapan. Ketiga2 Naib Presiden perlu lebih aktif dlm tahun mendatang bagi menghadapi cabaran PRU-13.

Majlis Tertinggi UMNO

Komposisi Majlis Tertinggi amat jelas sekali memaparkan 'kehendak akar umbi' UMNO. Majoriti calon yg dipilih merupakan calon yg baru & tidak disangka2. Komposisi merupakan terjemahan komposisi muka baru & lama. Nama yg tidak disangka2 seperti Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dll mewarnai MT UMNO. Hatta memperlihatkan kecenderungan perwakilan utk memilih kepimpinan yg 'vokal' utk menterjemahkan hasrat akar umbi didalam parti.

Zaman 'Pak Turut' & 'Pak Angguk' telah berlalu. Akan dirasai selepas ini 'collective decision' atau 'act' yg menyeluruh akan terhasil setiap kali MT bersidang. Inilah yg menjadi harapan akar umbi. Tahniah kepada yg menang & diharap kamu semua tidak mensia-siakan amanah yg diberi. Seperti yg Datuk Nor Omar berkata, "Ini bukan merupakan kebanggaan ttp merupakan amanah Allah & akar umbi sebagai pemimpin & saya akan lakukan yg terbaik".

Kesemua calon yg dipilih mempunyai tanggungjawab yg amat berat utk memperkasakan kembali UMNO, memulihkan kembali UMNO & seterusnya memulihkan kepercayaan rakyat kepada UMNO & BN.



Seperti yg dijangkakan Dato Shahrizat menang sbg ketua pergerakan. Perwakilan Wanita perlu tenang & akur dgn pemilihan akar umbi. Dato Rafidah perlulah bersama2 wanita utk memantapkan lagi pergerakan yg besar ini. Kepada kepimpinan Wanita yg baru diharap agar merapatkan jurang antara Wanita & Puteri. Perlunya kesepakatan yg jelas bagi mengharungi kemelut politik BN yg amat mencabar ini. Syabas Dato Shahrizat & pimpinan saf baru.



Kemenangan yg dijangka! Ini dilihat kerana Ketua Puteri yg menang merupakan Naib Ketua Puteri yg lalu. Dilihat dr segi pelapis baru yg boleh dibanggakan. Perwatakan, gaya & cara yg dipilih menunjukkan kematangan pelapis baru Puteri. Tetapi Puteri baru berusia setahun jagung tidak boleh leka. Tiada program atau jasa yg boleh dibanggakan oleh pergerakan ini selain membawa ahli yg ramai.

Puteri tidak boleh lagi menjadi Pemegang Bunga Manggar @ Penyambut Tetamu. Mereka harus merapatkan jurang antara 'Puteri & Wanita'. Telah sedia maklum Puteri & Wanita tidak serasi. Tetapi diharapkn saf kepimpinan yg baru Puteri & Wanita mesti berjuang & bergerak serentak & sekali bagi memantapkan 2 pergerakan ini. Ini adalah kerana 60-70% rakyat Malaysia merupakan kaum wanita & dalam ini 50% merupakan pengundi muda, beginilah kritikalnya Puteri. Moga Puteri sekarang bergerak & berjuang tanpa mengharapkan jawatan dalam kerajaan.

Kepada kepimpinan Puteri baru, perkemaskan barisan kamu kerana jika tidak, bila tiba masanya kamu meninggalkn sayap & bertanding di peringkat MT @ Wanita tiada perwakilan akan melantik kamu seperti yg telah berlaku kepada mantan Ketua kamu. Puteri harus berubah & bebas dr skandal2 yg pelik2.


Keputusan semalam amat memeranjatkan semua pihak. Melihatkan kepada aspiras perwakilan pemuda, kita dapat melihat perwakilan berkecenderungan ketua yg mantap, berkarisma & vokal. Mereka mahukan pemuda yg berani bersuara & lantang berdebat, bercakap & menghentam PR. Kredibiliti Khairy Jamaluddin telah bbrp kali teruji di pentas PAS & Parlimen.

KJ dilihat amat ditakuti oleh PR kerana sikapnya yg vokal di Parlimen baik di media. Ini adalah KJ lebih mirip kepada pemimpin muda yg bangkit pada zaman 80-an dahulu iaitu DSAI sendiri. Dari segi kedudukan KJ sebagai ketua pemuda akan menyebabkan Pemuda PAS akan berada dlm keadaan yg lebih tertekan dlm mencari pengganti Salahuddin Ayob. Telah diketahui umum yg kepimpinan Pemuda PAS juga akan berubah dlm sedikit masa lagi kerana penyandang tidak lagi berhasrat utk memegang tampuk sbg Ketua Pemuda PAS.

Apapun diharap Setiakawan, Berani Berubah & Pemuda Berani menyatukan saf kembali & bergerak atas satu tiket. Ingat kembali janji kalian sejerus sebelum memasuki dewan bersama2 perwakilan. Redolah & bersatulah. Tiada yg betul2 menang. Cuma mereka lebih undi sedikit dr yg lain. Ingatlah kelemahan kamu akan melemahkan UMNO sendiri. Rakyat berdiri & melihat. PR bergelak ketawa & mengapi-apikn perpecahan ini. Redolah & bergeraklah bersama2.
-----

Harapan & Ketentuan
Ketentuan perlu diterima. Inilah yg dinamakan Qada & Qadar. Kepada yg kalah diharap menerima dgn hati terbuka. Rapatkan kembali saf & bergerak atas satu matlamat & satu tujuan.

Kembalilah kepada asas UMNO, Parti Melayu yg menegakkan Agama, Bangsa & Negara. Redolah dgn keputusan & bergeraklah bersama2.

Harapan kepada Saf kepimpinan UMNO agar mengembalikan kepercayaan rakyat & akar umbi kepada UMNO khususnya & BN amnya agar diwujudkan kembali kekuatan Kerajaan Malaysia.
"Berubah lah @ tidak anda akan diubah".
comments

1 comment: