Mar 4, 2009

Perbahasan 2 sahabat - "Aparteid"


Berikut adalah perbahasan dua sahabat karib tapi berlainan pegangan Politik. Meskipun berlainan pendapat & pandangan tetapi matlamat tetap sama. Sama2 baca & renungkan. Kedua-dua ada 'point' masing2. Ambil yg elok & renung2kan.


Tajuk Kali Ini adalah "Aparteid"

------
Pro-UMNO :- Apani! DAP cakap Malaysia buat dasar Aparteid. Kenapa PAS senyap? Takut pada rakan ke?

Pro-PAS :- Bagusla DAP cakap. Dasar Aparteid. Depa berani. Yang lain senyap je. Awat tunggu PAS je UMNO la patut cakap. Kata pembela bangsa.

Pro-UMNO :- Tak baca paperka? Hang kena baca balik apa maksud DAP. DAP pertikai 'Hak Keistimewaan Bumiputera'. Bacala org2 Umno yang tentang. PAS hampeh senyap. Biasala kawan karib kan.

Pro-PAS :- Paper? Takmau percaya la. Byk bias. Biaq tgk internet dari baca paper tgk berita media pro-Umno ni. Apa yg dikata lain yg keluaq. Hehe. Nanti aku baca dulu.

Pro-UMNO :- Terpulangla! Aku baca paper dua2. Paper yg pro-BN & internet yg pro-PR. DAP Johor cakap Malaysia amalkan Aparteid merujuk kepada 'Hak Keistimewaan' dlm Perlembagaan. Dah dekat dah kita jadi Negara Republik kalau DAP pegang.

Pro-PAS :- Bila masa internet Pro-PR. Media dlm internet lg terbuka & neutral dr dgr semua yg baik2 & betul pasal BN. Boring gila. Takpala paper ckp aku takboleh bg komen selagi tak tau betul ke idak. Nnti jatuh fitnah. Dosa besaq. Yg pasti DAP takkan memerintah Malaysia selagi ada PAS. Takbir! & depa dah sepakat taknak ganggu hak keistimewaan org2 Melayu dlm perlembagaan. Insyallah

Pro-UMNO :- Jgnla nafi internet pro-PR. Hehe.. Dah memang sah. Bukan fitnahla. Check jelah. Tak tau nak cakap apa PAS mcm tak dak taring ja kat Parlimen. Macamana nak kawal DAP. Persetujuan Pakatan Rakyat adalah rapuh & boleh berubah sebab 'not in writing'. Insyallah selagi UMNO masih ada jgn harapla DAP nak buat pasal.

Pro-PAS :- PR takdak kuasa pun nak control internet tapi apa2 kenyataan / berita dipercayai dr yg keluar kat berita/ paper media pro Bn. Selagi UMNO memerintah rosak bangsa & negara. Semua kekayaan negara dibolot oleh puak-puak UMNO yg jadi pemimpin bukan utk rakyat ttp semata2 nak bolot harta utk kroni2 je.

Pro-UMNO :- Sama ja. Media, paper etc2 pro-BN. Media internet pro-PR. 50 tahun UMNO perintah takdak rosak pun bangsa & agama. Yang rosak & org2 DAP lantang bercakap adalah sejak akhir2 ini. Maklumlah back-up oleh PAS. Kronisme? Hm.. TGNA pun kronisme. 5 Negeri PR pun kronisme. Tak pulak hang komen. Oh lupa PR buat semua halal. Kekayaan negara? Ish2. Janganla macam tu. Apa yg depa bolot? Minyak Petronas pegang byk org2 Bumiputera dapat faedah kerana UMNO jugak. Bagitau aku apa satu jasa PAS yg boleh dibangga sepanjang wujudnya PAS.

Pro-PAS :- Jasa PAS? Satu je parti yg perjuang Islam. Simple. Ikut Hukum Islam PAS bubar. Senang cerita. Ini nama org Islam tp sanggah hukum. Apa ni!. Sebab perintah 50 tahun le org dah benci pemimpin2 UMNO yg berlagak sombong tak tahu jaga hati rakyat. Moral pun teruk dok balun duit rakyat. Org2 PAS berjuang atas dasar Islam. Itu bezanya. Sbb itu BN tawar duit juta2 tak makan pun sebab Iman teguh. Kuat. Lainla dgn puak2 sekular UMNO. Kalo PAS pegang negara takkan la nak bukak kontrak kpd Non-Bumi. Bodoh la begitu. Hehe. Awat cakap pasal Petronas je. JPA, kuota MRSM, ekuiti Bumi dok jaga sangat ke 50 tahun ni. Jgn nak bangga sangat la selagi UMNO perintah lagi lingkup.

Pro-UMNO :- Jasa kebenda. Tak buat apa2 pun. Pegang Kedah, Kelantan macam tu jugak. Tak buat pun ikut Hukum Hudud. Kena desak dgn DAP terus cakap tak jadila, susahla & mcm2. Seteruk2 UMNO byk jasa dr yg lain2. Balun duit rakyat? Tak baik fitnah, kalau ada yg tak betul dah lama kena siasat jenayah. Bukan tak jaga hati rakyat tapi rakyat tertipu oleh PR. Janji macam2 tipu semua. Hindraf & DAP pun disokong. Agama kena berjuang tapi kalau yg lain takkan bagi kat org lain. Terukla bangsa & agama. Tawar duit juta-juta? Jgn fitnah sahabat. JPA & MRSM sapa yg wujudkan bukan UMNO ke? :) Dok cakap macamana pun PAS tetap tak dak rekod yg boleh dijadikan contoh. Rekod penderhaka adala kot.

Pro-PAS :- Hang ni tak tau pasal Undang2 Negara ka. Budak yg sekolah pun tahu. Patut pun UMNO dok main pasal ini. Nasib baik rakyat tak bodoh. Undang2 hudud tak dapat laksana selagi tidak dapat kelulusan parlimen la. Kalau tak payah dah lama pun jalan. Org2 UMNO ni tak sekolah ke. Hehe.. Berul la MRSM & JPA UMNO yg buat tapi UMNO depa jugak rosakkan tak jaga pulak hak melayu. Pelik2. Dok kata pembela tapi jadi pelingkup. Hehe. Malu betul.

Pro-UMNO :- Undang2 Syariah tertakluk pada Negeri. Bukan pusat. Tapi kalau dari segi nak jatuh hukuman akan ada conflict dgn Undang2 Civil. Itu ja masalahnya. Apapun Undang2 Islam luas. Jangan pikir nak tegakkan Kanun Jenayah ja. Cuba buat sikit2. Rancang & buat sikit2 ikut negeri. Ini tak, asyik cakap ja tapi tak buat. Itu pasal aku musykil adakah PAS betul2 nak buat ke tidak. Apa2 pun Undang2 Syariah tertakluk pada negeri. Aku tak nampakpun Kelantan laksanakan walaupun beberapa penggal pegang. Pasal jaga org Melayu mungkin UMNO ada kelemahan. Tapi UMNO tak selemah PAS sekarang. UMNO masih garang bila org usik Asas2 Perlembagaan. Tapi PAS? Tak nak komenla hang tau sendiri..

Pro-PAS :- Hang ni tak baca ka pasal usul Kerajaan Kelantan bawak pi Parlimen tapi ditolak mentah2. Sapa tolak? Puak2 UMNO antaranya. Kalau Melayu Islam sendiri tolak macamana bukan Islam nak ikut? Sedarlah Hukum Islam dr Allah jgnla pertikai boleh jatuh Murtad. Hukum yg dah termaktub dlm Al-Quran. Pandai guna hadis suruh taat pada pemimpin, tapi kat Allah langsung tolak. Apahal? Ni ka yg dibangga sangat kat UMNO. Tak respek langsung. Kelantan dah byk contoh laksana Hukum Syariah. Adakan konsert kecualikn perempuan
aja. Artis2 yg datang Kelantan kena pakai sopan. Iklan semua menutup aurat, arak dijual terhad pada org bukan Islam. Tak nampak ke ? Pelan2 lani nak buat Hudud dok jata Hukum PAS. Masyallah.. Istigfar banyak2 la.

Pro-UMNO :- Bila masa pulak bawak ke Parlimen. Mana ada. Lani 5 negeri bawah PR. Bawakla! Kenapa banyak alasan pulak skrg. Adakah jatuh murtad kalau Hudud tidak dilaksnakan. Fatwa baru PAS ke? Bila masa UMNO pertikai. Hukum tetap hukum. Tapi kena tengok keadaan. Kena tgk balik apa Rukun Islam. Bukan UMNO tolak, tapi rakan2 BN tolak. Sama juga macam PAS sekarang tak boleh laksana jugak sebab DAP & sebilangan PKR tolak bulat2. :) Awat tak buat yg senang2 ja. Kalau betul nak buat, PAS kena ada satu commitee untuk discuss. Kalau benar PAS bersungguh2 nak buatla. Jangan bagi alasan Kerajaan Pusat. Lani Kelantan majoriti PAS apa masalah ? Buatla. Hak Allah nak kata sapa keluaq Islam @ tidak, bukan Hak PAS.
comments

No comments:

Post a Comment