Mar 4, 2009

Perjuangan Yang Belum Selesai - Ayuh Bangsaku

Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan

Inikah rupanya nasib bangsaku
Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana

Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

(bridge )

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara

Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

( ending )
"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"

---

Other Perspektif :-

Ayuhlah bangsaku.
Perjuangan kita belum selesai.
Malah perjuangan menjadi lebih mencabar dari sebelumnya.
Agama kita dipertikai, Sultan dihina, Perlembagaan & hak kita dicabar. Dimana kita?
Dimana anak2 bangsa. Dimana darah perwira.

Dimana taat setia kita kepada Agama, Bangsa & Negara.

Ayuhla saudara se-Islam & sebangsaku!
Bersatulah tidak kira apa pegangan politik kita.
Jgn dibiarkan hak kita dirampas & biarkan anak cucu kita merana dek kerana kelalaian kita.

Penyanyi :- Nora
Lokasi Penggambaran : Pulau Langkawi
comments

3 comments:

  1. Aku rasa jawapan ini boleh membantu.

    Kita berada di tempat yg boleh mendatangkan RM dengan mudah.

    Anak-anak bangsa berada di pusat serenti, penjara dan hospital (accident).

    Darah perwira hilang kerana dadah ngan mati accident selain dok main golf ajer.

    Selagi pegangan dan kepentingan dalam politik tak boleh dikompromi selagi itulah kita tidak dapat bersatu.

    Agama dipertikai, Sultan dihina, perlembagaan dan hak dicabar adalah kerana kita sendiri penyebabnya.

    Kekuatan sesuatu bangsa skrg terletak pada penguasaan ekonomi.

    Malangnya bangsa melayu sendiri yg tak sedaq diri.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. kah kah kah..orang tanjung gelak pada diri sendiri..itupun kalau dia Melayu..

    ReplyDelete
  3. :)
    Biasala Princess jiji..

    kadang2 yg berckp tu tergolong pada bangsa melayu yg lupa diri..

    kalo org melayu lah

    ReplyDelete