Mar 16, 2009

Langkawi hasilkan pisang, rambutan, mangga terbaik - Berita Langkawi -



TELUK YU - Petani di pulau ini mampu mengeluarkan produk pertanian yang bermutu tinggi seperti rambu-tan, 'anak sekolah', pisang atau mangga dikenali 'chokanan' terbaik, di negara ini. Pengarah Kanan Komunikasi Korporat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Noor Azian Mustafa berkata, dua produk pertanian itu mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa dan mendapat permintaan tinggi.

Menurutnya, Fama daerah Langkawi telah memulakan program pembelian rambutan secara serius sejak 2001 dengan jumlah keseluruhan RM275,499.81 sehingga tahun lepas. “Enam lokasi ladang kontrak rambutan dan anak pisang ditempatkan dengan keluasan projek 69.1 hektar melibatkan 61 peserta dengan anggaran pengeluaran 200 metrik tan.

“Bagi Mangga Chokanan pula, tiga lokasi ditempatkan dengan keluasan projek 34.3 hektar dan melibatkan 26 peserta,” katanya ketika ditemui di Majlis Lawatan Ladang :Kontrak Pisang Berangan di Teluk Yu, di sini. Noor Azian berkata, selain rambutan dan mangga itu, pisang berangan juga antara produk terbaik yang mampu dipasarkan di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, pemantauan dua kali sebulan akan dilakukan pegawai Fama bagi mengenal pasti kualiti pisang yang dihasilkan. “Ini juga bagi mengelakkan lambakan hasil tanaman di pasaran dan mengenal pasti sebarang jangkitan ke atas pisang itu,” katanya. Beliau berkata, kempen awal bagi mempromosikan produk tersebut giat dijalankan menjelang musim Jun nanti.

“Kami melakukan kempen di media massa dan di sekolah seluruh negara dengan memilih lima buah sekolah di setiap negeri. “Kempen tersebut adalah makan buah-buahan tempatan yang akan dilakukan selama tiga bulan,” katanya.
---

Other Perspektif :-

Amat bersetuju dgn cadangan ini & komen diatas. Tetapi apa gunanya hasilkn yg terbaik ttp kurang promosi. Pemborong pula kadangkala membeli dgn kadar yg amat rendah harganya. Adalah dicadangkan hasil pasaran ini dijual di pasar tani & menjadikn hotel2 sebagai pembeli tetap. Ini dapat dilakukan oleh FAMA sendiri.

Salah satu cadangan lain adalah :-

Majlis daerah (Kerajaan Negeri) dgn kerjasama LADA (Kerajaan Pusat) mungkin boleh menganjurkan Pesta Buah pada musim tertentu & boleh dimasukkan dalam agenda Pelancongan Negeri. Disamping peserta boleh berniaga secara direct malah memperkenalkn buah2 langkawi secara terus kpd Pelancong tempatan @ luar negara. Tempat ? Di kawasan Pantai Tengah @ Pantai Chenang.

p/s; Masih terngiang2 betapa sedapnya mempelam di Datai.
comments

No comments:

Post a Comment